Selasa, 31 Januari 2012

Petang sikit.

Berkerjaya sebagai pengganggur terhormat ni banyak betul kerjanya.

Iyalah, walaupun tak payah bangun pagi-pagi, dengan pisat-pisat mata, dengan air liur keras di bibir sebab ada ulser dalam mulut, dengan hentakan berang mak di pintu, dengan cahaya lampu yang menyinari alam mimpi nan indah dan tak payah terasa berat hati untuk mengambil tuala untuk membasahkan diri dalam bilik air.

Sebagai anak mithali, takkan lah nak tengok ibu bapa bertungkus-lumus membuat kerjarumah sedangkan aku enak terbaring di depan tv. Anak derhaka namanya. Jadi, aku tolong-tolonglah mengemas. Sikit pun jadilah, asal nampak tak menyusahkan ibu bapa sendiri.

Tapi, kena paksa sidai kain yang tak tahan ni. Dah kena cover macho dengan jiran.

Pagi.

Semenjak mengganggur ni, aku selalu bangun pagi. Masa sekolah punyalah liat.

Lepas tu, ikut parents hantar adik ke sekolah, lepas tu terus bersarapan pagi.

Eh baguslah macam ini, aku dah jadi morning person. Produktif lah juga.

Tapi pagi ini, dekat radio ada berita.

Budak 19 tahun baling bayi. Tiga kali selingan berita tu keluar, tiga kali juga dia beritahu.

Ni haiwan jenis apa ni ?

Isnin, 30 Januari 2012

( VIDEOCURI ) BIGBANG - "SOMEBODY TO LOVE" Performance Practice



Lagu dah jadi macam anthem setiap hari. Sesuai dengan kehidupan menggangur aku yang berjaya dan kehidupan seorang loner kebanggaan. Sedap kot beat dia dan lirik dia seirama dengan lagu.

Sampai bila aku nak jadi loner ?

Sampai aku pergi Korea. Jauh sangat cita-cita ? Tak lah.

Cuma, nak bagitahulah, yang pakai topi baju biru tu memang aku sebenarnya.

Bosan hingga ke luahan hati.

Dari pukul 11 pagi tadi, sampai sekarang, 3.05 petang, aku masih depan komputer-ada-muka-bakal-bini-tersayang ni. Macam tak ada kehidupan sosial betul aku ni. Eh, lantaklah, asalkan aku bukan jadi budak-budak yang jadi sampah masyarakat dekat luar sana tu.

Ni sibuk nak plan nak habiskan masa mengganggur ni dengan rakan rapat masa sekolah rendah dulu. Tapi 'sibuk' macam tu lah. Lama tak bercerita, lama tak berjumpa. Bincang pasal menganggur ni buat apa, girlfren dah berapa dan macam-macam lagi.

Sampai situ je lah, dalam facebook je pun, tak keluar langsung.

Cerita untuk semalam.

Semalam AJL berlangsung. Alah, tengok depan tv je lah. Lagi lah dapat tengok muka Yuna dengan Shila dekat-dekat. Berbekalkan dekoder Astro Byond ni, bolehlah ulang-ulang tengok muka girlfren khayalan itu.

Eh, Taeyeon masih nombor satu. Kan lelaki boleh kahwin empat ?

Hafiz, dengan pakai track bottom dengan t-shirt yang aku pakai dekat rumah, menyanyi lagu Awan Nano, dengan selamba tak pakai selipar naik pentas ambil anugerah, menjadi juara AJL kali ini.

Siapa kata kena pakai sampai gila macho untuk menang ? Bersederahana itu cukup.

Yang bagusnya, artis yang buat persembahan semua cukup kain.

Yang tak cukup, penontonnya pula.

Ahad, 29 Januari 2012

Bosan. Dan facebook.

Kadang-kadang aku bosan, bukan kadang-kadanglah, semenjak cuti mengganggur ni, tiap-tiap hari mengadap televisyen, komputer dan handphone. Jadi, disebabkan kebosanan melampau, aku akan buka blog dan kirim benda-benda merepek untuk dijadikan tontonan umum. Kadang-kadang, aku buka juga blog orang lain dan juga blog rakan-rakan.

Sampai aku dah hafal dah semua lagu yang dijadikan backgroud muzik blog mereka.

Facebook juga menjadi salah satu kemestian di kala kebosanan ini. Biasalah, budak tak berapa nak hot ni pun kadang-kadang dapat juga friend request.

Tapi yang tak tahan tu, bila baca timeline, hapah satu perkataan pun aku tak faham. Sampai nak kena kaji.

Bahasa alien mana dia belajar ni ?

Sabtu, 28 Januari 2012

Tulisan dan Perkataan.

Semenjak mendalami industri penggangguran tersohor ini, pen, pensel, liquid paper, correction tape serta pembaris sudah lama ditinggalkan. Dibiarkan ia di sudut sepi tanpa disentuh dan dibiarkan berhabuk dengan banyaknya.

Tapi, semenjak dah kena masuk kursus Bahasa Inggeris komunikasi ini, bekas pensel yang dibekalkan sekolah demi SPM tempoh hari telah kembali digunakan. Bekas pensel ber-lining merah menyala yang setia menemani aku ketika menjawab kertas-kertas SPM.

Namun, setelah dua bulan dibiarkan tangan ini tanpa memegang pen, sebaliknya mengetuk papan kekunci dan menekan punat alat kawalan jauh televisyen, tulisan yang dahulunya sedap mata membaca, dah jadi macam bahasa Sanskrit.

Aku sendiri pun kadang-kadang tak faham.

Jumaat, 27 Januari 2012

Nak ke bulan Mac.

Aku sebenarnya taku-takut berani je nak tunggu bulan tiga ni.

Rasa macam kena pergi mahkamah dan menunggu dijatuhkan hukuman di atas apa yang telah aku lakukan dua bulan yang lepas. Dosa apa yang aku buat pun aku tak tahu, tapi rasa takut itu masih ada.

Aku cuma mampu berdoa dan terus berdoa.

Khamis, 26 Januari 2012

Nukilan Sebelum Perang III. Tamat.

Sekarang, bilik tidur dah macam medan perangtakrasmi.


Bersepah sana-sini buku. Walaupun bersepah, helaian yang diselak masih lagi belum diselak. Cap jari masih lagi tidak melekat di muka surat bahagian belakang buku itu. Dakwat highlighter pula kering hanya disebabkan terdedah kepada iklim panas negara ini.


Tapi, yang penting buku itu masih diselak walaupun dengan semangat yang tidaklah berapa jitu. Ada juga fakta-fakta yang menjadi memori jangka panjang dalam otak ni. Ok lah tu.


Ni lepas SPM, kira habislah perang.

Nukilan Sebelum Perang II .

Ramai ramai lari laju laju mencari sebuah keputusan yang mahu dibanggakan di hari tua nanti. Dan keputusan yang bakal menentukan kerjaya masa depan. Kerjaya tetap yang dicita dari sebelum akil baligh lagi. Bahkan sebelum mumaiyiz. Semua yang diterima dari saban tahun dalam usia persekolahan yang telahpun berusia 11 tahun, jangka masa yang bukan singkat, akan dicurahkan segalanya bagi menggapai keputusan yang mahu dibanggakan kelak.


Diri sendiri bangga. Ibu bapa bangga. Keluarga saudara mara bangga. Atuk nenek bangga. Ramai yang akan bangga. Hingga koyak seluar dek kerana kebanggaan itu. Dan juga bahagian dada.


Tapi, aku tersedar. Kalau aku tak belajar dari sekarang, saat aku tulis kiriman ni atau masa sebelumnya dan selepasnya, bila masa aku nak dapat keputusan yang boleh dibanggakan ?


Jadi, ... ( konon tergantung, kira macam aku terus baca buku lepas jauhkan papan kekunci dari tangan aku cepat cepat, tapi ... aku masih menulis ni)

Tanam Anggur III.

Bila semua lepasan SPM sibuk menyibukkan diri bekerja di pusat-pusat membeli belah, aku pula sibuk menyibukkan diri di depan komputer. Bahagia tahu hidup sebegini ?

Aku rasa, belum tiba masanya lagi untuk aku menyibukkan diri bila bangun pagi dan bersiap sedia untuk pergi bekerja.

Selagi aku masih tidak menyusahkan ibu bapa sendiri, aku masih perlukan ibu bapa menanggung aku.

Lagipun, bukanlah dosa jika aku tak bekerja di usia muda ini, kan ?

Mati enjin.

Bila gelabah, gementar dan perasaan kali pertama di atas bukit, hasilnya adalah enjin yang mati.

" Kau ni kelabu betullah ! "

Relakslah, takkan baru kali pertama aku memandu kau dah expect aku terer macam kau ?

Boleh reverse laju-laju ? Macam tu ?

Rabu, 25 Januari 2012

Enjin mati.

Nasib tak bawa tengah jalan.

Mati akal aku nanti.

Pukulan deraman.



Aku masih mengharapkan aku dapat memukul dram secara bahagia seperti alter ego aku ini, Cobus.

Cuma, takut makcik pakcik sebelah ni, dah siap beli kapak dekat kedai 'hardware' depan rumah ni.

Dan ya, muka dia dengan muka aku, saling tak tumpah.

Luahan hati bukan di facebook.

Jalan, secara separa perlahan.

Menghirup udara yang katanya sudah kotor tercemar. Entah betul atau tidak, tak tahu. Apa yang dihirup, dihela kembali mengikut aturan proses respirasi.

Melihat kedamaian. Melihat matahari jingga. Melihat awan biru serta kapal terbang berlogo wau yang kelihatan kecil sebelahnya. Sambil terdetik, " Cita cita aku tu " . Sesekali kapal terbang bercat merah merentasi lautan udara yang tiada penghujungnya.

" Huh, dalam kapal terbang pun kena bayar " .

Dah puas dengan alam semula jadi, kita pulang kembali dari bekerja di mimpi di siang hari. Kembali mencari teman untuk beraja di hati.

Teman sehidup semati.

Tapi, puas melihat di tanah air sendiri, mahukan yang jauh dari mata. Harap termakbul semua hajatnya.

#taeyeoniujiyeonsuzyueeboramjiyoon
#dearfuturegfs

Amin.

Selasa, 24 Januari 2012

Cuti Akhir Minit.

Disebabkan jiwa yang terasa kekosongan setelah tidak bersekolah dan ibu bapa juga mahukan rehat sempena Cuti Raya Cina, akhirnya destinasi yang dipilih sempena cuti kaum Cina ini adalah Perak.

Walaupun, Perak tu rumah sedara je sebenarnya.

Manusia.

Aku faham, manusia ada pandangan masing-masing terhadap semua benda yang berlaku dalam dunia ini.

Tapi, yang aku tak faham, kenapa nak kena bagitahu satu dunia benda yang kau tak suka tu ?

Simpan dalam hati buat diam sudah lah.

Jelik.

Ahad, 22 Januari 2012

Kelambatan terserlah.

Bila 4 roti kosong dan 1 roti tampal bungkus mengambil masa selama satu jam.

Sabtu, 21 Januari 2012

Kasihan.

Duduk diam dalam bilik, hujan di luar. Lebat.

Berbekalkan broadband yang tidak dipengaruhi cuaca, walaupun dibekalkan modem wayarles di dalam rumah ini, laptop-dengan-muka-bakal-bini-tersayang dibiarkan terbuka. Bahagia rasanya hidup macam ni.

Cuti yang dibekalkan seminggu oleh pihak sekolah sebenarnya tidak mempengaruhi mereka yang sedang menanam anggur yang tidak berbuah ini. Budak-budak sekolah je yang seronok.

Kaum Cina pula sedang seronok nak beraya, tapi yang sibuk nak main mercun, orang Melayu. Tak malu ?

Tapi, yang kasihan, orang yang masih tak dapat melupakan cinta lama yang tak kesampaian.

Kefasihan.

Dalam dunia serba moden dan berdaya saing, menjadi keutamaan bagi kita untuk fasih dalam bahasa dunia, iaitu bahasa Inggeris.

Kefasihan di sini adalah bercakap tanpa perlu teragak-agak dalam mengeluarkan butir bicara yang terdetik di dalam otak terus ke jiwa dan keluar di mulut.

Dan sebagai juruterbang-akan-jadi, ( baca : pilot-to-be ), kefasihan dalam bahasa dunia itu merupakan salah satu pelengkap resume kerja.

Dan ya, aku harap aku juga fasih berbahasa Korea, memandangkan bakal bini berada di sana.

Amin ?

Jumaat, 20 Januari 2012

Provokatif.

Bila si mat motor tersalah anggap kereta yang meng-honnya adalah kereta yang aku naiki, serta merta kata carut ingin diluahkan olehnya. Padahal, bukan kereta aku yang membunyikan hon.

Lalu, mereka menekan minyak dan memotong kereta aku, dan melambai secara provokatif.

Tapi apa yang matmotor celaka itu tidak tahu, mereka tersalah kereta. Tersalah cara dan tersalah etika di jalan raya.

Dan aku, secara sengaja, mengharapkan benda yang buruk berlaku kepada mereka.

Al-fatihah ?

STORY

Kick the bottle
Rolling in the rain
Like my heart rolling
Bet you will not feel the same.

In this heavy rain
Alone with the sky
And the sound of lightning
Bet you will nof feel the same.

I'm just alone
No one to hold me
No one to hear me
Just me.

I'm just lonely
No one with me
No one want me
No one.

What a pathetic life I had
To go through this world
Just a question to ask
Will you feel the same ?
...

Botol kosong itu ditendang di dalam hujan, dan dirinya kebasahan menerima rezeki Tuhan kepada alam. Tapi, hujan itu tidak menyenangkan baginya kerana hatinya masih lagi bergelora tanpa si dia yang di sana, merasakan yang sama. Kasihan.

Hujan lebat dan dirinya masih lagi keseorangan dengan awan yang kelihatan tidak menyebelahinya ketika ini. Guruh dan petir juga seakan memerli dirinya yang keseorangan di dalam hujan.

Dia keseorangan dan hidupnya masih menyeksakan di dalam dunia serba pura-pura.

Hanya satu soalan bermain di minda kecilnya,

... adakah kau merasakan yang sama ?

Khamis, 19 Januari 2012

Drama.

Makin lama, makin berleluasa.

Makin lama, makin geram pula aku.

makin lama, makin nak sindir, perli apa yang patut.

Tolonglah, jangan lah buat aku baca drama emosi sendu dekat 'newsfeed' aku. Dah tu, banyak pula yang like, celaka sungguh. Aku yang buat lawak pun tiga orang yang tak ikhlas tekan butang tu.

Aku lagi suka tengok drama Korea.

SOPA so bad.

Sekarang kecoh, di mana-mana pun kecoh.

SOPA yang diusulkan oleh Amerika membuatkan ramai pengguna dunia maya seperti aku ni memberontak meminta ia dibatalkan.

Bayangkan, hidup tanpa facebook untuk meluahkan perasaan, twitter untuk memerli orang lain dan blog untuk menceritakan tentang pengalaman buang air di tandas rumah orang lain dan macam-macam lagi laman web yang dihoskan di Amerika akan disensor. Oh, Wikipedia juga akan ditutup sekiranya ia diluluskan. Susah lah nak buat  kerja rumah nanti, kan ?

Aku cuma nak taip memandangkan aku masih memerlukan Internet sebagai jalan menghilangkan rasa bosan yang bersarang dalam diri ini.

Dua bulan dari sekarang = Penentuan.

Dalam cuti ( baca : mengganngur ) ni, terfikir balik masa menjawab SPM sebulan yang lepas.

Macam-macam yang berlaku, sampai buat aku takut nak hadap bulan tiga.

Bukan apa, masa depan dan harapan keluarga masih lagi bergantung pada bahu aku. Aku sendiri tak nak malu.

Tapi, aku redha. Dan dah tiba masa banyakkan doa.

Rabu, 18 Januari 2012

Episod kebosanan yang tidak berkesudahan.

Masih lagi sebuah kiriman yang dipenuhi dengan semangat kebosanan yang melampau.

Tengok TV sampai dah tak ada cerita nak tengok. Kita melangkah pula ke bilik, hidupkan modem Internet dan komputer tersayang yang ada gambar bakal isteri, dan mulalah ekspedisi di dunia maya yang penuh dengan, entahlah.

Kadang-kadang ada pasal benci, pasal menyampah, pasal politik, pasal mencarut, pasal benda 'bukan-bukan', pasal kebosanan, pasal gaduh, pasal humor dan segala pasal yang lain.

Cuma cikgu tadika depan rumah ni je yang tak ada pasal apa-apa.

Ok je aku tengok mereka jerit dekat budak-budak umur 6 tahun ke bawah tu. Haha.

Selasa, 17 Januari 2012

Temantapiringanringan. Keluhan hati seorang insan.

Kadang kadang duduk atas kerusi kayu seorang seorang dekat sekolah, terdetik dalam hati, 'Mana lah temantapiringanringan aku ? ' . Sambil punggung terasa kebas.

Orang lain ada yang duduk sambil makan bersama, berjalan ke sesuatu tempat bersama, tak tahulah sama ada ke belakang bangunan atau pun tandas. Ataupun sekadar ke koperasi bersama.

Aku pula, duduk seorang seorang. Sambil menghirup air yang dibeli kantin. Kadang kadang tawar, kadang terlebih manis. Sejuk di dalam hujan. Tak pun berpeluh di dalam panas, kerana berteduh di bawah zink.

Kadang kadang, terdapat juga yang sedang sibuk berbincang tentang masa depan mereka di meja meja yang terdapat di sekolah. Berbincang mengenai masa depan perhubungan mereka. Nak berapa anak, nanti siapa yang sara siapa, malam pertama nak tema apa dan pelbagai lagi perkara yang berkaitan perhubungan.

Dan aku pula, duduk terceruk fikir nak makan masa rehat ke tidak, balik nak pergi tuisyen ke ponteng, dan macam macam lagi yang tidak berkaitan dengan perhubungan. Jauh sekali memikirkan tentang pelajaran.

Sebab sekarang SPM semakin hari semakin mendekati, mana sempat nak cari temantapiringanringan. Teman di Facebook pun seminggu sekali ada yang sudi menekan butang untuk-menjadi -rakan itu.

Ke aku seorang je tak sempat ? Cis.

Tapi tak apa, lepas SPM, aku akan lepaskan nafsu mencari temantapiringanringan. Sampai ke Korea pun aku sanggup pergi. Demi mencari #dearfururegfs idaman hati.

Yeah.

Isnin, 16 Januari 2012

Baru.

Demi kehidupan ber-blog yang lebih bahagia di masa akan datang, hadaplah template yang lebih minimal dari sebelum ini.

Semoga lebih banyak isi berguna.

Hilang Seketika.

Selalunya, tiap-tiap hari akan ada post luahan hati dekat laman maya tak dianggap ini. Tapi, mesti ada yang buat-buat terkejut bila di dashboard, tiada pula satu lagi episod kebosanan dari penulis yang juga tidak dianggap ini.

Alah, aku nak bersosial sekejap pun tak boleh ke ?

Ayat untuk diri sendiri : Macam ada yang baca.

Jumaat, 13 Januari 2012

Tanam Anggur II.

Ketika orang lain sibuk bising pasal  route AirAsia kena batal, aku pula sibuk tengok tv sambil baring di atas sofa empuk yang springnya sudah haus.

Lepas tu, naik atas, pasang plag, buka komputer,  buka Google Chrome, buka facebook, buka youtube, buka blog dan akhir sekali, 9gag. Tak pernah dengar 9gag ? Anda tidak mempunyai sifat kehumoran.

Aku sebenarnya tak pandai nak taip panjang-panjang, cepat kering idea.

Masa periksa bolehlah, terpaksa.

Khamis, 12 Januari 2012

Kenapa anda dipinggirkan ?

1. Kerana mempunyai rakan rakan yang hampeh.
Waktu persekolahan merupakan antara waktu paling menggembirakan dalam hidup. Dapat bersuka ria, berparti, serta menjamu mata. Sekolah juga antara tempat mencari jodoh paling popular di dunia. Tapi apakan daya, cinta hangat tahi ayam, mana berkesampaian. Dah tak kesampaian, luahlah di Note atau update status terkini anda di laman Facebook anda agar ramai 'like' ,atau Twitter agar satu dunia tahu anda baru kehilangan kekasih awal, tengah dan akhir walaupun baru mempunyai 2 pengikut dan 1 tweet, atau di blog anda yang baru sahaja mempunyai 2 kiriman, ataupun di myspace. Myspace ?

Namun, di satu sudut, akan terdapat sekumpulan manusia yang hanya cuma tahu memperkecilkan orang lain tanpa menyedari, dirinya juga kecil. Maksud saya, dari segi ketinggian.

Nampak bukan, tak ada kesinambungan langsung di antara dua perenggan itu ?

2. Kerana sengaja memencilkan diri.
Mungkin kerana jadual belajar yang terlalu hektik, badan anda akan mudah lesu dan tidak bermaya. Jadi, anda akan memencilkan diri supaya tiada sesiapa akan mengganggu anda.

Namun, tidak semua manusia berhati mulia macam penulis, akan anda makhluk Tuhan yang akan sengaja memprovok anda dengan mengatakan anda memencilkan diri.

Jadi jalan penyelesaiannya, senyum.

dan

tumbuk.

3. Tiada temantapiringanringan.
Di zaman modenisasi ini, mempunyai temantapiringanringan sudah bukan merupakan satu pilihan. Ianya satu kemestian. Kononnya sebagai tempat beradu. Dan mengadu jika ada wanita/lelaki lain cuba mengorat anda. Kalau dah bagitahu, tengok la nanti, mesti ada yang rambut kusut musut atau ada yang berlebam di pipi dan tempat yang itu. . Jadi, jika anda merupakan anda manusia yang setia dengan diri sendiri, yakni tidak mempunyai temantapiringanringan anda sendiri, anda akan mudah dipinggirkan. Nampak senang bukan modus operandi pakar peminggir ini ?

#dearfuturegfs


4. Kerana mempunyai rakan rakan yang agak hampeh.
Sengaja diulang. Untuk mereka yang selalu meminggirkan rakan ada sendiri, sila isi tempat kosong.

Ya, kau.

5. Anda tiada kebolehan berkata.
Anda merupakan orang yang memang petah berkata. Di dalam Facebook, news feed rakan anda, penuh dengan status terkini anda. Ada yang jiwang, humor ataupun sekadar, berbaur seksual. Namun, di sekolah, alter ego anda kembali menguasai diri. Anda kehilangan kata kata dan hanya membisu seribu bahasa. Mungkin 999 bahasa kerana anda tahu Bahasa Melayu, bukan ? Tak pun, 998, kerana anda peminat tegar industri hiburan Korea.

Oleh itu, mereka akan secara mudahnya akan meminggirkan anda tanpa berfikir dua kali.

Nampak tak aku tak idea lagi ?

6. Rakan anda cemburu dengan kepetahan anda.
Ini adalah antara kesan kepada perkara di atas.

Rabu, 11 Januari 2012

TIADA MAKNA

Topeng muka jadi taruhan
Bahan lawak jadi santapan
Manusia menipu jadi tiruan
Harta kaya habis tak makan

Bising manusia hilang sebentar
Wanita lelaki hingar bingar
Mimpi impian jadi kenyataan
Takut realiti menjadi fantasi

Fantasi hidup memakan diri
Karma akan menghukum nanti
Torehan hati menutup sepi
Matahari pasti kan menyesal nanti

...

Hanya sekadar luahan hati dari si lelaki kepada si dunia.

Sesi luahan hati tidak rasmi.

Kalau aku kata aku tak pernah benci orang tanpa sebab, boleh diterima akal lagi ke dalam dunia serba membenci ni ?

Kadang-kadang, aku tengok, orang suka membenci sesama sendiri walaupun tanpa ada sebab yang kukuh, konkrit dan munasabah. Benci gitu-gitu je. Alah perempuan, setakat lelaki yang kau minat tu, kawan kau minat sama, tak kan lah sampai nak benci sampai mati ? Aku kan ada. Dan banyak lagi lelaki-lelaki yang ada dalam dunia. Tapi, pilihlah aku.

Kadang-kadang juga, manusia ni suka membenci pada benda yang tak ada kena mengena dengan dia langsung pun. Contohnya lah, kalau aku kata aku suka dengar lagu genre ni, tapi dia tak suka, akan ada rasa dalam hati orang tu akan benci genre lagu yang aku suka itu. Padahal, sikit pun aku tak suruh kau minat genre lagu yang aku suka. Tapi, kenapa masih tak suka walaupun kau tak pernah suka ? Pening bukan ayat aku ? Macam tu jugalah pening aku bila fikir kenapa ada manusia suka membenci tanpa sebab. Tanpa sebab.

Memang seronok ke hidup benci membenci ni ?

Cuti. ( baca : Mengganggur )

Dah sebulan lepas SPM, kemerdekaan yang dinanti sekian lama kini hanya merupakan angan-angan semasa SPM sahaja. Ok, kemerdekaan itu dirasai hanya ketika sehari selepas SPM. Selepas itu, hilang semua semangat kemerdekaan itu hanya sebab tiada aktiviti sosial yang dilakukan bagi menghilangkan rasa kesunyian dalam diri. Hari-hari mendatang hanya dihadapi dengan Internet dibiarkan terbuka sepanjang hari dan TV pula terpasang menayangkan cerita yang entah berapa kali aku tonton.

Eh, ada SNSD ( baca : #dearfuturegfS ) pula. Rekod lah apa lagi, boleh tengok ulang-ulang.

Selepas itu, emak pula sudah siap memasak, jadi, tiba pula masa untuk memenuhkan perut yang berkeroncong memainkan lagu Gee.

Kemudian, aktivti rutin dilakukan semula.

Maksud aktiviti rutin di sini adalah, tak buat apa-apa. Tanam anggur.

Isnin, 9 Januari 2012

Apa yang dilakukan bila tiada idea untuk menaip di blog ?

1. Minum air.
Baca Yasin sebelum minum. Mana tahu dapat idea.

2. Cari isi di Internet.
Perhh, anda merupakan blogger terhebat. Sanggup mencari idea walau di mana anda berada walaupun tertakluk kepada adanya koneksi wi-fi di persekitaran anda. Alah, McD kan ada ? Tapi kalau setakat copy paste entri orang, memang jenis nak kena sekeh kepala.

3. Menonton televisyen.
Idea kreatif daripada televisyen adakalanya berguna. Namun, jangan pula anda menulis tentang babak bilik mandi di saluran Star Movies itu. Ada perkara yang perlu disimpan di dalam hati. Dan ada perkara yang perlu digunakan untuk malam pertama nanti.

4. Hentak kepala di jalan.
Jika sudah memang tiada idea langsung di minda anda, disarankan melakukan perkara hakiki ini. Lagi bagus, jika terdapat sebuah treler panjang sedang melalui jalan itu dengan kelajuan melebihi had laju. Lebih thrill katanya.

5. Berdiri di tengah jalan raya.
Mana tahu, anda dapat menulis pengalaman nyaris jatuh longkang, ataupun dilanggar treler ataupun sekadar, dikejar anjing ataupun dikejar keluarga gadis yang telah diskodeng oleh anda. Bilik air sebelah menyebelah punya pasal la ni. Ataupun, melihat orang sedang menghentak kepala di jalan. Mungkin anda sudah tahu apa sebabnya.

6. Berdoa.
Tuhan yang mencipta, dia juga yang bagi idea.

Nampak Islamik tak ?

Luahan hati untuk gadis Korea. Ehem.

Dari jauh pandang.

Mata tak bertentang. Tapi hati tak tenang.

Tingkah laku bagaikan puteri kayangan turun entah dari mana. Awan yang kesembilan atau kesepuluh katanya. Nak digapai, maaf, pendek orangnya. Tapi awan yang dihuni itu tinggi.

Sangat tinggi.

Bagaikan pencuri. Mencuri hati, pandangan, dan rasa. Kata orang, hati dicuri pada pandang pertama. Yang kedua ketiga, organ dalaman entah mana pula akan dicuri. Kian luruh jiwa dan cair ego seorang lelaki. Tembok anti-jiwang kini roboh menghempas bumi. Berselerak hati, dipenuhi serpihan tembok ego sang lelaki. Dalam diri bergegar, luar nampak hanya normal seperti biasa. Biasalah, lelaki.

Langkah dah dimula. Satu persatu dititi. Hati semakin berdebar dan bergegar. Adrenalin memacu hingga mahu terkencing rasanya.

Tiba tiba dia dah berpunya.

PUFFFF !
....

Aku rasa apa aku tulis ni hanya mimpi di siang hari. Sebab, aku mana pernah rasa benda benda semua ni lagi.

Kena ambil kelas ' Bagaimana mahu menggoda wanita ' . Kes paling serius abad ini.

Ahad, 8 Januari 2012

Intetektual. Kembali.

Sepatutnya, blog ni bukanlah tempat aku nak meluahkan perasaan bagai macam blogblog tipikal yang lain. Aku sebenarnya nak menaip entri-entri kelakar yang mampu membawa kepada hari yang bahagia bagi setiap manusia yang membacanya.

Tapi, entah macam mana, sejak dah habis sekolah ini, rasa kebosanan seakan membuak-buak di dalam dada dan perlukan satu tempat untuk meluahkan rasa.


Dan nampak bukan, tajuk yang melambangkan 'kebosanan' sudah kembali.

Sabtu, 7 Januari 2012

49/50. Boleh tahan.

Tahukah anda, sebab dan musabab saya nak menulis hari ini adalah kerana saya hendak BERLAGAK.

Iyalah, umum tahu bahawa saya bukanlah manusia yang riak atau sombong jika dikenali. Saya merupakan manusia yang baik jika diajak berbual mengenai hal-hal semasa dan hal-hal bukan semasa. Dan saya juga akan menjadi manusia paling baik jika diajak berbual mengenai perkara yang tidak boleh disebutkan.

Ya, saya memang peramah hanya jika saya ditemuramah.

Dan ya kuasa dua, tajuk di atas tu adalah markah ujian komputer saya pagi tadi.

Tahu terer.

Jumaat, 6 Januari 2012

Dah tak sekolah.

Bila bangun pagi tanpa perlu berbuat apa-apa, rasanya sungguh membahagiakan. Rasa yang bahagia umpama terjumpa gegadis Korea idaman di dalam satu rumah yang sama. Bahagianya bukan main, tapi apa yang bahagia tu tak akan kekal lama.

Makin lama, makin terasa pula kebosanannya. Iyalah, tanpa ada teman mahu bersuka-ria mahupun bercekerama, atau paling tak seronok pun, memerli aku di khalayak ramai.

Ya, walaupun kadang-kadang aku rasa macam tiang untuk meluahkan rasa terpendam rakan-rakan sekalian di sekolah.

Khamis, 5 Januari 2012

Aku yang tengah duduk depan komputer dan mengganggur, masih sibuk berfikir.

Jauh minda berfikir. Menembusi ruang empat dimensi yang dicipta sendiri melalui minda. Minda skeptikal manusia. Semakin lama, semakin jauh ia berjalan. Jalan tanpa berhenti. Mencari infiniti.

Ruang masa menjadi mainan minda. Diperiksa setiap genap ruang yang terluang. Meniliti setiap ruang yang mempunyai kekurangan untuk dijadikan panduan untuk menerima kehadiran alam dewasa dan kerjaya masa depan.

Alam dewasa yang katanya, penuh pancaroba dan ragam manusia yang jauh dari dicapai oleh minda si remaja belasan tahun. Kejutan budaya bakal menjelma dan merubah remaja belasan kepada remaja puluhan.

Apa yang akan aku jumpa nanti ?

Manusia, budaya, kerjaya, cinta dan entah apa lagi.

Rabu, 4 Januari 2012

Sebenarnya, ...

... semua yang aku kirim dalam laman maya tak dianggap ni semuanya adalah draft entah bila punya.

Aku ada hati nak publish tapi tak kesampaian. Asyik tangguh, tangguh dan tangguh. Sekarang, bila dah tak ada benda nak buat dekat rumah, dah tak pergi ke sekolah dan tidak pergi memohon kerja, aku akan kirim segala macam ayat yang kadang-kadang akan berupa luahan hati.

Alah, tahulah laman maya ini untuk bergelak ketawa tapi sekali-sekala, nak juga rasa macam mana nak buat blog jadi diari.

Aku yang menggangur, sedang berfikir.

Masih lagi di bangku kayu. Masih lagi bangku itu berkeriut bunyinya. Sudah tua, dibaiki pun tiada gunanya. Biarkan sahaja reput dibawa angin kemodenan.

Manusia yang masih lagi pelbagai rupa dan ragam yang pelbagai. Mengundang pelbagai rasa. Mereka hidup dalam dunia yang macam mana ?

Apa yang mereka cuba cari dalam dunia ? Kenapa mereka berkelakuan pelbagai gaya, yang kadangkala jelik dan adakalanya mengundang kekaguman walaupun entah apa yang dikagumkannya ?

Manusia tertarik dengan benda yang ditegah. Semakin ditegah, semakin hebat reaksinya. Semakin menjadi jadi, kira mereka lah yang paling hebat dalam dunia. Mampu melanggar peraturan tabii manusia.

Mulut kini dah tiada tapisan. Internet juga begitu. Carutan sekarang bukannya kata kata kotor, sekarang ia menjadi satu kemestian dalam setiap ayat yang diucapkan. Menjadi kosa kata tidak rasmi dan tidak langsung manusia masa kini.

Bebas berkata macam tiada yang mendengar atau membaca setiap nota nota dosa yang kau tulis di alam maya. Dara sekarang dah tiada harga. Dikatakan jangan merendah harga wanita, tapi kenapa berlaku juga. Siapa yabg merendahkan siapa ? Yang si empunya dara berkata, ini hidup aku, itu hidup kau.

Baiklah, biar kau dalam hidup kau, aku dengan hidup aku. Kau yang rosak akhlak, bukan aku. Kau yang merosakkan hidup yang kau katakan bahagia, tanpa merasakan masa depan kau hancur di depan mata.

Satu persoalan berlegar dan bermain di minda,

Aku hidup dalam dunia yang macam mana ni ?

Isnin, 2 Januari 2012

Entri Sebelum Perang.

Sekarang dah hari Selasa. Kira ikut kalkulator ataupun kira satu-satu hari dekat kalendar pun sama juga hari yang tinggal, 6 hari. Dari awal tahun, sekolah dah mula sogokkan alam minda semua pelajar, yang SPM tahun ini. 


Tapi, macam biasa, macam manusia biasa, mana nak dengar cakap. Dibuatnya Tingkatan Lima ni macam tahun untuk bermain taman permainan di hadapan rumah. Ha, tipu. Depan rumah aku mana ada taman permainan. Belakang ada lah. Depan ada Umall. 


Tapi, itu cerita lain. 


 Dah minggu terakhir sebelum SPM ni lah, baru sibuk nak sepahkan katil, meja, otak, beg dan macam-macam lagi dengan buku dan fakta daripada buku yang dibaca untuk disimpan rapi dalam memori otak supaya menjadi memori jangka panjang. Jika tidak menjadi memori jangka panjang pun, cukuplah jika dapat menjadi memori sementara sempena SPM. 


 Haih, entri stress lagi.

Ahad, 1 Januari 2012

Selamat Datang, 2012.

Macam biasa, sebab dan penyebab aku nak menulis ni pun sebab tarikh.
Asal tarikh nampak macam menarik sikit je, mesti nak kirim. Biasalah.

2012, jangan buat benda bukan-bukan, ok ?

2011, selamat tinggal.