Isnin, 31 Oktober 2011

Kelas Menggoda Wanita.

Hidup sebagai loner bukanlah bahagia seperti yang disangkakan. Duduk kesepian tanpa teman mahu mengadu tak pun bermanja merupaka satu seksaan yang menyeksa jiwa raga zahir batin aidilfitri aidiladha. Henfon mahal pula sunyi tanpa ada mesejan mesejan yang penuh kata manja tak pun kata rimastis daripada yang tersayang.

Yang ada hanya iklan daripada telco. Itupun tak tahulah, yang hantar tu wanita ke ataupun komputer yang diprogram. Sebab dalam surat khabar, muka wanita yang menggoda dijadikan sandaran pelaris telco masing masing.

Cuma aku harap masa depan nanti, adalah orang yang buat kelas menggoda wanita khas buat lelaki yang tidak pandai bermain kata.

Aku harap sangat-sangat.

Sabtu, 29 Oktober 2011

( VIDEOCURI ) Girls' Generation _ The Boys _ Special Stage 2011.10.28 _ KBS MUSIC BANK

              

Dalam hidup, pasangan itu penting. Supaya ada tempat mahu mengadu, menangis ataupun menyanyi bersama.

Bersama hingga ke akhirnya.

#dearfuturegfS .

HEY KAU!

Dari otak kiri
Terbiasa dengan cerita propaganda
Dan otak kanan
Terbiasa dengan kisah muslihatnya

Seperti biasa
Aku dipinggirkan
Dan seperti biasa juga
Aku membiarkannya

Kau dan kau yang berada di situ
Apa lagi yang kau tunggu
Aku jauh menuju ke dunia baru

Kau dan kau yang di situ
Apa lagi yang kau tunggu
Duduk termanggu melihat aku yang dipinggirkan mu

Seperti biasa
Aku dah terbiasa
Kau yang terasa
Pedih bukan sakitnya ?
......

Kalau dibiarkan rasa sakit hati itu, mungkin akan meletup hati sampai terkeluar segala kata yang selalunya dipendam dari mula. Dipendam demi memastikan rasa kecewa itu sentiasa bersarang dan membengkak di dalam jiwa sensitif. Selain itu, demi memastikan dia masih tampak 'cool' dan hebat di mata orang ramai. Jika tidak, dia pasti akan mudah disangkakan sebagai seorang manusia yang tidak tahan cabaran.

Tapi, bila mereka merasa apa yang dia rasa, hanya satu ayat yang ingin dia ucapkan.

PADAN MUKA.

Jumaat, 28 Oktober 2011

DINIHARI

Jangan kau pergi
Tinggalkan dinihari dan
ku di sini
Wahai malam
Wahai kasih

Biarkan burung berbunyi
Kasihku masih lagi di hati
Tapi kau tetap pergi
Tinggalkan dinihari dan
Aku di sini

Kau kian jauh
Tinggalkan aku berdiri
Di awal dinihari
Menanti mentari di ufuk bumi.
...

Dinihari.

Permulaan baru bagi semua hidupan di atas dunia ciptaan Tuhan nan indah ini. Permulaan baru untuk sesuatu yang baru. Baru dan biarkan yang lama terus menjadi kenangan dan panduan. Panduan menghadapi cabaran hidup yang setiap hari berubah atau dalam erti kata lain, cabaran yang baru.

Kalau aku dibiarkan sendiri di sini, Matahari masih lagi akan menyinari Bumi. Menyinari aku, dia dan semua. Walaupun jauh dan terpisah, perasaan itu masih ada walaupun yang merasanya hanya satu.

Dia dilepaskan pergi.

Hampir. #1

Cikgu tengah berleter secara intekktual di hadapan. Hadapan seluruh kelas yang penuh dengan pelajar yang mindanya hanya separuh terisi dengan ilmu bagi menghadapi masa depan yang tidak tahu bagaimana bentuknya.

Masa depan yang mungkin,

Gelap mendung awan kelabu
atau
Cerah bersinar sang mentari di awan biru.

Minda yang separuh lagi terisi dengan anganan minda tentang temantapiringanringan, aktiviti rekreasitiadafaedah dan pelbagai hal lagi yang bukannya berkaitan dengan pelajaran.

Walaupun kadang kadang, sebahagian minda tu terisi dengan jadual pembelajaran bagi menghadapi peperiksaan spm yang mendatang. Tapi, sudah tentu, kadang kadang sahaja.

Cuma, takut kalau tak belajar, tak boleh jadi boss.

Rabu, 26 Oktober 2011

HOI. Lagi.

Dah masuk hari Rabu.

Kira dah hari ke 5 aku bercuti sempena Deepavali.

Hari-hari aku dipenuhi dengan buku. Al-maklumlah, calon SPM katakan. Lebih-lebih lagi, akulah orang pertama dalam senarai nama calon SPM sekolah aku. Apa, ingat tak bangga ke ?

Harap-harap juga aku adalah orang pertama yang naik pentas ambik slip SPM yang tertera 9A+.

Amin.

Diari Orang Tak Ada Diari.

Aku menangis pilu di bantal dengan muka ditekap sepenuhnya ke atas bantal.Sambil menggigit gigit bantal itu. Koyak.

Hfffffff. Ambil nafas.

Semua ini bukan apa, aku kehilangan diari yang amat ku cibai, eh, cintai itu. Banyak kenangan yang tidak akan ku lupakan bersama diari loji itu. Di situlah tempat luahan keji aku terhadapnya. Dia hanya berdiam diri sekalipun dihambur dengan pelbagai kata kesat yang tidak masuk akal dan tidak boleh dikirimkan ke dalam blog. Takut kehilangan pengikut yang 'ramai' .

Kini, dia telah pergi meninggalkan aku sendiri. Di manakan ku cari ganti diari loji yang satu itu ? One in a million katanya. Di manakah kan dapat ku jumpa kembali diari jijik itu ? Perlukah aku menyelam ke dasar lautan loji itu yang penuh dengan ketulan ketulan serta bau yang agak 'sedap'. Kalau tidak, masakan kawasan itu dipagar ? Sebab dipagar itu adalah kerana mahu menghalang manusia daripada menjadi liar dek bau harum itu.


Eh, aku tengah tulis dekat diari mana ni ?

Eh, Diari Jijik !

Eh, nak tulis diari orang tak ada diari lah.

Isnin, 24 Oktober 2011

Perang Jiwa.

Kebelakangan hari sebelum hari ini, perang yang telahpun tercetus sekian lama semakin parah. Perang itu semakin lama semakin memburuk dan menyesakkan jiwa ramai manusia. Jiwa yang sentiasa dalam kerisauan dalam menghadapi perkara yang mendatang. Walaupun perang itu cuba dipulihkan, tapi segala usaha yang dilakukan bagaikan tidak berhasil.

Perang itu semakin memburuk.

Perang di antara dua rasa dalam jiwa yang mahukan kejayaan dalam dunia dan juga rasa jiwa yang lain yang mahu kehendak nafsu diikuti namun mampu membuatkan seseorang itu kalah di medan perang sendiri. Medan perang yang bukan calang-calang medan untuk dihadapi. Persediaan jiwa dan mental perlu seiring dalam memastikan kemenangan yang mutlak di atas medan perang terhadap perkara nan satu ini. Dan, dua rasa ini mampu mengundang pelbagai rasa lain yang bercampur baur di dalam diri seorang manusia.

Jika kalah dalam perang yang ulung ini, jawapannya hanya satu.

Menyesal.

Ahad, 23 Oktober 2011

Obsesi.

Apa khabar ?

* bunyi cengkerik *

Obsesi merupakan satu fitrah manusia. Semua orang ada obsessi tersendiri. Obsesi pada macam macam. Macam macam yang memang macam macam. Lain orang lain obsesi. Lain obsesi lain orang. Nampak tak tak ada idea nak menaip ? Nampak bukan ? Tapi masih ada lagi ayat yang aku sambung walaupun tak ada idea nak tulis. Ha, ini juga boleh dikategorikan sebagai obsesi.

Eh, kalau yang perut ke depan tu bukan obsesi, itu obesiti.

Obsesi ada macam macam.

Obsesi pada kasut.

Obsesi pada baju.

Obsesi pada rupa diri. Dan rupa orang lain.

Obsesi pada persekitaran.

Obsesi pada keadaan dunia.

Obsesi pada gajet-gajet elektronik.

Obsesi pada katil.

Obsesi pada makanan.

Obsesi pada kasut.

Obsesi pada MukaBulu, eh, MukaBuku.
Kadang-kadang Twitter. Kadang-kadang Myspace. Myspace ?

Obsesi pada Youtube.

Obsesi pada Blog. Eh.

Obsesi pada ...


... gegadis Korea.
#dearfuturegfS

Jumaat, 21 Oktober 2011

Cuti demi SPM.

Hai.

Hari ni dah mula cuti seminggu.

Cuti seminggu yang akan dipastikan kepala disembamkan sepenuhnya ke atas buku-buku rujukan yang semakin lama semakin berhabuk.

Cuti seminggu ini juga akan dipastikan buku-buku rujukan tersebut akan dipenuhi dengan contengan yang bakal membuatkan aku nampak macam pandai.

Walaupun aku memang pandai.

Cuti seminggu ini juga, akan memastikan aku semakin kecut perut mengira hari menjelang SPM.

Khamis, 20 Oktober 2011

ASING .

Lalu kau berlalu
Di hadapan mata tajamku
Tanpa menoleh
Merenung aku yang di situ
Menunggu

Ku menanti kau setiap pagi
Setia di bangku ini
Menunggu pagi dan mentari
Tapi kau tak menoleh
Kerna ku tahu diriku yang asing

Ingin ku kejar
Tapi apakan daya
Hati masih lagi kan asing
Dengan rasa yang asing ini
Ku biarkan diriku terus menunggu di bangku
Yang asing

Berjalan. Separa perlahan.

Duduk di bangku kayu. Berkeriut bunyinya. Bangku yang sudah tua, bukan aku yang berat. Kalaupun berat, salahkan graviti dari perut bumi.

Duduk merenung dan mentafsir setiap tingkah laku manusia. Macam macam ragam, macam macam gaya dan macam macam jenis. Aku tak tahu, bagaimana pula mereka mentafsir aku. Biarkan aku yang merasa, akulah penganalisis manusia pertama dalam dunia.

Tiba tiba, kau lalu. Lalu tanpa sekalipun memandang wajah bahagia yang gembira melihat si dewi yang di depan mata. Berlalu pergi, bagai angin menghembus laju merentasi awan biru.

Dan masih lagi, seperti biasa, membiarkan aku yang asing.

Asing di bangku kayu ini. Setiap hari.

Rabu, 19 Oktober 2011

( VIDEOCURI ) Girls' Generation 소녀시대_THE BOYS_Music Video (KOR ver.)



Konfem, aku akan pergi Korea lepas SPM ni.

Tunggu aku wahai gegadis.

* melompat kegembiraan sambil menyanyi lagu di atas dengan suara wanita walaupun melodi masih lagi samar-samar *

Ahad, 16 Oktober 2011

Diari Orang Tak Raya.

Kembali lagi wahai diari aku mencurahkan segala isi hati dan dakwat pen yang entah ke berapa kali ditukar.

Kembali lagi aku dengan hati yang penuh kata kata maki dan caci. Bersedialah kau untuk menempuhi satu lagi luahan hati terendam manusia kali ini.

Bila sebulan berpuasa, kini tibalah hati untuk beraya. Hari yang kita boleh korek hidung pagi pagi. Menggerudi, kata sinonim untuk mengorek, hidung di waktu pagi adalah satu nikmat, lebih nikmat dari makan sarapan di Mekdi. Itu tipu, sedap sarapan Mekdi lagi sedap. Kita tukar, lagi nikmat daripada makan roti canai di kedai yang memang tak sedap.

Ha, baru kena.

Tapi, entah mengapa, aku tidak dapat beraya kali ini. Mereka kata sebab aku tak cukup puasa.

Mungkin juga sebab seksaan di dunia semakin tiba.

Mana mereka tahu ni ?

Ahh. Terlalu sedih untuk diceritakan.

Jumaat, 14 Oktober 2011

SPM.

Tengok jam, tengok kalendar.

Bulan Oktober dah ni. Atau bulan 10 bagi mereka yang terlalu asyik baca buku hingga lupa tarikh semasa. Sebulan lebih je ni. Tak nak kira, sebab takut. Biarkan perkataan sebulan lebih tu sahaja yang berlegar di minda. Kalau hitung satu satu hari, mesti menggigil satu badan. Mesti nak demam nanti. Tapi tak boleh minta MC.


MC tu perkara sensitif dalam kalangan rakan rakan sekelas aku. Tapi itu cerita lain.


Aku dah mula membuka ( baca : mencari ) buku buku rujukan yang dah berhabuk. Tersimpan cantik di rak rak yang dibina dalam bilik aku ni. Cantik lagi. Tanpa kesan renyuk yang ketara ataupun kesan 'highlight' berwarna warni. Bersih, cantik dan menarik. Kalau jual pun, kena harga tinggi dan tak munasabah. Pasti orang tak sangka buku itu telahpun aku beli sebelum dibeli oleh dia.

Selama ini, berat betul hati nak membuka buku tersebut. Kalau dibuka pun, terpaksa sebab periksa keesokan harinya. Lepas tu, lupa apa yang dibaca.

Tapi , ...

Alhamdulillah, subjek Biologi sudahpun dimulakan pembacaannya. Sekarang sudah masuk halaman tengah tengah buku itu.

Tapi yang pasti, dah tak bersih lagi.

Khamis, 13 Oktober 2011

Diam Tak Diam.

Sebagai penulis 'bukan-belog' ini, aku dah banyak kirim kiriman yang penuh makna secara dedikasi. Tanpa ada sedikit rasa mengeluh dalam hati hatta dalam organ organ yang lain sekalipun.

Ya, aku tahu aku tak popular.

Semua kiriman yang dikirim, dikirim dengan senang hati tanpa ada sedikit rasa sesalan yang mendalam. Jika ada pun, cuma sekelumit cuma. Itu pun setelah diperli oleh merekayangberkaitan.

Siapa merekayangberkaitan ?

Ha, siapa yang makan cili, terasalah pedasnya macam ayam pedas MekDi tu.

Pedas gila yang amat sampai meleleh hingus dan air mata jantan tapi sedap. Pernah rasa ? Tak ? Pergi rasa sekarang.

Kembali pada luahan hati aku kali ini.

Banyak yang anda tidak tahu. Dalam henfonmahal ini, terdapat beratus isi karangan yang menanti untuk dikirimkan ke dalam laman maya serba canggih ini. Dah banyak idea yang aku curahkan demi memenuhi kehendak nafsu yang mahukan idea pelik aku dikeluarkan dalam bentuk perkataan. Tapi, aku tak kirim dalam blog ni, sebab,

... takut tak ada orang baca.

Membazir lah kalau aku kirim tapi yang membaca hanya sekelumit cuma.




Daki kaki pun lagi banyak.

Rabu, 12 Oktober 2011

Isnin, 10 Oktober 2011

Kau la hoi.

Kau kerja dekat tempat yang memerlukan kau berbincang, bercakap dan berbual mengenai hal hal semasa dengan pelanggan, buatlah muka baik dan bercakap dengan nada paling sopan.

Lainlah kalau kau kerja dekat kawasan pembinaan, muka masam pun tak ada orang sibuk nak tulis dekat blog macam aku ni.

Jumaat, 7 Oktober 2011

Naik badan.

Sejak kebelakangan ini, makin ramai pula cakap aku makin kurus. Aku tak tahu nak terima ayat tu sebagai pujian atau ayat yang mempunyai makna tersirat. Perlu aku marah ke atau senyum nampak gigi ?

Aku ada cakap pasal aku gemuk dalam entri yang dikirim sebelum ini. Kalau rajin, sila cari.

Dulu, aku gemuk pun aku tak kisah. Makan burger sampai dua kali pun tak ada kisah. Makan nasi sampai lima pinggan pun, eh tak ada hal. Muat lagi perut ni. Makan tengah malam pula dah macam makan sarapan sebelum sarapan. Setiap kali makan pula, bagaikan sarapan, tengah hari dengan makan malam dicampur bersama. Get that joke ?

Orang orang yang kenal aku, mesti tahu yang aku memang suka makan. Mana mana perlu makan. Sampai la satu hari, orang kata aku makin kurus. Wah, mana tak kembang punggung. Orang yang selama ni mengenali aku dengan imej comel, tiba tiba berkata begitu.

Dipendekkan cerita, aku melakukan pelbagai cara agar nampak lebih kurus di mata masyarakat. Dan demi masa depan yang lebih terjamin. Dan hasilnya, badan dah macam ahli Super Junior. Tak pun, Aizat Amdan. Kadang kadang, orang cakap, bukan aku cakap, Justin Bieber.

Tapi sebab kurus sangat tanpa otot yang menonjol dan mampu menggugurkan iman wanita sekeliling, aku rasa aku macam tiang lampu.

Sebab tu la aku aku rasa nak naikkan berat badan aku. Biar nampak berisi sedikit.





Mungkin sekali pandang orang ingat otot, dua kali pandang baru tahu, lemak sahaja keliling pinggang.

Pak Cik Steve Jobs.

Terima kasih.

Untuk idea yang mengubah dunia.

Rabu, 5 Oktober 2011

Melankolik.

Kebelakangan hari ni, aku rasa macam hari hari aku berlalu secara melankolik. Perlahan dan penuh drama.

Kalau nak diikutkan dalam blog ni pun aku dah kurang kirim kiriman perli atau kirimam sukasukahati. Semua lebih menjurus kepada isi hati nurani gelojak asmara dalam jiwa. Puih, geli.

Aku banyak berfikir tentang apa yang yang berlaku dan apa yang aku lakukan. Aku banyak berfikir sejak mendapat kertas peperiksaan percubaan minggu lepas. Memikirkan masa depan, hal hal semasa, sikap rakan dan macam macam lagi. Betul betul aku terasa melankolik betul hidup aku.

Mana aku dapat perkataan melankolik tu, jangan tanya. Sebab perkataan tu datang secara tiba tiba bila berhadapan dengan keadaan hidup yang berlalu depan mata. Aku duduk diam diam pun aku boleh berfikir.

Melayang entah ke mana. Ke ruang dimensi ciptaan sendiri.

Perkataan tu betul betul melekat dalam kepala bila kertas periksa percubaan yang lepas ada depan mata. Kertas peperiksaan yang bertanda dengan markah yang lemah. Percubaan kot. Klon kertas pepriksaan besar yang aku nak hadapi tak lama lagi tu. Kalau setakat markah yang tak seberapa, mampukah aku nak cemerlang dengan bergaya nanti?


Bolehkah aku nak naik pentas bulan tiga 2012 nanti ?


Dalam dalam melankolik aku ni, aku terbac dalam surat khabar. Terpampang besar muka Anuar Zain. Dengan perkataan ' Melankolik Anuar Zain ' bersaiz besar juga terpampang sebesar besar tidak atas helaian akhbar tersebut.


Jadi, aku dengan Anuar Zain sama la eh ?

Wah ! ( baca : Tak ada tajuk yang sesuai! )

Hari hari buka komputer, hari hari 'counter' mengira.

Meningkat, melambak.

Tapi, mana pengikutnya ?

Selasa, 4 Oktober 2011

PMR.

Selamat berjaya pelajar Tingkatan Tiga seluruh Malaysia.

Moga apa yang dipelajari selama tiga tahun, dapat dicurahkan segala galanya di atas kertasputihbertulis itu.

Selamat Berjaya.

Ahad, 2 Oktober 2011

Kalau Kau Baca ...

Semalam, pergi rumah jiran yang dah pindah rumah.

Rumah terbuka.

Pada 1 Oktober.

Rumah Terbuka sempena Zulkaedah.

Sabtu, 1 Oktober 2011

Nafus.

Sebenarnya terbalik tajuk di atas ni. Bahagian 'u' dengan 's' , silalah betulkan dengan imaginasi sendiri.

Kebelakangan ini, kalau ada yang baca, iyalah, terpaksa cakap, walaupun memang tak ada orang yang buka blog ni pun, aku dah menjadi macam akuyangsebelum. Mengirim entri entah apa apa dan berturut turut setiap hari. Tapi, kali ini lebih melankolik dan penuh drama.

Pengikut-tak-setia yang dah melebihi sedekad ( baca : 10 orang ) ni pun bukan boleh percaya. Nampak macam blog aku dah maju dari segi pembacanya, tapi jangan terpedaya, semua tu pelajarsekolahberkaitanyangsamadenganaku. 

Mereka tak akan buka blog picisan aku ni semata mata mahu mengetahui apa yang aku tulis kali ini. Mereka tak akan tergesa gesa pulang ke rumah selepas waktu persekolahan, dan terus membuka komputer serta memasang Internet yang masih tidak disekat kelajuannya, semata mata nak login blogspot, melihat dashboard dan klik entri terbaru aku yang ada di situ. Terpampang kecil.

Kalau mereka klik pun, sudah tentu mereka tidak akan klik entri aku. Mereka ada banyak lagi blog yang mereka tekan butang biru itu. Blog yang pada mereka lebih menarik, dan kelakar.

Biarkan aku yang berusaha sedaya upaya mengembirakan mereka, duduk di sudut sepi tanpa bicara.

Tapi, nafsu menulis aku yang membuak takkan terhenti walaupun dipermainkan sebegitu rupa.


Walaupun dengan perlian rakan persekolahan.

Selamat Ber-Oktober.

Hari ni dah masuk 1 Oktober.


SPM bulan depan.


Aku tengah baca buku. Sambil komputer dan Internet di depan mata.


Sila percaya.