wahai diari usang yang amat ku benci ini, terimalah lagi curahan derita yang mengalir tanpa henti bak air loji yang berbau harum lagi menyegarkan itu. macam sabun.
iyalah, mana ada orang berhenti berak atau bahasa sopannya, buang air. tak sah kalau tiada siapa yang di dunia tidak melakukan kewajipan yang hakiki ini. di samping, banyak kesan jika perkara ini ditahan, disekat pengeluarannya. sembelit atau bahasa atuk aku, constipated.
mustahil perkara sebegitu terjadi. amat mustahil.
wahai diari, ehem ,
rakan rakan di sekolahku sering sahaja meminggirkan aku yang amatlah terlalu paling hemsem. tanpa sedar atau secara sedar. mungkin juga ketika separa sedar. aku mengerti, aku bukanlah sesiapa di sekolah. aku bukanlah si lelaki yang menganggotai badan jsLC (sengaja dibesarkan sedemikian rupa ) ataupun abang gagah yang sering sahaja menyertai semua jenis sukan. kecuali bola jaring. tetapi tak tahulah, mungkin juga dia menyertai permainan itu. budak sukan katanya. aku bukan orang begitu.
dan aku juga bukanlah seorang lelaki yang mempunyai motor ataupun lesen kereta dan mempunyai kereta Persona ataupun mempunyai teman wanita bernama Miasara RaqibAF.
heh.
aku tahu, aku hanyalah manusia biasa yang cuba menghadapi dunia penuh pancaroba serta liku liku kehidupan serta selekoh tajam umpama di litar Sepang yang mampu menjatuhkan seseorah itu hatta dia adalah seorang abang gagah ataupun lelaki JayAsseLC sekalipun jika tidak mempunyai semangat yang jitu dan kuat.
aku suka hidup bersederhana. aku tidak suka membuat kecoh, ok tipu. aku tidak suka ezejeret. aku tidak suka berlagak bagai dunia ini aku yang punya. aku tidak suka mengatakan pada seluruh dunia, aku ini siapa. aku tak suka.
tetapi, hidup secara bersederhana, membuatkan rakan rakan atau patu aku panggil musuh dalam kain pelikat, telah meminggirkan aku.
aku bukan lah jenis yang gemar membuat kecoh di mana aku berada. aku lebih suka berdiam diri di dalam lembah penuh kesunyian sambil ditemani gambar TAEYEON SNSD bersaiz manusia sebenar daripada bersama mereka yang lebih gemar berfoya foya dan membuat bising di dalam kelas.
ataupun berlgak secara sengaja, menggatal secara sengaja dan lain lain. aku bukan semua itu. ataupun membuat mukabuku tipu serta meletak gambar berduaan secara sengaja
ataupun sengaja tidak mendengar apa yang diucapkan oleh aku.
apa yang telah aku lakuka sedemikian rupa ? adakah mereka cemburu jika aku mengenali Shaheizy Sam ataupun mereka mempunyai sebab yang lain ?
kenapa aku diperlakukan begini ?
ini membuatkan aku berdendam dengan mereka. ibarat terasa iingin kentut tapi tak lawas yang begitu tinggi di dalam diri atau secara klisenya, gunung berapi menunggu masa untuk meletup. sangat tinggi. baunya mungkin agak kuat kalau dilepaskan. ibarat gunung daik bercabang dua. gunung apa ? ha, itu kita tak tau.
apa yang perlu aku lakukan wahai diari ?
di sini akan ku beritahu satu rahsia.
rahsia yang bakal menghapuskan mereka.
rahsianya,
dah nama rahsia, mestilah rahsia.
jadi, rahsia aku akan hanya diketahui dengan menggunakan cahaya berwarna biru.
nyeeahhhhhhhh, tipu sahaja.
yang benar ,
khaludefran