Isnin, 30 Julai 2012

Penyebab.

Aku masuk flying academy ni memang dah tersemat di sanubari, semoga aura juruterbang itu melekat di batang tubuh lelaki yang agak hensem ni dan akan membuatkan gegadis mengejar berganti-ganti dari rumah aku ke Kelantan. Dan mungkin juga, gegadis dari Korea itu juga.

Tapi, sedukacitanya, aku masih tersangkut di subjek management yang betul-betul menggugat sanubari.

Sebab tu yang tak melekat gegadis Ground Handling tu kot? Dan ya, gegadis GH yakni gegadis Kelantan, boleh tahan juga ke-cute-annya. Kenalah dengan orang Johor yang handsome ini juga.

Ahad, 29 Julai 2012

Seksa.

Kalau aku diikat ketat-ketat sambil kaki aku di-gatal-kan dengan bulu ataupun seribu tangan wanita yang menggeletek aku., mungkin aku lebih tahan lagi daripada tunggu buka puasa masa cuti di Kelantan ini. 

Bosan sehingga laptop-ada-gambar-bakal-isteri ni dah dibuka 4000 ribu kali dah.

Nak tengok benda 'tak baik', takut terbatal puasa secara sengaja.

Nak tidur, tak produktif.

Puih, tak produktif konon, tapi tidur sampai pukul 7 tu apa benda?!

Sabtu, 28 Julai 2012

Kehendak bakal-isteri.

Bakal-isteri tersayang tak nak berjauhan dariapada 'adik-adik'-nya. Eh saya pun tak nak berjauhan dengan mereka.
Tak, saya tak suruh awak berpecah pun tau.

Nanti raya boleh ajak diorang raya sama. Huih penuh rumah nanti.

Tak apa, meriah kan?

Khamis, 26 Julai 2012

Tolong.

Kalau dikira ekonomi sekarang ini, harga minyak mungkin meningkat.

Tapi rasanya diari dekat kedai buku tu murah lagi. Blog pun percuma lagi sekarang ni.

Jadi, sila beli diari 2012 atau 2013 untuk rintihan hati anda. Atau buat blog letak lagu bukan-bukan.

Tak semua nak baca dan like status marah-marah anda.

Kakipunyanota : Aku tengah dengar "When You're Single"-David Choi. Ouch.

Selasa, 24 Julai 2012

Aku tak sahur. Lagi.

Ini memang jenis pesen alarm bunyi, terus hentak kuat-kuat suruh diam. Tak diam juga, lempar baling ke dinding biar samada dinding berlekuk ataupun henfon ber-alarm tu yang pecah seribu.

Jadi kesannya adalah kita yang menanggung lapar selama beberapa jam secara terus-menerus sambil di hati nurani kecil ni memang menyumpah seranah atas ke-tidak-bangun-ngan pagi tadi.

Sebab tak sahur, tu yang buka dekat Kenny Rogers tu.

Ayam quater.

Isnin, 23 Julai 2012

Mohon.

Anda dah tua, bangka pula tu.

Zaman myspace pula dah lama berlalu, jadi tak payahlah anda edit gambar anda siap letak bingkai gambar dan glitter entah apa-apa di sisi kiri kanan gambar anda. Cukuplah sekadar menggunakan Instagram.

Zaman myspace yang dah berlalu, biarkan ia pergi.

Dan di bulan yang mulia ini, janganlah mengada nak tulis ayat manja-nak-muntah tu lagi.

Aku mohon. Aku tak nak muntah di siang hari.

Ahad, 22 Julai 2012

Aku tak sahur.

Sebab tak sahur, masa-masa ni lah aku mengharapkan Doraemon ada dalam dunia ni.

Wei Doraemon, cepat keluarkan 'Pencepat Masa' kau!

Semalam, 1 Ramadhan.

Laa, ingat dah raya dah.

Nampak tak kiriman semakin mengecil patah perkataannya. Nampak kan?

Kan puasa. Ha sebab tu lah.

Sabtu, 21 Julai 2012

Eh balik dah?

Bersahur di Johor.

Berbuka di Kelantan.

Hoi penat merentas Semenanjung Malaysia.

Khamis, 19 Julai 2012

Di rumah.

Habis sahaja test paling kejam dalam dunia semalam, aku terus balik ke rumah tempat kerasnya air liur basi aku. Rindu katil, rindu dram dan paling penting, rindu famili.

Ni nak kena kira-turun hari nak balik ke?

Selasa, 17 Julai 2012

Ke-kejam.

Aku rasa apa yang dikatakan kejam itu adalah dengan meletakkan semua test pada hari esok setelah baru menghabiskan subjek Interpersonal Communication hari ini.

Itu agaknya kejam.

Eh kalau dia tak kejam, aku tak boleh balik esok!

Sabtu, 14 Julai 2012

Runsing. (Kiriman lama)

Setelah 11 tahun duduk rumah makan nasi dengan goyang kaki tanpa perlu memikirkan nak masak lauk apa untuk tengah hari, penghijrahan aku ke Kelantan untuk menggapai cita-cita nan abadi ni, sedikit-pun-tak-banyak menggusarkan aku.


Runsing memikirkan perihal bagaimana aku mampu meneruskan kelangsungan hidup aku di bukan tanah tumpahnya darah aku.


Dan paling penting sekali, macam mana nak tengok Running Man ni?!

Khamis, 12 Julai 2012

Kasihan.

Kesian di sini bermaksud, kasihan kepada penulis blog ini yang dalam pengajian untuk menjadi juruterbang tetapi tiada temantapiringanringan sehingga kini hatta ketika masih berseluar hijau berbaju putih mahupun seluar biru berbaju putih. Atau dalam erti kata lain, dalam masa 11 tahun persekolahan.

Jadi aku ingat, bila dah ber-slack hitam, berbaju putih dan ber-peak cap ini, adalah can-nya.

Tapi kenapa gadis-gadis Ground Handling tak pandang aku?

Ooo, mungkin sebab baju saiz S beli dekat Kamdar ni besar sangat.

Ah, kasihan betul aku.

Rabu, 11 Julai 2012

Lihat.

Sementara menghabiskan hidup secara sia-sia di Kelantan untuk menjadi juruterbang kelak, di sekolah atau kami (baca: cadet pilot) panggil, ground school, kami menonton televisyen.

Ya, kami menonton Melodi ketika makan tengah hari.

Beramai-ramai.

Isnin, 9 Julai 2012

Hari ini hari Isnin.

Hari ini hari kedua persekolahan untuk minggu ini.

Hari ini balik awal.

Ahad, 8 Julai 2012

Paling terbaru.

Paling terbaru aku menangis adalah pabila ditinggalkan oleh famili demi untuk menjadi juruterbang sebagai kerjaya tetap. Jauh, 12 jam jauhnya jika menaiki kereta. Jarak kilometer, kira sendiri.

Sebelum ini, aku menangis pabila terkenangkan Scha dan Lisa berkahwin dengan lelaki pilihan mereka.

Ingat nak sambung cerita, tapi terkenang famili pula.

Sebak, bergenang air mata wo.

Sabtu, 7 Julai 2012

Kalau boleh.

Kalau boleh, tiap-tiap hari aku nak takbur secara maya tentang bagaimana aku susah untuk menerima pembelajaran bagaimana untuk menjadi juruterbang di blog ini.

Tapi malangnya, seribu enam ratus kali malang, aku tersangkut pula di Management, demi untuk mendapatkan Diploma in Aviation.

Eh dapat diploma in aviation tu.

Kira boleh berlagak jugalah ni?

Jumaat, 6 Julai 2012

Perbincangan.

Jika dikira menggunakan kalkulator mahal, 4+4 jadi 8 bukan?

Ha, bilangan itu adalah bilangan kadet juruterbang batch 55/12. Sedikit, tapi meriah.

Dalam masa tiga minggu je aku dah rasa macam kenal rapat dengan mereka semua ni.

Ada yang dari Johor, ada yang Kedah, ada yang Perak, ada yang dari Penang, ada yang dari Kelantan dan paling jauh, dari Nepal.

Dan tajuk paling popular antara kami adalah, "Patutkah menjadikan gadis Kelantan sebagai temantapiringanringan sementara menghabiskan sisa hidup selama dua tahun di sini?".

Mentang-mentang ada kelas Ground Handling yang dipenuhi gadis-gadis Kelantan, selang satu kelas dari kelas aku. Tiap kali nak pergi ke kelas aku, perlu melalui hadapan kelas mereka. Susah wo, tiap-tiap hari nak kena cover macho.

Sebab tu yang kena bincang dengan lebih mendalam.

Patut atau tidak?

Rabu, 4 Julai 2012

Pelik.

Ketika ini, aku sedang memuat-turun episod Running Man ke-101 untuk dijadikan hiburan pada masa lapang kelak.

Dan ketika ini, aku yang sedang dalam pembelajaran untuk menjadi pilot, sedang berada di depan komputer, untuk menaip kerja kursus Bahasa Kebangsaan, bertajuk "Bahasa Melayu di Internet".

Ha, pelik tak pelik?

Lagi pelik kalau dia suruh ulas tajuk muka depan Berita Harian semalam, "Juruterbang Mengganggur".

F8ck.

Isnin, 2 Julai 2012

Jauh hoi.

Kalau dikira guna jari kaki ketika ini, sudah masuk hari kelapan aku di perantauan (baca: jauh dari rumah).

Kerindua itu masih ada bersarang dalam jiwa, tapi sudah berkurang seperti hingus dan air mata yang keluar pada hari Ahad daftar haritu. Sedih weih. Bila fikir kena tinggal sini dua tahun hanya semata ingin mendapatkan lesen juruterbang, bergenang air mata. Menitis atas flight planning tau.

Walaupun aku dah berapa kali tulis aku rindu famili, aku masih nak cakap, AKU RINDU FAMILI.

Eh memang aku rindu, nak buat macam mana.

Eh aku masih dalam management lagi, tak masuk flight phase lagi. Mana ada flight planning.

Ha, kena tipu dalam masa aku tengah dalam kerinduan ni.

Ahad, 1 Julai 2012

Julai di perantauan.

Seminggu di perantauan (baca: Kelantan).

Rindu rumah tengah renovation.

Rindu famili!