Ahad, 30 September 2012

Bujang.

Tadi, sekumpulan mahasiswi (mahasiswa tak nak cakap) daripada Universiti Tun Hussein Onn, dari Johor. Tanah tumpahnya darahku yang ada wayang. Serta Starbucks. Serta kedai mamak yang mudah dicari.

Betul lah apa kata orang, tempat yang jatuh lagi kan dikenang, apatah lagi tempat dilahirkan.

Walaupun gewe Kelantan tidak dinafikan putih melepak serta cute, masih lagi tidak boleh mengalahkan gegadis Johor. Secara kasarlah aku pandang diorang ni, dan aku anggap semua asal Johor.

Tapi kalau gadis Johor lawan Taeyeon, masih lagi Taeyeon yang menang dalam menangkap hati aku.

Sabtu, 29 September 2012

Madka #16.

Kalau kau berlalu, filter blur Instagram menyelebungi dirimu.

Faham?

Hari ini indah. Sang mentari bersenang hati menyinarkan cahaya suam-suam ditemani awan yang berkumpul bagai merahmati makhluk Tuhan yang duduk di bawahnya. Bahagia.

Tapi, benar apa yang dikata, yang indah itu tak semestinya berpanjangan.

Jumpa pula status guna perkataan tak cukup huruf. Kalau satu ayat tak apa, ini satu perenggan dia guna perkataan macam tu. Status konon sedih, tapi kalau dah guna perkataan macam tu, orang tumpang gelak. Kalau cikgu Bahasa Melayu dia jumpa ni, mahu ada dia kena lempang.

Kalau cikgu dia tak nak lempang, biar aku yang lempang.

Diari Orang Lahir Lambat.

Kembali lagi aku menghadap kau wahai diari buruk serta busuk. Kenapa aku masih berselera untuk menulis di atas helain kertas di tubuhmu ini ? Aku sendiri tak tahu.
Tak apa, kembali kepada topik utama.
Aku dilahirkan lewat. Bukan sengaja, kehendak Tuhan. Bukankah terdapat lagu yang berbunyi,

' tidak ku pinta, lahir ke dunia~ '

Tahu bukan lagu tu ?
Tak ada kena mengena pun. Heh.

Dilahirkan lewat, membuatkan ramai rakan rakan ku telah mempersendakan aku. Bayi katanya.

Ha.

"Nak bercinta, lepas sekolah!" , kata orang-orang tua.

Tapi saya dah habis sekolah.

Dah boleh lah kan?

Jumaat, 28 September 2012

Terik.

Terjaga. Tutup balik mata. Rutin hari Jumaat di Kelantan, selagi tidak pukul 11, buat apa bangun? Setelah setiap hari terpaksa mem-bangunkan diri pada pukul 6.30 (baca: 7.20) pagi, semata untuk ke kelas yang demi mengejar impian hidup.

Dan terus membersihkan diri. Dan juga terus membuka laptop yang dikasihi. Dan juga membuka langsir.

Masalah bermula di sini.

Cahaya matahari dari tingkap tu buat aku silau nak tengok laptop aku.

Khamis, 27 September 2012

Masuk.

Keluar mulut harimau, masuk mulut buaya.

Ambik kau, tebal gila buku Joint Aviation Authorities Phase 1. 


9 masalah dunia lagi untuk ditempuhi.

Rabu, 26 September 2012

Selasa, 25 September 2012

Kesian.

Selaju mungkin dia bergerak, takut terlepas. Walaupun dia tahu dia mungkin akan terlepas, dia masih lagi cuba untuk bergerak selaju mungkin. Mungkin dalam pada masa ini, dia boleh memintas kelajuan Usain Bolt yang tengah membajak sawah sambil tunggu hujan di negara-orang-lari-laju-tak-ada-obesiti, Singapura. Namun pedulikan Usain Bolt, dia masih lagi perlu bergegas.

Nasib baik. Lega. Dia tak terlepas apa pun. Tepat pada masanya orang kata.

Tapi apalah gunanya bergegas mencari handphone yang tak dipegang satu hari tapi tiada seorang pun yang sudi nak habiskan kredit untuk ber-mesej-an.

Oh nasib juruterbang lelaki tak ada girlfriend. Lagi.

Isnin, 24 September 2012

De-ri-tha.

Derita sepi, tiada siapa yang tahu.

Derita baca buku dalam bilik, tutup pintu, macam mana orang nak tahu?

Ahad, 23 September 2012

Tukang Kongsi.

Suasana fb yang aman damai kadang-kadang diganggu oleh makhluk yang jenis tahu pakai Internet, tahu log in facebook, tahu tekan keypad, tahu guna mouse, ada laptop ribu-ribu, elektrik setiap bulan bayar dan juga menggunakan Unifi.

Tapi malang, dah tua bangka, benda-benda yang remeh pun boleh percaya.

Kau tahu kan makna bodoh?

SI CINTA

Wahai si cinta
Tumpanglah di hati jiwa
Si dia yang di sana
Merenung cinta yang tak bersama

Wahai si cinta
Jatuhkan aku ke ribanya
Biarkan aku si pembahagia
Menjadi senyum di bibirnya

Tapi si cinta
Jatuhkanlah sesiapa
Ke riba si jejaka
Yang setia berjenaka

Madah Kata #14.

Kenapa bergaduh kalau tahu Bumi ini kecil?
-Orang yang bergaduh

Sabtu, 22 September 2012

Madah Kata #13.

Bila masa kita akan berjumpa?

Rungut.

Kalau cuti hari minggu bermula pada Sabtu, hari Jumaat dah jadi pemula cuti. Jumaat semua kerja separuh hari, lepas pukul 12 dah boleh balik dari kelas, dah boleh lepak lepas sembahyang Jumaat.

Jadi, secara asasnya, cuti hujung minggu di negeri selain kelantan adalah 2 hari setengah. Tak ke bahagia macam tu? Tak ke puas cuti macam tu? Tak ke seronok hari Jumaat tu kelas separuh hari?

Ha, Kelantan?

Jumaat, 21 September 2012

Benci-Suka.

(baca: Love-Hate)
Dalam meniti kehidupan sebagai kadet juruterbang, cewah berlagak betul nak taip juga, terdapat perkara yang perlu dihadapi secara berhemah dan selalunya perlu ditangani dengan cara yang betul.

Cuma aku salahkan pendingin hawa di kelas aku.

Ada ke patut dia jadi sejuk sangat sampai mata aku kuyu hampir-hampir tertutup? Tak pasal-pasal aku terbuat Instrument Flying Rules masa tengah belajar Airlaw.

Ish, memang aku dan pendingin hawa ni ada hubungan benci-suka betul lah.

Khamis, 20 September 2012

Hilang.

Pernah kah anda merasa bagaimana rasanya kehilangan arah? Seperti hilang arah tujuan. Anda tak tahu mana hala tuju kehidupan anda pada saat itu. Semua perkara bagaikan tiada gunanya.

Pernah?

Saya pernah. 

Semalam, bila broadband Celcom tak boleh disambung ke Internet. 

Isnin, 17 September 2012

Ke-ikhlas-sasivinasiatsion.

Dalam banyak-banyak jemputan-jemputan apa paling menyakitkan hati?

Jemputan ke permainan maya di fb yang tidak ikhlas hanya kerana nama aku terletak di turutan paling atas dalam senarai kawan maya kau. Hei aku sepak guna ibu jari kaki kang.

Ahad, 16 September 2012

Selamat Hari Malaysia.

... dan selamat hari aku kena balik Kelantan sebab Kelantan tak ambik cuti Isnin.

Jumaat, 14 September 2012

Hai, saya balik. Lagi.

Sampai di rumah tercinta untuk bersama keluarga tercinta.
Dan saya berada di depan laptop tercinta.

Madka #11.

Kalau apa yang dimimpi, tangan menunggu untuk menerima.

Khamis, 13 September 2012

Pelik.

Dalam pada aku baru balik dari Johor raya ini, aku terfikir pada laman sosial aku yang tak popular serta tidak menerima 20 000 like hanya untuk gambar muka depan kamera yang dipegang sendiri daripada angle atas. Dan juga dengan caption yang saya tak faham kenapa mereka suka menyangka mereka tak cantik. Kalau tak cantik, tak payah upload di fb.

Tapi aku pelik, bila masa pula aku add orang-orang pelik ni ? Dan kenapa aku add/approve diorang ? Dah lah tak nak like status humor aku.

KENAPA ?! , kata hati aku menyesal dengan tindakan diri sendiri.

Isnin, 10 September 2012

Ahad, 9 September 2012

Sabtu, 8 September 2012

Madka #7.

Kalau bawah terik panas pun aku masih teringatkan Taeyeon.

Jumaat, 7 September 2012

Susah.

Anda tidak tahu, menjadi seorang Adam ini adalah salah satu kerja yang paling susah kalau nak diikutkan hati. Kalau nak diikutkan hati, mahu saja aku jadi Aaron Aziz, ataupun lelaki-lelaki Korea dengan muka handsome yang digilai ramai. Senang sikit aku nak dapat Taeyeon.

Pokoknya, susah jadi Adam.

Sebab aku pemalu yang amat. Ha, sebab tu aku single lagi. Jadi, siapa nak boyfriend cadet pilot ?

Jelas sungguh promosi diri.

I just love myself.

.. and of course, MY FAMILY.

And Taeyeon.

Khamis, 6 September 2012

Gagal.

Kalau disuruh aku buat esei guna emotikon, mungkin aku akan lari keluar daripada kelas, panjat pagar Ground School tu, lari pergi runway, tunggu kapal terbang take off, lepastu pegang tayar kapal terbang ikut sama terbang. Tak nak buat esei guna emotikon punya pasal.

:">LK<>:
(Jadi emotikon aku?)

Rabu, 5 September 2012

Selasa, 4 September 2012

Sabtu, 1 September 2012

September, jom terbang?

Esok, hari yang ditunggu-tunggu.
Jadi awan dan langit, sila tunggu aku.