Ahad, 24 Februari 2013

hag.

Sudah hampir dua bulan berada di Terengganu, sebuah negeri yang susah nak cari mamak, wayang yang jauh dan Starbucks yang berada di tempat yang sama, jauh juga.

Setiap hari, aku hanya 'menyertai' hidup hanya 12 jam sahaja. Selebihnya, aku hadiahkan diri sendiri dengan mimpi indah bersama tetamu undangan tetap ; Taeyeon.

Selepas itu juga, kita beralih ke hadapan laptop untuk menempuh hidup maya pula. Di sini juga, aku akan berjumpa bakal-isteri tetap ; Taeyeon.

Enam jam bersama, tiba masa untuk merehatkan mata, sebelum membuka kembali laptop selepas dinner dengan misi yang sama, untuk bersama gadis yang dicintai ; Taeyeon.

Sesudah 3 pagi atau bila mata dah berat, kini tiba masa untuk berjumpa cinta hati ; Taeyeon.

Semuanya sebab aku tak fly.