Adam merupakan manusia biasa. Manusia yang kacak, bersopan-santun, berjiwa patriotik dan sayangkan binatang walaupun masih lagi geli-geli nak pegang kucing, katak, ular, lipas, mentadak mahupun singa.
Beliau kini sedang belajar. Belajar bagaimana mahu membawa kapal terbang, dan juga bagimana mahu mengorat pramugari apabila bekerja nanti. Oh ya lupa, dia juga belajar bagaimana mahu mencari duit yang banyak dan bagaimana mahu keluar dari boarding gate dengan bergaya di hadapan penumpang kapal terbang kelak.
Namun begitu, setiap manusia tidak sempurna. Walau dibekalkan di kehidupan ini dengan pelbagai kelebihan, dia mempunyai satu fobia. Fobia yang baru dikenalpasti oleh saintis-saintis NASA. Punyalah susah nak jumpa fobia ini sampai yang mengkajinya adalah saintis yang bekerja mengkaji angkasa.
Nama fobia itu adalah KENATINGGALDENGANKAWAN-NIPHOBIA. Antara kesan fobia ini adalah anda akan berasa curiga dengan ajakan orang lain (yang bukannya rakan serumah/sebilik/sekatil mahupun batchmate sendiri) kerana dihantui pengalaman lampau yang mengguris hati.
Ya, nama fobia ni dalam bahasa melayu.
Ya, kesian Adam.
Sabtu, 16 Mac 2013
Sabtu, 9 Mac 2013
Isnin, 4 Mac 2013
Derita kena tinggal sorang dalam hostel sebesar alam.
Ada hampir 20 orang dalam hostel tiga tingkat ni, campur sekali dengan warden-tak-guna.
Tolak senior yang keluar satu kereta, tolak senior yang keluar dengan warden satu kereta, tolak batchmate lima orang satu kereta yang tak ajak aku, dan tolak lagi sorang yang bawak kereta pergi ambik batchmate dekat airport satu kereta yang juga tak mengajak aku langsung.
Jadinya, aku tinggal sorang dalam hostel. Bersama hantu, bersama setan yang bersarang dalam hostel.
Memandangkan kalau perompak masuk, dengan senangnya aku akan dipukul sampai pengsan atau lebih teruk, hilang nyawa, aku memutuskan untuk keluar makan nasi lemak.

Sabtu, 2 Mac 2013
Bila kawan dok bincang plan depan aku, tapi ajak pun tidak.
Am I a friend of nobody, or nobody want to be friend with me?
Jumaat, 1 Mac 2013
March, let's marching.
Sudah Mac.
Baru 2 jam.
Ha ini baru cerita sedih.
Setia hujung nyawa atas katil terbongkang depan komputer.
Baru 2 jam.
Ha ini baru cerita sedih.
Setia hujung nyawa atas katil terbongkang depan komputer.
Langgan:
Catatan (Atom)