Isnin, 13 Mei 2013

Selamat Ter-lambat (baca: belated) Hari Ibu!

Duduk sorang-sorang jauh-jauh ni, aku rindu bila nak dikejut pagi-pagi ke sekolah.

Mula-mula, mak ketuk pintu cakap "Bangun".
Aku tersedar, tengok jam, "Alaa baru 6.30 tidur sikit lagi lah".

Tapi bahana kalau tidur 'sekejap lagi' tu bukan sekejap, akan dihadiahkan dengan jeritan batin paling sedap dalam dunia. Sampai rumah selang dua jalan boleh dengar lagi.

Mengelakkan macam tu, dengar tapak kaki depan pintu pun dah kelam kabut tarik tuala masuk bilik air.