Sabtu, 15 Jun 2013

Sebab sebab penulis masih belum memiliki temantapiringanringan.

1. Ingin menumpukan perhatian terhadap pelajaran.
Dalam zaman mementingkan pendidikan ini, perhatian yang jitu amatlah diperlukan. Dan kadar yang ditetapkan perlulah tinggi. Bukan kadar panggilan terendah, kadar perhatian. Oleh itu, jika terlalu mencari temantapiringanringan, pasti pelajaran akan terganggu.

Kalau nak berjaya, banyak perkara perku dikorbankan.

Iyalah, yang bagi masa depan, pelajaran ke temantapiringanringan ?


2. Kadar nafsu yang masih dalam keadaan terkawal.
Kalau tak ditahan, banyak keluar surat khabar nanti. Muka depan hari Ahad.

3. Masih menunggu #dearfuturegfs import.
Mungkin anda sudah muak dengan perkara ini. Dan sudah tentu, anda pasti mengatakan saya perasan sendiri.
Tapi, jodoh di tangan di atas sana, kita boleh berdoa untuk benda yang baik, bukan ?
#dearfuturegfs

4. Perasaan rendah diri yang amat.
Penulis secara azalinya memang merupakan seorang manusia yang pemalu tetapi masih mempunyai kemaluan. Tetapi, peredaran masa mampu merubah manusia.

Jadi, apa yang anda temui sekiranya anda pernah berjumpa saya, adalah satu transformasi diri.

Namun begitu, untuk bercakap dengan manusia berlainan jantina, lagi lagi yang kurang berjumpa, mampu membuatkan saya kembali menjadi malu. Heh.

5. Tiada yang berkenan di hati.
Maksud saya, wanita di sini. Wanita di sana, banyak. Sampai tak terkira jari kaki hingga terpaksa pinjam rakan sebelah punya.

6. Supaya tidak mudah kecewa pada kemudian hari.
Sering terjadi kepada mereka yang pernah ada temantapiringanringan. Bayangkan, jika anda sudah berpisah dengan teman anda, secara emosinya, perasaan kecewa itu pasti timbul. Iyalah, sudah membayangkan hidup bahagia malam pertama, eh ke anak cucu, tiba tiba, hujan di tengah panas. Takut panau baik duduk rumah.
Sudah pasti, sedikit dan sebanyak, sudah tentu akan memberi kesan terhadap aktiviti harian seperti membuang air kecil.

7. Perempuan kurang memandang, err, kepada penulis. Huh.
Tiada komen selanjutnya.