Almaklumlah, tengah menggapai impian di angkasaraya.
Lama jugak tak cakap-cakap belakang kehidupan masyarakat Malaysia ketika ini.
Tapi aku yang tengah dekat rumah ni tetiba datang seru nak menaip bila sedap double tap gambar aweks aweks Malaysia yang aumm aumm dekat Instagram. Mahu yang bertudung ataupun tidak.
Oh kadang kadang je aku double tap gambar pemandangan yang bebudak instagrammers yang diorang edit pakai VSCO yang aku pun terjebak sama.
Kadang kadang juga aku double tap gambar sendiri. Hina sungguh.
Yang menjadi bahan untuk edisi kutukan hari ini adalah bagaimana Instagram sekarang dah jadi macam cermin bilik air sekolah sebalah kelas aku dulu. Sekarang bila betulkan tudung, naikkan kain, pakai telekung, lipat
Yangs sedihnya, kadang selfie tu terpaksa crop gambar kawan sebelah mahupun yang tengah berbaris dekat belakang. Kesian diorang dah senyum nampak gigi nampak ada chili flake tersekat dekat gigi. Dan selfie tersbut bukannya di tempat makan, mungkin chili flake tiga hari lepas. Sebab dah warna hijau.
Tapi anda tak apa, sebab anda lawa.