Rabu, 17 September 2014

Geram bertempat.

"Sial"
"Bodoh nak mampus"
"Bangang laaa"
"Jadah diaaaaa"

..dan banyak lagi maki carut dan kejian yang aku hamburkan.

Tak patut. Benda ni tak sepatutnya jadi. Aku dah kira cukup-cukup dah berbekalkan otak yang dapat B+ Addmath SPM dulu, tapi apahal benda ni tetap jadi?

Padahal aku tak buat apa-apa yang berlebihan pun.
Cukup sekadar apa yang ada, tak lebih tak kurang.

Tapi masih lagi saja je benda ni nak sakitkan hati.

Apa jadah baru tiga hari dah 2GB guna ni!

Misery loves me.

Plan.

Ya, kita perlukan plan.

Nak musnahkan impian orang bukan senang.
Perlu jahat, kejam, licik dan penuh muslihat tapi paling penting mesti ada plan.

Perlu cukup semua persediaan, susur atur masuk keluar semua perlu jadi mudah, supaya tak kelam kabut bila nak laksanakan. Kalau sangkut, siapa nak tanggung? Semua dah lari lintang pukang, silap gaya tinggal sendiri menunggu hukuman.

"So bila kita nak plan supaya Taeyeon break ni?"

Isnin, 1 September 2014

?

Soalan dah nak habis, "Kenapa aku sanggup duduk tempat yag jauh 12 jam dari kampung?"

"Tahanlah sikit. Siiikiiitttt lagi, kan?"