Khamis, 2 Oktober 2014

Hai.

Saja nak cerita. Senang, blog ni bukan ada orang baca. Bolehlah acah acah tulis diari.
Haha.

Sejak kebelakangan ni, aku rasa lost. Tak tau apa aku nak buat. I have my dream, I am on my way tapi aku ada satu dream tu je. Macam jalan aku satu arah, tak ada cabang, tak ada rumput kat tepi tepi, batu kat tengah jalan pun tak ada. Yang ada pun kadang aku yang letak batu tu sendiri, acah acah aku pun at one time "pernah mengharungi dugaan hidup". Really, aku rasa hidup aku cukup senang. I have my family, dan aku rasa tu cukup. Friends or girlfriend, it's a bonus. Macam ada aku pernah dengar orang cakap, "Jangan sayang kawan, teman hidup termasuk isteri sendiri mahupun kereta atau benda-benda, jangan sayang terlalu sangat, sebab nanti bila dia dah tak sayang kau, hati kita yang terluka". Tapi aku harap part 'isteri' tu, mak aku tak termasuk. Hehe.

One thing yang aku perasan lately, aku ni terlalu banyak berfikir. Bila aku terlalu banyak, memang banyak. Setiap benda, setiap inci kehidupan ni kadang aku rasa macam nak tolong fikir. Contoh, kalau kadang aku tergurau kasar yang taklah kasar pada pandangan orang lain, tapi aku sendiri terasa yang aku ni kasar, lepastu aku terfikir "eh aku kasar sangat ni", lepastu aku akan duduk atas katil memikirkan rasionaliti guraun aku tu. Sebab tu kadang aku lebih suka diam, lebih suka dibahan sebab aku malas nak fikir bila aku bergurau dengan aku kawan sendiri. Dan kadang aku suka fikir benda yang aku tak suka over and over again, sampai aku menyampah dengan diri sendiri. Split personality maybe. "Why you keep thinking of something you don't want to and get stress about it?". Tu soalan aku tiap tiap hari. Kadang kadang pakai bahasa english, kadang melayu, sekarang tengah try translate korean. Kalau ada yang baca mesti ada yang perasan aku pernah cakap susahnya jadi adam.

Yeah it's hard.