Sabtu, 11 April 2015

#kisahlama

Dalam diri manusia, mesti ada satu sifat hitam yang susah dikikis. Sebab puncanya memang adalah dari salah satu dosa kecil, yakni menyakiti hati orang lain. Yang disakiti akan menzahirkan satu perasaan yang diendorse oleh syaitan, iaitu dendam.

Aku pernah melalui hari hari yang penuh dengan kendendaman ni. Ada dendam yang dilunas, ada dendam yang dibiarkan terpendam sampai terlupa. Tapi kebelakangan ni, bila dah ada balik di kampung halaman, dendam lama kembali.

Dendam dengan si pengunting rambut yang tunjul kepala aku.

Yang ni punya dendam, bila aku dah besar sikit nanti, aku nak cepuk kepala dia balik.