Lumrah seorang manusia, bila ditahan lagi membuak buak mintanya. Tak perlu dirisaukan, sebab kita dicipta sebegitu, biar ada perasaan mahu rebel dengan keadaan sekeliling. Tak boleh bawak laju, dipulasnya sekuat hati, ditekannya pedal sampai ke lantai, dikayuhnya sekuat mungkin. Bila ada jejaka berumur berbaju putih bawah flyover barulah masing masing nak keluar lampu merah, barulah nak uturn.
Tapi satu benda yang susah ditahan kebelakangan ni bila aku kat rumah.
Susah nak tahan makan.