Ahad, 27 Februari 2011

apa rasa bencinta ?

kemaen tajuk.

kemaen kaorang terpegun tengok tajuk aku.





- aku tak ada benda nak cakap -





......


errrrrrr

post a comment ?



p/s : aku tengah belajar, percaya ?

p/s : siapa nak belanja aku wayang ? heh.

Jumaat, 25 Februari 2011

SPM dah habis ! eh, belum ?

selama 3 hari 3 malam, PK1 telah dijalankan dengan sungguh berjaya serta lancar.
tanpa ada musibah melanda, kecelekaan, kecuali HISTERIA.

ye, HISTERIA ~
tapi tu cerita lain.

ceritanya , 3 hari periksa.

rumusan ?
kena ?
nak ?
okey.

HARI PERTAMA :

BM : pejam celik tutup mata, sure boleh buat. tapi harap maklum, kalau tutup mata terus tak nampak soalan. ok ?

BI : ini kena bukak sikit mata. tutup mata hapah, satu hapa pun kau tak buat nanti.

lepas tu apa ?
cari jadual periksa kejap.

(kedebuk kedebak kedebek )

jumpa !


KIMIA : kena buka mata !

PENDIDIKAN ISLAM : err, nak tiru kawan sebelah tak boleh pulak. kena buka mata jugak.

HARI KEDUA :

SEJARAH :ahhh, kacang.

FIZIK : soalan definition tu betul betul mengacau sanubari. menusuk ke kalbu betul.

BAHASA CINA /TAMIL : kau ambik ? aku tak.

MATEMATIK : dengan lajunya, mata terbuka, tak tutup langsung, senang !

HARI KETIGA
:

ADD MATH : errr.

BIOLOGI : errrrr.

SIVIK : 25 minit siap. masa selebihnya dibazirkan.

habis sudah.

when i said it's over, it's really over ?

huh what did i say

p/s : almari tu memang banyak membantu.

p/s 2 : terharu tak baca belog aku ?

p/s 3 : mana ada orang buat p/s macam tu ? siap ada 2.

p/s 4 : kau pun buat.

p/s 4 : janji manis mulut berkata, tapi tak tuang gula.

p/s 5 : memang tak ada kena mengena dengan aku pun.

p/s 6 : dimaafkan walaupun tak pandai bagi pendapat.






Ahad, 20 Februari 2011

DULL DAY

Open my eyes
What a dull day
I never thought
That it will happen today

Come on
Get up and cheer
To the rest of the world
Nothing to worry about
Keep enjoy your life

Don't you look back

Nothing there
Just a dull day
Straight away
You will find your way
...

Pagi. Mata dibuka walaupun dengan rasa yang sungguh berat namun dipaksa juga demi menempuh satu hari lagi. Namun, bila dibuka, pagi yang disangka bahagia, rupanya muram.

Perkara yang tidak disangka terjadi juga.

Tapi, semua itu dibiarkan sahaja. Hari yang muram ini ditempuh sahaja tanpa ada rasa lain yang mengganggu. Terus ke hadapan dan,

.. kita akan jumpa apa yang kita mahu.

SINGING DRUMMING PHOTOGRAPHING PILOT

the ambition.
my ambition, not yours.

when i said it's my ambition, it means it's my ambition.

huh, what did i say ?

Sabtu, 19 Februari 2011

sekolah ganti. cuti ganti ?

tengok atas, bawah , dada, err, atas, kiri, kanan.
tak ada apa apa kan ?

memang pun.
kecuali ..
sori, terluch pula.

okey, tajuk teori kita hari ini adalah BAB 4 Tingkatan 3, atau pun antara bab bab yang berada di buku teks Tingkatan 5 tahun ini.
cari ok ?
eh, terluch lagi. minta maaf.

kembali kepada tajuk, setelah penat memerah idea daripada otak bijak pandai,
akhirnya, akhirnya, akhirnya ( bayang : gema ) , dapat idea.

* jangan nak buat buat lupa idea pula ya ? nak tiru aku le tu ?

tajuk yang perlu dikupas umpama buah manggis, oren, epal, eh, kulit epal boleh makan, adalah .. seperti di atas, reti baca ye puan puan semua ?

kenapa ada sekolah ganti, tak ada cuti ganti ?
kita belajar 5 hari seminggu, cuti 2 hari seminggu.

kenapa nak ambik 2 hari cuti tu ?
aku baru nak bangun lewat.
kalau sekolah mula pukul 8 ok juga, ni pukul 7.30 !
mengantuk.

alamak. dah mcam diari pula belog aku.
it's not a blog anyway.

p/s : caramel kau sedap ke ?



Jumaat, 18 Februari 2011

tertekan pula.

kalau semua tengok aku punya belog ni, mesti perasan aku tulis macamTwitter.
aku dah terpengaruh.
sebab itu la, Twitter dipanggil laman web blogmikro.
faham ?

okey. ceritanya.
aku sebenarnya nak cerita, alamak, mak panggil suruh kemas rumah pula.

( kedebuk kedebak kdebek )

kembali.
apa nak cerita tadi ?
APA ? APA ? APA ?
tengok, lupa balik.

who's really important ?

ada orang tulis, classmate dia tahun lepas lagi best.
classmate tahun ni, yang sedang sedang saja.

ha ye la.

Jumaat, 11 Februari 2011

THERE'S SOMETHING IN MY MIND

ye tuan dan puan. aku ada something yang aku terfikir minggu ini. ini semua disebabkan kerja karangan yg diberikan oleh cikgu ketika di sekolah. ye, di sekolah bukan di dalam tandas atau di rumah. faham ye ?

begini semua, tajuk karangannya adalah, " gejala sosial di kalangan remaja ".

remaja.
kita la tu. ( maksud saya, kalau anda berumur 21 tahun ke bawah, anda terkiralah sebagai remaja )
seperti yang terpampang di dada dada akhbar , badan badan akhbar, perut perut akhbar, serta kepala kepala akhbar, kebanyakan berita yang ditulis melibatkan remaja yang bertindak liar.

kebanyakannya menyalahkan remaja.
puncanya ? internet, televisyen dan lain lain.

Internet. Pornografi.
yeah. PORNOGRAFI.
mereka menyalahkan remaja melihat pornografi.
nak tanya, sebenarnya siapa yang buat laman web pornografi tu ?
orang dewasa.
orang dewasa tu pernah remaja ?
pernah.

so, point saya di sini.
remaja dahulu lagi bijak sebab bila mereka dah dewasa, mereka ada idea untuk buat internet, laman web pornografi, kereta, motosikal.

televisyen. Cerita cerita ganas.
nak tanya lagi, siapa yang buat skrip, idea, pengarah ?
orang dewasa.
mereka pernah remaja ?
pernah.

so, lagi sekali, remaja remaja dahulu lagi ada idea untuk buat cerita ganas.
mereka menyalahkan remaja zaman sekarang kerana terpengaruh dengan cerita yang ditunjukkan. jangan la tunjuk kalau tak nak remaja zaman sekarang terpengaruh, kan ?

point saya di sini, orang orang dewasa tak boleh nak salahkan remaja sekarang.

remaja sekarang hanya mengikuti apa yang remaja dulu dulu buat.tetapi, remaja sekarang mungkin lebih bijak untuk menilai.

( the most serious - random - post ever )