Rabu, 29 Februari 2012

( VIDEOCURI ) BIGBANG - BLUE M/V



Lagu ni, walaupun aku tak faham, tapi part " I'm singing my bluesssss " tu memang kena dengan suara aku. Sedap didengar. Maksud aku, suara aku sedap didengar.

Tapi sebenarnya, memang aku tengah layan blue, eh blues.

Ohya, muka aku memang macam lelaki rambut biru dan suara aku macam lelaki rambut putih.
Kenal ?

82 per 100.

"Stressss !", bak kata Gary Running Man.

Bangang punya kereta. Ceh, salahkan kereta pula.

Selasa, 28 Februari 2012

Penjelasan si Penggangur Terhormat.

"Ya, aku masih menanam anggur di tepi sawah yang menguning disinari mentari pagi dengan hembusan awan yang membiru bersama kicauan si burung enggang yang gembira bersama pipitnya."
                                                                                           
                                                                                                                                   - Adam, si pengganggur yang masih duduk di rumah sementara menunggu keputusan  SPM . Ya, dia semakin kurus. Terkejut  ? Tak perlu, sebab makin kurus si dia, makin handsome. Bukan sendiri cakaplah, sebab ia berdasarkan apa yang disebut oleh manusia sekelilingnya serta beradasarkan kadar 'like' di facebook tempoh hari di default picture kepunyaannya. Pendek kata, jika dia memakai cermin mata gaya hipster, gadis Korea yang diidamnya mungkin akan terus merayu untuk dikahwini dengan segera. Sebab apa ? Dia sudah semakin handsome.

CeritaPunyaLama : Temantapitakringanringan.

Dulu, ada diceritakan tentang temantapiringanringan.

Ya, aku cemburu dengan rakan rakan ( baca : musuh dalam selimut ) yang sibuk 'belajar' sambil bermesejan dengan temantapiringanringan mereka yang berada nun jauh di sana ( baca : kelas sebelah/blok sebelah/sekolah lain ) . Cemburu yang tidaklah terlalu ketara. Eh malulah jika nampak aku cemburu. Nampak sangat aku sebagai lelaki yang terdesak.

Aku yang masih keseorangan dibiarkan duduk di atas kerusi plastik sambil mengira pensel yang hilang dicuri rakan ( baca : musuh dalam kain pelikat ) . Sebagai pelajar yang mematuhi peraturan, aku tidak membawa henfonmahal ke sekolah walaupun aku masih mencari signifikasi antara pembawaan henfon ke sekolah dengan prestasi pelajaran.

Jadi, temantapitakringanringan.

Kalau dulu temantapiringanringan, hanyalah bersifat sementara. Dah puas berkasih, bermanja dan bermesejan hingga lewat malam, akhirnya yang disuka itu dilepaskan dengan separuh rela.

Rela sebab dapat cari yang lain.

Tak rela sebab, err, entah.

Temantapiringanringan ini tidak mampu berpanjangan sehingga ke alam perkahwinan. Ia hanya bersifat sementara. Habis madu sepah dibuang merata rata. Hubungan yang tidak akan membawa kepada anak cucu pun.

Jika ada jodoh, ada lah.


Tak ada cari lain.

Isnin, 27 Februari 2012

facebook. Lagi.

Berguna sungguh laman sosial untuk masakini.

Di samping digunakan untuk mencarut ( baca: mengutuk, menghina, memalukan orang lain ) , juga sebagai medium luahan hati dan mencurah rasa semak di dada bagai, facebook juga ada satu kegunaannya yang lain yang berguna untuk orang-orang yang ignorant seperti aku.

Ya, aku tahu birthday sepupu-sepupu aku semua sebab facebook, sebenarnya.

Bukannya aku dengan sepupu aku tak rapat. Cuma, itulah gunanya facebook. Kan ?

Sabtu, 25 Februari 2012

Wohoi!

Blog ini, sudah menjadi diari.

Eloklah, jangan aku jadi si penulis diari di facebook pula nanti.

Kecuali, kalau nak 'like' gambar aku yang handsome itu.

Jumaat, 24 Februari 2012

Kenderaan Jalanan.

Sebagai si pemuda lepasan SPM yang berjaya dengan kerjayanya sebagai pengganggur terhormat, masa-masa luang telah diisikan olehnya dengan perkara-perkara berfaedah. Cuma, perkara yang tidak berfaedah lebih mendahului dalam "senarai-kena-buat-waktu-tengah-mengganggur-selain-buka-Internet-dan-tengok-tv" . Walaupun dalam senarai itu, hanya ada tiga perkara yang tertulis.

1. Tengok TV
2. Buka Internet
3. Buat perkara selain perkara-perkara di atas

Tujuan saya menulis di sini hanyalah mahu memberitahu bahawa saya akan mengambil QTI pada minggu depan dan ujian JPJ pada minggu minggu depan. Itu sahaja sebenarnya. Ayat pendahuluan sahaja yang nampak riak.

Kakipunyanota : Peh! JPJ test!

Khamis, 23 Februari 2012

Kan ?

Aku sengaja penuhkan 'dashboard' anda.

Hari ini.

Si 'dia' akan berkahwin hari ini.

Jadi, biarkan aku bersendirian malam ini.

Kakipunyanota : Ada siaran langsung ke malam ini ?

Rabu, 22 Februari 2012

Pemerhatian oleh pengganggur terhormat.

Tadi, jalan raya sesak dari jalan UTM hingga ke fly-over menuju ke bandar.

Semuanya sebab sebuah bas bodoh yang rosak daripada malam semalam yang tidak ditunda.

Ada orang tak buat kerja sampai orang lain tak boleh kerja.

Selasa, 21 Februari 2012

Bujang.

Disebabkan aku merupakan pengganggur terhormat yang tegar, facebook, TV dan henfon merupakan teman paling rapat dalam hidup aku ketika ini. Teman-teman rapat yang lain semuanya sibuk bekerja. Aku ? Malas.

Jadi di facebook, ramai sangat manusia yang popular daripada aku. Aku post status humor, dapat 2 'like'. Mereka post status pasal kentut, pasal gaduh dengan temantapiringanringan dapat juta-juta 'like'. Apa ? Orang yang ada otak humor dan tidak meniru status dari 9gag ni, tak dipandang masyarakat facebook ke ? 

Kesiannya aku.

Cuma, 'cinta lepas kahwin' yang sibuk dekat facebook tu, aku masih pelik.

Kakipunyanota : AKU NAK CARI TAEYEON.
Kakipunyakakipunyanota : Subliminal message much ? Ohya, untuk gadis kaunter Bank Simpanan Nasional.

Isnin, 20 Februari 2012

Kara-tak-oke.

Minggu lepas, kawan mengajak aku-yang-pernah-jejak-tempat-karaoke-cuma-tak-nyanyi ni ke karaoke. Kononnya, melepaskan tekanan walhal semua tak kerja. Tekanan apanya ? Aku pun, tahu suara sedap, bersetuju dengan niat nak bongkak, sebab suara sedap macam artis Korea. Bukan suara sahaja, wajah juga.

Tapi yang tak bestnya, sampai sekarang tekak aku rasa perit bila nak menyanyi acapella dalam bilik air. Bunyi dah jadi lain.

Namun, aku nyanyi jugalah, sebab tahu, suara sedap. Kan?

Bosan,

Tak ada kerja.

Menunggu masa keputusan bilakan tiba.

Hoih!

Ahad, 19 Februari 2012

Khamis ini.

Lisa Surihani kahwin Khamis ini.

Latihan membawa kereta pun Khamis ini.

Tak tahulah, boleh fokus ke tak nanti.

Sabtu, 18 Februari 2012

Cerita. Nombor. Pin. UPU.

Dalam dilemma memikirkan adakah sepatutnya aku membeli nombor pin UPU walaupun minat aku lebih untuk terus memasuki akademi penerbangan.

Setelah berbulan difikirkan secara melepaskan batuk di tangga, akhirnya keputusan dicapai jua. BELI.

Melangkah kaki ke Bank Rakyat. Ambil nombor. Tunggu. Tiba giliran. Ke kaunter. Berbunga...

Tak rugi pergi beli nombor pin, dapat juga tengok muka perempuan 'cute'.

Macam nak pergi beli lagi.

Kakipunyanota : Masalahnya, aku tahu dia cute, cuma aku lupa struktur muka dia ni!

Jumaat, 17 Februari 2012

JAUH

Jauh dia pergi
Berlari mencari sesuatu
Yang tak pasti
Walau dalam kegelapan yang sepi

Pergi tapi tak kembali
Jauh dia pergi
Bila kan pulang
Menghitung hari pagi
...

Perginya jauh, sehingga hilang bayang-bayang hitam yang seakan-akn dirinya terus hilang di dalam teriknya matahri dan kegelapan malam yang sunyi, sepi dengan irama unggas dan pungguk yang masih rindukan bulan.

Namun, bila dia diharapkan pulang, yang diharap itu ranap. Kerana, perginya jauh.

Bila dia akan pulang ? Mulalah menghitung hari.

Notapunyakaki : Pagi Jumaat, tiada idea bermain di minda.

Khamis, 16 Februari 2012

Khaaaaaaaaaaaamis.

Di pagi indah nan kurang hening, sedaya upaya otak meng-kordinasi-kan otot supaya selari dalam pemanduan. Dalam erti kata lain, jangan mati enjin.

Balik rumah, melihatkan dashboard penuh dengan nukilan dari blogger yang diikuti penulisannya, sudah cukup menggembirakan. Ya, aku suka membaca.

Nampak ? Nampak sangat tak ada idea.

Selasa, 14 Februari 2012

Facepalm.

...bila baca kisah anak muda sekarang.

Walaupun 'anak muda' itu juga aku, tapi aku hanya sekadar di pihak yang ketiga, keempat atau yang seterusnya.

Sebenarnya, skrip anak muda ni, senang diatur. Dan senang dirosakkan.

Hari Ini Hari Selasa.

Syaitan akan ada overtime hari ini, menghasut anak muda berahi buta.

Isnin, 13 Februari 2012

Apahal ?

Sepatutnya, alam selepas persekolahan ni, aku patutnya dilemma memikirkan apakah hala tuju aku selepas mendapat keputusan peperiksaan kelak.

Harapnya, menjulang nama aku dan sekolah. Amin!

Tapi, masalahnya, kenapa aku masih dalam dilemma memilih font untuk blog, ni ?!

Ahad, 12 Februari 2012

Kebebas.

Manusia, kebebasan bersuara mahu ditegakkan.

Tapi, bukan suara yang kau tegakkan, menghina yang kau mahukan.

WALL

Spying the wall
Will never make you tall
But when you climb the wall
You may fall

In this time of life
You at the between of lies
Don't let it made you fall
As you can make it tall

No, I'm here just for you
I will catch you when you fall
With this soft hand
Behind the wall

Oh, I'm here waiting for you
Awake from your dreams
Can't escape, can't get through
It's behind the wall
...

Dia, bukanlah manusia yang mahu diagungkan. Bukanlah manusia yang mudah hanyut dengan pujian.

Cuma, dia mahu dirasakan kehadirannya, bukannya dibiarkan.

Bila mereka yang lain semakin goyah tempat duduk bangunnya, dia masih ada di situ, menunggu, untuk mengampu mereka. Mereka yang tidak sedar bahawa mereka di tengah kehidupan dan kelalaian.

Ya, dia masih ada di sana, bersedia mengejut kau dari mimpi.

Mimpi yang masih lagi di belakang dinding duniawi.

Sabtu, 11 Februari 2012

facebook. Kesepian di tepian.

Aku mempunyai ramai rakan facebook.

Tapi, yang onlinye masih boleh lagi dikira dengan kalkulator apek kedai depan. Begitu sedikit manusia betul yang masih lagi bersedia untuk berbual dengan aku.

Di dalam facebook, aku bukanlah manusia yang suka bercerita tentang kehidupan peribadi dan peribadan aku kepada khalayak ramai. Aku lebih kepada manusia yang suka membuat humor dan kadangkala, memerli kehidupan manusia di dalam facebook itu sendiri. Seronok tahu ?

Tapi masalahnya sekarang, bila aku post status berstatus kehumoran dan kesedaran, bilangan 'like' yang didapati hanya boleh dikira menggunakan bulu di badan. Sedikit, lagi. Yang banyaknya, yang cerita pasal makan, bergaduh dengan teman, budak-budak yang jual muka dan lain-lain.

Manusia zaman sekarang memang suka betul ambil tahu tepi, dalam dan atas kain orang ya ?

Jumaat, 10 Februari 2012

Bosan tak sangat.

Pagi-pagi, rutin harian aku adalah lepak sekejap.

Lepas tu, barulah gagahkan diri membuka televisyen dan menekan punat-punat alat kawalan jauh untuk melihat cerita apa yang menarik ditonton di pagi-pagi hari. Maksud pagi-pagi hari di sini adalah pukul 9 pagi.

Ya, semenjak mengganggur ni, aku bangun awal.

Dah tak ada cerita yang patut ditengok, kita naik pula ke atas, hidupkan modem Internet, hidupkan laptop-dengan-muka-bakal-bini, dan menekan browser Google Chrome dan mulalah penjelajahan di dunia maya serba moden ini.

Lepas itu, diulang kembali cuma diselingkan dengan waktu makan tengah hari dan malam.

( VIDEOCURI ) IU(아이유) _ Last Fantasy MV



#dearfuturegfS nombor dua.

Rakyat.

Aku sebenarnya mengimpikan rakyat Malaysia kembali bergeliga otaknya.

Dah ramai sangat otak letak dekat bawah kaki.

Jangan.

Jangan menyusahkan hidup orang lain, dan jangan hipokrit. - Aku.

Apa benda ni ?

Kadang-kadang, aku sudi jadi teman berbicara untuk wanita di kala mereka sedang sendu mengenang kisah drama/cinta yang sudah jauh menyimpang dari yang apa mereka impikan. Aku bersedia sepenuhnya.

Kawan, kan ?

Pengganggur bukan Kerjaya.

Kadang-kadang, dalam duduk diam menghabiskan beras di rumah, menaikkan bil Internet dan bil elektrik, membuang masa yang terluang, terfikir juga, apakah akan terjadi bila mula berkerja nanti ?

Sekian dua bulan berhibernasi di rumah, bila tiba masa untuk melangkah ke alam pengajian yang baru, mungkin akan ada sedikit ke-kekok-an. Mungkin bukan dari segi fizikal dan mental, tapi dari segi cara penulisan.

Aku takut, akan ada bahasa baru yang muncul nanti.

Khamis, 9 Februari 2012

Alter Ego.

Kadang-kadang, aku ada split personality.

Yang satu, nak bermadah pujangga di semua laman maya yang aku sertai.

Yang dua, nak menjadi tukang buat gelak untuk pengunjung laman maya.

Yang tiga ? Nak buat dua-dua.

Split personality lah sangat.

Merungut.

Bila si ada orang memanggil kita kaya, dan sudah terlalu banyak kali diucapkan, kita akan terus cakap,

"Ya".

Dan dibalas, " Eh, yang kaya ayah kau. "

Eh memanglah ayah kita yang kaya, kerana dia yang berkerja untuk wang.

Tapi, ingat ayah sekarang tak murah hati ke dengan anak sendiri ?

Rabu, 8 Februari 2012

Jauh.

Semalam, bulan terang katanya.

Tapi, laptop aku masih di depan mata.

Aku harap, kau yang jauh di sana, melihat bulan yang sama.

Perjalanan.

Sebagai rakyat Malaysia dan pengganggur terhormat yang hanya duduk sopan di rumah sambil menunggu keputusan SPM yang bakal keluar, kadang-kadang aku lupa realiti dunia.

Aku, kadang-kadang tak perasan dunia ni ada macam-macam orang.

Macam-macam jenis. Macam-macam gaya. Macam-macam rasa. Macam-macam perangai. Macam-macam...

Aku duduk rumah, dunia aku jadi lain. Bila aku keluar, dunia jadi lain.

Jadi konklusinya, baik aku duduk rumah, pekakkan telinga, butakan mata.

Penat kadang-kadang dengar drama tak berskrip ni.

Selasa, 7 Februari 2012

Isnin, 6 Februari 2012

Celaka adalah apabila kau rasa macam kau tak ada kawan.

Status facebook kau pun dah tak ada orang 'like'. Kau terasa kesepian berteman laptop di depan.

Siaran televisyen pula tiada yang menghiburkan jiwa dan laman youtube masih tiada video yang kena di jiwa.

Lagu di smartphone pula dah diulang beribu kali masih lagi kosong di hati.

Derita sepi aku, siapa pun tak tahu.

Pelan.

Hidupmu tak pernah ada dalam rancangannya

Maaflah kerana dia mungkin terlupa

Dirimu hanya perlukan satu

Satu tanda tanya

Satu tanda noktah serta koma

Bagi menyedarkannya

Kakinota : Lirik tak jadi.

Ahad, 5 Februari 2012

Tengah Hari.

Bila bangun pagi, bila tiba-tiba nak toleh kiri pun sakit, itu yang tak seronok.

Hilang rasa macho.

Jumaat, 3 Februari 2012

Ke-puitisan.

Semenjak dua menjak di facebook ni, ramai betul yang berpuitis.

Kata-kata manis yang dikopipes dari Internet, mengembara ke seluruh pelusuk alam maya facebook.

Makin di-scroll ke bawah, makin banyak kata-kata puitis yang menjadi bahan status manusia masakini. Namun begitu, masih ada lagi status luahan hati yang berkeliaran dan bermaharajalela di newsfeed aku.

Jadi, tunggu jelah laman maya tidak dianggap ni jadi halaman prosa tradisional sementara aku masih mencari idea di kala mengganggur ini.

Khamis, 2 Februari 2012

Vulgar. Bahasa Melayunya, Kata Kesat.

Aku tak faham lagi.

Manusia ni, kalau satu hari tak mencarut tu kadang-kadang tak sah. Tak keluar di mulut, terdetik di hati.

Sama lah macam aku.

Yang lagi tak faham tu, bila kononnya nak tunjuk baik dekat laman sosial, tapi guna perkataan-perkataan kotor serta kasar.

Sekarang, kata kotor bukan dah jadi kosa kata tak rasmi manusia. Macam tu ?

Rabu, 1 Februari 2012

Maju.

Aku tak faham lah, dengan kemajuan teknologi, dengan melambak-lambak laman sosial, Internet boleh di-connect di mana-mana, masih lagi orang yang berfikiran kampung.

Lagi-lagi dalam facebook ni, macam-macam hal.

Februari melompat.

Tahun ini, Februari akan mempunyai 29 hari.

Ini semua sebab tahun tengah melompat.