Jumaat, 30 Mac 2012

Terpesong.

Sebagai penggangur berjaya, urusan penting yang dilakukan setiap hari adalah melihat televisyen dan juga melayari Internet menggunakan laptop-ada-muka-bakal-bini-tersayang. Hidup aku bahagia.

Hari ini, urusan penting itu dilakukan juga. Cuma hari ini, setelah dileteri oleh ibu sendiri, aku kembali melihat bookmark berkenaan bahagian-bahagian kapal terbang, landing gear, touchdown, landing dan lain-lain.

Tapi sebagai remaja yang muda dan bercita-cita tinggi serta fokus yang tidak selalunya tetap, kadang-kadang, laman web yang memberi informasi berguna untuk masa akan datang yang perlu dibuka seperti Wikipedia mahupun laman-laman yang lain, tiba-tiba akan terpesong kepada facebook, YouTube dan macam-macam lagi.

Sepetutnya masa yang diperuntukkan secukupnya untuk mengulangkaji, telah digunakan untuk bergelak ketawa mahupun seperti sekarang ini, menaip blog. Cukup syarat saja buka laman web tu. Alah, remaja.

Sebab nanti bila ibu bapa masuk bilik, boleh terus tukar window.

Rabu, 28 Mac 2012

Terperap.

Tepat 3 jam aku terperap dalam bilik.

Penjara, walaupun dengan laptop-ada-gambar-muka-bakal-bini depan mata.

Sesaatnya, hidup sebagai pengganggur, seksa.

Panas, mungkin globalisasi cuaca, ataupun aku yang penuh dosa ?

Paranoid, bila laptop berada pada jarak yang boleh merabunkan mata dan menjauhkan cita-cita.

Terperap, sampai bila ?

Mungkin bila kaki aku diturunkan dengan kehendak sendiri untuk mencecah lantai dan bergerak ke pintu.


... atau bila mak aku panggil makan.

Selasa, 27 Mac 2012

Ke-rambut-an.

Dahulukala, zaman sekolah, aku memang berambut pendek. Innocent orang kata. Nampak suci. Sebab trauma dulukala, rambut panjang, kena rotan di tangan, cikgu siap angkat rotan sampai paras kepala, lepas tu hayun macam nak patahkan tangan anak murid. Apa celaka cikgu tu ?

Dah habis sekolah, dah mengganggur, dah malas nak berjalan ke kedai gunting rambut, rambut makin la panjang. Panjang dan lebat dan, HANDSOME. Eh, good-looking katanya.

Pergi mana-mana semua, terkejut melihat keadaan aku yang semakin handsome dengan adanya rambut yang semakin lebat. Sampai semua kata, dah macam orang Korea. Kadang-kadang, orang Korea yang macam aku.

Yes! Memang lepas ni Tayeon tergodalah.

Isnin, 26 Mac 2012

Bakal Isteri.

Lepas Lisa Surihani pergi meninggalkan hati, meninggalkan sepi untuk diri ini, pergi bersama Yusry, kini Scha pula mahu meninggalkan aku untuk bersama dengan Awal. Siap melamar di kaca televisyen lagi, apalah nak dibandingkan dengan aku.

Aku hanya mampu menjanjikan yang aku mungkin akan melamarnya di awan biru kelak. Tapi, apakan daya.

Jumaat yang lepas juga, gegadis Korea, Girl's Generation singgah di kota Kuala Lumpur untuk menghadiri konsert di KLCC sempena F1. Oh ya, Alonso menang F1 semalam. Kenal?

Selalunya, kalau Taeyeon (baca : bakal bini merangkap ahli kumpulan Girl's Generation, kalau tak kenal lah) nak berjalan, dia bagitahu dahulu. Tiba-tiba haritu, dia lupa nak bagitahu. Mungkin tergesa-gesa sebab mereka adalah artis yang menggantikan artis yang tidak dapat membuat persembahan disebabkan tidak mengikut peraturan. Mungkin.

Tak apa, aku maafkan.

Lepas ni, Taeyeon jangan buat lagi ok ?

Kakipunyanota : Taeyeon, IU, Jiyeon, Suzy, Boram, Uee, Jiyoon, Ailee, sila tunggu abangmu ini.

Ahad, 25 Mac 2012

Masuk U.

Walaupun kerjaya yang aku dambakan adalah untuk menjadi juruterbang berjaya, tiada salahnya jika saya dengan malu-malu dan segan melangkah ke Persada untuk melihat-lihat keadaan di Persada semalam.

Hoi, penuhnya, macam nak masuk taman tema Sunway, cuma kurangnya tak ada air pancut mahupun gegadis kebasahan. Basah sebab peluh iya la kot. Eh ada air-com. mana mungkin berpeluh. Cuma bila dah ramai budak-baru-lepas-ambil-keputusan-SPM berkumpul ramai-ramai dalam satu tempat, aku yang dah pakai minyak wangi Adidas ni pun terus bau lain. Betul, aku baru beli perfume Adidas tu tempoh hari. Semata-mata nak ke Persada.

Aku melilau ikut kawan menanyakan apakah kursus yang ditawarkan oleh universiti-universiti tempatan. Berbekalkan 1A+ 4A 5B+, aku melihat-lihat apa yang patut.

Dan ada benda yang aku nampak. Ramai-ramai betul budak bukan lepasan sekolah yang buat lawatan ke Persada ni. Patutnya tak payahlah, tunggu lah tahun depan, kesian abang-kakak yang baru dapat keputusan ni kena bersesak-sesak macam nak masuk Cosmo's World dengan adik-adik semua.

Dan, tak payahlah dalam tempat sesak macam tu pun, nak kena bawa DSLR lepastu tangkap gambar dekat tiang dalam Persada tu.

Kakipunyanota : Aku nak jadi juruterbang.
Kakipunyakakipunyanota : Aku punya gaya penulisan ni patutnya dapat A+ masa SPM ni, semua salah penanda!

Rabu, 21 Mac 2012

1A+, 4A, 4B+.

6.48 petang.

Memang aku tak dambakan nak naik pentas mahupun melihat A selurus mungkin.

Aku punya sasaran memang seperti di atas. Cuma, manalah tahu jika Tuhan nak bagi lebih.

Tapi apa yang aku minta dari awal tahun hingga ke hari ini, kena pula.

Jadi, aku redha.

Cuma sekarang, tengah tunggu habuan apa ayah nak bagi ni. Haha.

- Aku, yang tengah senyum, tapi di hati, siapa yang tahu.

SPM2011.

10.10 pagi.

Aku depan komputer, dengan debaran di dada, dengan gigilan di seluruh badan.

Aku dah doa, supaya dapat membanggakan keluarga, dan untuk diri aku juga.

Walau aku sedar, nak menggapai yang selurus mungkin itu susah.

Tapi, aku redha, dan aku dah berdoa. Di saat akhir ini juga, aku terus berdoa.

Nanti keluar keputusan, aku kirim lagi.

- Aku yang menunggu keputusan.

Selasa, 20 Mac 2012

Esok.

Aku gementar. Dan aku perlu redha.

Masih lagi gementar, mengingatkan kesilapan yang dibuat semasa di medan perang tempoh hari.

Doakan aku.

Aku mohon.

Amin.

Isnin, 19 Mac 2012

Sebenanrnya,

Kiriman bawah ni entah apa-apa aku tulis.

Konon luahan hati spontan.

Kononnyalah...

Cuma.

Jika diikutkan, dari dulu, aku lebih suka 'menyempitkan' minda aku.

Bukannya aku tidak berminat untuk berfikir, tapi jika keadaan memaksa aku 'menyempitkan' minda aku, aku terpaksa. Bukan apa, jika aku dah mula berfikir tentang suatu benda, benda itu akan melekat di minda ni sampai entah bila. Bertahun-tahun lamanya, sampai aku dah penat berfikir.

Jadi, kalau boleh, janglah hantar video bukan-bukan dekat facebook.

Mungkin layar gambar tu akan terus berada dalam minda aku selama mungkin.

Kedatangan Keputusan Peperiksaan.

Masa mengganggur semakin tamat tempohnya.

Nak menunggu hari Rabu macam menunggu nak kena sunat.

Seram.

Semoga baiklah semua hendaknya. AMIN !

Jumaat, 16 Mac 2012

Ketidak-pemandu-an.

Hari itu, Selasa, aku baru sahaja lulus ujian JPJ setelah gagal kali pertama pada Selasa minggu lepasnya.

Bukan apa nak gagal, saja nak timba pengalaman. Walaupun aku pelik bagaimana JPJ menilai cara pemanduan budak-budak yang baru belajar ni. Padahal, kalau tengok pemandu-pemandu Malaysia kala ini ( tidak termasuk ibu bapa aku atau ibu bapa anda ) serupa macam mereka tak pernah pergi ujian JPJ juga.

Senang betul nak menggagalkan orang, tapi susah nak senyum. JPJ memang tak ada garis panduan ketika berkhidmat macam yang dekat bank tu ?

" SENYUM KETIKA MELAYAN PELANGGAN " .

Tapi itulah, dah lulus JPJ, dah dapat sticker P, tapi tak buat-buat lesen.

Bukan apa, tengah cari gambar paling handsome. Eh, guna DP facebook tak boleh ?

Khamis, 15 Mac 2012

VOICE

Why I have to go to middle of the world
When nobody's there
When the world is very empty

Only with the flow of wind
And the sound of sea
But the voice keep calling me
Screaming my name

Through out of nowhere
When there are no others around
I'm here, just in silence

Can you hear? The world's cry
Cry for help
Cry for mercy
...

Suara, di mana-mana kau pasti akan mendengarnya jua.

Jadi, sila, silalah sudi dengarkan apa yang ingin dikatakan oleh suara itu.

Demgarlah, dengarlah suara dunia.

Rabu, 14 Mac 2012

Ketidaksukaan.

Setelah dua kali mengambil ujian JPJ yang macam celak* itu, akhirnya, si pemandu tidak dianggap ini akhirnya bakal mendapat lesen dan boleh membawa kereta ibu bapa secara berbahaya kelak. Tanpa perlu memikirkan tentang bahana digagalkan oleh si pemakai-baju-hitam-duduk-sebelah-budak-yang-nak ujian-JPJ itu.

Ya, sekarang ini aku masih dalam merasa kebencian terhadap mereka yang berkerja sebagai pegawai ujian JPJ ini.

Susah betul nak senyum ya ? Tapi, senang betul nak gagalkan orang, ya ?

Selasa, 13 Mac 2012

Benda yang ditakutkan.

13 Mac = Hari Ujian Membawa Kereta Beroda Empat. LULUS.

21 Mac = Hari Pemberitahuan Keputusan SPM 2011. Entahlah, hoi ?

Jumaat, 9 Mac 2012

Takut.

Berkerjaya sebagai pengganggur ni, 'kerja' adalah TV dan komputer-ada-muka-bakal-bini.

Kerja-kerja ini dihadap setiap hari, setiap masa, setiap sedetik lebih.

Tapi, makin lama makin seram pula aku fikirkan mata aku. Walaupun aku melakukan 'kerja' aku itu dengan jarak yang selamat, namun rasa risau masih lagi mengganggu sanubari diri ini. Iyalah, setiap hari menghadap 'kerja' yang sama.

Mohon janganlah aku rabun. Aku nak jadi juruterbang !

Khamis, 8 Mac 2012

CERITA

Malam kian ditelan sunyi
Mata ku tak mengantuk lagi
Apa yang sudah jadi
Pada dunia ini

Aku hanya mahukan
Cerita ceria bahagia
Bila dicerita pada manusia

Aku hanya mahukan
Cerita ceria bahagia
Tuk dicerita pada dunia

Walau ini hanya mimpi
Dalam ilusi mainan hati
Biarkan aku terus bermimpi
Menunggu tuah jatuh ke Bumi.
...

Malam yang terang namun ditelan kesunyian seperti dirinya yang kesepian duduk keseorangan. Matanya belum mengantuk dan tidak bersedia untuk meninggalkan hari ini untuk bangun pada esok hari. Dia bertanya, apa yang terjadi ?

Dia, hanya mahukan sesuatu, sesuatu yang bukannya mustahil. Cerita yang ceria dan bahagia untuk divcerita tika masa tuanya. Dan juga cerita untuk dicerita kepada semua manusia di dunia nanti.

Walaupun, ketika ini, ia hanyalah kelihatan hanya ilusi dan mainan mimpi serta hati. Tapi, dia masih boleh bermimpi sementara menunggu tuah jatuh ke Bumi.

Kakipunyanota : Nak sangat kiriman panjang, kan ? Nah !
Kakipunyakakipunyanota : Memang aku tak ada idea nak menulis apa hari ni. Takkan nak mengadu lagi ?

Rabu, 7 Mac 2012

Trauma.

Semenjak insiden semalam, traumanya masih menghantui hingga hari ini.

Terngiang-ngiang perkataan keramat di telinga. Ceh, terngiang-ngiang la sangat.

Tapi sebab semalamlah, sakit perut pagi semalam dibawa ke hari ini.


Semua salah pegawai JPJ. Salah dia ni.

Selasa, 6 Mac 2012

Kedendaman.

Aku kadang-kadang memang jenis berdendam. Tapi, kadang-kadang je la.

Sebab, aku sebagai manusia yang tak sukakan konflik, aku lebih rela berdiam diri.

Dan rasa dendam tu akan pergi dengan sendiri, terus kadang-kadang aku boleh baik dengan orang yang didendami. Peh, perkataan terakhir tu macam tengah buat karangan SPM. Harap-haraplah SPM aku dan mereka yang lain sukses semuanya. Amin.

Tapi, aku masih berdendam bila mengenangkan ujian JPJ pagi tadi.

Dendam kesumat!

Kakipunyanota : Dua emosi dalam satu post. Sebab kecelaruan perasaan punya pasal. Celak*.

Untunglah...

... bila ada orang yang jenis tak puas hati sepanjang masa.

Seronok bila baru nak keluar simpang, dah di-'fail'-kan.

Kakipunynota : Terus nak mengadu dekat blog. Peh dah macam perempuan rasa. Ahhh!

Isnin, 5 Mac 2012

Kecewa.

Bila Astro sibuk tayang "Walimatul Urus Lisa dan Yusri", sebak pula dada. Rasa nak tutup tv.

Tak apalah, aku masih menunggu Taeyeon. Dan Taeyeon juga menunggu aku.

Cewah.

Ahad, 4 Mac 2012

Kekurangan.

Semenjak masuk bulan Mac ni, kurang pula semangat penulisan aku.

Mungkin tiba masa untuk menghormati kedatangan bulan keputusan SPM keluar agaknya.

Ataupun, aku tengah risau nak pergi ujian JPJ Selasa ini.

Kakipunyanota : Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !

Khamis, 1 Mac 2012

Mac, bukan March. Bukan juga marching.

Seronok bulan ni.

Dengan test JPJ-nya dan juga, KEPUTUSAN SPM yang akan keluar tidak lama lagi.

Kakipunyanota : Sila bayangkan aku tengah menjerit ketakutan.