Rabu, 30 Mei 2012

Cuti : Bahagian 1

Orang lain ke matrik, aku ke kolam renang Sunway Lagoon.

Berenang, naik slide, naik flying fox, tak terjun bungee jumping, dan yang paling penting, cuci mata. Cuci mata apa? Ha, itu yang kita tak tahu. Lagi-lagi kawasan Barat sekarang tengah cuti musim panas.

Tapi ini baru bahagian satu.

Jumaat ini, orang lain ke universiti, aku ke Perak.

Ada kenduri kahwin lah pula.

Yang penting, cuti.

Sabtu, 26 Mei 2012

Cuti.

Dalam pada ramai yang sedang bersiap-siap mengemas barang masing-masing, mungkin ada yang tengah kira 'seluar kecik' cukup ke tidak, atau pada pihak perempuan, 'baju kecik' cukup ke tidak. Ada yang sibuk membeli-belah di pusat beli-belah dengan niat yang satu, untuk mencari kelengkapan untuk mengharungi liku-liku kehidupan dalam menjadi pelajar institut pengajian tinggi mahupun di kolej matrikulasi yang akan mendaftar pada 28 Mei yakni Isnin ini.

Dan aku, di KL. 

Mandi-manda dekat Sunway Lagoon Isnin ini.

Harap tak ramai. 

Harap semua hantar anak pergi kolej matrikulasi.

Jumaat, 25 Mei 2012

Sibuk.

Aku sibuk. Sibuk 'tanam anggur'. 

Yang lain, sibuk. Sibuk kemas baju, nak lari dari rumah lettew.

Aku sibuk. Sibuk kemas baju.

Kemas baju nak pergi Sunway Lagoon.

Selasa, 22 Mei 2012

Optimis.

Aku optimis bahawa aku akan berkahwin dengan Taeyeon. Jangan anda cemburu.

Jangan.

Isnin, 21 Mei 2012

Rasa.

Semenjak dah kurus ni, aku rasa macam nak gemuk balik.

Apa orang perang (baca: Melayu) kata, keding?

Tapi bagus juga macam ni, boleh aku makan banyak-banyak.

Ok, nak buat senarai-makanan-yang-nak-dimakan dan juga senarai-bakal-isteri-tersayang.

Ahad, 20 Mei 2012

Ignoransi?

Aku baru sedar, aku dah 18 tahun, Disember ini, tahun ini.
Aku baru tersedar, ikan-ikan yang dipelihara dalam akuarium dekat luar rumah pun dah besar.
Aku baru tersedar, aku tak ada cerita zaman muda-mudi nak dicerita pada anak cucu.
Aku baru tersedar, aku tak ada "cerita monyet" nak dicerita pada anak cucu.
Aku baru tersedar, aku makin handsome/good-looking.
Aku baru tersedar, aku makin matang.
Aku baru tersedar, aku kena beli Spicy Chicken McDeluxe sendiri.
Aku baru tersedar, aku memang tak kerja langsung masa menganggur ni.
Aku baru tersedar, blog ni dah ramai juga pengikut-tak-setia-nya.
Aku baru tersedar, dah tiga tahun tulis blog.
Aku baru tersedar, aku dah tak ada idea nak tulis pasal apa lagi.


Aku baru tersedar, masuk draft lagi.

Khamis, 17 Mei 2012

Cuti, sendiri.

Seminggu berkelana, sejauh 300++ KM. Ceh, cakap macam jauh, padahal rumah sepupu yang entah berapa kali aku jejak kaki, mandi, basuh tangan, dan juga berdengkur. Eh, sebagai lelaki yang bakal menjadi suami kepada Taeyeon, ke-macho-an dalam tidur juga perlu dijaga. Jadi, saya tidak berdengkur sebenarnya.

"Betul, sumpah", bak kata remaja masakini kalau hendak menidakkan kecurangan mereka pada 'temantapiringanringan' mereka. Tapi aku hanya menggunakan ayat tu untuk menidakkan kedengkuran aku. Harap maklum semuanya. (Ceh, padahal bukan ada yang baca)

Jadi, sekarang ni, sambil nyanyi lagu "I'm coming home", lagu iklan Euro Astro tu, aku cuma nak cakap, aku rindu rumah aku.

Ni macam mana nak sambung belajar ni?

Rabu, 16 Mei 2012

Selamat.

Selamat Hari Ibu walaupun tiap-tiap hari sayang emak sendiri.

Dan juga, Selamat Hari Guru walaupun dah tak sekolah lagi. Terima kasih untuk 1A+ 4A 5B+.

Sabtu, 12 Mei 2012

Dilemma, masih lagi.

Pernah rasa bagaimana hati berbelah dua?

Pernah rasa akal tak berfikiran normal?

Pernah rasa risau tentang hidup masa depan?

Pernah rasa macam nak pisah badan jadi dua?

Pernah rasa terbeban?

Pernah?

Jumaat, 11 Mei 2012

Pergi.

Selamat tinggal, atok.
(Maaf, aku tak ingat) - 9.55 malam, 9/5/2012.

Al-fatihah.

Selasa, 8 Mei 2012

CerpenSebabBosan 1.

Kayu yang elok terduduk di situ, alih-alih disepak seorang wanita yang entah kenapa emosinya hari ini. Mungkin hal bergaduh dengan 'temantapiringringan'-nya di facebook kelmarin masih lagi tidak dapat diselesaikan. Alah, wanita berumur 17 tahun ini bukannya matang sangat fikirannya, hatta jika diberikan masalah Matematik Tambahan pun, belum pasti ianya dapat diselesaikan dalam masa satu hari. Jika diberikan kerja rumah subjek itu untuk disiapkan di rumah, kesudahannya masih lagi dia akan meniru di sekolah nanti.

Dan bukan dia sahaja.

Kayu itu tergolek ke tengah jalan, betul-betul di atas garisan putus-putus jalan satu lorong itu. Dasar budak tak matang, dibiarkan sahaja tanpa mengetahui, kelakuannya itu boleh mengundang kecelakaan orang lain. Betul kata orang, malang tidak berbau, tiba-tiba ada pula kereta yang melalui jalan itu hari ini. 

Budak tak matang itu memandang kayu, memandang kereta, memandang kayu kembali, memandang kereta kembali dan jarak kereta dan kayu itu semakin dekat. Dekat, dekat, dekat, dan... kereta itu memperlahankan kenderaannya. Cukup tekanan breknya, kereta itu betul-betul berhenti depan kayu tersebut. Lelaki itu turun, ambil kayu, buang ke tepi. Dia pandang 'budak tak matang' tu, dan mencebik. Lelaki itu memasuki kereta, dan terus memacu jauh.

'Budak tak matang' itu terkedu. Terkedu sebab kayu itu satu, terkedu lagi satu sebab lelaki itu, 'temantapiringanringannya'.


Dia sepak kayu itu lagi.

Isnin, 7 Mei 2012

Dilemma kedua.

Ditakdirkan pula harini keluar keputusan UPU, yang dimohon menggunakan nombor pin yang dibeli daripada akak (gadis/bakal-isteri-tersayang?) cute di Bank Simpanan Nasional tempoh hari.

Dan ditakdirkan pula aku mendapat Sains Aktuari di UiTM. Dan ayah pula seakan menyokong jika aku memilih untuk mengambil course tersebut. Ha! Kan dah dilemma?

Samada ke matrik, atau ke universiti, atau ke udara?

Haih, macam nak pilih aiskrim betul. Dilemma, katanya.

Sabtu, 5 Mei 2012

Pemikir.

Dalam segelap mata, jika dilihat wajah good-looking aku ini, pasti akan terimbas dengan jelas bahawa aku mungkin seorang lelaki yang malas berfikir ataupun orang kata, jenis lay-back. Tak ada ciri-ciri nak anak ramai langsung pabila berkahwin dengan bakal-isteri-tersayang (baca: Taeyeon) kelak.

Tapi itu semua hanya jika dikilas sepandang mata, dalaman diri aku, mungkin kau juga akan terkejut dengan benda-benda yang aku sedang fikirkan. Jika dibandingkan dengan galaksi sebesar mungkin, besar lagi fikiran yang bersarang dalam minda aku ni. Kalau nak buat buku dengan benda yang dalam otak aku ni pun, aku rasa boleh, sampai 20 bab rasanya.

Aah, aku nak main dram. Maksud aku, sambil berfikir.

Jumaat, 4 Mei 2012

Periksa-atas Medikal.

Disebabkan untuk menjadi juruterbang yang berdedikasi dan bersedia untuk berkhidmat kepada negara, satu medical check-up terpaksa dihadapi. Walaupun telah diberitahu lebih awal, tapi perasaan gementar kian bersarang di dalam jiwa dan raga. Amboi, ayat SPM betul. Tarikh semakin hari semakin dekat, semakin gementar sehingga tidak lalu untuk menonton siaran Running Man di saluran OneHD itu. Eh bukan apa, dah tengok yang Internet punya, sepupu download. Dan akhirnya, tiba juga hari yang ditunggu-tunggu.

Khamis, 3 Mei 2012

(VIDEOCURI) IU(아이유) _ PEACH(복숭아)(Teaser)



#dearfutureGF, saya tunggu.

Sebab awak yang kedua, lepas Taeyeon.

Eh, saya boleh empat.

Mana?

Dalam pada aku sibuk melakukan medical check-up, dan juga menganggur, kadang-kadang aku akan menulis status di laman maya popular dunia (baca : diari maya terbesar manusia di samping mereka meletak gambar-gambar aktiviti seharian) , facebook.

Dahulu, jika di-taip satu status, bagi mereka yang bukannya hotstuff seperti aku ini, mendapat 5 'like' ke atas, terasa seperti baru memenangi anugerah Pelajar Cemerlang rasanya. Apa orang putih kata, cloud nine?

Namun, semenjak aku mengesyaki terdapat satunya gerakan 'Meminggirkan Adam' kebelakangan ini, bilangan 'like' semakin berkurangan, dan aku terasa seperti Mark Zuckerberg terlupa akan rakan-agak-karibnya ini. Come on-lah! Bukan dulu kita sama-sama balik sekolah singgah White House ke dulu lepas habis kelas dekat Harvard dulu? Tak ingat?! Dasar lupa kawan, patutlah tak panggil aku masa buat facebook dulu.

Ni yang rasa macam nak deactivate facebook ni.

Eh, macam budak-budak remaja yang nak "periksa" lah pula.

Rabu, 2 Mei 2012

Sedang.

Sekali lagi, jika anda terbaca kiriman ini, semalam punya tulis.

Sedang berada di KL, ke-medical check-up-an.

Ada dengar jerit tak?

Kemaskini : Tiada pengambilan darah, dan ya, sia-sia takut seminggu.

Selasa, 1 Mei 2012

Hari Pekerja + Hari Pelajar?

Nama sahaja Hari Pekerja, budak sekolah pun cuti sama.

Mungkin bila anda baca ni, semalam punya tulis.

Memandangkan hari ni cuti, jadi sengaja diluangkan masa bersama keluarga.

Dan juga, aku akan ke KL, untuk membuat pilot medical check-up. Jadi, jika terdengar jeritan hari Rabu nanti, itu maksudnya aku kena cucuk jarum, ambil darah.

Selamat bercuti, bekerja, dan menganggur. Dan juga, selamat ambil darah. (Untuk aku)

Doakan?