Selasa, 30 Oktober 2012

Kuyu.

Jarum darjah kuasa kipas itu pada nombor lima. Laju dan sejuk malam itu. Ditemani laptop hitam-jatuh-tiga-kali-sampai-terkopak, serta iPhone 4S yang sudah bertukar kepada iPod kerana fungsi menelefon dan ber-pesanan ringkas rosak.

Mata makin lama makin kuyu. Ditambah oleh mengantuk, kuasa kipas yang menolak kelopak mata ke bawah dan juga mata semakin penat kerana berada di atas talian sejak pukul 5 tadi.

Dan juga lagu di iPhone iPod adalah lagu balada daripada kumpulan-isteri-tersayang, Girl's Generation.

Khamis, 25 Oktober 2012

Ba.

Jika anda baca (yang aku tahu tak ada orang baca) perenggan ini, ini adalah perenggan ber-virus. Laptop anda akan dihinggapi virus jika membaca perenggan ini. Ok lawak TAK JADI.

Jika anda membaca perenggan ini, mungkin saya sedang berada di dalam kapal terbang bersama gadis berbaju merah untuk pulang ke Johor, negeri tersayang yang ada wayang, Starbucks dan mamak yang mudah dicari. Yeah untuk itu.

Sekian, dari bilik yang bersebelahan gelanggang basketball yang tingkapnya asyik terkena bola yang sepatutnya masuk ke jaring bukannya hentam tingkap bilik. Aku nak belajar tahu?

Pesanan.

Ok, lepas ni kalau anda (anda di sini merujuk kepada orang yang tak baca dan hanya memandang sebelah kaki je mata aku), mungkin anda akan terjumpa kiriman yang mengatakan saya sedang berada di dalam kapal terbang untuk pulang ke Johor, negeri yang ada Starbucks, wayang dan mamak yang mudah dicari. Oh ya dengan gadis berbaju merah. Serta skirt.

JANGAN PERCAYA kiriman tu. Diulang, JANGAN.

Mungkin gadis berbaju merah dan ber-skirt yang taip. Aku pula diculik hatinya.

Selasa, 23 Oktober 2012

Re-sarh.

Jam digital di iPhone yang tak boleh buat panggilan dan mesej, ditenung untuk kali yang kalau guna jari dah tak boleh kira dah. Nak kira guna kaki, masa sekolah tak ajar pula macam mana nak kira guna jari kaki.

Resah betul dirinya atas kerusi tu.

Itu baru nak study Airframe.

Isnin, 22 Oktober 2012

Sabtu, 20 Oktober 2012

Jumaat, 19 Oktober 2012

Run-seeng.

Dalam pada aku runsing memikirkan kenapa jadual flying aku ditetapkan pada monsoon, dah lah buku-buku tebal itu juga merunsingkan aku, ada satu lagi benda yang menganggu fikiran.

Macam mana aku nak mengharungi hari-hari kemudian selama tiga hari berturut berbekalkan Internet yang macam buang air kecil tak lawas di negeri yang tiada Starbucks, wayang dan kedai mamak yang mudah dicari?

Sabtu, 13 Oktober 2012

Cuba.

Tahu apa rasa yang paling tak best?

Rasa bila esok kena pergi kelas sambil rakyat negeri lain seronok menghabiskan masa di Starbucks, wayang, dan juga kedai mamak yang mudah dicari. Mahupun Legoland, sebab ada annual pass.

Dan juga, rasa bila ada test Principle of Flight esok.

Khamis, 11 Oktober 2012

Mitos.

Cuma aku ingat mitos orang yang tak semegah mana tapi berbual pasal projek juta-juta, hanyalah mitos semata-mata. Semata-mata bukan sehidung-hidung. Sebab apa? Sebab itu yang cikgu BM aku ajar.

Ha lawak tak jadi.

Rupa-rupanya, mitos itu adalah cerita benar.

Di sekolah menengah aku dahulu, ada seorang cikgu merangkap Penolong Kanan KoKurikolom, eh -kulum, yang gayanya seakan orang berpengaruh. Ada sekali tu, dengan hanya berbekalkan handphone Blueberry, tiba-tiba ada panggilan daripada Dato' mana yang mahu berbincang tentang projek 2 juta. 2 juta wei! Mesti bukan nak buat pondok ayam. Kalau dua juta mesti nak buat flyover ataupun jamban belakang rumah dia. Alah, jamban yang ada air tolong basuh punggung tu?

Sejak dari itu, mitos Taeyeon akan cari aku pun aku percaya.

Rabu, 10 Oktober 2012

Tak.

Kadang-kadang, perkara yang diniatkan, tidak dapat ditunaikan.

Macam niat aku nak je gim. Cita-cita memang tinggi dengan harapan yang menggunung.

Tapi sampai sekarang, aku lalu je gim masa nak ke kafe nak melantak nasi ayam.

Siap tutup mata dengan pinggan lagi bila lalu sebelah.

Apa?

Aku berada di tempat yang di mana, tak nak botak pun kena marah.

Isnin, 8 Oktober 2012

Hal.

Baru tadi, laptop aku suruh aku cucuk charger. Lagi.

Ahad, 7 Oktober 2012

Apa.

Dalam kehidupan seorang kadet juruterbang yang sibuk dan memenatkan, kadang-kadang ada sahaja perkara yang akan menganggu hidup. Ingin melenakan diri atau bermanja dengan laptop terganggu dengan anasir-anasir jahat yang dengki dengan kehidupan aku. Tak boleh tengok orang bersenang betul.

Ada ke patut laptop aku suruh cucuk charger, sebab bateri tinggal 12%?

Jumaat, 5 Oktober 2012

Tulisan 1 pagi.

Lelap mata aku masih disangkut oleh cahaya daripada penghubung dunia realiti dengan dunia maya.

Jadi aku bosan. Walaupun setelah dua jam bertemankan rakaman dunia fantasi bertajuk Green Lantern. Walaupun, sepatutnya, aku perlu membuka lapisan demi lapisan ilmu daripada buku setebal jengkal.

Tinggal sekarang hanya, aku, penghubung antara dunia, kipas darjah empat dan juga rakan sebelah bilik yang sibuk bermain permainan maya. Juga di penghubung antara dunia. Kami semua bosan.

Ok, ayuh lelap mata.

Khamis, 4 Oktober 2012

Rabu, 3 Oktober 2012

Kota Mals.

Bayangkan, ada satu kota. Satu je, jangan bayang dua kota. Dan jangan tukar 'a' jadi 'e'.

Selama 6 bulan, penduduk kota tu hanya tidur, mandi, makan, buat perkara tak berfaedah dan tidur balik.

6 bulan perkara yang sama dilakukan. Setiap hari.

Hingga tiba masa mereka dikejutkan dengan gempa bumi magnitud berukuran Principle Of Flight.

Ha, masa tu lah si gemuk-gemuk penduduk kota ni baru nak bergerak. Nak lari daripada gempa bumi tu.

Dah tentulah gemuk, maka jarak pergerakan mereka terhad-seterhadnya.

Sama macam otak aku sekarang ni.

Selasa, 2 Oktober 2012

Peluru.

Peluru itu ditembak. Laju gila. Selaju kelajuan tempatan bunyi (baca: local speed of sound).

Peluru itu terus meluru ke arah aku. Ya, aku yang masih terkesima. Keliru. Tapi peluru itu semakin dekat.

Aku masih lagi termanggu dan saat itulah, peluru itu menembusi ruang otak yang sudah tepu dengan peluru-peluru yang terdahulu. Peluru-peluru yang belum lagi dihadam oleh asid fikiran.

Mungkin jumlah asid itu tidak menyamai peluru-peluru yang ditembak oleh pakar-pakar penembak tempat yang dahulunya bekerja sebagai juruterbang?

Isnin, 1 Oktober 2012

Paling.

Ciptaan facebook paling berguna adalah fungsi Turn Off jemputan permainan maya.

Keep it up facebook!

Hai Oktober yang susah.

Hai Oktober.

Hai JAA Phase 1.

Semoga senang di kemudian hari.