Selasa, 29 Januari 2013

Pelik?

Jangan kata pelik, kalau kau yang sendiri rasa. Mungkin sebenarnya, kau yang pelik.

Mada, ada satu impian pelik dalam hidupnya. Jika dicerita pada dunia, mungkin sudah dicela. Apatah lagi dengan tahap pemikiran rakyat Malaysia yang di laman sosial semuanya cetek-cetek belaka. Suka benar dengan pergaduhan dalam alam maya, suka benar dengan meng-'haram'-kan semua benda atas nama agama, suka benar menuduh tanpa kajian kerana terlalu bodoh sombong tak nak guna Google, suka benar menunjuk semua benda, suka benar mencaci dalam laman maya.

Itu baru pelik.

Namun, impian pelik yang Mada mahu adalah sesuatu yang di luar norma. Mungkin pada andalah.

Mada, seorang lelaki yang tiada berpunya hatinya pada sesiapa. Cuma dirinya, dan keluarga. Dalam diam, dalam pada hidupnya di muka bumi, dia ingin merasa sesuatu yang belum pernah lagi dicuba.

Dia ingin merasa bagaimana mengecewakan hati wanita yang mahukan dirinya.