Isnin, 13 Mei 2013

Selamat Ter-lambat (baca: belated) Hari Ibu!

Duduk sorang-sorang jauh-jauh ni, aku rindu bila nak dikejut pagi-pagi ke sekolah.

Mula-mula, mak ketuk pintu cakap "Bangun".
Aku tersedar, tengok jam, "Alaa baru 6.30 tidur sikit lagi lah".

Tapi bahana kalau tidur 'sekejap lagi' tu bukan sekejap, akan dihadiahkan dengan jeritan batin paling sedap dalam dunia. Sampai rumah selang dua jalan boleh dengar lagi.

Mengelakkan macam tu, dengar tapak kaki depan pintu pun dah kelam kabut tarik tuala masuk bilik air.

Ahad, 5 Mei 2013

#PRU13

Salam pilihanraya daripada mereka yang tak cukup umur lagi.

Maaf zahir dan batin.

Rabu, 1 Mei 2013

pekerjaday.

Afdal sungguh si student yang cuti pada hari pekerja ni pergi tengok Iron Man 3. 3D pulak tu.

Eh tak ada kerja kosong untuk jadi Tony Stark ke?