Isnin, 18 Ogos 2014

'ntah.

Kau mesti ada satu benda yang kau pernah suka, tapi sampai satu masa kau terpaksa benci.

Benci sebab benda tu tersilap gaya, tersilap cara.
Benci sebab benda tu tak menjadi seperti apa yang bayangkan dalam kepala.
Benci sebab kau bukan milik dia. Dia bukan milik kau.

Kau cuba buang jauh jauh, biar tak terbayang bila melalui hari hari mendatang.
Tapi bila kau dah sayang, kau dah bagi sepenuh hati, dia akan patah balik jugak.

Macam aku buang wallpaper Taeyeon masa berita paling buruk dalam dunia aku pernah dengar.
Aku cuba terus hidup. Hendak move on.

Tapi end up, aku beli laptop baru.

Lepastu download balik wallpaper Taeyeon sampai penuh.