Ahad, 10 Ogos 2014

"kan?"

Berpeluh.

Menitik dari dahi, turun ke mata. Pedih bila peluh masuk mata ni. Kena tenyeh bagi hilang gatal.
Dah lah panas.

Haish tak selesa betul pakai uniform pilot ni.

Di kedua belah bahunya, ada epaulette hitam dengan satu garis warna perak.
Tali lehernya, tersemat lambang sekolah penerbangan yang gah.
Di poket bajunya, ada kaca mata hitam jenama Rayban yang bukan dari Wakaf Che Yeh.
Tersemat juga pas Malaysia Airport Berhad berwarna biru di dada untuk masuk ke kawasan hangar.

Dengan penuh gaya, dia melangkah masuk ke kawasan hangar dengan semangat yang jitu.

Di sebelahnya pula, ada seorang lelaki yang berjalan sama.

Sempoi.
Topi lusuh.
T-shirt berkolar lusuh.
Jeans lusuh.
Kasut sahaja yang nampak 'pilot'.

Tiba-tiba terpacul soalan dari mulut si sempoi,

"Eh kita budak flying club, kan?"
Yang tak tahu, budak fling club tak payah pakai uniform pilot.