Rabu, 22 April 2015

Heh.

Menyambut selesainya latihan penerbangan aku bulan lepas, aku acah acah letak azam baru.

Azam untuk jadi lebih handsome daripada yang sekarang.

Tapi tengok perut, tengok muka yang tembam, baru aku perasan.
Banyak benda yang nak kena buat ni.

Jadi aku idamkan sepasang kasut sukan baru. Sebab yang lama tapak dah tercabut dan aku dah biarkan dia mereput dan berharap ada yang baik hati untuk tolong buang dalam tong sampah.

Sampailah khirnya, berbekalkan pujuk rayu manis mulut berbicara yang dipelajari dari apft, financial sponsor aku yakni ayahanda tercinta secara sukarelanya menge-slidekan cardnya untuk sepasang kasut sukan yang baru.

And to this date, aku baru pakai sekali.

Esoklaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Sabtu, 18 April 2015

I really look like a guy who should not be selfie-ing, ever.

Selasa, 14 April 2015

Kih.

Berteman wayar pengecas laptop, kipas yang berpusing dan udara yang tinggi kadar kelembapannya, aku terfikir. Apa hobi baru budak budak sekarang?

Selain mengelike gambar gegadis Instagram, selain menaip ayat satira di twitter, selain add kawan lama yang dah lama tak jumpa, selain tidur bangun makan tidur ulang, apa lagi yang rakyat Malaysia yang berusia seperti aku dahagakan?

Kalau tanya aku, hobi baru aku sekarang follow perempuan lawa dekat Insta.

Sebab, mana tahu,

dia rusuk kiri kita.

;)

Sabtu, 11 April 2015

#kisahlama

Dalam diri manusia, mesti ada satu sifat hitam yang susah dikikis. Sebab puncanya memang adalah dari salah satu dosa kecil, yakni menyakiti hati orang lain. Yang disakiti akan menzahirkan satu perasaan yang diendorse oleh syaitan, iaitu dendam.

Aku pernah melalui hari hari yang penuh dengan kendendaman ni. Ada dendam yang dilunas, ada dendam yang dibiarkan terpendam sampai terlupa. Tapi kebelakangan ni, bila dah ada balik di kampung halaman, dendam lama kembali.

Dendam dengan si pengunting rambut yang tunjul kepala aku.

Yang ni punya dendam, bila aku dah besar sikit nanti, aku nak cepuk kepala dia balik.