Rabu, 30 November 2011

Sijil Pelajaran Malaysia.

Minggu Pertama yang penuh bahagia. 
BM : Sebagai bangsa Melayu sejati, soalan dapat dijawab tanpa menggaru walaupun kepentingan bahasa kebangsaan diragui.

BI : Sebagai rakyat dunia dalam era globalisasi, soalan yang diberikan juga dijawab tanpa runsing memikirkan tentang Madhuri.

Sejarah : Sebagai rakyat Malaysia dan rakyat dunia yang jiwanya penuh dengan sejarah, soalan yang diberikan dijawab tanpa ragu-ragu walaupun menggaru nak jawab soalan lagu kebangsaan. Eh.

Matematik : Sebagai manusia yang tak pernah dapat nombor 1 dalam kelas, soalan-soalan yang dijawab terasa senang walaupun jawapan yang salah hanya dikesan sesaat sebelum tamat masa menjawab.

Minggu Kedua yang penuh kejutan tidak dirancang.
Agama : Sebagai umat Islam yang sayang akan agamanya dan bercita-cita untuk meng-Islam-kan gegadis Korea ( baca : #dearfuturegfS ) , soalan yang diberikan dapat dijawab walaupun, kuda bukanlah haiwan ternakan.

Matematik Tambahan : Sebagai manusia yang tak pernah dapat A+++ dalam kertas ini, soalan yang diberkan dapat dijawab walaupun banyak kecuaian yang menggeramkan.

Fizik : Sebagai bakal juruterbang berjaya pada masa akan datang, soalan yang diberikan dapat dijawab walaupun tiada sinaran yang keluar daripada mata.

Minggu Ketiga yang menakutkan.
Kimia : Sebagai manusia yang memasak menggunakan kuali besi, soalan yang diberikan dapat dijawab walaupun, entahlah.

Biologi : Sebagai manusia yang mempunya ayah yang berkerja sebagai doktor, soalan yang diberikan dapat dijawan dengan semangat yang berkobar-kobar nak melepaskan diri daripada cengkaman seksaan dunia terulung walaupun, jawapan yang diberikan, hanya Tuhan dan penanda sahaja yang tahu.

Jumaat, 11 November 2011

Rabu, 9 November 2011

ALLEY

Walking in this alley
Alone with the rain
Try to forget our story

In this heavy rain
Walking slowly through this alley
Reminding our love story

I cry in pain
But will you do the same ?

Oh my love
Thanks for everything
Thanks for leaving me in pain
Thanks for leaving me in this alley

But never thank me, please
Because i will never forget you.
Our story in this alley.

....

Di satu lorong kecil, dia berjalan mengenang kisah lama. Kisah lama yang tidak kesampaian. Kisah lama yang memeritkan jiwa serta menyeksakan raga. Walaupun sedaya upaya akal cuba melupakan perkara yang hanya menjadi kenangan lamanya, kenangan itu setiap hari akan muncul dalam angannya di malam hari. Anganan malam yang acap kali berubah menjadi tangisan kerinduan.

Akhirnya, satu ucapan sahaja yang mampu menghilangkan segala rasa yang lama itu.

Terima Kasih.

Isnin, 7 November 2011

Dugaan Sebelum SPM.

Rasa yang kian menyeksa.

Terseksa batin zahir jiwa raga dalaman manusia bila diuji sebegitu rupa. Pedih, sakit, pelbagai rasa mula menghuni jiwa dan perasaan seseorang manusia. Manusia yang azalinya berkeperibadian mulia dan tenang akan berubah rupa dan adabnya.

Pipi bagaikan mahu ditumbuk sekuat hati. Biar hilang gigi. Asalkan hilang rasa pedih sengsara menahan seksa biologikal manusia. Sengsara tak tertahan, namun akal waras meyakinkan.


Jangan dibuat benda bodoh.


Perkara yang bukannya terlalu sakit, jangan disakitkan. Biarkan ia berlalu pergi sendiri, bersama masa yang laju berputar dikejar manusia.

Dikatakan manusia yang dahukunya berperibadi mulia dan tenang, kini berubah tiga enam kosong darjah.

Mengganas, menggigil kemarahan. Mahu sahaja dimaki semua orang sekelilingnya, tanpa tapisan dan kewarasan. Sekali lagi, sedaya upaya akal waras meyakinkan.

Ini semua hanya MATA IKAN sahaja, manusia.

Adui.

Sabtu, 5 November 2011

Selamat.

Selamat SPM.

Selamat Raya Korban.

Selamat membaca buku di depan lembu ?

Jumaat, 4 November 2011

Diari Orang Tak Ada Pengikut Di Blog

Wahai diari yang semakin hari semakin dibenci ini, dan bau kau pula semakin lama semakin menyengat baunya, hingga mampu membuatkan seseorang muntah secara sengaja di bulan puasa ini. Nak basuh, kau dah terlalu jijik, takut boleh rosak mesin basuh.

Wahai diari, kau tahukah, zaman modenisasi ini, semua orang mempunyai laman sosial masing masing. Dan laman so-sial yang menerajui pada masa kini adalah eFBee.

Namun, untuk meluahkan isi hati terendam di Facebook bukannya puas. Umpama makan berbuka tak ada air. Jadi, ramai menggunakan blog agar semua isi hati yang direndam dan terperam dapat diluahkan sepenuhnya agar hati merasa lebih lapang, kononnya.

Pelbagai kiriman telah dikirimkan demi memuaskan hati sendiri dan menyakitkan hati orang lain. Segala kemarahan yang tidak perlu ditunjukkan pun dipamerkan untuk tatapan umum. Segala benda mengenai irgan dalaman pun ditaip juga ke blog. Harap maklum, kadangkala bertaraf 18PG. Namun, blog aku tidaklah hanya bersandarkan kemarahan atau luahan hati semata mata, mungkin sebalinya, kerana kiriman di blog aku bersandarkan perlian dan merepa-kan semata mata.

Tapi, blog tanpa pengikut umpama berbuka tanpa air. Kering dan kelat. Umpama bercakap dengan komputer yang dah ditutup dan pengecasnya pula rosak. Kiriman yang sudah melebihi 100 itu bagaikan air yang diminum semasa berbuka. Banyak tapi tak ada rasa.

Namun, demi semangat penulisan yang tinggi di dalam diri, digagahkan jua menulis di blog bersama linangan air mata dan hingus di pipi mengenangkan masa depan blog yang tidak diketahui.
Masin.

Walaupun berdepan hinaan dan cercian daripada kawan kawan yang celak*, perkataan terpaksa ditapis bagi mengelakkan kurangnya pahala puasa, akan ku tempuhi juga segala dugaan itu demi memastikan nafsu penulisan dapat disalurkan ke tempat yang betul.

Nafsu yang lain di tempat yang lain.

Dah, nak iklankan blog dekat Facebook. Cakap dah tak ada dara. Eh.

Khamis, 3 November 2011

Hampir. #2

Debaran semakin terasa. Bahang semakin menghangat jiwa raga. Tidur semakin tidak lena. Mandi pula masih lagi wajib, eh basah. Tapi kalau bab makan, maaf, bab tu memang masih lagi sama. Eh, nak belajar mana boleh dengan keadaan lapar. Memandangkan orang kata badan aku terlalu kurus atau dengan kata lain, keding, sudah tentu lebih baik aku kekalkan sahaja cara pemakanan aku sekarang.

Jadi, pagi tadi, jadual SPM baru sahaja singgah di tangan aku. Dan secepat kelajauan cahaya, terus aku tinggilampukan ( baca : highlightkan ) semua matapelajaran yang akan aku hadapi dua minggu dari sekarang itu. Sekali pandang, memang nampak macam aku dah bersedia nak menghadapi SPM, tapi kalau dua kali pandang, memang sudah dapat diketahui, buku-buku rujukan di rumah masih lagi bersih.

Eh, mana ada bersih sesuci tiga kali, ada juga bahagian yang aku tinggilampukan juga. Demi masa depan yang cerah, tinggilampu yang diguna juga perlulah yang cerah juga. Tapi, itu cerita lain.

Oleh itu, alangkah bagusnya jika aku tandatangankeluar ( baca : sign out ) dari laman web ini dan terus membaca buku. Iyalah, masa sejam yang diperuntukkan sudah tidak diikut sekarang ini.

Okey, aku tandatangan keluar dahulu.

Nak buka Youtube pula.

Selasa, 1 November 2011

Apa Khabar November?

Pejam celik pejam celik separuh, pejam celik suku pejam celik separuh, dah masuk bulan November.

Macam biasa, bagi mereka yang terlalu khusyuk dengan buku, sekarang bulan 11 ok ?

Dalam banyak-banyak bulan tahun ini, bulan ni lah yang aku rasa bulan yang paling aku takut. Bukan apa, kalau SPM tu bulan 10, maka aku akan takut dengan bulan 10. Jika SPM berada pada bulan 12, maka aku akan takut pada bulan 12. Dan seterusnya, sila bayangkan dengan imiginasi anda. Jangan bayangkan imiginasi yang liar pula.

Kesimpulannya, aku takut dengan SPM. Takut sangat-sangat hoi. Ingat aku tak takut ke ? Walaupun wajah aku menunjukkan riak muka yang yakin dan ceria sepanjang masa, percayalah, aku hanya manusia biasa yang takut dengan masa depan.

Aku ada cita-cita.

Mengikut kalendar Masihi aku yang tergantung di almari ini, jika dihitung secara Add Math, hanya ada 2 minggu sahaja lagi sebelum aku berperang dengan kertasputihbertulis itu. 2 minggu yang semakin hari semakin singkat. Masa pula semakin lama semakin mencemburui aku yang terang-terangan menduakannya dengan buku-buku rujukan.

Jadi, aku nak pergi baca buku.