Jumaat, 4 November 2011

Diari Orang Tak Ada Pengikut Di Blog

Wahai diari yang semakin hari semakin dibenci ini, dan bau kau pula semakin lama semakin menyengat baunya, hingga mampu membuatkan seseorang muntah secara sengaja di bulan puasa ini. Nak basuh, kau dah terlalu jijik, takut boleh rosak mesin basuh.

Wahai diari, kau tahukah, zaman modenisasi ini, semua orang mempunyai laman sosial masing masing. Dan laman so-sial yang menerajui pada masa kini adalah eFBee.

Namun, untuk meluahkan isi hati terendam di Facebook bukannya puas. Umpama makan berbuka tak ada air. Jadi, ramai menggunakan blog agar semua isi hati yang direndam dan terperam dapat diluahkan sepenuhnya agar hati merasa lebih lapang, kononnya.

Pelbagai kiriman telah dikirimkan demi memuaskan hati sendiri dan menyakitkan hati orang lain. Segala kemarahan yang tidak perlu ditunjukkan pun dipamerkan untuk tatapan umum. Segala benda mengenai irgan dalaman pun ditaip juga ke blog. Harap maklum, kadangkala bertaraf 18PG. Namun, blog aku tidaklah hanya bersandarkan kemarahan atau luahan hati semata mata, mungkin sebalinya, kerana kiriman di blog aku bersandarkan perlian dan merepa-kan semata mata.

Tapi, blog tanpa pengikut umpama berbuka tanpa air. Kering dan kelat. Umpama bercakap dengan komputer yang dah ditutup dan pengecasnya pula rosak. Kiriman yang sudah melebihi 100 itu bagaikan air yang diminum semasa berbuka. Banyak tapi tak ada rasa.

Namun, demi semangat penulisan yang tinggi di dalam diri, digagahkan jua menulis di blog bersama linangan air mata dan hingus di pipi mengenangkan masa depan blog yang tidak diketahui.
Masin.

Walaupun berdepan hinaan dan cercian daripada kawan kawan yang celak*, perkataan terpaksa ditapis bagi mengelakkan kurangnya pahala puasa, akan ku tempuhi juga segala dugaan itu demi memastikan nafsu penulisan dapat disalurkan ke tempat yang betul.

Nafsu yang lain di tempat yang lain.

Dah, nak iklankan blog dekat Facebook. Cakap dah tak ada dara. Eh.