Rabu, 4 April 2012

Aku. Sekolah. 11 Tahun.

2001. Darjah 1.
Lepasan tadika masa ni. Masa ni tadika pun dah ada konvokesyen, siap pakai jubah konvo dengan topi petak ada tali tepi tu. Peh, rasa macam graduasi U pun ada. Mungkin konvokesyen itu adalah salah satu cara menyedapkan diri jika ada yang dah besar nanti, tak dapat masuk U. Mungkin juga. Kemasukan darjah 1 di SK Taman Universiti 1. Duduk di sebelah budak perempuan, kerusi lain semua penuh. Ya, memang dulu aku kira macam playboy juga, masuk-masuk sekolah terus duduk sebelah perempuan. Lepas tu, aku tak ingat.

2002. Darjah 2.
Tahun ni pun aku dah tak ingat sangat peristiwa yang berlaku.

2003. Darjah 3.
Lagilah tak ingat. Rasanya masa ni aku kenal BFFs gua, Shafiq dengan Hafiz.

2004. Darjah 4.
Aku dilantik sebagai pengawas. Menjadi ketua pintu depan. Eh yeke, aku pun lupa. Masa ni aku suka makan, dan aku gemuk.

2005. Darjah 5.
Jadi pengawas lagi. Masa ni mungkin aku tengah jadi ketua pintu depan. Rasanyalah.

2006. Darjah 6.
Tahun UPSR. 5A. Dapat tawaran ke SMK Skudai. Menjau lah aku daripada Taman U dan rakan-rakan. Nasib baik ada juga kawan-kawan yang lain dapat sekolah yang sama. Dan, aku semakin gemuk.

2007. Tingkatan 1.
Masuk ke SMK Skudai. Kelas premier. Aku gemuk. Dan pendiam.

2008. Tingkatan 2.
Masuk kelas pertama. Aku dah mula kurus, dan mula menjadi periang.

2009. Tingkatan 3.
Turun balik kelas. Tahun PMR. 7A 1B. Agama wei. Makin kurus. Makin ramai yang terkejut dengan kepetahan aku bercakap dalam edisi mengenakan orang ramai. Aku baik, tak nakal.

2010. Tingkatan 4.
Disebabkan 8A ramai, aku ditempatkan ke kelas kedua. Lagi. Kejutan budaya dengan subjek-subjek baru. Kejutan budayalah sangat. Aku memang suka bercakap, lagi-lagi dalam mengenakan rakan-rakan taulan.

2011. Tingkatan 5.
Masuk balik kelas pertama. Yeay! Tahun SPM. Dan keputusannya, 1A+ 4A 4B+. Memang aku nak tunjuk B+ tu. MEMANG. Dan ya, aku semakin kurus dan rambut semakin kembang. Ramai yang tak berpuas hati dengan kecekapan aku bercakap. Tapi jika disuruh berucap, kaki masih menggeletar. Biasalah.

Kakipunyanota : Saja. Mana ada orang nak buat biografi aku pun.