Sabtu, 25 Disember 2010

sekembali dari HONG KONG. Part 2 !

siapa yang mahu part 2 di dalam siri perjalanan saya di HONG KONG ( sekali lagi, sengaja dibesarkan sedemikian rupa )

let me hear the noise !

*bunyi cengkerik*

si follower 1 ni pun tak guna je ada.
HAHA.

ok. orait. oyeah.
sekembali dari HONG KONG ( perlu diulang lagi kenapa dibesarkan ?) ,
eh, bukan nak cerita masa dekat HONG KONG ke ?
oh ya. aku pun lupa. nasib baik suara hati berkata2.

aku di HONG KONG. (bayang : effect fading )

hari pertama :

touchdown HONG KONG.
pada pukul 1 PM a.k.a satu pi am.
terus ke Citygate. antara tempat keshoppingan terbesar di HONG KONG.
tiada apa yang perlu dibeli di situ. takkan la sampai2 terus nak habiskan duit ye tak ?
yang dibawa balik hanyalah map a.k.a peta pusat beli belah itu.
terus kita ke mana ? jap tanya family.
aku lupa la.
kita ke Ladies' Market.
di sini antara tempat menjual barangan yang murah. ( baca : murah la sangat )
boleh ditawar serta menawar.
hasilnya, tshirt serta keychain.
oh ya, dikawasan itu, penuh dengan minah serta mat Indon. siapa ada yang buat 'ehem2' dekat situ. ingin saya ulangi, PENUH.
terus kita mencari makan, iaitu di restoran HALAL Muslim.
tempatnya agak kecil, tapi tak apa, kerana lapar, sanggup.
terus ke hotel
hotel nya begitu canggih, nak masuk bilik layang kad ja. terus masuk. canggih bukan ?

HARI ke 2 : DISNEYLAND ( ini pun sengaja diperbesarkan )

aku tak malu mengatakan aku teruja berada di sini.
bukan selalu ye tak ?
bukan selalu dapat jumpa watak mickey mouse serta yang seangkatan dengannya.
ride2 yang disediakan pula tidaklah terlalu kebudak budakan.
seronok jugak lah.
satu hari di sana mungkin tak mencukupi. kurang2, dua hari baru semua permainan dapat dicubai.
dari pagi sampai ke malam kami berada di sana.
SERONOK.
oh ya, antara restoran 24 hours yang berada disana adalah .... seven-eleven.

hari ke 3 : HONG KONG - SHENZEN

tiba masa kita ke SHENZEN ( sengaja dibesarkan kerana rindu pada tour guide kami yang agak cantik dari tour guide hong kong. )
sebelum itu, kita ke Bohemian.
di sini tempat kami berjumpa seorang cameraman yang berlagak agak pro.
yang pelat berbahasa malaysia tak malaysia. slang terbaik dia, JANTAN.
habis dia sapu budak dia panggil, SMALL JANTAN.
aku tak tau la, dia nak sebut GANTANG ke JANTAN ?
kami mengambil gambar grup foto, berlatarbelakangkan, TONGKANG.
PRO kan ?
terus ke tempat makan tengah hari.
terus ke JUMBO apa nama belakang dia ni ?
tempat AMAZING RACE versi amerika.
ada bot ja pun dekat situ. HAHA.
terus ke Victoria Park.
tenpat di mana Maddam Tussaude berada.
sempat berfeeling popular dengan patung2 lilin yang berada di situ.
okeh, terus ke tempat pertukaran bas.
lepas tukar bas, terus ke imigresen yang memisahkan antara shenzen serta HONG KONG.
lepas sudah imigresen ,terus berjumpa cik RUBY dan dibawa ke tempat makan.
lepas makan, hotel dan tidur.
jangan salah faham, aku tak tidur sebilik dengan ruby tu.
dan oh ya, aku bergaduh dengan seorang budak form 3 pasal RUBY itu. ( baca : kelakar je okay. )

HARI KE 4 : SHENZEN

pusing SHENZEN
window of the world
main ski.
splendid china
show yang agak mengantuk
tapi awek hot.
segar kembali mata.
dan, terus makan malam.
shopping lagi.
tapi kedai hampeh, tak ada apa pun.
balik hotel, tidur.
esok balik,

HARI KE 5 : SHENZEN - MALAYSIA

( menaip dalam emosi yang sangat berat )

keluar dari hotel a.k.a check out.
naik feri pergi ke airport.
feri dia sit macam dalam club.
siap boleh open table lagi.
dahsyat tak dahsyat ?
tak boleh dilupakan, cuaca di sana berubah dari suam2 suku sejuk kepada boleh mengeluarkan asap dari mulut.
teruja semua yang berada disana.
aish, time untuk pulang.
eh, tapi sampai dekat sana tau pukul berapa ?
12.
flight balik pukul berapa ?
3.

yes. kami semua terus buat tawaf serta saie di dalam airport itu bagi membuang masa yang terluang.
nasib boleh ber wifi.
lagi satu, dekat sana, kami menaiki pelbagai jenis kenderaan.
dari feri,bas, kapal terbang.
itu ja nak cakap.

pengumuman sudah disuarakan ( apa aku tulis ni )


tiba masa untuk berangkat ke MALAYSIA.

sekian.

kau baca ke apa aku tulis ni yeen ?