Selasa, 30 Ogos 2011

Perkara dibuat sebelum hari raya.

Hari ni dah hari raya pertama. Kiriman ni patut kirim semalam.

Tapi, sah sah memang tak ada orang baca. Ada yang beraya, ada yang beraya dengan buku.


Jadi, biar aku yang kirim, pastu aku sendiri gelak membacanya.



1. Kemas rumah.
Raya semakin hari semakin dekat. Jadi, semua ahli keluarga akan dikerah tenaga hingga keringat terakhir untuk mengemas rumah. Tiada yang terkecuali, siapa yang tak buat kerja, memang duiy raya akan dapat separuh tak pun bekas merah di pipi serta kesan tarik di telinga. Pihak ibu sudah tentu mahu memastikan mereka mampu mengatasi jiran sebelah, tak pun jiran belakang rumah. Depan tak payah, sebab orang Cina.
Segala kelengkapan dibeli demi memastikan kehidupan sekeluarga di hari raya bertambah ceria. Pinggan mangkuk ditukar, karpet ditukar, langsir ditukar dan banyak lagi. Nasib baik ayah tak tukar ...

Emak tersenyum melihat keadaan rumah sambil anak anak dan ayah tertidur dekat belakang. Penat.

2. Muatturun lagu raya
Demi memastikan hari raya lebih terasa, walaupun tahu, peperiksaan percubaan bakal menanti di hujung hari, digagahkan jua mencari lagu lagu raya supaya tidak bosan tatkala di hari mulia itu nanti. Mengikut tema katanya. Lagu lagu itu juga boleh digunakan untuk dijadikan pembakar semangat demi memastikan mendapat keputusan cemerlang di peperiksaan percubaan nanti.

Eh, Kpop ada lagu raya ?

3. Balik kampung.
Selalunya, dua tiga empat hari sebelum raya, laluantinggi akan penuh dengan kenderaan orang Melayu yang berpusu pusu mahu pulang ke kampung halaman masing masing. Setelah 14 tahun tak balik, baru raya tahun ni dapat balik. Ok ezejeret.

Terdapat juga mereka yang balik pada malam raya, mengangankan keadaan jalan raya yang semestinya lengang. Tapi mereka tak tahu, terdapat beribu lagi manusia yang berfikiran sama dengan mereka. Jadinya, subuh raya batu sampai.

Aku tak payah tempuhi itu semua, sebab kalau aku pasang lagu raya dekat dalam kereta, lagu raya tak habis tapi dah sampai kampung.

Mekdi yang beli dekat drivethru tu pun baru secebis je makan.


4. Buat kuih raya.
Ada lagi je ? Sekarang zaman kuih tunjuk, tak pun, sekarang kita buat cookies.

5. Menghantar berbilion mesej hari raya.
Demi memastikan segala penghinaan terhadap rakan dapat dimaafkan secara segera, takut kawan doa benda tak baik masa SPM, mohon maaf dipinta secara tak ikhlas. Tapi, nak berdepan minta maaf, masing masing ada ego. Jadi, dengan pengunaan henpon hatta mahal atau tidak, segala pohonan maaf dapat disampaikan secara segera. Sekarang kan zaman modenisasi, henpon dah ganti batal peluk.

Cuma yang pasti, semua mesej itu dikitar semula dari tahun sebelumnya, cuma penghantar yang berlainan.




Raya raya ni, afdal baca buku ?