Jumaat, 19 Ogos 2011

mengurangkan. lagi.

Bila selak selak balik ( nampak sangat tipu, ini medan elektronik, mana boleh selak ) ,aku nampak banyak sangat kiriman aku yang sungguh tak dewasa. Nampak macam budak budak yang buat blog lepas itu tulis pasal tak ada dara. Eh.

Jadi, aku dengan naked, sengaja typo, menekan butang 'delete' di setiap kiriman yang kebudak budakkan supaya aku kelihatan lebih dewasa di masa akan datang. Tak ada la nanti, anak aku atau cucu aku tengok, cakap, " Ayah ! Siapa tulis blog ni ? Budak mana ? " .

Mana tahu, nanti bila bila nanti, bila pengikut tak-berapa-setia bertambah, tak segan.

Lagi satu, bagi pengikut tak-berapa-setia ( iya, ini nama kauorang ) , jika anda perasan, yang mungkin anda tak akan perasan, aku dah lama tak kirim kiriman merepek ( baca : atau kelakar atau berinformasi atau berpendidikan ) dalam blog ini. Bukan apa, rasa tak berbaloi kalau kirim tapi yang baca boleh lagi dikira menggunakan jari kaki. Kauorang bukan iklankan pun. Kan ?

Lagi dua, kan bulan puasa, tak baik merepek, takut nanti orang kata meroyan.