Sabtu, 13 Ogos 2011

Life's Just Plain Annoying.

eh, tak mana aku depress. Tajuk saja mahu menarik perhatian.

Aku tulis bagi pihak orang yang depress, yang buat aku punya news feed berlambak dengan perkataan perkataan memarahi diri sendiri atau orang lain yang berkaitan dengan mereka. Perkataan yang mampu membuat sesiapa membacanya terus unfriennd dan block mereka.

Hal hal semasa kini menjadi satu bahan bagi mereka untuk membanjiri news feed anda. Tanpa segan silu, meluahkan isi hati terpendam dan terendam. Amboi, memang berduka nampaknya. Bukankah anda boleh simpan semua itu dalam hati ?

Tapi kenapa status itu juga mendapat like serta komen yang banyak ?

Aku yang sibuk letak link blog ni pun tak pernah mendapat ke'like'an sebegitu rupa apatah lagi komen yang panjang berjela. Penat sahaja buka komputer semata mata nak update status letak link blog sendiri, tapi kesudahannya, orang pandang sebelah kaki mereka sahaja.

Yang menjadi persoalan sehingga kini, kenapa mereka meluahkan isi hati terpendam mereka di facebook ? Adakah perlu memberitahu satu dunia pasal masalah anda ? Boleh faham lagi, kalau 'kawan' anda baru 100 lebih. Tapi kalau anda macam saya, dah 988 'kawan' , yang mana segelintir sahaja yang memberi reaksi setiap kali saya update status dan mereka itu semua kawan, meluahkan isi hati terendam anda ke mukabuku anda itu, bukanlah sesuatu yang berguna kepada mereka yang melihatnya.

Apa kata, anda mesejan sahaja dengan orang yang anda sakit hati ataupun kata orang, muhasabah diri.

Sebab,

jelik.