Ahad, 4 Disember 2011

Aku Rasa ...

Masuk kali yang ni, kali ketiga dah aku guna tajuk 'Aku Rasa' ni. Kononnya sebagai antara himpunan siri-siri luahan hati terpendam aku yang bersarang di dalam jiwa nurani aku

Kononnyalah.

Jadi, setelah 4 hari selepas SPM. Kenapa macam tak ada benda yang berlaku ni ? Ingatkan lepas SPM aku mampu bersorak kegembiraan dan lari-lari keliling kawasan perumahan ni. Kononnya dah tak payah fikir belajar lagi dah.

Aku ingatkan, aku dah mampu untuk ke Korea, untuk berjumpa si kekasih hati, tapi apakan daya, rancangan percutian telah bertukar pada saat akhir, daripada ke Asia Timur kepada Asia Tenggara. Bukan jodoh agaknya untuk tahun ni.

Duduk rumah duduk terlentang tengok TV, duduk meniarap main komputer, berjalan hanya bila mahu turun tangga melihat televisyen dan berlari hanya ketika cerita yang ditunggu-tunggu telahpun mula disiarkan. Terpaksa berlari kerana tidak mahu ketinggalan walaupun sesaat cerita yang ditunggu sekian lama itu.

Nak main perkusi kegemaran aku, dram, takut pula makcik-pakcik kiri kanan depan belakang bawa pisau dengan parang hentak pintu rumah aku. Jadi, terpaksalah aku bermain secara akustik. Menghentak hanya bila perlu. Nasib baik kebelakangan ini hujan, bolehlah kuat sikit, sebab sudah tentu, hujan antara penebat bunyi terbaik dunia.

Sudahnya, aku hanya membaca novel yang disimpan selama tiga minggu itu. Disimpan selama tiga minggu, habis hanya mengambil masa dua hari. Uih, sungguh urban dan indie betul novel yang aku baca. Terkena kejutan budaya aku membaca novel sebegini, Tapi, tak apa, aku kan dah dewasa ?

Kesimpulannya, aku rasa aku bosan.