Isnin, 30 April 2012

SATU DUNIA

Satu dunia, banyak cerita
Yang ingin dikongsi bersama
Tiada beza antara manusia
Tapi takkan mungkin bersama

Kau dan aku, banyak berbeza
Tiada yang serupa
Jangan terlalu memaksa, perkara tak di jangka

Tapi mungkin, kini berbeza
Kita berdua sama
Tiada halangan, antara kita
Untuk menjalin cinta

Biarkan mereka, melihat kita
Bersama mesra
Mungkin mereka hanya cemburu
Melihat kau dan aku
...
Hidup ini, kita masih dalam satu dunia. Satu dunia, yang dikongsi bersama.
Mungkin kita tiada berbeza, cuma dalam hatinya, 'dia' rasa, 'dia' dan 'dia' tak akan mungkin bersama.

Walau banyak berbeza, tapi dipinta jangan dipaksa. Cuma menunggu masa.

Dan akhirnya, masa itu tiba, dunia berubah, 'dia' berubah, 'dia' dan 'dia' kini bersama.

Dan juga, 'dia' berdua tahu, ada yang cemburu.

Ahad, 29 April 2012

PESTA DUNIA

Pesta dunia banyak helahnya
Pesta dunia jangan terpedaya

Teropong dunia macam macam ada
Aku di mana, hilang arahnya
Manusia akalnya
Pesta dunia

Oh manusia!
Di mana akalmu, diri jadi buntu
Tersipu malu
Oh manusia!
Di mana akalnya, letak di mana
Jangan berpura
...

Kalau dikata, dia sibuk memikirkan dunia, tapi tak difikir bagaimana dia dipermainkannya?

Bila dilihat di sebalik teropong, dunia bagaimana? Seronok?, sehingga hilang arah semuanya.

Bila si akal sengaja disembunyi, dibiar diri buntu, dan sengaja dilupakan tempatnya, jadilah sepertimana yang si jahat mahukan?

Bukan dia yang menang. Cuma si kota itu saja hancur. Bagi dia, apalah sangat, bukan?

Kakipunyanota : Hasil tulisan masa kecil-kecil, dulu.

Sabtu, 28 April 2012

Produktif. (viti)

Hari ini, setelah beberapa bulan "berpuasa" daripada menjejakkan kaki ke pawagam, akhirnya aku ke pawagam hari ini. Bagi menonton cerita yang menghimpunkan superhero-superhero terkenal di dalam satu filem.

Jika Iron Man merupakan idola di dalam filem ini, Black Widow pula mungkin akan aku jadikan amah jika aku berkerjaya kelak. Nak buat jadi isteri tak boleh, dah ada Taeyeon.

Cuma, aku nak tanyalah, seronok sangat ke bersesak dekat KL tu, daripada duduk dalam dewan yang ber-pengdingin-hawa, sambil menonton Scarlett Johnsonn yang aummmmmmmmm tu? (Kepanjangan 'm' menunjukkan ke-"panas"-an Scarlett, bagi yang kurang faham.)

Dan, seronok ke pakai baju kuning?

Khamis, 26 April 2012

Dejavu.

Dalam pada masa aku menganggur, walaupun tidaklah sehingga tahap goyang kaki tak buat kerja kerana itu derhaka namanya kerana tidak menolong ibu bapa, kadang-kadang aku akan mendapat, apa orang putih kata, Dejavu. Kiranya, kadang-kadang dalam kehidupan seharian ni, tiba-tiba aku terasa macam aku dah buat benda ni, tapi tak tahu bila. Nak ingatkan balik, tapi tak boleh, tapi rasa macam dah buat.

Macam ada remote control yang tiba-tiba me-rewind hidup aku pula.

Eh eh, kenapa tiba-tiba dapat bayangan kahwin dengan Taeyeon ni?

Eh eh, YES!

Isnin, 23 April 2012

Konflik.

Dalam dunia ni, kalau tak ada konflik, jadi macam air bandung tak ada susu, tak ada tiga layer, mahupun tak ada soda. Tawar. Jadi, konflik ni kononnya perencah rasa dalam kehidupan lah. Peh, macam jawab kertas 1 BM masa SPM betul ayat yang last tu. Tapi malang, BM, A sahaja, '+' -nya lari, ikut '-' agaknya.

Dalam pada ada konflik tu, perasaan marah atau cepat melenting itu mesti ikut sama. Sebab dalam jiwa tak tenteram, bergelora tak tentu pasal. Rasa macam nak lompat-lompat atas katil je rasa, takpun dalam kes aku, rasa macam nak hentak dram tu sampai orang sebelah bawa parang. Mungkin orang lain, akan meluahkannya dalam facebook. Mentang-mentanglah hotsetaf, update taip nak mandi pun, orang 'like' sampai ribu-ribu.

Tapi sekarang ni memang aku tengah dalam konflik betul.

Bateri iPhone ni asyik cepat habis, sampai nak tengok video lagu dan mendengar suara merdu bakal-isteri-tersayang ketika mahu beradu pun terganggu. Asyik nak kena caj memanjang.

Ha tengok! Aku tak buat apa-apa pun, selamba dia je daripada 100% terus jadi 20%!

Menaip sebab bosan.

Jika ada 'rakan sebaya satu sekolah' yang membaca kiriman daripada laman maya tidak dianggap (dipetik daripada tajuk lagi, 'Kekasih Yang Tak Dianggap') ini, mesti sedar akan perubahan pada diri aku.

Dari segi sosial-nya, dari segi ke-tampan-nya, ke-kacak-kannya, dan sudah pasti, ke-kurus-annya.

Mungkin dahulu, mesti ada yang toleh sekali lalu mencebik dan berkata dalam hati, "Gemuknya budak ni". Tapi sekarang, mungkin mereka toleh dua kali, sebab pada pandangan kali pertama, nampak macam Lee Minho, kali kedua nampak macam Aaron Aziz. Tapi itulah, mentang-mentang aku Korean-look, semua nak samakan aku dengan Minho. Tahulah aku handsome dengan rambut tutup mata, tapi janganlah terlalu nampakkan sangat kau minat aku sampai nak 'like' DP facebook aku dua tiga empat kali. Aku sedar, badan aku taklah seketak-ketak seperti Aaron Aziz mahupun abang badan tough dekat Universal Studio Singapore tu.

Cuma, aku haraplah, dengan ke-kurus-annya badan aku ni, dapatlah tiap-tiap hari aku dapat mesej dari wanita-wanita comel sekalian.

Hai, gegadis. Saya dah handsome, tau?


Kakipunyanota : Walaupun, hati aku hanya pada Taeyeon.

Khamis, 19 April 2012

Tunggu.

Disebabkan terdapat alter ego dalam diri aku yang mengatakan aku berhak mendapat keputusan yang lebih baik dalam SPM, aku dengan selambanya memuat-turun borang semak semula SPM.

Muat-turunnya dah lama, seminggu selepas keputusan dikeluarkan. Tapi menghantarnya, tiga hari sebelum tarikh tutup. Apa orang kata, procrastination. Kalau salah eja, janganlah salahkan cikgu kursus BI UTMSpace tu. Salah aku sebenarnya. Salah eja 'melambat-lambat'kan pun, sijil dah ada.

Jadi, sekarang, kita tunggu dua bulan dari tarikh 18/4/2012.

Semoga yang baik hendaknya.

Ayuh, sambung semula kerjaya pengangguran.

Selasa, 17 April 2012

Dulu.

Dulu, aku pernah pergi Korea bersama keluarga. Pada 2005, kalau tak salah fail

Tapi masa tu, Super Junior, mahupun SNSD ataupun 4Minute atau SHINee tak ada lagi. Kpop pun tak semegah sekarang ni. Yang popular pada masa tu hanyalah drama-drama Korea, lagi-lagi "Winter Sonata". Jadi, bila di sana, semua hanya berperasan menjadi hero di dalam drama tersebut sambil main sembunyi-sembunyi di celah-celah pokok di pulau Nami. Ya, lokasi penggambarannya di Pulau Nami, sila Google Earth. Atau tidak, sila cari glob.

Kini, jika ke Korea, sudah tentu niat yang disemat di dalam hati adalah untuk berjumpa mana-mana artis Korea. Mana tahu, terserempak dengan tidak sengaja, boleh juga menatap wajah Taeyeon. Atau dengan kata lain, bolehlah mengorat Taeyeon. Kalau tidak berjumpa Taeyeon pun, terjumpalah bakal-isteri-tersayang (baca: IU, Jiyeon, Suzy, Boram, Uee, Jiyoon, Ailee) yang lain

Namun, aku bernasib baik aku pergi dahulu badan aku gemuk, dan Korea tak sepopular sekarang.

Sekarang dah kurus, peluang nak ada bakal-isteri-tersayang berasal dari Korea Selatan, lebih cerah.

Kakipunyanota : CERAH, SECERAH-CERAHNYA!

Jumaat, 13 April 2012

Cuti.

Setelah beberapa hari, bulan, saat, dan tika, akhirnya dapat jua bercuti. Walaupun aku menjadi separa anti-sosial dalam profesion mengganggur ini, masa untuk merehatkan minda, amatlah diperlukan.

Jadi, selamat berjumpa lagi. Maksud aku, berjumpa lagi di modem Wi-fi yang lain.

Dan, sila rindu aku.

Kadang-kadang.

Aku tengok Blogger ni pun kadang-kadang dilemma.

Dilemma nak pakai font apa dan template stail apa.

Sama macam aku.

Dilemma lagi. Kecik ke besar tulisan ni ?

Janan sampai aku rabun, cukup. Aku nak jadi juruterbang!

Khamis, 12 April 2012

( VIDEOCURI ) David Choi - Missing Piece - Official Music Video



Masih mencari missing piece.

Walaupun jauh.

Biarkan orang kata aku obses sekalipun.

Aku sanggup tunggu dia.

Selasa, 10 April 2012

Ke-goodlooking-an.

Sebagai manusia yang rendah diri, tapi tinggi dari segi ketinggian, aku tak pernah merasakan aku sekacak Aaron Aziz. Walaupun aku tahu, aku ada wajah persis artis Korea. Aku tahu semua itu, Tapi seperti yang dicakapkan, aku rendah diri. Nak pergi pesan piza Chicken Supreme dekat kaunter yang ada wanita cute, kadang-kadang aku tak berani. Apatah lagi mahu menayangkan muka hampir setiap hari di laman maya, facebook seperti manusia-manusia yang lain. Walaupun aku tahu... eh nak kena ulang balik ke ayat di atas?

Jadi, kenapa kau guna hashtag di facebook ?

Isnin, 9 April 2012

DUNIA KITA

Tersepak batu salahkan dunia
Apa di matanya sungguh hina
Baginya hidup umpana mainan
Tiada hidup umpama di taman

Dia inginkan
Kehidupan bahagia
Di dalam kehidupan sementara
Dia inginkan
Kehidupan ceria

Di dalam kehidupan sementara
Mengajar manusia
Bagai mengajar sebuah dunia
Degil dan besar kepala.
...

Manusia, kadang-kadang suka menyalahkan manusia yang lain tanpa menyedari salahnya datang dari diri sendiri. Bila berjalan tidak memandang depan, tersepak batu tidak bernyawa, disalahkan batu itu. Bukannya mata yang melilau dan bukannya otak yang terpedaya. Alangkah hinanya dunia ini pada matanya, merasakan dunia bagaikan mainan, sesuka hati merencana hidup sendiri.

Kononnya, dia ingin kehidupan bahagia dalam kehidupan yang sementara dan kononnya juga, inginkan kehidupan yang lebih ceria.

Tapi, dia masih tidak faham maksud kehidupan sementara itu, dan nak mengajarnya erti dunia, bagaikan mengajar sebuah dunia yang besar kepala.

Sabtu, 7 April 2012

Patah Kata.

Konon-kononnya, sebagai tempat luahan hati yang lebih puitis, romantis dan sadis.

Nah, walaupun aku tak popular, mematahkata.blogspot.com.

Jumaat, 6 April 2012

Gaya.

Selalunya, apa orang kata, self-esteem aku rendah sebenarnya. Walaupun daripada luaran, kelihatan aku seperti manusia yang suka menyakat, mengacau serta petah bercakap, tapi jika disuruh beli Spicy Chicken McDeluxe seorang-seorang, aku akan berfikir dua tiga empat kali sebelum aku mulakan langkah ke kaunter bagi membuat pesanan.

Kisah benar.

Jadi, bila rambuat aku panjang, tidak seperti ketika aku di sekolah, yakni rambut aku sentiasa pendek memandangkan aku merupakan pelajar yang begitu mematuhi peraturan, kadang-kadang aku rasa aku handsome, eh god-looking. Dan secara tiba-tiba, rasa macam nak menggoda anak dara orang. Maksud aku, untuk dijadikan suri rumah dan suri hati sepenuh masa kelak.On the side note, Taeyeon masih lagi menjadi pilihan suri rumah nombor satu.

Yang diharap itu tidak lama, aku dipaksa untuk memotong rambut oleh famili sendiri. Dan akhirnya, rambut itu terpaksa dilepaskan. Jadi, self-esteem kembali menurun. Terus aku segan untuk menggoda anak dara orang.

Aku dah tak tahu nak gayakan macam mana dah rambut ni.

Kakipunyanota : Orang kata, rambut panjang aku dulu itu, gaya Kpop. Kalau gaya Kpop maksudnya, aku handsomelah?

Khamis, 5 April 2012

Loner.

Sebagai manusia yang masih ada perasaan dan jiwa yang sensitif, aku dibiarkan kesepian.

Loner apabila diterjemahkan ke bahasa Melayu melalui Google Translate, bermakna, seorang penyendiri.

Maksudnya, jika aku nak bercerita pasal cinta monyet mahupun cinta semut sekalipun, tiada apa yang boleh diceritakan. Apa orang kata, that's not in my dictionary.

Cuma apa yang pasti, Taeyeon.

Rabu, 4 April 2012

Aku. Sekolah. 11 Tahun.

2001. Darjah 1.
Lepasan tadika masa ni. Masa ni tadika pun dah ada konvokesyen, siap pakai jubah konvo dengan topi petak ada tali tepi tu. Peh, rasa macam graduasi U pun ada. Mungkin konvokesyen itu adalah salah satu cara menyedapkan diri jika ada yang dah besar nanti, tak dapat masuk U. Mungkin juga. Kemasukan darjah 1 di SK Taman Universiti 1. Duduk di sebelah budak perempuan, kerusi lain semua penuh. Ya, memang dulu aku kira macam playboy juga, masuk-masuk sekolah terus duduk sebelah perempuan. Lepas tu, aku tak ingat.

2002. Darjah 2.
Tahun ni pun aku dah tak ingat sangat peristiwa yang berlaku.

2003. Darjah 3.
Lagilah tak ingat. Rasanya masa ni aku kenal BFFs gua, Shafiq dengan Hafiz.

2004. Darjah 4.
Aku dilantik sebagai pengawas. Menjadi ketua pintu depan. Eh yeke, aku pun lupa. Masa ni aku suka makan, dan aku gemuk.

2005. Darjah 5.
Jadi pengawas lagi. Masa ni mungkin aku tengah jadi ketua pintu depan. Rasanyalah.

2006. Darjah 6.
Tahun UPSR. 5A. Dapat tawaran ke SMK Skudai. Menjau lah aku daripada Taman U dan rakan-rakan. Nasib baik ada juga kawan-kawan yang lain dapat sekolah yang sama. Dan, aku semakin gemuk.

2007. Tingkatan 1.
Masuk ke SMK Skudai. Kelas premier. Aku gemuk. Dan pendiam.

2008. Tingkatan 2.
Masuk kelas pertama. Aku dah mula kurus, dan mula menjadi periang.

2009. Tingkatan 3.
Turun balik kelas. Tahun PMR. 7A 1B. Agama wei. Makin kurus. Makin ramai yang terkejut dengan kepetahan aku bercakap dalam edisi mengenakan orang ramai. Aku baik, tak nakal.

2010. Tingkatan 4.
Disebabkan 8A ramai, aku ditempatkan ke kelas kedua. Lagi. Kejutan budaya dengan subjek-subjek baru. Kejutan budayalah sangat. Aku memang suka bercakap, lagi-lagi dalam mengenakan rakan-rakan taulan.

2011. Tingkatan 5.
Masuk balik kelas pertama. Yeay! Tahun SPM. Dan keputusannya, 1A+ 4A 4B+. Memang aku nak tunjuk B+ tu. MEMANG. Dan ya, aku semakin kurus dan rambut semakin kembang. Ramai yang tak berpuas hati dengan kecekapan aku bercakap. Tapi jika disuruh berucap, kaki masih menggeletar. Biasalah.

Kakipunyanota : Saja. Mana ada orang nak buat biografi aku pun.

Ahad, 1 April 2012

April Bodoh.

Kadang-kadang bila orang Barat tak ada kerja, dia ciptalah hari yang bukan-bukan.

Macam hari ini, dikatakan hari rasmi untuk mengenakan orang.

Kalau terkena, senang sahaja, ucaplah, "APRIL FOOL !" . Kononnya tak ada orang akan marah.

Tapi kalau salah orang, gigi berterabur, tak ada siapa yang akan nak tolong kutipkan.