Jumaat, 29 Jun 2012

Menunggu.

Dengan headphone di telinga yang memainkan lagu Chocolate Love dendangan kumpulanwanita bakal-isteri tersayang-saya, saya baru habis mengira berapa lama saya di Crew Residence. Bagi yang tidak mengetahui apakah itu Crew Residence, meh saya berlagak sekejap.

Crew Residence ini adalah tempat di mana kadet-kadet juruterbang atau cadet pilot atau senang cakap bakal-bakal juruterbang, berumah dan bertangga di sini. Ya, sila baca kembali ayat di atas sambil di fikiran anda, tekankan frasa juruterbang di situ. Ha, nampak tak saya berlagak secara anda tidak sedar.

Ok berbalik kepada pengiraan saya di sini. Hari ini masuk sudah hari kelima saya di sini.

Dan masih rindu famili yang jauhnya 12 jam dari sini jika menaiki kereta. Jadi saya mengira hari bila saya boleh pulang ke Johor. Hoi tak sabarnya. Inikah homesick yang diperkatakan selama ini?

Oh, lagu Chocolate Love tadi dah bertukar kepada Coffee dendangan Yuna.

Rabu, 27 Jun 2012

Mana oh mana?

Menyingkap kembali hari saya mendaftar di Crew Residence ini tempoh hari, saya dikejutkan khabar berita yang mampu membuatkan segelintir tergamam mendengarnya.

Khabar berita yang dikhabar itu adalah, setiap kadet juruterbang yang baru, dipaksa untuk dipotong rambutnya. Sungguh memang berita yang tidak disangka-sangka.

Dan seterusnya, cukuplah saya memberitahu bahawa inilah kali pertama dan kali terakhir saya berambut botak.

Isnin, 25 Jun 2012

Isnin di kejauhan.

Petang semalam, sambil mengalir air mata di pipi, akhirnya saya berpisah dengan keluarga tercinta bagi meneruskan cita-cita sejak kecil saya, iaitu unutk menjadi 'drebar' kapal terbang.

Sedih memang sedih. Teringat katil penuh peta yang ditinggal di sana.

Rindu famili.

Jumaat, 22 Jun 2012

Eh sedihnya.

Jika anda membaca kiriman ini (JIKA!), mungkin saya sedang berada dalam perjalanan ke Kelantan.

Sedihnya nak tinggal katil yang penuh dengan 'peta' tu.
Sedihnya nak tinggal dram kesayangan tempat meluahkan sisi kreatif aku.
Sedihnya nak tinggal kerusi merah tempat aku lepak 8 bulan 'tanam anggur' depan laptop.
Sedihnya nak tinggal 'meja belajar' yang dah kononnya tempat belajar tapi berhabuk.
Sedihnya nak tinggal jiran sebelah, belakang yang tiap-tiap hari dengar luahan kreatif aku.
Sedihnya nak tinggal gitar Santa Cruz yang sempat aku buat satu lagu. Dan butang yang rosak.

Kejap, nak pergi menangis kejap.

Khamis, 21 Jun 2012

Kemas baju.

Usai sahaja urusan paling penting (baca : memuat-turun episod 99 Running Man), aku terus cari beg untuk mengemas bekalan baju yang akan digunakan untuk setahun setengah ini.

Mencari baju besar, baju kecil, seluar besar, seluar kecil dan lain-lain yang berkaitan dengan urusan untuk menjadi drebar kapal terang ini. Pening kepala aku.

Ni macam mana remaja yang lari rumah kemas baju ha? Susah!

Rabu, 20 Jun 2012

Kiraturun.

Kalau guna kalkulator canggih yang aku bawa pergi jawab kertas Fizik, Math, AddMath dan Bahasa Melayu masa SPM haritu tu, kini tinggal... kejap, kira lagi. Ha, kini tinggal 5 hari sebelum aku meninggalkan Johor Darul Awesome ini untuk ke Negeri Cik Neelofa, eh Siti Wan Kembang. Kembang apa? Ha...

Sepatutnya, saat-saat genting seperti ini aku sudah mengemas baju dan seluar kecil yang perlu dibawa. Entah bagaimana, rasa nak mengemas itu belum ada. Dan sebagai seorang lelaki berwawasan tinggi, sikap menangguh-nangguh kerja tu memang perkara biasa. Alah, sebelum pergi tu boleh kemas kan?

Daripada kemas baju, baik download Running Man, ye dak?

Oh ya, kertas Fizik dengan AddMath SPM aku B+. Kalkulator canggih punya pasal.

Isnin, 18 Jun 2012

Sedap.

Dalam pada Blogger sibuk update dia punya interface ni, aktif lagi laptop-ada-wallpaper-bakal-isteri-tersayang ni memuat-turun. Kali ni, sibuk download lagu daripada tanah air bakal-isteri-tersayang (semua dah tahu, kan?) kumpulan BigBang, dan juga kugiran yang baru aku terjebak dengar 2 jam yang tadi.

Peh, sedap juga lagu Coldplay ni.

Peh peh peh!

Ahad, 17 Jun 2012

Aku nak ke Kelantan ni.

Dalam pada kesibukan (puih sibuk), mengemas barang-barang yang perlu dibawa ke negeri Cik Siti Neelofa, eh Wan Kembang, aku sibuk melakukan satu perkara yang mampu membantu aku meneruskan kelangsungan hidup aku di negeri orang.

Semenjak dua menjak tambah tiga menjak ni, laptop-ada-wallpaper-bakal-isteri-tersayang aku ni aktif betul dalam memuat-turun siri-siri Running Man yang terbaru. Aku pun tiba-tiba kagum dengan ketabahan dalam menunggu benda warna hijau (indikasi berapa banyak data yang dimuat-turun) tu sampai ke penghujungnya.

Benda-benda macam ni memang kita kena tabah.

Macam aku tengah buat sekarang ni, aku masih lagi tabah dalam menunggu jodoh aku (baca: Taeyeon).

Sabtu, 16 Jun 2012

(VIDEOCURI) JYJ-IN HEAVEN



Aku memang dapat rasakan suara aku memang compatible dengan tiga suara lelaki ni sebab aku memang selalu karaoke lagu ni dalam bilik air. Dan ternyata sedap, sebab bila buang air tu ada rasa 'hiba' yang meresap dalam jiwa, jadi feel itu ada.

Jadi aku harap mereka dengarlah suara aku menyanyi lagu ni dalam bilik air satu hari nanti.

Suatu hari di sini bermaksud, bila aku di Korea bersama Taeyeon tersayang di rumah kami berdua di Korea kelak. Oh ya, saya pula sudah bekerja sebagai jurterbang berwibawa juga ketika itu.

Oh ya, muka perempuan yang tengah pandang macam nak makan orang ni ialah Song Ji Hyo, si gadis Running Man. Siapa tak tahu, memang jenis duduk bawah tempurung ke apa ni?

Jumaat, 15 Jun 2012

Jendela.

Mentang-mentang dah jadi lepasan sekolah, rambut yang dulunya mampu membuatkan aku kelihatan nerdy dan tidak kelihatan seperti budak yang mahu rebel, semakin lama semakin panjang.

Semakin tutup mata. Sampai gatal mata aku.

Tang nak tengok depan kena selak dulu yang leceh tu.

Dah macam tingkap dah aku rasa.

Belum.

Baru ura-ura nak jadi juruterbang pun, dah ramai minta tiket free.

Itu baru nak jadi. Kalau sedara-mara yang minta, mungkin akan dipertimbangkan. Ini kalau orang-orang yang meminta adalah jiran sebelah kiri kanan depan belakang, kawan sekolah dari darjah 1 sampai tingkatan 5, cikgu sekolah dari darjah 1 sampai tingkatan 5, mahu berpeluh celah lemak peha ni.

Ini A380 pun tak muat.

Khamis, 14 Jun 2012

Bilik Terasing.

Sebuah bilik yang terasing dan hanya diperlukan bila tiba masa kecemasan dek sistem Biologi manusia yang kadang-kadang, tidak pernah menyebelahi manusia. Ketika saat manusia sedang beriang-ria, bercendana, berlibur mahupun, beradu, masa itulah, segala organ dalam badan, merancang satu pelan yang bakal menyakitkan organ yang terasing, iaitu hati.

Ya, sakit perut begitu menyakitkan hati.

Tidak lupa juga, kerana globalisasi cuaca yang semakin melampau tika ini, kerana Earth Hour yang dilakukan hanya sekali setahun, air begitu cepat tersejat melalui liang-liang di kulit mulus manusia seperti aku hingga menghasilkan bauan yang agak kurang menyenangkan sanubari, sanubara, dan masyarakat sekeliling.

Kadang-kadang, bilik yang terasing ini jugalah tempat mencurah rasa, mencurah air mata, dan tidak lupa, mendendangkan lagu-lagu terkini yang didengar di corong radio. Bagaikan sebuah playlist bakal berkumandang di dalam bilik terasing ini. Semuanya terima kasih kepada sistem pantulan di dinding-dinding yang mampu menyedapkan suara seseorang manusia yang sedang melunaskan hasil sistem Biologi dirinya.

Terima kasih, Bilik Air.

Rabu, 13 Jun 2012

Cita-cinta.

Aku bercita-cita nak jadi jurterbang.
Aku bercita-cita nak bercinta dengan Taeyeon.

Aku harap Taeyeon juga bercita-cita nak bercinta dengan juruterbang.

Selasa, 12 Jun 2012

Dapat!

Setelah 8 bulan menganggur sambil makan nasi bersama lauk yang dimasak oleh emak sendiri, walaupun kadang-kadang makan luar, akhirnya saya akan meninggalkan rumah ini tidak lama lagi. Surat tawaran daripada akademi penerbangan sudah di-email semalam, dan tarikh pendaftarannya adalah pada 24 Jun ini. Jadi, sesiapa yang nak bagi hadiah, mahupun duit, mahupun apa-apa yang berkaitan dengan kelangsungan hidup aku di Kelantan (ya, akademi tu dekat Kelantan), silalah.

Kalau nak bagi temantapiringanringan anda, tak payahlah. Dekat Kelantan mungkin boleh cari temantapiringanringan yang iras-iras Neelofa mungkin? Dan juga, akademi itu bersebelahan dengan lapangan terbang Kelantan, jadi bolehlah 'suit-suit' gaya rempit ke pramugari-pramugari yang baru turun daripada kapal terbang tu. Ahh, bayangan macam itu sahaja dah boleh membahagiakan.

Dalam itu juga, daripada menaikkan bil elektrik rumah, meh kita naikkan pula bil akademi penerbangan itu pula. Ni dah bayar mahal-mahal tapi bil elektrik pun tak boleh bayar memang dah siap sedia target di muka untuk dicepuk rasanya.

Dan tahukah anda, menjadi juruterbang ini adalah salah satu pelan dalam misi saya untuk menikahi Taeyeon.

Nampak? Doa dengan Tuhan secara ikhlas akan dimakbulkan. Dapat jadi juruterbang, dan juga dapat bakal-isteri-tersayang.

Oh ya, lepas 20 bulan nanti, jangan lupa panggil saya, Kapten Adam.

Ok?

Ahad, 10 Jun 2012

Habis.

Kira-kira setelah empat belas hari budak-budak bawah umur 18 bersenang-senang lenang di rumah mahupun bercuti bersama keluarga, kini tibalah masanya untuk mengucapkan "Hai" kembali kepada buku-buku yang mungkin sudah berhabuk (di bahagian kulit muka buku, jika tidak dibalut) dibiarkan di atas meja "belajar" mereka.

Aku tahu bagaimana rasanya malas untuk kembali ke sekolah. Malas yang teramat.

Rasa macam kena lilit dengan tali kapal dagang yang berlabuh di Pelabuhan Tanjung Pelepas, dia punya malas. Ha, nampak tak aku cakap pasal Pelabuhan Tanjung Pelepas? Aku A tau Geografi masa PMR. Nasib SPM tak ada subjek Geografi mahupun Kajian Tempatan, kalau tak A juga, tau?

Jadi, budak-budak bawah umur 18 tahun dah kembali ke sekolah. Aku pula mengadap komputer lagi. Tunggu surat tawaran akademi penerbangan dari Kelantan. Eh, jangan cakap-cakap belakang pula yang aku ni malas belajar. Aku rajin.

Eh jauh tau Kelantan, sebab tu lambat.

Kakipunyanota : Sayangnya gambar Taeyeon tu dah masuk halaman lain. Itu je yang aku risau. Masa depan boleh risau lain kali.

Khamis, 7 Jun 2012

Bila?

Menyingkap permulaan kerjaya 'tanam anggur' sejak lapan bulan yang lepas, 'banyak' perkara yang telah dilakukan. Antaranya, baca novel, main, komputer, tengok tv, baca novel, main komputer, tengok tv, baca novel, main komputer dan tengok tv. Mungkin terselit juga waktu-waktu makan dan minum dan juga masa bersenang-lenang sendirian, atau bersama rakan-rakan, atau bersama keluarga. Oh ya, pencapaian paling tinggi sepanjang dalam karier 'tanam anggur' ini adalah dengan adanya lesen kereta dalam dompet POLO (bukan nak berlagak, tapi ya) aku.

Panjang betul pendahuluan. Memang macam stail kawan sebelah masa tulis karangan SPM tempoh hari. Aku pun begitu juga, sebenarnya. Masa-masa terdesaklah baru berjela-jela idea datang nak tulis pendahuluan. Pendahuluan je, isinya kadang ada-tak-ada juga.

Namun, niat utama dalam pe-naip-an kiriman kali ini adalah untuk memberitahu bahawa saya baru menghantar borang aplikasi kepada akademi penerbangan di Kelantan. Baru tadi. Ya, baru tadi. Pemalas punya manusia, bulan depan intake baru terhegeh-hegeh nak hantar.

Haih, mungkin tiba masa kena tukar mentaliti "ahh, biarlah lambat" aku ni.

Nanti nak kahwin dengan Taeyeon, takkan nak lambat-lambat. KAN?

Kakipunyanota : Taeyeon adalah gadis di bawah ini. Atau sila tekan "catatan lama". Silalah.

Isnin, 4 Jun 2012

Cuti : Bahagian 2.

Jauhnya Perak, masa pergi.

Jauhnya Johor, masa balik.

Mengantuknya, masa pergi dan balik.

Dan, sakitnya perut.

Ahad, 3 Jun 2012

Selamat.

Selamat memasuki universiti ramai-ramai.
Selamat kemas baju.
Selamat peluk cium bantal, katil, mangkuk tandas, tuala, mahupun teddy bear kesayangan.
Selamat mengucapkan kata-kata cintatakikhlas kepada temantapiringanringan anda juga.

Aku esok ke Perak. Selamba. Esok semua sibuk hantar anak, aku pergi rumah orang kahwin.

Tak apa, nanti aku 'terbang'.

Kakipunyanota : Orang sibuk kemas baju kali terakhir, aku pula makan durian.

Jumaat, 1 Jun 2012

Setengah Tahun.

Dah separuh 2012.

Aku, masih menganggur.

Yea?

Kakipunyanota : Selamat ke universiti kawan-kawan. Aku ke Perak, tengok orang kahwin.