Ya, sakit perut begitu menyakitkan hati.
Tidak lupa juga, kerana globalisasi cuaca yang semakin melampau tika ini, kerana Earth Hour yang dilakukan hanya sekali setahun, air begitu cepat tersejat melalui liang-liang di kulit mulus manusia seperti aku hingga menghasilkan bauan yang agak kurang menyenangkan sanubari, sanubara, dan masyarakat sekeliling.
Kadang-kadang, bilik yang terasing ini jugalah tempat mencurah rasa, mencurah air mata, dan tidak lupa, mendendangkan lagu-lagu terkini yang didengar di corong radio. Bagaikan sebuah playlist bakal berkumandang di dalam bilik terasing ini. Semuanya terima kasih kepada sistem pantulan di dinding-dinding yang mampu menyedapkan suara seseorang manusia yang sedang melunaskan hasil sistem Biologi dirinya.
Terima kasih, Bilik Air.