Isnin, 31 Disember 2012

Bon Voyage. Amboi.

Ini adalah nukilan semalam, semasa bilik berada dalam keadaan hura-hara kerana sedang menggemas hasil dalam negeri bilik untuk berhijrah pula ke Terengganu demi mengejar impian menjadi juruterbang yang bermula daripada satu bar, bukan seperti Adam dalam cerita Adam dan Hawa yang tidak lepas one go phase one-nya. Terima kasih kerana membaca disclaimer ini (walaupun tak ada orang yang baca blog aku pun).

Jika anda membaca kiriman ini, saya mungkin sedang berada di dalam bas ke Terengganui. Mungkinlah, kerana janji Melayu lazimnya mana ditepati. Bas yang sepatutnya bergerak pada pukul 9 mungkin sahaja akan bergerak pada pukul 12 tengah hari, bergantung pada faktor perut pemandu bas ataupun penumpangnya. Jika baik, baiklah jawabnya. Namun jika tidak, bersedialah untuk sampai ke Terengganu pada waktu malam. Dah lah Terengganu banjir. Tak bawak swimsuit lagi. Ha nampak tak nak buat lawak pasal banjir jadi swimming pool ? Tak lawak bukan ?

Selain itu juga, saya juga sedang meng-google kewujudan wayang, Starbucks dan mamak yang mudah dicari di Terengganu. Semoga berjaya dan bahagia hidup di sana di samping lebam di badan. Oh ya dan juga gadis-gadis Terengganu. Adakah mereka akan mengalahkan keputihan gadis-gadis Kelantan yang tak sempat saya goda ? Kita tunggu sahaja.

Jadi, selamat tinggal Kelantan (baca: gewe Kelantan) buat masa ini. Jumpa lagi pertengahan tahun depan!

Sabtu, 29 Disember 2012

Cuti dah habis ?

Kini, saya sudah berada di dalam bilik di negeri yang tiada wayang, Starbucks dan mamak yang mudah dicari. Oh ya lupa, dan juga banjir yang tak surut lagi tapi kenapa dekat penempatan aku ni tiada titik-titik noda hujan mahupun awan nano gelap menyertai lelap kami di sini ?

Tamat juga akhirnya cuti seminggu di negeri yang ADA wayang, Starbucks dan mamak yang mudah dicari. Dan juga negeri yang ada kelab bola sepak paling famous dalam Malaysia. Serta teman tapi ringan-ringan yang ada di sana. Ahh nampak sangat tipu. Dia kan ada dekat Korea ?

Dengan berakhirnya itu juga, saya bawa balik Samsung Galaxy SII ke negeri yang tak ada wayang, Starbucks dan mamak yang mudah dicari. Hadiah besday haha!

Jumaat, 28 Disember 2012

Khamis, 27 Disember 2012

Selamat Hari Jadi !

Untuk diri sendiri yang baru nak berumur 18 tahun.

Tapi mana Taeyeon untuk singgah di hati?

Oh lambat lagi.

Rabu, 26 Disember 2012

Pudar.

Susah juga bila hidup sebagai manusia yang tidak adventurous serta masih lagi tidak menggunakan duit yang dikumpul untuk membeli baju-baju indie, selain daripada meminta duit daripada ibu bapa yang dikasihi.

Sebagai manusia yang tak pernah menyusahkan fikirannya dengan fikiran yang bukan-bukan baik dari segi girlfriend mahupun kehidupan bergaduh tahap twitfamous ataupun perlu berfkir mana mahu dating esok pagi ataupun risau kekasih diambil orang. Mungkin ada yang saya fikirkan adalah, bila saya nak ada girlfriend-yang-saya-tahu-adalah-Taeyeon ?

Disebabkan kurang kehidupan so-sial saya, ditambah pula sejak duduk di Kelantan saya sudah lama tidak memandu, saya semakin kurang adventure story yang hendak ditulis di laman maya tidak dianggap ini. Yang ada hanyalah penyesalan saya memilih untuk belajar di negeri yang tiada Starbucks, wayang dan mamak yang mudah dicari, Kelantan. Mamak dekat Kelantan adalah kedai nasi kandar yang dicop mereka sebagai mamak. Memanglah kedai tu India Muslim yang jaga, tapi itu bukan mamak ya gewe Kelantan sekalian. Nasib baik gewe Kelantan ni comel-comel, nafsu kadang memuncak juga. Eh.

Jadi, itu sahaja yang perlu diberitahu tika ini. Semoga berjumpa adventure di lain hari.

Kalau ada lah.

Selasa, 25 Disember 2012

Madka #29?

Eh mana Pak Santa, yang patutnya bawa Taeyeon si pujangga hati ke mari?

Isnin, 24 Disember 2012

Madka #28.

Can I be the one girl, I should be the one, can I be the one, I'll give you the world.

Sabtu, 22 Disember 2012

Pengikut-tak-setia.

Kebelakangan ini, aku lebih suka membuat tajuk dan membuat huraian berdasarkan tajuk yang aku fikirkan. 'One word' esei katanya. Kalau ikut kan peperiksaan percubaan yang lepas, aku mungkin akan tersalah format hingga markah terjunam teruk dan memalukan aku sebagai bangsa Melayu. Kalah markah dengan bangsa Cina yang duduk di sebelah aku. Mana nak letak muka ?

Tapi di dalam blog, tidak lagi.

Madka #26.

Jangan berjanji, kalau kau tak ada kunci untuk simpan janji.

Jumaat, 14 Disember 2012

Gentle lah.

Gajah semalam buat plastic surgey. Ingat kan gentleman, rupanya ladyboy. Main bagai pengecut.

Pengadil semalam bukannya dari Korea Selatan, tapi saudara jauh Kim Jong Un, itu yang tindakannya umpama komunis yang tak dapat buat tandas dekat Korea Selatan. Ikut prinsip Karl Max katanya.
Pui.

Dan ya Harimau Malaya, t-shirt itu masih lagi tak berbasuh dan akan saya pakai bila berjalan di Kelantan ni.

Rabu, 12 Disember 2012

Dua belas-ception.

Hai, saya scheduled kan post ni semalam, biar keluar hari ini.

Semata-mata tarikh terakhir yang nombornya serupa dari hari ke tahun.

Dan ya, ulser haritu masih tak hilang lagi.

Isnin, 10 Disember 2012

SAMA

Pandang langit
Di awan biru, begitu indah
Pandang awan
Dalam malam bersama bintang

Kau dan aku
Berdua di bawah bintang yang sama
Walaupun kita jauh
Hati kita masih sama

Kau dan aku
Melihat bintang yang sama
Bersama bulan yang terang
Dan bayu laut yang mendatang

Aku masih di sini
Dan mengharap kau pun sama
Merasa apa, yang ku rasa

Tak larat. Konon.

Setiap kali habis kelas, setiap kali sampai di bilik tercinta, aku terus buka Internet untuk melihat apa yang patut dan apa yang "patut". Demikianlah hidup aku sesudah tiga bulan di Kelantan ni dalam melalui latihan untuk menjadi juruterbang terlatih dan akhirnya dapat berkahwin dengan Taeyeon.

Menyingkap laman fb yang aku buka, aku terpandang status yang geli-geli, aku panggil.

"Ta larat, demumm meyh"

Kau nak aku lempang muka kau?

Seri.

Jangan berduka wahai harimau-harimau sekalian, jika seri melawan gajah, aku akan tetap pakai t-shirt Harimau Malaya yang tak berbasuh itu. Takkan aku koyak mahupun bakar di sebelah kedai Pak Bakar.

Lagipun, Thailand tu guna tukang masak kedai tepi jalan yang masak tom yam yang terlebih tom tom bak, pemain sepak takraw yang rejamannya sampai berlubang tandas stadium serta pak cik KFC yang beli roti Zinger Burger keras dan  merekah dekat airport Kota Bharu. Terpaksa juga makan sebab dah beli.

Khamis, 6 Disember 2012

Plaing.

Hanya aku, berteman teh ais (paling manis!) di atas meja.

Teh ais yang menjadi penghubung dua mata antara mata aku dan juga penghantar pelega dahaga (perempuan).

Cuma yang buat aku tertanya, teh ais ni manis sebab penghantar tu ke sebab tempat ni Kelantan?

Rabu, 5 Disember 2012

Benar.

Sekarang, drama Adam dan Hawa yang ditayangkan semakin popular.

Apa yang anda tidak tahu adalah drama berkenaan adalah kisah benar.

Kisah seorang Adam yang merupakan seorang juruterbang yang berjaya membawa A380 ke London ulang-alik tiga kali satu hari, esoknya pula bawa 747-400 pergi Johor. Ha nampak sangat tipu, pergi Johor pakai 737-400 je. Selain terer, beliau juga kacak, baik budi pekerti, dan selalu sedekah maggi dekat housemate masa under-training dulu. Baik budaknya. Tak terjangkau betapa bagusnya Adam ni.

Eh hai lupa beritahu, nama saya Adam.

Isnin, 3 Disember 2012

Sabtu, 1 Disember 2012

Khamis, 29 November 2012

Jangan jadi bodoh.

Kalau jari tak ditahan, kau akan jadi bahan ejekan.

Bila semua ada laman sosial, laman sosial yang sepatutnya disebut so-shel, menjadi so-si-al.

Bila dah tak nak berfikir. Bila otak letak bawah kaki. Bila dah tak kenal harga diri.

Bila sibuk mencari perhatian. Bila sibuk bilang dara tak ada. Bila sibuk nak khatan kali kedua.

Cukup, jangan jadi bodoh.

Madka #23.

Kira hari bila nak ada bini.

Selasa, 20 November 2012

Kata.

Orang kata, "a man and a woman can never be a friend, they might fall in love with each other".

Ha sebab tu aku nak berkawan dengan Taeyeon ni.

Tak pun Lisa Surihani. Eh.

Isnin, 19 November 2012

Pfffttt (Dengan air liur tersembur).

Lepas seminggu bercuti, berjalan di kota Jogja (saja tulis), bergembira bersama keluarga tercinta (dan sepupu), akhirnya saya mengikut kembali pepatah lama, bagai sirih pulang ke ganggang telefon. Saya pasti ejaan ganggang itu salah, tapi saya tahu bukan gagang telefon.

Namun, seperti manusia-manusia lain yang lahir di Bumi, perasaan untuk kembali ke ganggang, eh tempat belajar yang jauh di negeri yang tak ada Starbucks, wayang dan mamak yang mudah dicari, amatlah dibenci. Terpaksa berjauhan dengan famili. Tak best wo rasa macam tu.

Sebab tu masa subjek Principle of Flight, aku tidur.

Untuk bermimpi kembali saat indah bercuti ditambah dengan mimpi 30 saat yang macam-macam.

Betul.

Ahad, 11 November 2012

Lawan.

"Cuti seminggu yang diberi, akan dihabiskan semanfaat mungkin!", getir hati aku.

Dulu. Sebelum cuti seminggu. Sebelum tahu cuti disebabkan hari raya Deepavali, awal Muharram dan keputeraan Sultan negeri yang tak ada wayang, Starbucks dan mamak yang mudah dicari.

Sekarang, buku Principle Of Flight yang tebal dan berat nak mampus tu aku simpan dalam beg, bawa berjalan pergi tengok kuil Borobudur.

Eh aku tak cakap eh aku nak berjalan?

Sabtu, 10 November 2012

Jumaat, 2 November 2012

State-cist.

Seperti biasa, penerimaan hari Ahad sebagai hari ke kelas di Kelantan, akan dan selamanya tidak dapat diterima oleh aku seorang pemuda dari negeri yang ada Starbucks, wayang, dan mamak yang mudah dicari.

Maaf jika saya state-cist.

Khamis, 1 November 2012

Bukanlah.

Tidak ada beza roadblock daripada polis dan juga daripada orang bersaiz XXL di escalator.

Maaf jika saya ukuran-badan-cist.

Cuma tak elok anda menjadi penghalang orang di belakang anda yang inginkan laluan di eskalator sebesar zarah tu. Kalau anda duduk tepi tak apa tapi kenapa pula anda seperti ingin bermain ting-ting di tempat itu?

Kenapa? Sila jawab kalau anda baca lah. Yang saya tahu anda tidak.

Satu Satu.

Masih lagi dalam perjalanan yang jauh untuk mengejar cita-cita.
Cuma mungkin untuk berada di kerusi yang di-idamkan, semakin dekat.

Jangan faham.

Selasa, 30 Oktober 2012

Kuyu.

Jarum darjah kuasa kipas itu pada nombor lima. Laju dan sejuk malam itu. Ditemani laptop hitam-jatuh-tiga-kali-sampai-terkopak, serta iPhone 4S yang sudah bertukar kepada iPod kerana fungsi menelefon dan ber-pesanan ringkas rosak.

Mata makin lama makin kuyu. Ditambah oleh mengantuk, kuasa kipas yang menolak kelopak mata ke bawah dan juga mata semakin penat kerana berada di atas talian sejak pukul 5 tadi.

Dan juga lagu di iPhone iPod adalah lagu balada daripada kumpulan-isteri-tersayang, Girl's Generation.

Khamis, 25 Oktober 2012

Ba.

Jika anda baca (yang aku tahu tak ada orang baca) perenggan ini, ini adalah perenggan ber-virus. Laptop anda akan dihinggapi virus jika membaca perenggan ini. Ok lawak TAK JADI.

Jika anda membaca perenggan ini, mungkin saya sedang berada di dalam kapal terbang bersama gadis berbaju merah untuk pulang ke Johor, negeri tersayang yang ada wayang, Starbucks dan mamak yang mudah dicari. Yeah untuk itu.

Sekian, dari bilik yang bersebelahan gelanggang basketball yang tingkapnya asyik terkena bola yang sepatutnya masuk ke jaring bukannya hentam tingkap bilik. Aku nak belajar tahu?

Pesanan.

Ok, lepas ni kalau anda (anda di sini merujuk kepada orang yang tak baca dan hanya memandang sebelah kaki je mata aku), mungkin anda akan terjumpa kiriman yang mengatakan saya sedang berada di dalam kapal terbang untuk pulang ke Johor, negeri yang ada Starbucks, wayang dan mamak yang mudah dicari. Oh ya dengan gadis berbaju merah. Serta skirt.

JANGAN PERCAYA kiriman tu. Diulang, JANGAN.

Mungkin gadis berbaju merah dan ber-skirt yang taip. Aku pula diculik hatinya.

Selasa, 23 Oktober 2012

Re-sarh.

Jam digital di iPhone yang tak boleh buat panggilan dan mesej, ditenung untuk kali yang kalau guna jari dah tak boleh kira dah. Nak kira guna kaki, masa sekolah tak ajar pula macam mana nak kira guna jari kaki.

Resah betul dirinya atas kerusi tu.

Itu baru nak study Airframe.

Isnin, 22 Oktober 2012

Sabtu, 20 Oktober 2012

Jumaat, 19 Oktober 2012

Run-seeng.

Dalam pada aku runsing memikirkan kenapa jadual flying aku ditetapkan pada monsoon, dah lah buku-buku tebal itu juga merunsingkan aku, ada satu lagi benda yang menganggu fikiran.

Macam mana aku nak mengharungi hari-hari kemudian selama tiga hari berturut berbekalkan Internet yang macam buang air kecil tak lawas di negeri yang tiada Starbucks, wayang dan kedai mamak yang mudah dicari?

Sabtu, 13 Oktober 2012

Cuba.

Tahu apa rasa yang paling tak best?

Rasa bila esok kena pergi kelas sambil rakyat negeri lain seronok menghabiskan masa di Starbucks, wayang, dan juga kedai mamak yang mudah dicari. Mahupun Legoland, sebab ada annual pass.

Dan juga, rasa bila ada test Principle of Flight esok.

Khamis, 11 Oktober 2012

Mitos.

Cuma aku ingat mitos orang yang tak semegah mana tapi berbual pasal projek juta-juta, hanyalah mitos semata-mata. Semata-mata bukan sehidung-hidung. Sebab apa? Sebab itu yang cikgu BM aku ajar.

Ha lawak tak jadi.

Rupa-rupanya, mitos itu adalah cerita benar.

Di sekolah menengah aku dahulu, ada seorang cikgu merangkap Penolong Kanan KoKurikolom, eh -kulum, yang gayanya seakan orang berpengaruh. Ada sekali tu, dengan hanya berbekalkan handphone Blueberry, tiba-tiba ada panggilan daripada Dato' mana yang mahu berbincang tentang projek 2 juta. 2 juta wei! Mesti bukan nak buat pondok ayam. Kalau dua juta mesti nak buat flyover ataupun jamban belakang rumah dia. Alah, jamban yang ada air tolong basuh punggung tu?

Sejak dari itu, mitos Taeyeon akan cari aku pun aku percaya.

Rabu, 10 Oktober 2012

Tak.

Kadang-kadang, perkara yang diniatkan, tidak dapat ditunaikan.

Macam niat aku nak je gim. Cita-cita memang tinggi dengan harapan yang menggunung.

Tapi sampai sekarang, aku lalu je gim masa nak ke kafe nak melantak nasi ayam.

Siap tutup mata dengan pinggan lagi bila lalu sebelah.

Apa?

Aku berada di tempat yang di mana, tak nak botak pun kena marah.

Isnin, 8 Oktober 2012

Hal.

Baru tadi, laptop aku suruh aku cucuk charger. Lagi.

Ahad, 7 Oktober 2012

Apa.

Dalam kehidupan seorang kadet juruterbang yang sibuk dan memenatkan, kadang-kadang ada sahaja perkara yang akan menganggu hidup. Ingin melenakan diri atau bermanja dengan laptop terganggu dengan anasir-anasir jahat yang dengki dengan kehidupan aku. Tak boleh tengok orang bersenang betul.

Ada ke patut laptop aku suruh cucuk charger, sebab bateri tinggal 12%?

Jumaat, 5 Oktober 2012

Tulisan 1 pagi.

Lelap mata aku masih disangkut oleh cahaya daripada penghubung dunia realiti dengan dunia maya.

Jadi aku bosan. Walaupun setelah dua jam bertemankan rakaman dunia fantasi bertajuk Green Lantern. Walaupun, sepatutnya, aku perlu membuka lapisan demi lapisan ilmu daripada buku setebal jengkal.

Tinggal sekarang hanya, aku, penghubung antara dunia, kipas darjah empat dan juga rakan sebelah bilik yang sibuk bermain permainan maya. Juga di penghubung antara dunia. Kami semua bosan.

Ok, ayuh lelap mata.

Khamis, 4 Oktober 2012

Rabu, 3 Oktober 2012

Kota Mals.

Bayangkan, ada satu kota. Satu je, jangan bayang dua kota. Dan jangan tukar 'a' jadi 'e'.

Selama 6 bulan, penduduk kota tu hanya tidur, mandi, makan, buat perkara tak berfaedah dan tidur balik.

6 bulan perkara yang sama dilakukan. Setiap hari.

Hingga tiba masa mereka dikejutkan dengan gempa bumi magnitud berukuran Principle Of Flight.

Ha, masa tu lah si gemuk-gemuk penduduk kota ni baru nak bergerak. Nak lari daripada gempa bumi tu.

Dah tentulah gemuk, maka jarak pergerakan mereka terhad-seterhadnya.

Sama macam otak aku sekarang ni.

Selasa, 2 Oktober 2012

Peluru.

Peluru itu ditembak. Laju gila. Selaju kelajuan tempatan bunyi (baca: local speed of sound).

Peluru itu terus meluru ke arah aku. Ya, aku yang masih terkesima. Keliru. Tapi peluru itu semakin dekat.

Aku masih lagi termanggu dan saat itulah, peluru itu menembusi ruang otak yang sudah tepu dengan peluru-peluru yang terdahulu. Peluru-peluru yang belum lagi dihadam oleh asid fikiran.

Mungkin jumlah asid itu tidak menyamai peluru-peluru yang ditembak oleh pakar-pakar penembak tempat yang dahulunya bekerja sebagai juruterbang?

Isnin, 1 Oktober 2012

Paling.

Ciptaan facebook paling berguna adalah fungsi Turn Off jemputan permainan maya.

Keep it up facebook!

Hai Oktober yang susah.

Hai Oktober.

Hai JAA Phase 1.

Semoga senang di kemudian hari.

Ahad, 30 September 2012

Bujang.

Tadi, sekumpulan mahasiswi (mahasiswa tak nak cakap) daripada Universiti Tun Hussein Onn, dari Johor. Tanah tumpahnya darahku yang ada wayang. Serta Starbucks. Serta kedai mamak yang mudah dicari.

Betul lah apa kata orang, tempat yang jatuh lagi kan dikenang, apatah lagi tempat dilahirkan.

Walaupun gewe Kelantan tidak dinafikan putih melepak serta cute, masih lagi tidak boleh mengalahkan gegadis Johor. Secara kasarlah aku pandang diorang ni, dan aku anggap semua asal Johor.

Tapi kalau gadis Johor lawan Taeyeon, masih lagi Taeyeon yang menang dalam menangkap hati aku.

Sabtu, 29 September 2012

Madka #16.

Kalau kau berlalu, filter blur Instagram menyelebungi dirimu.

Faham?

Hari ini indah. Sang mentari bersenang hati menyinarkan cahaya suam-suam ditemani awan yang berkumpul bagai merahmati makhluk Tuhan yang duduk di bawahnya. Bahagia.

Tapi, benar apa yang dikata, yang indah itu tak semestinya berpanjangan.

Jumpa pula status guna perkataan tak cukup huruf. Kalau satu ayat tak apa, ini satu perenggan dia guna perkataan macam tu. Status konon sedih, tapi kalau dah guna perkataan macam tu, orang tumpang gelak. Kalau cikgu Bahasa Melayu dia jumpa ni, mahu ada dia kena lempang.

Kalau cikgu dia tak nak lempang, biar aku yang lempang.

Diari Orang Lahir Lambat.

Kembali lagi aku menghadap kau wahai diari buruk serta busuk. Kenapa aku masih berselera untuk menulis di atas helain kertas di tubuhmu ini ? Aku sendiri tak tahu.
Tak apa, kembali kepada topik utama.
Aku dilahirkan lewat. Bukan sengaja, kehendak Tuhan. Bukankah terdapat lagu yang berbunyi,

' tidak ku pinta, lahir ke dunia~ '

Tahu bukan lagu tu ?
Tak ada kena mengena pun. Heh.

Dilahirkan lewat, membuatkan ramai rakan rakan ku telah mempersendakan aku. Bayi katanya.

Ha.

"Nak bercinta, lepas sekolah!" , kata orang-orang tua.

Tapi saya dah habis sekolah.

Dah boleh lah kan?

Jumaat, 28 September 2012

Terik.

Terjaga. Tutup balik mata. Rutin hari Jumaat di Kelantan, selagi tidak pukul 11, buat apa bangun? Setelah setiap hari terpaksa mem-bangunkan diri pada pukul 6.30 (baca: 7.20) pagi, semata untuk ke kelas yang demi mengejar impian hidup.

Dan terus membersihkan diri. Dan juga terus membuka laptop yang dikasihi. Dan juga membuka langsir.

Masalah bermula di sini.

Cahaya matahari dari tingkap tu buat aku silau nak tengok laptop aku.

Khamis, 27 September 2012

Masuk.

Keluar mulut harimau, masuk mulut buaya.

Ambik kau, tebal gila buku Joint Aviation Authorities Phase 1. 


9 masalah dunia lagi untuk ditempuhi.

Rabu, 26 September 2012

Selasa, 25 September 2012

Kesian.

Selaju mungkin dia bergerak, takut terlepas. Walaupun dia tahu dia mungkin akan terlepas, dia masih lagi cuba untuk bergerak selaju mungkin. Mungkin dalam pada masa ini, dia boleh memintas kelajuan Usain Bolt yang tengah membajak sawah sambil tunggu hujan di negara-orang-lari-laju-tak-ada-obesiti, Singapura. Namun pedulikan Usain Bolt, dia masih lagi perlu bergegas.

Nasib baik. Lega. Dia tak terlepas apa pun. Tepat pada masanya orang kata.

Tapi apalah gunanya bergegas mencari handphone yang tak dipegang satu hari tapi tiada seorang pun yang sudi nak habiskan kredit untuk ber-mesej-an.

Oh nasib juruterbang lelaki tak ada girlfriend. Lagi.

Isnin, 24 September 2012

De-ri-tha.

Derita sepi, tiada siapa yang tahu.

Derita baca buku dalam bilik, tutup pintu, macam mana orang nak tahu?

Ahad, 23 September 2012

Tukang Kongsi.

Suasana fb yang aman damai kadang-kadang diganggu oleh makhluk yang jenis tahu pakai Internet, tahu log in facebook, tahu tekan keypad, tahu guna mouse, ada laptop ribu-ribu, elektrik setiap bulan bayar dan juga menggunakan Unifi.

Tapi malang, dah tua bangka, benda-benda yang remeh pun boleh percaya.

Kau tahu kan makna bodoh?

SI CINTA

Wahai si cinta
Tumpanglah di hati jiwa
Si dia yang di sana
Merenung cinta yang tak bersama

Wahai si cinta
Jatuhkan aku ke ribanya
Biarkan aku si pembahagia
Menjadi senyum di bibirnya

Tapi si cinta
Jatuhkanlah sesiapa
Ke riba si jejaka
Yang setia berjenaka

Madah Kata #14.

Kenapa bergaduh kalau tahu Bumi ini kecil?
-Orang yang bergaduh

Sabtu, 22 September 2012

Madah Kata #13.

Bila masa kita akan berjumpa?

Rungut.

Kalau cuti hari minggu bermula pada Sabtu, hari Jumaat dah jadi pemula cuti. Jumaat semua kerja separuh hari, lepas pukul 12 dah boleh balik dari kelas, dah boleh lepak lepas sembahyang Jumaat.

Jadi, secara asasnya, cuti hujung minggu di negeri selain kelantan adalah 2 hari setengah. Tak ke bahagia macam tu? Tak ke puas cuti macam tu? Tak ke seronok hari Jumaat tu kelas separuh hari?

Ha, Kelantan?

Jumaat, 21 September 2012

Benci-Suka.

(baca: Love-Hate)
Dalam meniti kehidupan sebagai kadet juruterbang, cewah berlagak betul nak taip juga, terdapat perkara yang perlu dihadapi secara berhemah dan selalunya perlu ditangani dengan cara yang betul.

Cuma aku salahkan pendingin hawa di kelas aku.

Ada ke patut dia jadi sejuk sangat sampai mata aku kuyu hampir-hampir tertutup? Tak pasal-pasal aku terbuat Instrument Flying Rules masa tengah belajar Airlaw.

Ish, memang aku dan pendingin hawa ni ada hubungan benci-suka betul lah.

Khamis, 20 September 2012

Hilang.

Pernah kah anda merasa bagaimana rasanya kehilangan arah? Seperti hilang arah tujuan. Anda tak tahu mana hala tuju kehidupan anda pada saat itu. Semua perkara bagaikan tiada gunanya.

Pernah?

Saya pernah. 

Semalam, bila broadband Celcom tak boleh disambung ke Internet. 

Isnin, 17 September 2012

Ke-ikhlas-sasivinasiatsion.

Dalam banyak-banyak jemputan-jemputan apa paling menyakitkan hati?

Jemputan ke permainan maya di fb yang tidak ikhlas hanya kerana nama aku terletak di turutan paling atas dalam senarai kawan maya kau. Hei aku sepak guna ibu jari kaki kang.

Ahad, 16 September 2012

Selamat Hari Malaysia.

... dan selamat hari aku kena balik Kelantan sebab Kelantan tak ambik cuti Isnin.

Jumaat, 14 September 2012

Hai, saya balik. Lagi.

Sampai di rumah tercinta untuk bersama keluarga tercinta.
Dan saya berada di depan laptop tercinta.

Madka #11.

Kalau apa yang dimimpi, tangan menunggu untuk menerima.

Khamis, 13 September 2012

Pelik.

Dalam pada aku baru balik dari Johor raya ini, aku terfikir pada laman sosial aku yang tak popular serta tidak menerima 20 000 like hanya untuk gambar muka depan kamera yang dipegang sendiri daripada angle atas. Dan juga dengan caption yang saya tak faham kenapa mereka suka menyangka mereka tak cantik. Kalau tak cantik, tak payah upload di fb.

Tapi aku pelik, bila masa pula aku add orang-orang pelik ni ? Dan kenapa aku add/approve diorang ? Dah lah tak nak like status humor aku.

KENAPA ?! , kata hati aku menyesal dengan tindakan diri sendiri.

Isnin, 10 September 2012

Ahad, 9 September 2012

Sabtu, 8 September 2012

Madka #7.

Kalau bawah terik panas pun aku masih teringatkan Taeyeon.

Jumaat, 7 September 2012

Susah.

Anda tidak tahu, menjadi seorang Adam ini adalah salah satu kerja yang paling susah kalau nak diikutkan hati. Kalau nak diikutkan hati, mahu saja aku jadi Aaron Aziz, ataupun lelaki-lelaki Korea dengan muka handsome yang digilai ramai. Senang sikit aku nak dapat Taeyeon.

Pokoknya, susah jadi Adam.

Sebab aku pemalu yang amat. Ha, sebab tu aku single lagi. Jadi, siapa nak boyfriend cadet pilot ?

Jelas sungguh promosi diri.

I just love myself.

.. and of course, MY FAMILY.

And Taeyeon.

Khamis, 6 September 2012

Gagal.

Kalau disuruh aku buat esei guna emotikon, mungkin aku akan lari keluar daripada kelas, panjat pagar Ground School tu, lari pergi runway, tunggu kapal terbang take off, lepastu pegang tayar kapal terbang ikut sama terbang. Tak nak buat esei guna emotikon punya pasal.

:">LK<>:
(Jadi emotikon aku?)

Rabu, 5 September 2012

Selasa, 4 September 2012

Sabtu, 1 September 2012

September, jom terbang?

Esok, hari yang ditunggu-tunggu.
Jadi awan dan langit, sila tunggu aku.

Jumaat, 31 Ogos 2012

Madka #2.

Merdeka lebih daripada hanya tahu mengeja Mer-de-ka, faham?

Merdeka!

Malaysia sudah pun berumur 55 tahun. Aku pula berumur 18 tahun. Kalau diikutkan, mungkin dia pangkat makcik aku, sebab makcik aku pun berumur 55 tahun.

Merdeka kali ini lebih beerti kerana semalam, aku baru sahaja melunaskan management subjects untuk melangkah ke flying subjects yang ditunggu-tunggu selama ini. Setelah dua bulan bertungkus-lumus tak belajar secara bersungguh-sungguh, akhirnya tiba masa untuk stress kerana belajar. Baru lah nampak belajar sikit, selalunya balik rumah terus online dan melakukan perkara yang sudah tentu orang kata, tidak menggunakan masa lapang dengan betul dan secara total.

Cuma yang tidak beerti adalah Kelantan cuti pada hari Jumaat, dan Hari Merdeka jatuh pada Jumaat.

Orang lain cuti tiga hari, kita cuti dua hari! 

Terima kasih lah banyak-banyak, Kelantan.

Khamis, 30 Ogos 2012

Madka #1.

Hidup bukan hanya sebab kita tak mahu serpihan biskut jatuh di lantai cawan berisi milo panas.

Rabu, 29 Ogos 2012

Salah Tempat.

Kalau datang sini, yang memang aku tahu memang tak ada orang datang, nak cari luahan hati seorang remaja patah hati yang kehilangan temantapiringanringan-nya semalam dan akan jumpa temantapiringanringan yang baru esok pagi bila celik mata, anda berada di tempat yang salah. Dekat sini memang tak ada ayat-ayat konon nak flirt dan bermadah kata pasal gadis-gadis yang nak di-tackle mahupun dedikasi cinta yang geli-geli untuk temantapiringanringan yang konon dikasihi hingga akhir hayat. Dan juga tentang apa yang aku makan pagi tadi dan 5 minit tadi atau gambar muka aku daripada angle atas. Angle depan mungkin ada, because I'm simply handsome.

Yang ada cuma dedikasi cinta pada bakal-isteri-tersayang-yang-pasti, iaitu Taeyeon.

Love you Taeyeon.

Selasa, 28 Ogos 2012

Luahan yang tak di-perdengarkan.

Penat tulis status yang tak ber-like di fb dan juga tweet yang tiada retweet mahupun favourite daripada pengguna yang lain, luahan hati dan akal aku masih lagi tak didengari oleh manusia-manusia ini.

Penat cakap sila tulis status mahupun tweet dengan tatabahasa yang diajar guru BM anda yang berdedikasi di sekolah menengah dahulu, namun masih lagi manusia-manusia ini mengambil endah tak endah. Eh aku sepak kang.

Ada lagi yang tulis ta ckup huruf dan ada pula yang tUliS kEciK b3$@r.

Ha kejap, keluar status spesies ni pula di fb ketika ini, minta undur diri untuk menyepak.

Ahad, 26 Ogos 2012

Cuma aku harap esok hari, Taeyeon juga berdoa untuk ber-suamikan aku.

Sabtu, 25 Ogos 2012

Kembali. (baca: Cuti dah habis)

Jika ada yang baca, yang aku sudah pasti memang tak ada, sekarang ini saya sudah berada di atas awan bersama gadis-gadis berbaju kebaya aummm. Kali ini, tanpa perlu berpuasa.

Haih terpaksa meninggalkan famili tersayang dan juga modem Internet yang tercinta. Terpaksa kembali menggunakan broadband yang hanya berkuota 6 gigabite sahaja.

Yang paling mengharukan, terpaksa ke kelas pada hari Ahad lagi!

Khamis, 23 Ogos 2012

Selamat Hari Rayap.

Hai, kepada yang tak baca.

Memandangkan kampung kedua-dua belah ibu bapa aku hanya berselang 9 baris jalan, jadi hari raya pertama itu dapat diharungi dengan semudah alif ba ta. Tidak perlu risau untuk menghabiskan masa di jalan raya penuh sesak dan berliku ranjau semua. Lebih lagi, jarak antara taman perumahan aku ke taman perumahan atuk-atuk aku hanyalah 10 minit perjalanan atau kurang. Dengar lagu raya pun kadang tak habis.

Jadi memandangkan kampung yang dekat, kami memutuskan untuk bercuti sampai ke Kuala Lumpur. Sebab hanya itulah sahaja masa yang boleh dibazirkan sepanjang cuti seminggu ini.

Kira Selamat Hari Rayap lah ye?

Kakipunyanota : Sebab yang tak baca lagi ramai daripada yang baca.

Ahad, 19 Ogos 2012

Ucapan Raya 2012.

Disebabkan saya malas nak beli kad raya dan pos ke rumah anda, saya hantar sms raya je lah seperti biasa. Jadi, di sini saya Adam, ingin memohon maaf dari hujung rambut sampai hujung daki eh kaki, jika ada tersalah atau ada yang sengaja saya buat salah selama kita berkawan. Kalau kawan lah haha. Selamat hari raya dan selamat hari boleh makan pagi-pagi, semua!

Mungkin hari raya kedua aku buat dosa balik dekat korang.




Yang nak jadi juruterbang dan kena beri anda tiket percuma ke London,
Adam.

Selamat Hari Raya (baca: Boleh Makan Pagi-pagi)

Sepuluh jari tersusun lengkap memohon maaf kepada sesiapa yang membaca, jika ada terkasar bahasa, anda terasa hingga mencengkam jiwa mahupun sengaja 'merasa'-kan diri sendiri, saya minta maaf.

Tapi untuk hari raya pertama je lah, hari raya kedua mungkin buat balik.

Selamat Hari Boleh Makan Pagi-pagi Tanpa Rasa Bersalah, kawan-kawan!

Khamis, 16 Ogos 2012

Balik rumah, bukan kampung.

Mungkin ketika ada yang baca (atau aku sendiri berhalusinasi sendiri membayangkan orang ramai membaca blog aku) ayat ini, mungkin aku berada dalam penerbangan ke Johor Bharu, menyinggah di LCCT selama 3 jam.

Atau dalam erti kata lain, aku sedang dalam penerbangan bersama gegadis berbaju dan ber-skirt merah.

Rabu, 15 Ogos 2012

Minta penampar...

... bila kau geli-geli letak gambar tangkap yang kau tangkap daripada sudut atas, lepastu geli-geli lagi kau tulis "Saya tak comel", "Saya tak cute macam awak semua" serta "Malu nak letak gambar dekat fb macam ni, saya tak cantik, muka saya macam katil kena carik-carik ayam".

Kalau dah tahu muka tak cantik, tak payah post gambar muka anda di fb.

Senang, kan?!

Isnin, 13 Ogos 2012

Sedih yang berulang.

Dalam meniti hari-hari yang penuh ranjau dan lan**u berjauhan dari famili di Kelantan ini, aku tidak terlepas daripada kesedihan yang kadang-kadang meneyewa sanubari seperti aku menyewa kereta sewa di rumah yang beberapa minit berjalan kaki daripada tempat aku duduk yang dua kali blackout hari ini.

Ya, aku sewa kereta pada pukul 5. Balik pukul 7. Sewa kereta hingga masa buka puasa.

Dan kesedihan itu menyirap ke dalam sanubari, bila status facebook aku yang pada hematnya, kelakar hanya mendapat 2,3 like daripada 1120 orang yang sibuk mahu memenuhkan senarai 'kawan' mereka.

Sedih, tahu?

Ahad, 12 Ogos 2012

Letupan Awalan.

Di kala segelintir manusia sedang lena melenakan diri di dalam mimpi yang dipenuhi dengan wajah bakal-isteri-tersayang, ada juga segelintir yang kelihatan tidak berpuas hati dengan adanya wajah bakal-isteri-tersayang yang hingap di mimpi si petidur. Lalu, mereka mula merancang satu pelan.

Pelan mereka adalah, walaupun baru seminggu berpuasa, mereka mahu main mercun!

Ya, mercun mula berpumpam sekitar kawasan aku tinggal walaupun baru 9 hari berpuasa.

Aku syak mereka ni tak puasa, tapi sembunyi-sembunyi pecah tabung belakang tandas lepastu pergi rumah yang jaraknya selang 3 rumah untuk beli mercun lepastu gagah berjalan ke kawasan tempat tinggal aku lalu mengeluarkan mancis, nyalakan mercun, baling dan lari. Ha, tau takut mercun meletup dekat muka. Tahu takut keluar surat khabar esok hari dengan muka pecah sebelah kanan. Tahu pun.

Selain aku nak tidur, aku nak tengok muka bakal-isteri-tersayang aku, tahu tak?!

Sabtu, 11 Ogos 2012

Masalah.

Dalam pada masa aku sibuk mengejar cita-cita nan abadi aku untuk menjadi drebar kapal terbang, aku menghadapi pelbagai masalah. Masalah yang melanda jiwa dan raga hingga menyebabkan kadang-kadang aku terlebih tidur sampai pukul 11. Kadang-kadang, dalam kelas.

Pendingin hawa itu memang betul-betul rakan karib aku yang paling rapat dalam masa dua bulan aku dekat Kelantan ni. Dah macam daki dan kuku, rapatnya.

Masalahnya adalah, kuota broadband aku hanya 6GB.

Dah, tu je.

Khamis, 9 Ogos 2012

Penyedih.

Kesedihan yang ditanggung ketika ini melebihi kesedihan terpaksa belajar subjek management yang macam celaka di tempat yang sepatutnyanya aku belajar macam mana nak bawa kapal terbang untuk berkahwin dengan Taeyeon nanti. Kalau tak reti bawa airplane, macam mana nak ngorat Taeyeon, faham?

Cuma, kesedihan ini barangkali mungkin disebabkan terpaksa melihat manusia-manusia di fb menge-post gambar mereka bersama aiskrim Baskin Robbin percuma, tanpa beradu dengan mamat China di London.

Ish, aiskrim mahal tu.

Rabu, 8 Ogos 2012

Muntah.

Masa-masa puasa ini, muntah secara sengaja mahupun tidak sengaja, mampu membatalkan puasa yang telah pun ditahan daripada pukul 4 pagi. Dah la duduk jauh dari famili tersayang ni kena bangun sendiri, lepas tu muntah secara sendiri pula. Kesian tau aku.

Jadi, sila jangan post muka-konon-cute kau di facebook sambil caption yang ditaip, menggunakan perkatan yang kanak-kanak tadika pun akan kata, "Bodohnya tak reti eja!".

Dan kalau aku muntah, mungkin aku muntah dekat kau.

Dan aku cincang kau buat perencah maggi kari berapi yang gila pedas untuk sahur nanti. Nak?!

Selasa, 7 Ogos 2012

Kenapa oh Kenapa.

... macam mana nak claim ais-krim free esok ni?!

Kenapa Kelantan, kenapa tak ada Baskin Robbin?!

Ahad, 5 Ogos 2012

F U, Lin Dan.


... tapi nasib baik Kelantan tak ada Baskin Robbin, tahu?!

Khamis, 2 Ogos 2012

Yea?

Dalam kehidupan aku sebagai pelajar selama 11 tahun, tak pernah aku rasa ber-terima kasih kepada Kementerian Pendidikan. Hari-hari yang selalu ditempuhi bermula pada 7 pagi hanya dimulai dengan carutan tentang kenapa kena pergi sekolah pada hari Isnin selepas dau hari bercuti, ataupun kerana kerja rumah Fizik, Kimia dan Biologi tidak dilakukan pada hari minggu tersebut. Oh ya, AddMath juga.

Namun, semuanya berubah.

Aku betul-betul berterima kasih kerana merekalah, aku tidak terpilih ke PLKN.

Yea!

Selamat PLKN budak-budak Tingkatan 5 2012. Abang tak kena.

Kakipunyanota : Peh, abang.

Rabu, 1 Ogos 2012

Kapten Ogos.

Menyambut Ogos di Kelantan.

Berpuasa separuh dari Ramadhan jauh dari Johor, jauh dari famili.

Yea, esok balik!

Isnin, 30 Julai 2012

Penyebab.

Aku masuk flying academy ni memang dah tersemat di sanubari, semoga aura juruterbang itu melekat di batang tubuh lelaki yang agak hensem ni dan akan membuatkan gegadis mengejar berganti-ganti dari rumah aku ke Kelantan. Dan mungkin juga, gegadis dari Korea itu juga.

Tapi, sedukacitanya, aku masih tersangkut di subjek management yang betul-betul menggugat sanubari.

Sebab tu yang tak melekat gegadis Ground Handling tu kot? Dan ya, gegadis GH yakni gegadis Kelantan, boleh tahan juga ke-cute-annya. Kenalah dengan orang Johor yang handsome ini juga.

Ahad, 29 Julai 2012

Seksa.

Kalau aku diikat ketat-ketat sambil kaki aku di-gatal-kan dengan bulu ataupun seribu tangan wanita yang menggeletek aku., mungkin aku lebih tahan lagi daripada tunggu buka puasa masa cuti di Kelantan ini. 

Bosan sehingga laptop-ada-gambar-bakal-isteri ni dah dibuka 4000 ribu kali dah.

Nak tengok benda 'tak baik', takut terbatal puasa secara sengaja.

Nak tidur, tak produktif.

Puih, tak produktif konon, tapi tidur sampai pukul 7 tu apa benda?!

Sabtu, 28 Julai 2012

Kehendak bakal-isteri.

Bakal-isteri tersayang tak nak berjauhan dariapada 'adik-adik'-nya. Eh saya pun tak nak berjauhan dengan mereka.
Tak, saya tak suruh awak berpecah pun tau.

Nanti raya boleh ajak diorang raya sama. Huih penuh rumah nanti.

Tak apa, meriah kan?

Khamis, 26 Julai 2012

Tolong.

Kalau dikira ekonomi sekarang ini, harga minyak mungkin meningkat.

Tapi rasanya diari dekat kedai buku tu murah lagi. Blog pun percuma lagi sekarang ni.

Jadi, sila beli diari 2012 atau 2013 untuk rintihan hati anda. Atau buat blog letak lagu bukan-bukan.

Tak semua nak baca dan like status marah-marah anda.

Kakipunyanota : Aku tengah dengar "When You're Single"-David Choi. Ouch.

Selasa, 24 Julai 2012

Aku tak sahur. Lagi.

Ini memang jenis pesen alarm bunyi, terus hentak kuat-kuat suruh diam. Tak diam juga, lempar baling ke dinding biar samada dinding berlekuk ataupun henfon ber-alarm tu yang pecah seribu.

Jadi kesannya adalah kita yang menanggung lapar selama beberapa jam secara terus-menerus sambil di hati nurani kecil ni memang menyumpah seranah atas ke-tidak-bangun-ngan pagi tadi.

Sebab tak sahur, tu yang buka dekat Kenny Rogers tu.

Ayam quater.

Isnin, 23 Julai 2012

Mohon.

Anda dah tua, bangka pula tu.

Zaman myspace pula dah lama berlalu, jadi tak payahlah anda edit gambar anda siap letak bingkai gambar dan glitter entah apa-apa di sisi kiri kanan gambar anda. Cukuplah sekadar menggunakan Instagram.

Zaman myspace yang dah berlalu, biarkan ia pergi.

Dan di bulan yang mulia ini, janganlah mengada nak tulis ayat manja-nak-muntah tu lagi.

Aku mohon. Aku tak nak muntah di siang hari.

Ahad, 22 Julai 2012

Aku tak sahur.

Sebab tak sahur, masa-masa ni lah aku mengharapkan Doraemon ada dalam dunia ni.

Wei Doraemon, cepat keluarkan 'Pencepat Masa' kau!

Semalam, 1 Ramadhan.

Laa, ingat dah raya dah.

Nampak tak kiriman semakin mengecil patah perkataannya. Nampak kan?

Kan puasa. Ha sebab tu lah.

Sabtu, 21 Julai 2012

Eh balik dah?

Bersahur di Johor.

Berbuka di Kelantan.

Hoi penat merentas Semenanjung Malaysia.

Khamis, 19 Julai 2012

Di rumah.

Habis sahaja test paling kejam dalam dunia semalam, aku terus balik ke rumah tempat kerasnya air liur basi aku. Rindu katil, rindu dram dan paling penting, rindu famili.

Ni nak kena kira-turun hari nak balik ke?

Selasa, 17 Julai 2012

Ke-kejam.

Aku rasa apa yang dikatakan kejam itu adalah dengan meletakkan semua test pada hari esok setelah baru menghabiskan subjek Interpersonal Communication hari ini.

Itu agaknya kejam.

Eh kalau dia tak kejam, aku tak boleh balik esok!

Sabtu, 14 Julai 2012

Runsing. (Kiriman lama)

Setelah 11 tahun duduk rumah makan nasi dengan goyang kaki tanpa perlu memikirkan nak masak lauk apa untuk tengah hari, penghijrahan aku ke Kelantan untuk menggapai cita-cita nan abadi ni, sedikit-pun-tak-banyak menggusarkan aku.


Runsing memikirkan perihal bagaimana aku mampu meneruskan kelangsungan hidup aku di bukan tanah tumpahnya darah aku.


Dan paling penting sekali, macam mana nak tengok Running Man ni?!

Khamis, 12 Julai 2012

Kasihan.

Kesian di sini bermaksud, kasihan kepada penulis blog ini yang dalam pengajian untuk menjadi juruterbang tetapi tiada temantapiringanringan sehingga kini hatta ketika masih berseluar hijau berbaju putih mahupun seluar biru berbaju putih. Atau dalam erti kata lain, dalam masa 11 tahun persekolahan.

Jadi aku ingat, bila dah ber-slack hitam, berbaju putih dan ber-peak cap ini, adalah can-nya.

Tapi kenapa gadis-gadis Ground Handling tak pandang aku?

Ooo, mungkin sebab baju saiz S beli dekat Kamdar ni besar sangat.

Ah, kasihan betul aku.

Rabu, 11 Julai 2012

Lihat.

Sementara menghabiskan hidup secara sia-sia di Kelantan untuk menjadi juruterbang kelak, di sekolah atau kami (baca: cadet pilot) panggil, ground school, kami menonton televisyen.

Ya, kami menonton Melodi ketika makan tengah hari.

Beramai-ramai.

Isnin, 9 Julai 2012

Hari ini hari Isnin.

Hari ini hari kedua persekolahan untuk minggu ini.

Hari ini balik awal.

Ahad, 8 Julai 2012

Paling terbaru.

Paling terbaru aku menangis adalah pabila ditinggalkan oleh famili demi untuk menjadi juruterbang sebagai kerjaya tetap. Jauh, 12 jam jauhnya jika menaiki kereta. Jarak kilometer, kira sendiri.

Sebelum ini, aku menangis pabila terkenangkan Scha dan Lisa berkahwin dengan lelaki pilihan mereka.

Ingat nak sambung cerita, tapi terkenang famili pula.

Sebak, bergenang air mata wo.

Sabtu, 7 Julai 2012

Kalau boleh.

Kalau boleh, tiap-tiap hari aku nak takbur secara maya tentang bagaimana aku susah untuk menerima pembelajaran bagaimana untuk menjadi juruterbang di blog ini.

Tapi malangnya, seribu enam ratus kali malang, aku tersangkut pula di Management, demi untuk mendapatkan Diploma in Aviation.

Eh dapat diploma in aviation tu.

Kira boleh berlagak jugalah ni?

Jumaat, 6 Julai 2012

Perbincangan.

Jika dikira menggunakan kalkulator mahal, 4+4 jadi 8 bukan?

Ha, bilangan itu adalah bilangan kadet juruterbang batch 55/12. Sedikit, tapi meriah.

Dalam masa tiga minggu je aku dah rasa macam kenal rapat dengan mereka semua ni.

Ada yang dari Johor, ada yang Kedah, ada yang Perak, ada yang dari Penang, ada yang dari Kelantan dan paling jauh, dari Nepal.

Dan tajuk paling popular antara kami adalah, "Patutkah menjadikan gadis Kelantan sebagai temantapiringanringan sementara menghabiskan sisa hidup selama dua tahun di sini?".

Mentang-mentang ada kelas Ground Handling yang dipenuhi gadis-gadis Kelantan, selang satu kelas dari kelas aku. Tiap kali nak pergi ke kelas aku, perlu melalui hadapan kelas mereka. Susah wo, tiap-tiap hari nak kena cover macho.

Sebab tu yang kena bincang dengan lebih mendalam.

Patut atau tidak?

Rabu, 4 Julai 2012

Pelik.

Ketika ini, aku sedang memuat-turun episod Running Man ke-101 untuk dijadikan hiburan pada masa lapang kelak.

Dan ketika ini, aku yang sedang dalam pembelajaran untuk menjadi pilot, sedang berada di depan komputer, untuk menaip kerja kursus Bahasa Kebangsaan, bertajuk "Bahasa Melayu di Internet".

Ha, pelik tak pelik?

Lagi pelik kalau dia suruh ulas tajuk muka depan Berita Harian semalam, "Juruterbang Mengganggur".

F8ck.

Isnin, 2 Julai 2012

Jauh hoi.

Kalau dikira guna jari kaki ketika ini, sudah masuk hari kelapan aku di perantauan (baca: jauh dari rumah).

Kerindua itu masih ada bersarang dalam jiwa, tapi sudah berkurang seperti hingus dan air mata yang keluar pada hari Ahad daftar haritu. Sedih weih. Bila fikir kena tinggal sini dua tahun hanya semata ingin mendapatkan lesen juruterbang, bergenang air mata. Menitis atas flight planning tau.

Walaupun aku dah berapa kali tulis aku rindu famili, aku masih nak cakap, AKU RINDU FAMILI.

Eh memang aku rindu, nak buat macam mana.

Eh aku masih dalam management lagi, tak masuk flight phase lagi. Mana ada flight planning.

Ha, kena tipu dalam masa aku tengah dalam kerinduan ni.

Ahad, 1 Julai 2012

Julai di perantauan.

Seminggu di perantauan (baca: Kelantan).

Rindu rumah tengah renovation.

Rindu famili!

Jumaat, 29 Jun 2012

Menunggu.

Dengan headphone di telinga yang memainkan lagu Chocolate Love dendangan kumpulanwanita bakal-isteri tersayang-saya, saya baru habis mengira berapa lama saya di Crew Residence. Bagi yang tidak mengetahui apakah itu Crew Residence, meh saya berlagak sekejap.

Crew Residence ini adalah tempat di mana kadet-kadet juruterbang atau cadet pilot atau senang cakap bakal-bakal juruterbang, berumah dan bertangga di sini. Ya, sila baca kembali ayat di atas sambil di fikiran anda, tekankan frasa juruterbang di situ. Ha, nampak tak saya berlagak secara anda tidak sedar.

Ok berbalik kepada pengiraan saya di sini. Hari ini masuk sudah hari kelima saya di sini.

Dan masih rindu famili yang jauhnya 12 jam dari sini jika menaiki kereta. Jadi saya mengira hari bila saya boleh pulang ke Johor. Hoi tak sabarnya. Inikah homesick yang diperkatakan selama ini?

Oh, lagu Chocolate Love tadi dah bertukar kepada Coffee dendangan Yuna.

Rabu, 27 Jun 2012

Mana oh mana?

Menyingkap kembali hari saya mendaftar di Crew Residence ini tempoh hari, saya dikejutkan khabar berita yang mampu membuatkan segelintir tergamam mendengarnya.

Khabar berita yang dikhabar itu adalah, setiap kadet juruterbang yang baru, dipaksa untuk dipotong rambutnya. Sungguh memang berita yang tidak disangka-sangka.

Dan seterusnya, cukuplah saya memberitahu bahawa inilah kali pertama dan kali terakhir saya berambut botak.

Isnin, 25 Jun 2012

Isnin di kejauhan.

Petang semalam, sambil mengalir air mata di pipi, akhirnya saya berpisah dengan keluarga tercinta bagi meneruskan cita-cita sejak kecil saya, iaitu unutk menjadi 'drebar' kapal terbang.

Sedih memang sedih. Teringat katil penuh peta yang ditinggal di sana.

Rindu famili.

Jumaat, 22 Jun 2012

Eh sedihnya.

Jika anda membaca kiriman ini (JIKA!), mungkin saya sedang berada dalam perjalanan ke Kelantan.

Sedihnya nak tinggal katil yang penuh dengan 'peta' tu.
Sedihnya nak tinggal dram kesayangan tempat meluahkan sisi kreatif aku.
Sedihnya nak tinggal kerusi merah tempat aku lepak 8 bulan 'tanam anggur' depan laptop.
Sedihnya nak tinggal 'meja belajar' yang dah kononnya tempat belajar tapi berhabuk.
Sedihnya nak tinggal jiran sebelah, belakang yang tiap-tiap hari dengar luahan kreatif aku.
Sedihnya nak tinggal gitar Santa Cruz yang sempat aku buat satu lagu. Dan butang yang rosak.

Kejap, nak pergi menangis kejap.

Khamis, 21 Jun 2012

Kemas baju.

Usai sahaja urusan paling penting (baca : memuat-turun episod 99 Running Man), aku terus cari beg untuk mengemas bekalan baju yang akan digunakan untuk setahun setengah ini.

Mencari baju besar, baju kecil, seluar besar, seluar kecil dan lain-lain yang berkaitan dengan urusan untuk menjadi drebar kapal terang ini. Pening kepala aku.

Ni macam mana remaja yang lari rumah kemas baju ha? Susah!

Rabu, 20 Jun 2012

Kiraturun.

Kalau guna kalkulator canggih yang aku bawa pergi jawab kertas Fizik, Math, AddMath dan Bahasa Melayu masa SPM haritu tu, kini tinggal... kejap, kira lagi. Ha, kini tinggal 5 hari sebelum aku meninggalkan Johor Darul Awesome ini untuk ke Negeri Cik Neelofa, eh Siti Wan Kembang. Kembang apa? Ha...

Sepatutnya, saat-saat genting seperti ini aku sudah mengemas baju dan seluar kecil yang perlu dibawa. Entah bagaimana, rasa nak mengemas itu belum ada. Dan sebagai seorang lelaki berwawasan tinggi, sikap menangguh-nangguh kerja tu memang perkara biasa. Alah, sebelum pergi tu boleh kemas kan?

Daripada kemas baju, baik download Running Man, ye dak?

Oh ya, kertas Fizik dengan AddMath SPM aku B+. Kalkulator canggih punya pasal.

Isnin, 18 Jun 2012

Sedap.

Dalam pada Blogger sibuk update dia punya interface ni, aktif lagi laptop-ada-wallpaper-bakal-isteri-tersayang ni memuat-turun. Kali ni, sibuk download lagu daripada tanah air bakal-isteri-tersayang (semua dah tahu, kan?) kumpulan BigBang, dan juga kugiran yang baru aku terjebak dengar 2 jam yang tadi.

Peh, sedap juga lagu Coldplay ni.

Peh peh peh!

Ahad, 17 Jun 2012

Aku nak ke Kelantan ni.

Dalam pada kesibukan (puih sibuk), mengemas barang-barang yang perlu dibawa ke negeri Cik Siti Neelofa, eh Wan Kembang, aku sibuk melakukan satu perkara yang mampu membantu aku meneruskan kelangsungan hidup aku di negeri orang.

Semenjak dua menjak tambah tiga menjak ni, laptop-ada-wallpaper-bakal-isteri-tersayang aku ni aktif betul dalam memuat-turun siri-siri Running Man yang terbaru. Aku pun tiba-tiba kagum dengan ketabahan dalam menunggu benda warna hijau (indikasi berapa banyak data yang dimuat-turun) tu sampai ke penghujungnya.

Benda-benda macam ni memang kita kena tabah.

Macam aku tengah buat sekarang ni, aku masih lagi tabah dalam menunggu jodoh aku (baca: Taeyeon).

Sabtu, 16 Jun 2012

(VIDEOCURI) JYJ-IN HEAVEN



Aku memang dapat rasakan suara aku memang compatible dengan tiga suara lelaki ni sebab aku memang selalu karaoke lagu ni dalam bilik air. Dan ternyata sedap, sebab bila buang air tu ada rasa 'hiba' yang meresap dalam jiwa, jadi feel itu ada.

Jadi aku harap mereka dengarlah suara aku menyanyi lagu ni dalam bilik air satu hari nanti.

Suatu hari di sini bermaksud, bila aku di Korea bersama Taeyeon tersayang di rumah kami berdua di Korea kelak. Oh ya, saya pula sudah bekerja sebagai jurterbang berwibawa juga ketika itu.

Oh ya, muka perempuan yang tengah pandang macam nak makan orang ni ialah Song Ji Hyo, si gadis Running Man. Siapa tak tahu, memang jenis duduk bawah tempurung ke apa ni?

Jumaat, 15 Jun 2012

Jendela.

Mentang-mentang dah jadi lepasan sekolah, rambut yang dulunya mampu membuatkan aku kelihatan nerdy dan tidak kelihatan seperti budak yang mahu rebel, semakin lama semakin panjang.

Semakin tutup mata. Sampai gatal mata aku.

Tang nak tengok depan kena selak dulu yang leceh tu.

Dah macam tingkap dah aku rasa.

Belum.

Baru ura-ura nak jadi juruterbang pun, dah ramai minta tiket free.

Itu baru nak jadi. Kalau sedara-mara yang minta, mungkin akan dipertimbangkan. Ini kalau orang-orang yang meminta adalah jiran sebelah kiri kanan depan belakang, kawan sekolah dari darjah 1 sampai tingkatan 5, cikgu sekolah dari darjah 1 sampai tingkatan 5, mahu berpeluh celah lemak peha ni.

Ini A380 pun tak muat.

Khamis, 14 Jun 2012

Bilik Terasing.

Sebuah bilik yang terasing dan hanya diperlukan bila tiba masa kecemasan dek sistem Biologi manusia yang kadang-kadang, tidak pernah menyebelahi manusia. Ketika saat manusia sedang beriang-ria, bercendana, berlibur mahupun, beradu, masa itulah, segala organ dalam badan, merancang satu pelan yang bakal menyakitkan organ yang terasing, iaitu hati.

Ya, sakit perut begitu menyakitkan hati.

Tidak lupa juga, kerana globalisasi cuaca yang semakin melampau tika ini, kerana Earth Hour yang dilakukan hanya sekali setahun, air begitu cepat tersejat melalui liang-liang di kulit mulus manusia seperti aku hingga menghasilkan bauan yang agak kurang menyenangkan sanubari, sanubara, dan masyarakat sekeliling.

Kadang-kadang, bilik yang terasing ini jugalah tempat mencurah rasa, mencurah air mata, dan tidak lupa, mendendangkan lagu-lagu terkini yang didengar di corong radio. Bagaikan sebuah playlist bakal berkumandang di dalam bilik terasing ini. Semuanya terima kasih kepada sistem pantulan di dinding-dinding yang mampu menyedapkan suara seseorang manusia yang sedang melunaskan hasil sistem Biologi dirinya.

Terima kasih, Bilik Air.

Rabu, 13 Jun 2012

Cita-cinta.

Aku bercita-cita nak jadi jurterbang.
Aku bercita-cita nak bercinta dengan Taeyeon.

Aku harap Taeyeon juga bercita-cita nak bercinta dengan juruterbang.

Selasa, 12 Jun 2012

Dapat!

Setelah 8 bulan menganggur sambil makan nasi bersama lauk yang dimasak oleh emak sendiri, walaupun kadang-kadang makan luar, akhirnya saya akan meninggalkan rumah ini tidak lama lagi. Surat tawaran daripada akademi penerbangan sudah di-email semalam, dan tarikh pendaftarannya adalah pada 24 Jun ini. Jadi, sesiapa yang nak bagi hadiah, mahupun duit, mahupun apa-apa yang berkaitan dengan kelangsungan hidup aku di Kelantan (ya, akademi tu dekat Kelantan), silalah.

Kalau nak bagi temantapiringanringan anda, tak payahlah. Dekat Kelantan mungkin boleh cari temantapiringanringan yang iras-iras Neelofa mungkin? Dan juga, akademi itu bersebelahan dengan lapangan terbang Kelantan, jadi bolehlah 'suit-suit' gaya rempit ke pramugari-pramugari yang baru turun daripada kapal terbang tu. Ahh, bayangan macam itu sahaja dah boleh membahagiakan.

Dalam itu juga, daripada menaikkan bil elektrik rumah, meh kita naikkan pula bil akademi penerbangan itu pula. Ni dah bayar mahal-mahal tapi bil elektrik pun tak boleh bayar memang dah siap sedia target di muka untuk dicepuk rasanya.

Dan tahukah anda, menjadi juruterbang ini adalah salah satu pelan dalam misi saya untuk menikahi Taeyeon.

Nampak? Doa dengan Tuhan secara ikhlas akan dimakbulkan. Dapat jadi juruterbang, dan juga dapat bakal-isteri-tersayang.

Oh ya, lepas 20 bulan nanti, jangan lupa panggil saya, Kapten Adam.

Ok?

Ahad, 10 Jun 2012

Habis.

Kira-kira setelah empat belas hari budak-budak bawah umur 18 bersenang-senang lenang di rumah mahupun bercuti bersama keluarga, kini tibalah masanya untuk mengucapkan "Hai" kembali kepada buku-buku yang mungkin sudah berhabuk (di bahagian kulit muka buku, jika tidak dibalut) dibiarkan di atas meja "belajar" mereka.

Aku tahu bagaimana rasanya malas untuk kembali ke sekolah. Malas yang teramat.

Rasa macam kena lilit dengan tali kapal dagang yang berlabuh di Pelabuhan Tanjung Pelepas, dia punya malas. Ha, nampak tak aku cakap pasal Pelabuhan Tanjung Pelepas? Aku A tau Geografi masa PMR. Nasib SPM tak ada subjek Geografi mahupun Kajian Tempatan, kalau tak A juga, tau?

Jadi, budak-budak bawah umur 18 tahun dah kembali ke sekolah. Aku pula mengadap komputer lagi. Tunggu surat tawaran akademi penerbangan dari Kelantan. Eh, jangan cakap-cakap belakang pula yang aku ni malas belajar. Aku rajin.

Eh jauh tau Kelantan, sebab tu lambat.

Kakipunyanota : Sayangnya gambar Taeyeon tu dah masuk halaman lain. Itu je yang aku risau. Masa depan boleh risau lain kali.

Khamis, 7 Jun 2012

Bila?

Menyingkap permulaan kerjaya 'tanam anggur' sejak lapan bulan yang lepas, 'banyak' perkara yang telah dilakukan. Antaranya, baca novel, main, komputer, tengok tv, baca novel, main komputer, tengok tv, baca novel, main komputer dan tengok tv. Mungkin terselit juga waktu-waktu makan dan minum dan juga masa bersenang-lenang sendirian, atau bersama rakan-rakan, atau bersama keluarga. Oh ya, pencapaian paling tinggi sepanjang dalam karier 'tanam anggur' ini adalah dengan adanya lesen kereta dalam dompet POLO (bukan nak berlagak, tapi ya) aku.

Panjang betul pendahuluan. Memang macam stail kawan sebelah masa tulis karangan SPM tempoh hari. Aku pun begitu juga, sebenarnya. Masa-masa terdesaklah baru berjela-jela idea datang nak tulis pendahuluan. Pendahuluan je, isinya kadang ada-tak-ada juga.

Namun, niat utama dalam pe-naip-an kiriman kali ini adalah untuk memberitahu bahawa saya baru menghantar borang aplikasi kepada akademi penerbangan di Kelantan. Baru tadi. Ya, baru tadi. Pemalas punya manusia, bulan depan intake baru terhegeh-hegeh nak hantar.

Haih, mungkin tiba masa kena tukar mentaliti "ahh, biarlah lambat" aku ni.

Nanti nak kahwin dengan Taeyeon, takkan nak lambat-lambat. KAN?

Kakipunyanota : Taeyeon adalah gadis di bawah ini. Atau sila tekan "catatan lama". Silalah.

Isnin, 4 Jun 2012

Cuti : Bahagian 2.

Jauhnya Perak, masa pergi.

Jauhnya Johor, masa balik.

Mengantuknya, masa pergi dan balik.

Dan, sakitnya perut.

Ahad, 3 Jun 2012

Selamat.

Selamat memasuki universiti ramai-ramai.
Selamat kemas baju.
Selamat peluk cium bantal, katil, mangkuk tandas, tuala, mahupun teddy bear kesayangan.
Selamat mengucapkan kata-kata cintatakikhlas kepada temantapiringanringan anda juga.

Aku esok ke Perak. Selamba. Esok semua sibuk hantar anak, aku pergi rumah orang kahwin.

Tak apa, nanti aku 'terbang'.

Kakipunyanota : Orang sibuk kemas baju kali terakhir, aku pula makan durian.

Jumaat, 1 Jun 2012

Setengah Tahun.

Dah separuh 2012.

Aku, masih menganggur.

Yea?

Kakipunyanota : Selamat ke universiti kawan-kawan. Aku ke Perak, tengok orang kahwin.

Rabu, 30 Mei 2012

Cuti : Bahagian 1

Orang lain ke matrik, aku ke kolam renang Sunway Lagoon.

Berenang, naik slide, naik flying fox, tak terjun bungee jumping, dan yang paling penting, cuci mata. Cuci mata apa? Ha, itu yang kita tak tahu. Lagi-lagi kawasan Barat sekarang tengah cuti musim panas.

Tapi ini baru bahagian satu.

Jumaat ini, orang lain ke universiti, aku ke Perak.

Ada kenduri kahwin lah pula.

Yang penting, cuti.

Sabtu, 26 Mei 2012

Cuti.

Dalam pada ramai yang sedang bersiap-siap mengemas barang masing-masing, mungkin ada yang tengah kira 'seluar kecik' cukup ke tidak, atau pada pihak perempuan, 'baju kecik' cukup ke tidak. Ada yang sibuk membeli-belah di pusat beli-belah dengan niat yang satu, untuk mencari kelengkapan untuk mengharungi liku-liku kehidupan dalam menjadi pelajar institut pengajian tinggi mahupun di kolej matrikulasi yang akan mendaftar pada 28 Mei yakni Isnin ini.

Dan aku, di KL. 

Mandi-manda dekat Sunway Lagoon Isnin ini.

Harap tak ramai. 

Harap semua hantar anak pergi kolej matrikulasi.

Jumaat, 25 Mei 2012

Sibuk.

Aku sibuk. Sibuk 'tanam anggur'. 

Yang lain, sibuk. Sibuk kemas baju, nak lari dari rumah lettew.

Aku sibuk. Sibuk kemas baju.

Kemas baju nak pergi Sunway Lagoon.

Selasa, 22 Mei 2012

Optimis.

Aku optimis bahawa aku akan berkahwin dengan Taeyeon. Jangan anda cemburu.

Jangan.

Isnin, 21 Mei 2012

Rasa.

Semenjak dah kurus ni, aku rasa macam nak gemuk balik.

Apa orang perang (baca: Melayu) kata, keding?

Tapi bagus juga macam ni, boleh aku makan banyak-banyak.

Ok, nak buat senarai-makanan-yang-nak-dimakan dan juga senarai-bakal-isteri-tersayang.

Ahad, 20 Mei 2012

Ignoransi?

Aku baru sedar, aku dah 18 tahun, Disember ini, tahun ini.
Aku baru tersedar, ikan-ikan yang dipelihara dalam akuarium dekat luar rumah pun dah besar.
Aku baru tersedar, aku tak ada cerita zaman muda-mudi nak dicerita pada anak cucu.
Aku baru tersedar, aku tak ada "cerita monyet" nak dicerita pada anak cucu.
Aku baru tersedar, aku makin handsome/good-looking.
Aku baru tersedar, aku makin matang.
Aku baru tersedar, aku kena beli Spicy Chicken McDeluxe sendiri.
Aku baru tersedar, aku memang tak kerja langsung masa menganggur ni.
Aku baru tersedar, blog ni dah ramai juga pengikut-tak-setia-nya.
Aku baru tersedar, dah tiga tahun tulis blog.
Aku baru tersedar, aku dah tak ada idea nak tulis pasal apa lagi.


Aku baru tersedar, masuk draft lagi.

Khamis, 17 Mei 2012

Cuti, sendiri.

Seminggu berkelana, sejauh 300++ KM. Ceh, cakap macam jauh, padahal rumah sepupu yang entah berapa kali aku jejak kaki, mandi, basuh tangan, dan juga berdengkur. Eh, sebagai lelaki yang bakal menjadi suami kepada Taeyeon, ke-macho-an dalam tidur juga perlu dijaga. Jadi, saya tidak berdengkur sebenarnya.

"Betul, sumpah", bak kata remaja masakini kalau hendak menidakkan kecurangan mereka pada 'temantapiringanringan' mereka. Tapi aku hanya menggunakan ayat tu untuk menidakkan kedengkuran aku. Harap maklum semuanya. (Ceh, padahal bukan ada yang baca)

Jadi, sekarang ni, sambil nyanyi lagu "I'm coming home", lagu iklan Euro Astro tu, aku cuma nak cakap, aku rindu rumah aku.

Ni macam mana nak sambung belajar ni?

Rabu, 16 Mei 2012

Selamat.

Selamat Hari Ibu walaupun tiap-tiap hari sayang emak sendiri.

Dan juga, Selamat Hari Guru walaupun dah tak sekolah lagi. Terima kasih untuk 1A+ 4A 5B+.

Sabtu, 12 Mei 2012

Dilemma, masih lagi.

Pernah rasa bagaimana hati berbelah dua?

Pernah rasa akal tak berfikiran normal?

Pernah rasa risau tentang hidup masa depan?

Pernah rasa macam nak pisah badan jadi dua?

Pernah rasa terbeban?

Pernah?

Jumaat, 11 Mei 2012

Pergi.

Selamat tinggal, atok.
(Maaf, aku tak ingat) - 9.55 malam, 9/5/2012.

Al-fatihah.

Selasa, 8 Mei 2012

CerpenSebabBosan 1.

Kayu yang elok terduduk di situ, alih-alih disepak seorang wanita yang entah kenapa emosinya hari ini. Mungkin hal bergaduh dengan 'temantapiringringan'-nya di facebook kelmarin masih lagi tidak dapat diselesaikan. Alah, wanita berumur 17 tahun ini bukannya matang sangat fikirannya, hatta jika diberikan masalah Matematik Tambahan pun, belum pasti ianya dapat diselesaikan dalam masa satu hari. Jika diberikan kerja rumah subjek itu untuk disiapkan di rumah, kesudahannya masih lagi dia akan meniru di sekolah nanti.

Dan bukan dia sahaja.

Kayu itu tergolek ke tengah jalan, betul-betul di atas garisan putus-putus jalan satu lorong itu. Dasar budak tak matang, dibiarkan sahaja tanpa mengetahui, kelakuannya itu boleh mengundang kecelakaan orang lain. Betul kata orang, malang tidak berbau, tiba-tiba ada pula kereta yang melalui jalan itu hari ini. 

Budak tak matang itu memandang kayu, memandang kereta, memandang kayu kembali, memandang kereta kembali dan jarak kereta dan kayu itu semakin dekat. Dekat, dekat, dekat, dan... kereta itu memperlahankan kenderaannya. Cukup tekanan breknya, kereta itu betul-betul berhenti depan kayu tersebut. Lelaki itu turun, ambil kayu, buang ke tepi. Dia pandang 'budak tak matang' tu, dan mencebik. Lelaki itu memasuki kereta, dan terus memacu jauh.

'Budak tak matang' itu terkedu. Terkedu sebab kayu itu satu, terkedu lagi satu sebab lelaki itu, 'temantapiringanringannya'.


Dia sepak kayu itu lagi.

Isnin, 7 Mei 2012

Dilemma kedua.

Ditakdirkan pula harini keluar keputusan UPU, yang dimohon menggunakan nombor pin yang dibeli daripada akak (gadis/bakal-isteri-tersayang?) cute di Bank Simpanan Nasional tempoh hari.

Dan ditakdirkan pula aku mendapat Sains Aktuari di UiTM. Dan ayah pula seakan menyokong jika aku memilih untuk mengambil course tersebut. Ha! Kan dah dilemma?

Samada ke matrik, atau ke universiti, atau ke udara?

Haih, macam nak pilih aiskrim betul. Dilemma, katanya.

Sabtu, 5 Mei 2012

Pemikir.

Dalam segelap mata, jika dilihat wajah good-looking aku ini, pasti akan terimbas dengan jelas bahawa aku mungkin seorang lelaki yang malas berfikir ataupun orang kata, jenis lay-back. Tak ada ciri-ciri nak anak ramai langsung pabila berkahwin dengan bakal-isteri-tersayang (baca: Taeyeon) kelak.

Tapi itu semua hanya jika dikilas sepandang mata, dalaman diri aku, mungkin kau juga akan terkejut dengan benda-benda yang aku sedang fikirkan. Jika dibandingkan dengan galaksi sebesar mungkin, besar lagi fikiran yang bersarang dalam minda aku ni. Kalau nak buat buku dengan benda yang dalam otak aku ni pun, aku rasa boleh, sampai 20 bab rasanya.

Aah, aku nak main dram. Maksud aku, sambil berfikir.

Jumaat, 4 Mei 2012

Periksa-atas Medikal.

Disebabkan untuk menjadi juruterbang yang berdedikasi dan bersedia untuk berkhidmat kepada negara, satu medical check-up terpaksa dihadapi. Walaupun telah diberitahu lebih awal, tapi perasaan gementar kian bersarang di dalam jiwa dan raga. Amboi, ayat SPM betul. Tarikh semakin hari semakin dekat, semakin gementar sehingga tidak lalu untuk menonton siaran Running Man di saluran OneHD itu. Eh bukan apa, dah tengok yang Internet punya, sepupu download. Dan akhirnya, tiba juga hari yang ditunggu-tunggu.

Khamis, 3 Mei 2012

(VIDEOCURI) IU(아이유) _ PEACH(복숭아)(Teaser)



#dearfutureGF, saya tunggu.

Sebab awak yang kedua, lepas Taeyeon.

Eh, saya boleh empat.

Mana?

Dalam pada aku sibuk melakukan medical check-up, dan juga menganggur, kadang-kadang aku akan menulis status di laman maya popular dunia (baca : diari maya terbesar manusia di samping mereka meletak gambar-gambar aktiviti seharian) , facebook.

Dahulu, jika di-taip satu status, bagi mereka yang bukannya hotstuff seperti aku ini, mendapat 5 'like' ke atas, terasa seperti baru memenangi anugerah Pelajar Cemerlang rasanya. Apa orang putih kata, cloud nine?

Namun, semenjak aku mengesyaki terdapat satunya gerakan 'Meminggirkan Adam' kebelakangan ini, bilangan 'like' semakin berkurangan, dan aku terasa seperti Mark Zuckerberg terlupa akan rakan-agak-karibnya ini. Come on-lah! Bukan dulu kita sama-sama balik sekolah singgah White House ke dulu lepas habis kelas dekat Harvard dulu? Tak ingat?! Dasar lupa kawan, patutlah tak panggil aku masa buat facebook dulu.

Ni yang rasa macam nak deactivate facebook ni.

Eh, macam budak-budak remaja yang nak "periksa" lah pula.

Rabu, 2 Mei 2012

Sedang.

Sekali lagi, jika anda terbaca kiriman ini, semalam punya tulis.

Sedang berada di KL, ke-medical check-up-an.

Ada dengar jerit tak?

Kemaskini : Tiada pengambilan darah, dan ya, sia-sia takut seminggu.

Selasa, 1 Mei 2012

Hari Pekerja + Hari Pelajar?

Nama sahaja Hari Pekerja, budak sekolah pun cuti sama.

Mungkin bila anda baca ni, semalam punya tulis.

Memandangkan hari ni cuti, jadi sengaja diluangkan masa bersama keluarga.

Dan juga, aku akan ke KL, untuk membuat pilot medical check-up. Jadi, jika terdengar jeritan hari Rabu nanti, itu maksudnya aku kena cucuk jarum, ambil darah.

Selamat bercuti, bekerja, dan menganggur. Dan juga, selamat ambil darah. (Untuk aku)

Doakan?

Isnin, 30 April 2012

SATU DUNIA

Satu dunia, banyak cerita
Yang ingin dikongsi bersama
Tiada beza antara manusia
Tapi takkan mungkin bersama

Kau dan aku, banyak berbeza
Tiada yang serupa
Jangan terlalu memaksa, perkara tak di jangka

Tapi mungkin, kini berbeza
Kita berdua sama
Tiada halangan, antara kita
Untuk menjalin cinta

Biarkan mereka, melihat kita
Bersama mesra
Mungkin mereka hanya cemburu
Melihat kau dan aku
...
Hidup ini, kita masih dalam satu dunia. Satu dunia, yang dikongsi bersama.
Mungkin kita tiada berbeza, cuma dalam hatinya, 'dia' rasa, 'dia' dan 'dia' tak akan mungkin bersama.

Walau banyak berbeza, tapi dipinta jangan dipaksa. Cuma menunggu masa.

Dan akhirnya, masa itu tiba, dunia berubah, 'dia' berubah, 'dia' dan 'dia' kini bersama.

Dan juga, 'dia' berdua tahu, ada yang cemburu.

Ahad, 29 April 2012

PESTA DUNIA

Pesta dunia banyak helahnya
Pesta dunia jangan terpedaya

Teropong dunia macam macam ada
Aku di mana, hilang arahnya
Manusia akalnya
Pesta dunia

Oh manusia!
Di mana akalmu, diri jadi buntu
Tersipu malu
Oh manusia!
Di mana akalnya, letak di mana
Jangan berpura
...

Kalau dikata, dia sibuk memikirkan dunia, tapi tak difikir bagaimana dia dipermainkannya?

Bila dilihat di sebalik teropong, dunia bagaimana? Seronok?, sehingga hilang arah semuanya.

Bila si akal sengaja disembunyi, dibiar diri buntu, dan sengaja dilupakan tempatnya, jadilah sepertimana yang si jahat mahukan?

Bukan dia yang menang. Cuma si kota itu saja hancur. Bagi dia, apalah sangat, bukan?

Kakipunyanota : Hasil tulisan masa kecil-kecil, dulu.

Sabtu, 28 April 2012

Produktif. (viti)

Hari ini, setelah beberapa bulan "berpuasa" daripada menjejakkan kaki ke pawagam, akhirnya aku ke pawagam hari ini. Bagi menonton cerita yang menghimpunkan superhero-superhero terkenal di dalam satu filem.

Jika Iron Man merupakan idola di dalam filem ini, Black Widow pula mungkin akan aku jadikan amah jika aku berkerjaya kelak. Nak buat jadi isteri tak boleh, dah ada Taeyeon.

Cuma, aku nak tanyalah, seronok sangat ke bersesak dekat KL tu, daripada duduk dalam dewan yang ber-pengdingin-hawa, sambil menonton Scarlett Johnsonn yang aummmmmmmmm tu? (Kepanjangan 'm' menunjukkan ke-"panas"-an Scarlett, bagi yang kurang faham.)

Dan, seronok ke pakai baju kuning?

Khamis, 26 April 2012

Dejavu.

Dalam pada masa aku menganggur, walaupun tidaklah sehingga tahap goyang kaki tak buat kerja kerana itu derhaka namanya kerana tidak menolong ibu bapa, kadang-kadang aku akan mendapat, apa orang putih kata, Dejavu. Kiranya, kadang-kadang dalam kehidupan seharian ni, tiba-tiba aku terasa macam aku dah buat benda ni, tapi tak tahu bila. Nak ingatkan balik, tapi tak boleh, tapi rasa macam dah buat.

Macam ada remote control yang tiba-tiba me-rewind hidup aku pula.

Eh eh, kenapa tiba-tiba dapat bayangan kahwin dengan Taeyeon ni?

Eh eh, YES!

Isnin, 23 April 2012

Konflik.

Dalam dunia ni, kalau tak ada konflik, jadi macam air bandung tak ada susu, tak ada tiga layer, mahupun tak ada soda. Tawar. Jadi, konflik ni kononnya perencah rasa dalam kehidupan lah. Peh, macam jawab kertas 1 BM masa SPM betul ayat yang last tu. Tapi malang, BM, A sahaja, '+' -nya lari, ikut '-' agaknya.

Dalam pada ada konflik tu, perasaan marah atau cepat melenting itu mesti ikut sama. Sebab dalam jiwa tak tenteram, bergelora tak tentu pasal. Rasa macam nak lompat-lompat atas katil je rasa, takpun dalam kes aku, rasa macam nak hentak dram tu sampai orang sebelah bawa parang. Mungkin orang lain, akan meluahkannya dalam facebook. Mentang-mentanglah hotsetaf, update taip nak mandi pun, orang 'like' sampai ribu-ribu.

Tapi sekarang ni memang aku tengah dalam konflik betul.

Bateri iPhone ni asyik cepat habis, sampai nak tengok video lagu dan mendengar suara merdu bakal-isteri-tersayang ketika mahu beradu pun terganggu. Asyik nak kena caj memanjang.

Ha tengok! Aku tak buat apa-apa pun, selamba dia je daripada 100% terus jadi 20%!

Menaip sebab bosan.

Jika ada 'rakan sebaya satu sekolah' yang membaca kiriman daripada laman maya tidak dianggap (dipetik daripada tajuk lagi, 'Kekasih Yang Tak Dianggap') ini, mesti sedar akan perubahan pada diri aku.

Dari segi sosial-nya, dari segi ke-tampan-nya, ke-kacak-kannya, dan sudah pasti, ke-kurus-annya.

Mungkin dahulu, mesti ada yang toleh sekali lalu mencebik dan berkata dalam hati, "Gemuknya budak ni". Tapi sekarang, mungkin mereka toleh dua kali, sebab pada pandangan kali pertama, nampak macam Lee Minho, kali kedua nampak macam Aaron Aziz. Tapi itulah, mentang-mentang aku Korean-look, semua nak samakan aku dengan Minho. Tahulah aku handsome dengan rambut tutup mata, tapi janganlah terlalu nampakkan sangat kau minat aku sampai nak 'like' DP facebook aku dua tiga empat kali. Aku sedar, badan aku taklah seketak-ketak seperti Aaron Aziz mahupun abang badan tough dekat Universal Studio Singapore tu.

Cuma, aku haraplah, dengan ke-kurus-annya badan aku ni, dapatlah tiap-tiap hari aku dapat mesej dari wanita-wanita comel sekalian.

Hai, gegadis. Saya dah handsome, tau?


Kakipunyanota : Walaupun, hati aku hanya pada Taeyeon.

Khamis, 19 April 2012

Tunggu.

Disebabkan terdapat alter ego dalam diri aku yang mengatakan aku berhak mendapat keputusan yang lebih baik dalam SPM, aku dengan selambanya memuat-turun borang semak semula SPM.

Muat-turunnya dah lama, seminggu selepas keputusan dikeluarkan. Tapi menghantarnya, tiga hari sebelum tarikh tutup. Apa orang kata, procrastination. Kalau salah eja, janganlah salahkan cikgu kursus BI UTMSpace tu. Salah aku sebenarnya. Salah eja 'melambat-lambat'kan pun, sijil dah ada.

Jadi, sekarang, kita tunggu dua bulan dari tarikh 18/4/2012.

Semoga yang baik hendaknya.

Ayuh, sambung semula kerjaya pengangguran.

Selasa, 17 April 2012

Dulu.

Dulu, aku pernah pergi Korea bersama keluarga. Pada 2005, kalau tak salah fail

Tapi masa tu, Super Junior, mahupun SNSD ataupun 4Minute atau SHINee tak ada lagi. Kpop pun tak semegah sekarang ni. Yang popular pada masa tu hanyalah drama-drama Korea, lagi-lagi "Winter Sonata". Jadi, bila di sana, semua hanya berperasan menjadi hero di dalam drama tersebut sambil main sembunyi-sembunyi di celah-celah pokok di pulau Nami. Ya, lokasi penggambarannya di Pulau Nami, sila Google Earth. Atau tidak, sila cari glob.

Kini, jika ke Korea, sudah tentu niat yang disemat di dalam hati adalah untuk berjumpa mana-mana artis Korea. Mana tahu, terserempak dengan tidak sengaja, boleh juga menatap wajah Taeyeon. Atau dengan kata lain, bolehlah mengorat Taeyeon. Kalau tidak berjumpa Taeyeon pun, terjumpalah bakal-isteri-tersayang (baca: IU, Jiyeon, Suzy, Boram, Uee, Jiyoon, Ailee) yang lain

Namun, aku bernasib baik aku pergi dahulu badan aku gemuk, dan Korea tak sepopular sekarang.

Sekarang dah kurus, peluang nak ada bakal-isteri-tersayang berasal dari Korea Selatan, lebih cerah.

Kakipunyanota : CERAH, SECERAH-CERAHNYA!

Jumaat, 13 April 2012

Cuti.

Setelah beberapa hari, bulan, saat, dan tika, akhirnya dapat jua bercuti. Walaupun aku menjadi separa anti-sosial dalam profesion mengganggur ini, masa untuk merehatkan minda, amatlah diperlukan.

Jadi, selamat berjumpa lagi. Maksud aku, berjumpa lagi di modem Wi-fi yang lain.

Dan, sila rindu aku.

Kadang-kadang.

Aku tengok Blogger ni pun kadang-kadang dilemma.

Dilemma nak pakai font apa dan template stail apa.

Sama macam aku.

Dilemma lagi. Kecik ke besar tulisan ni ?

Janan sampai aku rabun, cukup. Aku nak jadi juruterbang!

Khamis, 12 April 2012

( VIDEOCURI ) David Choi - Missing Piece - Official Music Video



Masih mencari missing piece.

Walaupun jauh.

Biarkan orang kata aku obses sekalipun.

Aku sanggup tunggu dia.

Selasa, 10 April 2012

Ke-goodlooking-an.

Sebagai manusia yang rendah diri, tapi tinggi dari segi ketinggian, aku tak pernah merasakan aku sekacak Aaron Aziz. Walaupun aku tahu, aku ada wajah persis artis Korea. Aku tahu semua itu, Tapi seperti yang dicakapkan, aku rendah diri. Nak pergi pesan piza Chicken Supreme dekat kaunter yang ada wanita cute, kadang-kadang aku tak berani. Apatah lagi mahu menayangkan muka hampir setiap hari di laman maya, facebook seperti manusia-manusia yang lain. Walaupun aku tahu... eh nak kena ulang balik ke ayat di atas?

Jadi, kenapa kau guna hashtag di facebook ?

Isnin, 9 April 2012

DUNIA KITA

Tersepak batu salahkan dunia
Apa di matanya sungguh hina
Baginya hidup umpana mainan
Tiada hidup umpama di taman

Dia inginkan
Kehidupan bahagia
Di dalam kehidupan sementara
Dia inginkan
Kehidupan ceria

Di dalam kehidupan sementara
Mengajar manusia
Bagai mengajar sebuah dunia
Degil dan besar kepala.
...

Manusia, kadang-kadang suka menyalahkan manusia yang lain tanpa menyedari salahnya datang dari diri sendiri. Bila berjalan tidak memandang depan, tersepak batu tidak bernyawa, disalahkan batu itu. Bukannya mata yang melilau dan bukannya otak yang terpedaya. Alangkah hinanya dunia ini pada matanya, merasakan dunia bagaikan mainan, sesuka hati merencana hidup sendiri.

Kononnya, dia ingin kehidupan bahagia dalam kehidupan yang sementara dan kononnya juga, inginkan kehidupan yang lebih ceria.

Tapi, dia masih tidak faham maksud kehidupan sementara itu, dan nak mengajarnya erti dunia, bagaikan mengajar sebuah dunia yang besar kepala.

Sabtu, 7 April 2012

Patah Kata.

Konon-kononnya, sebagai tempat luahan hati yang lebih puitis, romantis dan sadis.

Nah, walaupun aku tak popular, mematahkata.blogspot.com.

Jumaat, 6 April 2012

Gaya.

Selalunya, apa orang kata, self-esteem aku rendah sebenarnya. Walaupun daripada luaran, kelihatan aku seperti manusia yang suka menyakat, mengacau serta petah bercakap, tapi jika disuruh beli Spicy Chicken McDeluxe seorang-seorang, aku akan berfikir dua tiga empat kali sebelum aku mulakan langkah ke kaunter bagi membuat pesanan.

Kisah benar.

Jadi, bila rambuat aku panjang, tidak seperti ketika aku di sekolah, yakni rambut aku sentiasa pendek memandangkan aku merupakan pelajar yang begitu mematuhi peraturan, kadang-kadang aku rasa aku handsome, eh god-looking. Dan secara tiba-tiba, rasa macam nak menggoda anak dara orang. Maksud aku, untuk dijadikan suri rumah dan suri hati sepenuh masa kelak.On the side note, Taeyeon masih lagi menjadi pilihan suri rumah nombor satu.

Yang diharap itu tidak lama, aku dipaksa untuk memotong rambut oleh famili sendiri. Dan akhirnya, rambut itu terpaksa dilepaskan. Jadi, self-esteem kembali menurun. Terus aku segan untuk menggoda anak dara orang.

Aku dah tak tahu nak gayakan macam mana dah rambut ni.

Kakipunyanota : Orang kata, rambut panjang aku dulu itu, gaya Kpop. Kalau gaya Kpop maksudnya, aku handsomelah?

Khamis, 5 April 2012

Loner.

Sebagai manusia yang masih ada perasaan dan jiwa yang sensitif, aku dibiarkan kesepian.

Loner apabila diterjemahkan ke bahasa Melayu melalui Google Translate, bermakna, seorang penyendiri.

Maksudnya, jika aku nak bercerita pasal cinta monyet mahupun cinta semut sekalipun, tiada apa yang boleh diceritakan. Apa orang kata, that's not in my dictionary.

Cuma apa yang pasti, Taeyeon.

Rabu, 4 April 2012

Aku. Sekolah. 11 Tahun.

2001. Darjah 1.
Lepasan tadika masa ni. Masa ni tadika pun dah ada konvokesyen, siap pakai jubah konvo dengan topi petak ada tali tepi tu. Peh, rasa macam graduasi U pun ada. Mungkin konvokesyen itu adalah salah satu cara menyedapkan diri jika ada yang dah besar nanti, tak dapat masuk U. Mungkin juga. Kemasukan darjah 1 di SK Taman Universiti 1. Duduk di sebelah budak perempuan, kerusi lain semua penuh. Ya, memang dulu aku kira macam playboy juga, masuk-masuk sekolah terus duduk sebelah perempuan. Lepas tu, aku tak ingat.

2002. Darjah 2.
Tahun ni pun aku dah tak ingat sangat peristiwa yang berlaku.

2003. Darjah 3.
Lagilah tak ingat. Rasanya masa ni aku kenal BFFs gua, Shafiq dengan Hafiz.

2004. Darjah 4.
Aku dilantik sebagai pengawas. Menjadi ketua pintu depan. Eh yeke, aku pun lupa. Masa ni aku suka makan, dan aku gemuk.

2005. Darjah 5.
Jadi pengawas lagi. Masa ni mungkin aku tengah jadi ketua pintu depan. Rasanyalah.

2006. Darjah 6.
Tahun UPSR. 5A. Dapat tawaran ke SMK Skudai. Menjau lah aku daripada Taman U dan rakan-rakan. Nasib baik ada juga kawan-kawan yang lain dapat sekolah yang sama. Dan, aku semakin gemuk.

2007. Tingkatan 1.
Masuk ke SMK Skudai. Kelas premier. Aku gemuk. Dan pendiam.

2008. Tingkatan 2.
Masuk kelas pertama. Aku dah mula kurus, dan mula menjadi periang.

2009. Tingkatan 3.
Turun balik kelas. Tahun PMR. 7A 1B. Agama wei. Makin kurus. Makin ramai yang terkejut dengan kepetahan aku bercakap dalam edisi mengenakan orang ramai. Aku baik, tak nakal.

2010. Tingkatan 4.
Disebabkan 8A ramai, aku ditempatkan ke kelas kedua. Lagi. Kejutan budaya dengan subjek-subjek baru. Kejutan budayalah sangat. Aku memang suka bercakap, lagi-lagi dalam mengenakan rakan-rakan taulan.

2011. Tingkatan 5.
Masuk balik kelas pertama. Yeay! Tahun SPM. Dan keputusannya, 1A+ 4A 4B+. Memang aku nak tunjuk B+ tu. MEMANG. Dan ya, aku semakin kurus dan rambut semakin kembang. Ramai yang tak berpuas hati dengan kecekapan aku bercakap. Tapi jika disuruh berucap, kaki masih menggeletar. Biasalah.

Kakipunyanota : Saja. Mana ada orang nak buat biografi aku pun.

Ahad, 1 April 2012

April Bodoh.

Kadang-kadang bila orang Barat tak ada kerja, dia ciptalah hari yang bukan-bukan.

Macam hari ini, dikatakan hari rasmi untuk mengenakan orang.

Kalau terkena, senang sahaja, ucaplah, "APRIL FOOL !" . Kononnya tak ada orang akan marah.

Tapi kalau salah orang, gigi berterabur, tak ada siapa yang akan nak tolong kutipkan.

Jumaat, 30 Mac 2012

Terpesong.

Sebagai penggangur berjaya, urusan penting yang dilakukan setiap hari adalah melihat televisyen dan juga melayari Internet menggunakan laptop-ada-muka-bakal-bini-tersayang. Hidup aku bahagia.

Hari ini, urusan penting itu dilakukan juga. Cuma hari ini, setelah dileteri oleh ibu sendiri, aku kembali melihat bookmark berkenaan bahagian-bahagian kapal terbang, landing gear, touchdown, landing dan lain-lain.

Tapi sebagai remaja yang muda dan bercita-cita tinggi serta fokus yang tidak selalunya tetap, kadang-kadang, laman web yang memberi informasi berguna untuk masa akan datang yang perlu dibuka seperti Wikipedia mahupun laman-laman yang lain, tiba-tiba akan terpesong kepada facebook, YouTube dan macam-macam lagi.

Sepetutnya masa yang diperuntukkan secukupnya untuk mengulangkaji, telah digunakan untuk bergelak ketawa mahupun seperti sekarang ini, menaip blog. Cukup syarat saja buka laman web tu. Alah, remaja.

Sebab nanti bila ibu bapa masuk bilik, boleh terus tukar window.

Rabu, 28 Mac 2012

Terperap.

Tepat 3 jam aku terperap dalam bilik.

Penjara, walaupun dengan laptop-ada-gambar-muka-bakal-bini depan mata.

Sesaatnya, hidup sebagai pengganggur, seksa.

Panas, mungkin globalisasi cuaca, ataupun aku yang penuh dosa ?

Paranoid, bila laptop berada pada jarak yang boleh merabunkan mata dan menjauhkan cita-cita.

Terperap, sampai bila ?

Mungkin bila kaki aku diturunkan dengan kehendak sendiri untuk mencecah lantai dan bergerak ke pintu.


... atau bila mak aku panggil makan.

Selasa, 27 Mac 2012

Ke-rambut-an.

Dahulukala, zaman sekolah, aku memang berambut pendek. Innocent orang kata. Nampak suci. Sebab trauma dulukala, rambut panjang, kena rotan di tangan, cikgu siap angkat rotan sampai paras kepala, lepas tu hayun macam nak patahkan tangan anak murid. Apa celaka cikgu tu ?

Dah habis sekolah, dah mengganggur, dah malas nak berjalan ke kedai gunting rambut, rambut makin la panjang. Panjang dan lebat dan, HANDSOME. Eh, good-looking katanya.

Pergi mana-mana semua, terkejut melihat keadaan aku yang semakin handsome dengan adanya rambut yang semakin lebat. Sampai semua kata, dah macam orang Korea. Kadang-kadang, orang Korea yang macam aku.

Yes! Memang lepas ni Tayeon tergodalah.

Isnin, 26 Mac 2012

Bakal Isteri.

Lepas Lisa Surihani pergi meninggalkan hati, meninggalkan sepi untuk diri ini, pergi bersama Yusry, kini Scha pula mahu meninggalkan aku untuk bersama dengan Awal. Siap melamar di kaca televisyen lagi, apalah nak dibandingkan dengan aku.

Aku hanya mampu menjanjikan yang aku mungkin akan melamarnya di awan biru kelak. Tapi, apakan daya.

Jumaat yang lepas juga, gegadis Korea, Girl's Generation singgah di kota Kuala Lumpur untuk menghadiri konsert di KLCC sempena F1. Oh ya, Alonso menang F1 semalam. Kenal?

Selalunya, kalau Taeyeon (baca : bakal bini merangkap ahli kumpulan Girl's Generation, kalau tak kenal lah) nak berjalan, dia bagitahu dahulu. Tiba-tiba haritu, dia lupa nak bagitahu. Mungkin tergesa-gesa sebab mereka adalah artis yang menggantikan artis yang tidak dapat membuat persembahan disebabkan tidak mengikut peraturan. Mungkin.

Tak apa, aku maafkan.

Lepas ni, Taeyeon jangan buat lagi ok ?

Kakipunyanota : Taeyeon, IU, Jiyeon, Suzy, Boram, Uee, Jiyoon, Ailee, sila tunggu abangmu ini.

Ahad, 25 Mac 2012

Masuk U.

Walaupun kerjaya yang aku dambakan adalah untuk menjadi juruterbang berjaya, tiada salahnya jika saya dengan malu-malu dan segan melangkah ke Persada untuk melihat-lihat keadaan di Persada semalam.

Hoi, penuhnya, macam nak masuk taman tema Sunway, cuma kurangnya tak ada air pancut mahupun gegadis kebasahan. Basah sebab peluh iya la kot. Eh ada air-com. mana mungkin berpeluh. Cuma bila dah ramai budak-baru-lepas-ambil-keputusan-SPM berkumpul ramai-ramai dalam satu tempat, aku yang dah pakai minyak wangi Adidas ni pun terus bau lain. Betul, aku baru beli perfume Adidas tu tempoh hari. Semata-mata nak ke Persada.

Aku melilau ikut kawan menanyakan apakah kursus yang ditawarkan oleh universiti-universiti tempatan. Berbekalkan 1A+ 4A 5B+, aku melihat-lihat apa yang patut.

Dan ada benda yang aku nampak. Ramai-ramai betul budak bukan lepasan sekolah yang buat lawatan ke Persada ni. Patutnya tak payahlah, tunggu lah tahun depan, kesian abang-kakak yang baru dapat keputusan ni kena bersesak-sesak macam nak masuk Cosmo's World dengan adik-adik semua.

Dan, tak payahlah dalam tempat sesak macam tu pun, nak kena bawa DSLR lepastu tangkap gambar dekat tiang dalam Persada tu.

Kakipunyanota : Aku nak jadi juruterbang.
Kakipunyakakipunyanota : Aku punya gaya penulisan ni patutnya dapat A+ masa SPM ni, semua salah penanda!