Jumaat, 20 Mei 2011

hari cuti baca buku.

setelah berhempaspulas, kedebakkedebuk, sakit kepala nak toleh kiri kanan cari jawapan ( bukan mencari barangkali, mungkin bertanya ), berlatih menghaluskan suara untuk mendapatkan jawapan yang tepat serta kemahiran ' menjawab berpandu ' yang sering sahaja diperkemaskan hari ke hari, akhirnya tiba masa merehatkan minda.

anda tahu ?
hari Jumaat pada minggu peperiksaan merupakan hari yang paling ditunggu oleh ramai pelajar.
iyalah, setelah 5 hari berhempas pulas, menahan nafsu makan, minum dan yangtakperludisebut , akhirnya mereka dapat merehatkan minda. buku yang selalu ditatap pada hari hari sebelumnya, tidak dipandang langsung pada hari ini.

sebaliknya, masa yang terluang itu diisi dengan menonton televisyen, menonton youtube, menonton , err, bermain badminton, membuka eFBee da macam macam lagi.

tetapi,

minggu depan ada lagi periksa.
maksudnya, kena baca buku lagi.
kena pecah kepala lagi.
kena berlatih haluskan suara lagi.
kena toleh kiri kanan lagi.

hesh.
faecesaminuddinbukitsafa sungguh.