Jumaat, 20 Mei 2011

BERJALAN BERLARI

Aku berjalan
Di bawah bulan purnama
Yang memancar, cahaya.

Aku berjalan
Mencari ketenangan
Di dalam hidup, penuh dugaan.

Dan terus
Ku, berlari
Mencari
Erti hidup ini.

Dan, terus
Ku, berlari
Mencari erti dunia/cinta ini.

Berlalu pergi
Menanti pagi
Mentari pagi
Pasti ku temui

...

Dalam kegelapan malam, seorang manusia berjalan tanpa berteman. Temannya hanya angin malam, bintang, dan bulan. Kadang-kadang, pungguk juga datang menemani untuk seketika.

Bila tiba rasa kesunyian, dia berlari, mencari teman dan juga erti hidup dalam dunia.

Berlari dan berjalan sehingga timbulnya mentari di pagi hari.