Jumaat, 20 Mei 2011

kenapa KPOP menjadi epidemik masa kini.

Saya, sebagai salah seorang peminat genre muzik ini, akan mengupas sedikit sebanyak sekurang selebih perkara yang membuatkan KPOP, menjadi salah satu epidemik dan mendapat tempat di peta muzik dunia ( bombastik sungguh ayat ).

1. lagu yang mempunyai rentak muzik 'dance' serta 'catchy phrase' atau bahasa melayunya, frasa tertarik.

tidak dapat dinafikan, kebanyakan lagu lagu yang dibawa oleh kumpulanlelaki dan kumpulanperempuan ini mempunyai rentak yang rancak. hal ini kerana, kebanyakan kumpulanlelaki dan kumpulanwanita ini mempunyai kelebihan untuk menari.

Tetapi, bayangkan kalau anda mendengar lagu Sedetik Lebih tapi menari tarian, Bonamana.
mungkin agak pelik. jadi, jika sebuah lagu itu mempunyai emosi sedih, gerak tarinya akan mempunyai unsur emosi sedih.

Tetapi, rentak muzik 'dance' tetap dikekalkan di dalam lagu mereka ini.

2. tajuk lagu yang menarik perhatian serta lirik mesra lidah.

kebaanyakan lagua KPOP hanya mempunyai satu perkataan yang dijadikan tajuk lagu mereka. dan kebanyakan berbahsa Inggeris.

Seperti, Bonamana, Gee, Hoot, Try, I'll Be Back, Black and White dan macam macam lagi.
tak tahu lagu lagu di atas ? sila Youtube. jangan melencong.

Dengan penggunaan tajuk tajuk lagu di atas, peminta luar Korea akan memahami lagu tersebut. Tak banyak, sedikit pun jadi.

Selain itu, lirik lirik yang dinyanyikan pula begitu mesra lidah. anda hanya perlu dengar 2 atau 3 kali lagu tersebut dan SHAZAMMM ! anda akan dapat mengikuti lirik lirik lagu tersebut. namun dinasihatkan, supaya tidak mencari lirik lagu tersebut. kerana mungkin anda tak akan tahu mana lirik yang anda nyanyikan. tak percaya ? cuba teka, di manakah perkataan ' eodiseo channi ' dan bagaimana mahu menyebutnya ?
lirik tersebut terdapat pada lagu No Other - Super Junior.

3. wajah kacak serta mukabayi ( babyface ) serta peha, err, muka menawan.

ya ! ini mungkin sebab palin utama masyarakat sedunia telah memandang KPOP salah satuduatiga epidemik muzik masa kini. berbekalkan nasi goreng, err, wajah kacak serta mukapeha menawan, sudah tentu mereka menjadi idaman ramai.

termasuk saya. oh, taeyeon !

namun, terdapat ura ura serta kura kura yang mengatakan, mereka ini telah melakukan pembedahan plastik bagi mencantikkan wajah mereka. yang terbukti melakukan pembedahan plastik adalah kwanghee dari kumpulan ZE:A ( ze titik bertindih ya ).
seperti yang diceritakan oleh penyembah ( presenter ) konferensi JSL C tak lama sebelum ini. dah lama sebenarnya. dan diceritakan kembali oleh budakjslsekolahberkaitan.

sampai di sini sahaja kupasan serta kipasan kali ini, jumpa lagi.
anniyeong.