Jumaat, 22 Julai 2011

Sakit. Mata Ikan.

Harap maklum, apa yang anda akan baca selepas ayat pendahuluan ini, adalah satu luahan hati terendam yang amat dalam dan mempunyai makna yang sungguh tinggi.

Jadi, lapangkan minda anda. Huih ayat.

Sakit itu subjektif.
Ada yang sengaja mencari penyakit.
Dan ada yang tersengaja.

Bagaimana mencari penyakit ?
Anda dengan sengajanya bogel memasuki hutan. Serta mengacau busut ataupun sarang tebuan yang membesar di dalam hutan rimba itu. Orang kata, jangan dijolok sarang tebuan. Nak jolok lain boleh. Opps, terberbaur seksual pula.

Saya tidak sengaja mencari penyakit. Dengan menulis kiriman ini.

Bagaimana pula tersengaja mencari penyakit ?
Ini paling senang. Anda merupakan pelajar sekolah, dan anda, bukanlah seorang pelajar yang rajin.
Maksud rajin di sini adalah, membuat kerja rumah yang diberikan oleh cikgu berkaitan secara sendiri walaupun berlambak sekalipun. Sudah tentu anda bukanlah seperti yang di atas, kan ? Senyum tu, betullah tu.

Nanti kena marah dalam makmal Fizik tahu ?

Jadi, sudah tentu, meminjam buku kawab adalah satu kemestian dalam senarai-perlu-buat anda. Lebih teruk lagi, buku itu perlu dihantar pada hari anda meminjamnya. Rakan anda berbelah bahagi darab terpaksa memberi kepada anda. Ala, rakan anda yang anda pinggirkan itu ? Anda membuat kerja yang diberikan ( baca : menyalin bulat bulat ) kerja yang tidak siap itu.

Tiba hari ditetapkan, anda lupa membawa buku tersebut. Hati yang sedang menyarsi ( baca : menyirap ) itu, telah membuatkan rakan anda mengepalkan tangannya. Akhirnya, meninggalkan bekas di pipi.

Dan ya, itulah yang dimaksudkan dengan tersengaja mencari sakit.

Dan yagandadua juga, saya sakit tengkuk. Adui.

-----------------------------------------------------------

Ini adalah kiriman yang patut dikirimkan sebulan yang lepas. tapi, disebabkan faktor malas, anda faham faham sahaja.

Lapangkan lah fikiran anda. Sekali lagi.


Selamat pagi/malam/tengah hari.

Pada minggu ini, saya telah mengalami satu penyakit yang telah memberi kesan secara total kepada diri saya. Dari segi mental, emosi dan fizikal.

Batin saya juga terseksa.

Mata ikan ini terhasil disebabkan kekurangan air serta kurangnya pengambilan sayur sayuran. Tetapi saya makan sayur. Kan di setiap burger di restoran makanan pantas, ada sayur ? Dan juga di dalam makanan mak saya. Manakala bagi air pula, mungkin disebabkan jadual yang ketat. Ataupun sibuk belajar.

Penyakit ini telah banyak menyusahkan saya. Banyak urusan saya telah terjejas dek mata ikan ini. Sebagaimana orang KL terjejas dengan perhimpunan haram tapi bersih itu, sebegitu jugalah yang berlaku pada saya.

Saya hanya mampu menangis menanggung kesakitan itu. Kesakitan yang teramat perit untuk diterima oleh badan manusia. Tambahan, saya tidak mampu untuk bercakap dengan sesiapa. Maksud saya, secara tajam. Dan menusuk kalbu.

Seperti yang rakan rakan saya tahu, saya merupakan seorang yang suka bercakap. Atau dengan kata lain, memerli kawan. Heh.

Mungkin rakan rakan saya yang mendoakan saya supaya terkena mata ikan ini. Mana tahu.

Jadi, secara konklusinya yang tiba tiba saya terfikirkan, kita perlu mencuba menghindari mata supaya ia tidak melarat dengan kerjasama pihak berkaitan.


Makin sesak bukan fikiran anda ?