Sabtu, 2 Julai 2011

Hari Terbuka.

Semalam, satu hari yang penuh peristiwa.

Membawa ibu bapa ke sekolah untuk berbincang dengan guru, bukanlah sesuatu perkara yang mudah.
Amat sukar.

Hingga ada yang tidak tidur malam memikirkan apa nasib yang akan menimpa mereka pada esok hari. Mungkin juga, selepas perbicaraan dari mata ke mata itu.

Banyak yang dibincangkan di antara ibu bapa dan penjaga. Kita yang berbaju putih ini, hanya duduk diam di sebelah tanpa berkata. Sesekali hanya mengangguk dan senyum.

Apa yang dibincangkan, hanya didengari dengan penuh teliti sambil hati berdebar.

Dan saya telah melepasi hari getir ini dengan jayanya tanpa kecederaan. Dan juga segala jenis bentuk jentikan atau kemarahan yang melampau.

Anda, bagaimana ?