Sabtu, 31 Disember 2011

Terakhir.

Sebenarnya, memang tak ada idea pun nak tulis.

Saja, semata-mata sebab hari ini hari terakhir 2011.

Cukup, janganlah menangis sebab perlu ke sekolah Khamis ini. Dan ke PLKN.

Dan cukup, jika kena kerja di hari-hari cuti ini.

Dan juga, mulalah mengira ke bulan Mac.

Kita mungkin akan menangis lagi.

Khamis, 29 Disember 2011

Tiba-tiba...

Maaf, jika ada yang membaca ruangan maya terbiar ini. Maaf jika tiada apa-apa isi kandungan yang boleh dibaca untuk menggembirakn jiwa yang berduka lara dengan hidup yang sedang mengganggur.

Dan, maaf juga jika saya hanya syok sendiri.

Selama seminggu mendiamkan diri daripada menulis ke salah satu ruangan maya yang saya cipta dalam dunia maya ini, saya kini bersemangat kembali untuk menghantar kiriman-kiriman yang acapkali merepek bila dibaca. Tapi, kadang-kadang, MUNGKIN, kadang-kadang ada yang mengambilnya sebagai pengajaran dan bergelak ketawa di depan komputer masing-masing.

Seminggu di dalam hiatus, semuanya disebabkan chicken poks. Ya, saya tahu, sepatutnya penyakit ini patutnya telah dijangkiti sejak kecil lagi. Tapi apakan daya, kuasa Tuhan tidak boleh disangkal.

Katanya, penyakit ini telahpun saya jangkiti tetapi tidaklah secara sepenuhnya. Separuh sahaja yang menyerang. Ya, memang agak pelik. Jadi, memandangkan terdapat adik saya yang dijangkiti, saya akhirnya terjebak sama. Maknanya, separuh lagi virus yang menyerang ketika kecil dulu, menyerang ketika dewasa ini.

Katanya macam itu lah.

Kini, 2012 akan tiba dalam masa dua hari lagi. Ciken poks juga sudah reda keganasannya dalam menyerang antibidi diri.

Oleh itu, sampai sini sahajalah.

Selasa, 27 Disember 2011

It's my birthday, by the way.

Sampai sudah hari yang ditunggu-tunggu dari awal tahun.

Kini aku dah 17 tahun. Baru 17 tahun walaupun sudah mengambil SPM. Hebat tak hebat manusia yang lahir bulan Disember ini.

Jadi, disebabkan masih terdapat sisa ciken pox yang menyerang, nak sambut pun tak boleh lah.

Macam biasa, duduk depan komputer.

Ahad, 18 Disember 2011

Kembali dan Mengembali.

Tajuk macam syahdu habis, tapi isinya tidaklah sesyahdu seperti tajuk yang ditulis di atas.

Hari ni baru pulang bercuti daripada luar negara ( tiada niat mahu bongkak ) dan dalam negara. Seronok melihat negara orang dan jauh daripada hiruk-pikuk dunia. Cewah, mentang-mentang baru lepas SPM, terus fikir kehidupan dunia.

Tapi, bila dah kembali semula ke katil bujang yang bertompok ini, sedih pula fikir cuti dah habis.

Cuti yang dirangka sekian lama akhirnya ditemui juga dan akhirnya habis dalam beberapa lelapan mata.


Kira kiriman kali ini syahdu jugalah.

Ahad, 11 Disember 2011

Daripada Si Loner : Bagaimana mahu mencari temantapiringanringan .

Jangan baca senaraiatas ini.

Kerana semua ini hanyalah khayalan di langit semata mata. Bukan langit ketujuh mahupun kelapan. Hanya di langit semata mata.

Jika anda memberi perhatian ketika cikgu mengajar, sudah tentu anda tahu saya telah menggunakan hiperbola di dalam ayat di atas. Kalau saya salah, abaikan sahaja. Heh. Lama tak guna 'heh' . Jadi, mari baca. Eh, baru cakap jangan baca, bukan ?

1. Pastikan anda yakin bila berkata kata.
Semasa mahu memulakan perkenalan dengan si dia, pastikan kepetahan bercakap anda memang berada pada tahap yang amat memberangsangkan, bukan mengairahkan. Hal ini kerana, jika anda tergagap ketika mahu bercakap dengan si dia, sudah tentu ia akan mengambil masa yang lama untuk menghabiskan perbualan anda berdua. Dan si dia, pasti akan bosan dengan anda dan akan bertindak melarikan diri dengan helah yang luar biasa.

Jadi, pastikan anda ada membuat nota atau teks dan berlatih lah di depan cermin tandas anda. Ala, tempat yang anda selalu tangkap gambar sendiri itu ?

2. Ikut kata hati.
Jika anda terlalu teragak agak, si dia yang menjadi pujaan hati, akan menjadi pujaan orang lain pula. Kan dah tepuk dahi gigit jari. Lambat sangat. Oleh itu, lekaslah bertindak agar si dia tidak terlepas kepada mereka yang lebih bernafsu buas. Walaupun anda tidak kurang buasnya, tetapi mungkin anda lebih pandai dalam mengawalnya. Mungkin dengan cara yang tak boleh disebutkan.

3. Jangan terlalu ikut kata hati yang lain, yakni, nafsu.
Hawa nafsu akan sentiasa mengekori anda di mana sahaja. Kenapa dipanggil ' hawa nafsu ' ? Sebab kaum Hawa mempunyai banyak nafsu. Nafsu yang dipunyai oleh mereka sungguh tidak terkira. Nafsu makan, minum, beli blah, bendayangtidakbolehdisebutkan dan lain lain.Heh. Suka suka buat cerita sendiri.
Jadi, bukan apa, takut nanti keluar surat khabar, " bayi dijumpai di tandas sekolahberkaitan " . Anda faham faham bukan apa yang berlaku pada 9 bulan yang lepas ?

4. Pastikan anda berada di cermin sekurang kurangnya, 1 jam.
Manusia zaman sekarang, segelintirnya, masih lagi mementingkan rupa semata mata. Diulangi, segelintir, dengan gaya cikgu.

Oleh itu, seeloknya, digalakkan untuk berdandan secara melebih lebih di hadapan cermin. Betulkan mana yang tak betul, betulkan lagi yang dah betul sehingga jadi betul. Dan betulkan mana yang lagi betul kepada betul kuasa dua.
Alah, semuanya demi temantapiringanringan anda bukan ?

Saya dah lakukannya, hasilnya ?
Orang kata muka saya macam Justin Biber. Walaupun saya tak suka dia, tapi saya tersenyum mendengar perkara itu.

5. Jadi 'budak nakal' .
Terdapat kata kata mengatakan, perempuan baik suka lelaki nakal. Jadi, tidak salah untuk menjadi 'nakal' sekali sekala. Nakal di sini bukan bermaksud, panjat pagar sekolah.

Nakal di sana bermaksud, anda bergurau dengan gurauan yang mempunyai maksud tersirat, malutapimahu. Mungkin juga berbaur seksual.

6. Berdoa mendapat jodoh yang baik.
Susah susah sangat, mintak lah daripada yang di atas sana.

' Berikanlah aku Taeyeon atau IU atau Jiyeon sebagai teman ku, tak lupa juga Suzy '
Amin.

Senang bukan ? Niat ikhlas. Hih.

Namun, semua perkara di atas hanyalah, bak kata BEAST, " Fiction in Fiction in Fiction "

Perkara di atas hanyalah fiksyen kerana anda tahu sebabnya. Gelak lah puas puas. #dearfuturegfs

Intelektual. Akhir.

Peh, tak ada asap ataupun angin lintang, tiba-tiba dah 'akhir' dah. Walaupun tak ada orang baca pun. Kalau baca pun, muka mesti mencebik, fikir aku perasan sorang-sorang. Eh.

Sekarang, sedang sibuk mengemas demi mencari peluang untuk melegakan minda dan menjauhkan diri daripada urusan dunia yang sering kali membantutkan perasaan ingin berehat. Yea, akhirnya dapat membuang masa secara tidak sia-sia.

Jadi, minggu ini, jika ada yang baca, tak adalah kiriman yang menggelikan hati ataupun yang mampu membuatkan anda tersenyum sendirian di depan komputer. Tak apa, bersabarlah walaupun setiap hari anda menunggu kiriman daripada si penulis tak dianggap ini.

Kesimpulannya, hari ini tidaklah bosan seperti biasa.

Sabtu, 10 Disember 2011

Intelektual. Tiga.

Secara serta-merta, tajuk ' Intelektual ' ni dah jadi tajuk rasmi bagi meluahkan perasaan kebosanan yang melanda di dalam diri. Nanti kalau dah ada tajuk yang lebih menarik dan menghiburkan diri aku sendiri, tukarlah tajuk lain pula.

Jadi, kali ini, aku baru pulang dari mengharungi satu hari yang penuh dengan ilmu bagaimana mahu memandu. Durasi masa di dalam kelas yang lama iaitu selama 8 jam, membuatkan hari ini tidaklah bosan seperti selalu. Kurang sedikit kebosanannya. Walaupun dengan nguapan yang tidak terkira.

Walaupun dengan cikgu yang kelakar, rasa hendak menguap itu masih tidak dapat dibendung sepenuhnya. Apakan daya, otak dan badan tidak sehaluan dalam mengalirkan darah di dalam salurannya. Cewah, cuba mahu berbicara mengenai Biologi pula. Mentang-mentang Biologi 1 senang hari tu.

Lepas tu, ...



Sudah, kenapa dah jadi macam diari gegadis myspace ni ?

Jumaat, 9 Disember 2011

Permainan Lama Lama.

Aku rasa, congkak merupakan antara permainan yang paling praktikal dan paling best dimainkan.

Asalkan ada kayu, buat 7 lubang kiri kanan, dua lubang besar, cari ( 7 x 14 ) batu atau guli, dah boleh main ramai ramai. Eh dua orang je pun. Kalau ramai, main kalah mati. Siapa kalah tukar orang.

Sampikan, congkak pun dah jadi app dalam iPhone. Seronok gila.

Siapa yang cipta congkak ni memang genius dan patut diberikan pangkat Datuk oleh mana mana sultan yang ada dalam negara ni.

Takkan bagi Shah Rukh Khan je kot ?

Ini sebenarnya kiriman lama yang telah dipendam dan direndam sekian lama.

Intelektual. Dua.

Masih lagi bosan, menengang, eh mengenang cuti yang dah berlalu selama seminggu dengan hanya bertemankan komputer, Internet dan televisyen. Sesekali, novel juga menemani tapi disebabkan aku seorang yang gelojoh dalam membaca, novel setebal 320 muka surat habis dalam sekelip mata. Maksud aku, banyak kali juga mata aku dikelip dalam masa dua hari membaca novel urban serta indie tersebut. Jadi, sebenarnya, novel tersebut habis dibaca dalam masa dua hari.

Berlainan pula pabila cuba membaca novel Komsas yang dibekalkan kementerian sempena menyambut calon SPM 'batch' 2011, novel yang bermuka surat sebanyak 100 lebihkurang, sampai ke akhir tahun sudah, tak pernah sampai ke kulit belakang. Kisah benar. Kalau ada yang tersenyum membaca perenggan ini, bermaksud, dia juga melakaukan perkara yang serupa terhadap novel itu. Sebenarnya, kita semua sama.

Cuma, sekarang hanya menunggu masa untuk bercuti-cuti Malaysia yang akan tiba dalam masa dua hari lagi dan esok juga, mahu pergi belajar memandu. Destinasi percutian ? Biarlah rahsia.

Yahoo !

Oh ya, disebabkan aku bosan, tiap-tiap hari akan ada kiriman. Bergantung kepada... argh. Ada ke yang baca pun ?

Khamis, 8 Disember 2011

Intelektual.

Sebenarnya, aku tengah bosan. Bosan dalam mengharungi hari-hari tanpa kerja rumah, ataupun buku rujukan yang sebelum ini, memanggil-manggil dengan rayuan yang tidak boleh seorang lelaki elakkan. Mungkin daripada pandangan perempuan pula, buku rujukan itu memanggil seperti Jacob dalam siri filem Twilight ataupun yang terbaru Aaron Aziz dalam filem Ombak Rindu.

Namun bagi aku, buku-buku rujukan itu merayu bagaikan Taeyeon SNSD. Sudah tentu aku akan kalah dalam rayuan manjanya itu. Walau dengan ego aku yang tinggi sekalipun, dengan sekali panggil bersama suara manjanya, aku akan kalah.

Tetapi, SPM sudah habis. Buku-buku rujukan tersebut telahpun dibiarkan kembali berhabuk. Dibiarkan di sudut sepi tanpa aku sentuh walau sekalipun. Dibiarkan mereka tiga kali suci. Kertas-kertas yang dianggap penting sebelum ini pun sudah disusun rapi dan, dibuang. Secara rakus tanpa mengendahkan tangisan kesedihan yang terngiang di dalam telinga yang dicipta secara imaginasi.

Jadi, apa kena mengena tajuk di atas dengan isi kiriman kali ini?



Kan aku cakap aku bosan.

Rabu, 7 Disember 2011

Tak Pasti.

Menulis benda yang tak pasti.

Banyak banyak aku tulis ni, masih lagi sebelas orang yang mengikuti.

Tapi tak tahulah, ada yang mengikuti secara anonimus.

Bagi yang selalu dan sanggup baca demi memastikan hari anda ceria, terima kasih banyak.

Kalau perkara di atas tidak berlaku, jadi sekarang ni, aku masih lagi menulis untuk benda yang tak pasti.

Selasa, 6 Disember 2011

Kenapa SNSD/Girl's Generation diminati oleh saya.

Sebagai peminat tegar kumpulanwanita ini, saya di sini ingin berkongsi sedikit sebanyak, mengapa saya begitu meminati kumpulan ini.

Jika yang masih tidak faham, sila beranikan diri untuk mengeksplorasi belog ini.

Atau tidak pun, cukup hanya menekan ayat 'BAKAL BINI' di sebelah kanan belog ini.

Jadi, ayuh, mari kita baca sebab dan penyebab kumpulan ini menjadi pujaan saya.

1. Wanita kuasa 9
Anda cuba bayangkan, seorang wanita mempunyai nombor asas ( baca : base number ) 10, dan kuasakan kepada 9 ( mengikut kadar kecomelan muka ) dan darabkan pula kepada 9 wanita. Besar ke tidak kuasanya ? Besar bukan ? Jadi, jika anda mahukan lelaki meminati anda, sila cari 10 orang lagi rakanwanita anda yang mempunyai kuasa 9. Kalau berkuasa 9-lah.

2. Taeyeon
Ketua kumpulan kumpulanwanita ini. #dearfutregfS. Tinggi yang tidak seberapa, namun orang kata, yang kecil itu comel. Cewah. Dia juga merupakan vokalis utama kumpulanwanita ( baca: girl group ) ini. Jadi, bayangkan  kalau ada #dearfuturegfS macam dia ni telefon aku malam malam, sudah pasti tak tidur. Dengan suara semerdu mungkin, haih, memang tiap-tiap hari aku telefon.

3. Sunny
Merupakan pilihan kedua. Walaupun sebenarnya pilihan pertama sebelum Taeyeon. Kononnya, awal awal dulu masih mencari siapa #dearfuturegfS, eh ahli kumpulan pilihan hati. Dan sudah tentu, dia ini comel. Tinggi pun tidaklah seberapa, tapi macam biasa, tinggi tidak memainkan peranan bagi aku. Aku hanya melihat keihklasan hati seorang wanita.

4. Seohyun
Merupakan ahli termuda kumpulan ini. Bak kata orang lagi, yang muda itu manja. Dan saya juga suka wanita yang manja. Jadi, saya masih lagi tidak mempunyai masalah dengan kumpulan ini dan juga tidak mempunyai masalah untuk menyukai mereka dengan sepenuh hati jiwa raga. Perh. Oh ya, dia juga merupakan vokalis kumpulan ini.

5. Jessica
Mempunyai suara paling comel. Suara yang kecil tapi mampu menggapai not yang tinggi. Jadi, perlu diulang yang saya masih tidak kisah ? Tambahan pula, dia  fasih berbahasa Inggeris. Senang. Senang untuk apa ? Ha, itu kita tak tahu. Jangan fikir lain, senang untuk berkomunikasi sekiranya aku masih tiada masa untuk mengajar  Bahasa Melayu.

6. Tiffany
Vokalis juga. Fasih berbahasa Inggeris. Saya juga hampirfasih berbahasa Inggeris. Jadi, tidak akan mempunyai masalah dalam perhubungan nanti. TIADA MASALAH LANGSUNG.

7. Yuri
Kebanyakan wanita cemburu dengan dia ini. Hal ini kerana, dia mempunyai badan yang 'glamourous' kata orang. Masakan tidak, mereka ini bukannya dilatih sebulan dua. Kadang-kadang , ada yang mula menjadi pelatih sehingga 5-7 tahun sebelum keluar menjadi artis. Jadi, segala usaha yang dilakukan syarikat Korea akhirnya berbaloi. Kpop telah menjadi salah satu muzik yang mampu mearik perhatian dunia.

Nampak sangat tak idea nak huraikan pasal Yuri ni.

8. Sooyoung
Wanita paling tinggi dalam kumpulan ini. Kira dah setaraf ketinggian aku. Sesuai, bukan ?

9. Hyoyeon
Nak katakan tidak cantik, tidak boleh juga, semua gegadis dalam kumpulanwanita ini semuanya cantik-cantik belaka. Mungkin aku tidak tertarik agaknya.

10.Yoona
Antara ahli kumpulan paling popular dalam kumpulanwanita ini. Banyak berlakon dalam drama-drama Korea sebelum aku mengenali mereka. Kini, aku ingin mengenali mereka.

#dearfuturegfs


Gambar ? Cari sendiri.

Isnin, 5 Disember 2011

NOTA CINTA

Harum bau kau lalu
Bagai mimpi bertemu bidadari
Mimpi bertemu sang bulan
Hati terus terusan ditawan

Bagaikan mimpi indah bermula dengan sebuah nota cinta
Nota cinta dipenuhi kata indah yang terus berasmara di awan kasihnya
Bagaikan mimpi sang pujangga

Bermimpi di atas awan kasihnya
Kasih yang bermula
Hanya dengan sebuah nota cinta

...

Seorang wanita dengan haruman bau yang memikat kalbu, sudah tentu mampu membuatkan seorang lelaki itu terbayangkan bahawa bidadari telah berlalu untuk memikat hati sang pujanga. Terus termimpikan bulan indah yang menerangi di kala malam yang sunyi sepi. Hatinya telah ditawan dengan si rupawan.

Nota dengan kata-kata indah yang ingin sahaja aku hantar kepada gadis-gadis di bawah ini.

Kebarangkalian itu ada. Dan, ya, saat tengah menaip ni, aku bosan.

( VIDEOCURI ) Girls' Generation_The Boys_KBS MUSIC BANK_2011.12.02



Mengenangkan tak dapat bercuti di negara kelahiran mereka, rasa rindu hanya mampu diluahkan hanya dengan cara ini.

Haih.

Ahad, 4 Disember 2011

Aku Rasa ...

Masuk kali yang ni, kali ketiga dah aku guna tajuk 'Aku Rasa' ni. Kononnya sebagai antara himpunan siri-siri luahan hati terpendam aku yang bersarang di dalam jiwa nurani aku

Kononnyalah.

Jadi, setelah 4 hari selepas SPM. Kenapa macam tak ada benda yang berlaku ni ? Ingatkan lepas SPM aku mampu bersorak kegembiraan dan lari-lari keliling kawasan perumahan ni. Kononnya dah tak payah fikir belajar lagi dah.

Aku ingatkan, aku dah mampu untuk ke Korea, untuk berjumpa si kekasih hati, tapi apakan daya, rancangan percutian telah bertukar pada saat akhir, daripada ke Asia Timur kepada Asia Tenggara. Bukan jodoh agaknya untuk tahun ni.

Duduk rumah duduk terlentang tengok TV, duduk meniarap main komputer, berjalan hanya bila mahu turun tangga melihat televisyen dan berlari hanya ketika cerita yang ditunggu-tunggu telahpun mula disiarkan. Terpaksa berlari kerana tidak mahu ketinggalan walaupun sesaat cerita yang ditunggu sekian lama itu.

Nak main perkusi kegemaran aku, dram, takut pula makcik-pakcik kiri kanan depan belakang bawa pisau dengan parang hentak pintu rumah aku. Jadi, terpaksalah aku bermain secara akustik. Menghentak hanya bila perlu. Nasib baik kebelakangan ini hujan, bolehlah kuat sikit, sebab sudah tentu, hujan antara penebat bunyi terbaik dunia.

Sudahnya, aku hanya membaca novel yang disimpan selama tiga minggu itu. Disimpan selama tiga minggu, habis hanya mengambil masa dua hari. Uih, sungguh urban dan indie betul novel yang aku baca. Terkena kejutan budaya aku membaca novel sebegini, Tapi, tak apa, aku kan dah dewasa ?

Kesimpulannya, aku rasa aku bosan.

Sabtu, 3 Disember 2011

Kenapa kena baca buku di waktu akhir sebelum peperiksaan ?

Menjadi kebiasaan pelajar masa kini, apabila minggu depan merupakan minggu peperiksaan, mulalah sibuk mencari buku yang sudah berhabuk disimpan di ceruk entah mana dalam bilik penuh rahsia remaja itu. Baru mahu diselak satu persatu. Buku mahal maha beli tapi hanya dibaca beberapa kali sehingga mampu dihitung dengan jari kaki.

Ini semua merupakan pandangan skeptikal daripada orang dewasa kepada remajabelasantahun. Mereka tidak tahu, rahsia di sebalik kejadian ini.

Oleh itu, teruskan membaca dan anggukkan kepala jika anda setuju. Eh janganlah geleng, tak suruh pun,

1. Lebih senang masuk otak.
Membaca buku secara awal sebelum minggu peperiksaan, boleh menyebabkan apa yang dibaca lebih mudah terlupa. Kerana pelajar masa kini aktif. Aktif hampir dalam semua perkara, bahkan ketika tidur pun. Kaki bergerak hampir 360 darjah sampai masuk mulut teman tidur sebelah. Macam mana kahwin nanti ?

Aktiviti sihat atau tidak sihat yang dilakukan pelajar akan menyebabkan pelajar secara tidak sedar, terlupa apa yang telah dipelajari sebelum ini. Jadi, menyebabkan pelajar terpaksa membaca kembali. Kan dah jadi kerja dua kali ?

2. Jadual hidup yang ketat dan sendat.
Sebagai calon SPM, jadual samada di sekolah atau di rumah begitu ketat. Sekejap perlu baca buku, baca buku dan baca buku. Sesekali, diselangi membuat latihan. Kalau tidak pun, membeli buku latihan sampai dua tiga beg plastik untuk dibuat pabila menjelang hari peperiksaan kelak. Mana ada masa mahu tidur sekarang.

Semua itu membuang masa. Masa yang digunakan untuk tidur itu, mampu mengubah masa depan samada cerah bersinar bersama mentari atau mendung nak hujan ribut petir.

Pilihan yang sangat susah dan perlu dipastikan tepat.

Jadi, mana sempat nak baca buku untuk pepriksaan picisan. Tumpuan seratus sepuluh persen diberikan kepada SPM. Dibiarkan sahaja gagal periksa yang lain, andai dapat merubah keputusan peperiksaan SPM nanti.

3. Malas membaca sebelum minggu peperiksaan.
Kebelakangan ini, banyak aktiviti perlu diikuti. Secara sukarela ataupun paksarela. Kerja rumah yang dibekalkan oleh guruberkaitan juga semakin hari semakin meningkat. Menimbun tinggi macam bukit depam rumah aku. Ha, kena tipu depan rumah aku mana ada bukit. Dan jangan pula bayang bukit lain. Opss, terseksual pula.

Dengan bebanan kerja dan pelbagai aktiviti tidak sihat yang dilakukan, mana larat lagi nak baca buku. Kan cikgu cakap, jangan terlalu stress. Berehat dan jangan penatkan otak. Boleh pecah kepala jadi gila kalau terlalu banyak informasi yang disalurkan kepada otak. Rosak medulla oblangata dan cerebrum. Macam mana nak control voluntary dan involuntary action ?

Nampak tak aku bercakap tentanh Biologi? Nampak macam anak doktor bukan? Memang pun.

Tahukan, otak perlukan rehat daripada segala daripada pelbagai urusan dunia. Selepas puas berehat, sambunglah kembali perkara yang perlu dilakukan.

Tapi, sekarang jadi lain. Waktu rehat yang patutnya menjadi perehat minda, dah jadi macam waktu hibernasi beruang.

Sudahnya, dah dekat dengan minggu peperiksaan baru nak baca. Kelam kabut sampai tak sempat nak basuh lepas buang hajat.

Sampai macam tu sekali, tahu ?

4. Lebih banyak perkara yang lebih menarik minat.
Bayangkan, Taeyeon sebagai Internet, Sunny sebagai TV, dan semua ahli Girl's Generation/SNSD merupakan segala aktiviti yang tidak berkaitan dengan pelajaran lansung. Termasuk #dearfuturegfs .

Mana yang akan kau pilih ? Gadis gadis comel yang boleh dijadikan bini dan mampu memenuhi Dasar Kependudukan Negara atau bahan bahan pelajaran yang hanya kertas bertulis.

Tapi bayangkan juga, bahan bahan pelajaran itu merupakan salah satu #dearfuturegfs . Haih, dilemma.

Jumaat, 2 Disember 2011

CURIGA

Bising di mulut
Pekak di telinga
Mulut terkunci
Mata terbuka

Itulah dirinya
Bunyinya agak curiga
Tapi percayalah
Inilah hakikatnya

Hakikat tiada siapa yang tahu
Hujan berbicara dengannya
Hanya tuhan saja yang mengenalinya

....

Dalam sekumpulan manusia dalam dunia ni, pasti akan ada seorang yang akan dianggap pelik oleh orang sekelilingnya. Walaupun kelainan pada seseorang itu hanya sekecil zarah sekalipun, jika ada yang terlalu prihatin seperti kebanyakan manusia masakini, pasti dia akan dicemuh dah dibuli secara mental oleh mereka yang 'tidak lain ' itu.

Tapi, dia menerima hakikat dunia yang telah ditakdirkan Tuhan walaupun ramai yang curiga dengan dirinya. Walaupun dia kurang mengetahui atas sebab apa perasaan curiga itu bersarang dalam hati manusia. Hati manusia yang sentiasa dengki pada spesies sendiri.

Cuma, biarkan dia bersendirian dengan Tuhan yang lebih mengenalinya.

Selamat Tinggal.

Selamat tinggal, sebelas tahun yang penuh dengan ilmu.

Selamat tinggal, sebelas tahun yang penuh dengan cerita manis pahit masin masam kurang gula di waktu persekolahan.

Selamat tinggal, kerja rumah yang selalu menemani di waktu senggang.

Selamat tinggal, buku-buku rujukan ber-lamputinggi ( baca : highlight ) dan kurang dengan renyukan. 

Selamat tinggal, cikgu yang memenuhkan ilmu di dada. Serta bebelan manja.

Selamat tinggal rakan-rakan yang menceriakan.

Selamat tinggal.

Khamis, 1 Disember 2011

Merdeka ! Yang betul-betul punya.

30 November 2011, hari yang paling budak-budak SPM aliran Sains paling tunggu.

Hari yang menandakan kemerdekaan mutlak terhadap buku-buku yang setia memburu pada hari-hari persekolahan selama 5 tahun. Buku-buku yang terpaksa dipegang untuk menghadapi 21 set kertas selama tiga minggu.

Kalau diikutkan, tiga minggu bukanlah waktu yang panjang. Pejam, celik dah tiga minggu. Tapi dalam dunia SPM, 1 jam itu ibarat dua hari.

Kertas terakhir yang diambil semalam adalah Biologi 3. Kertas yang mahu sahaja calon-calon SPM aliran Sains Tulen tidak mahu ambil demi mahu menggapai kemerdekaan. Tapi, diambil juga kerana mahukan kejayaan di masa akan datang.

Apa, ingat nak cari kerja pakai kertas surat khabar lama ?

Semalam juga, Facebook dipenuhi dengan atas-tarikh ( baca : update ) status oleh pelajar-pelajar SPM aliran Sains Tulen berkenaan SPM yang sudah berakhir. Semuanya gembira meraikan kejayaan yang diperolehi. Semua status berkaitan SPM akan di'like' oleh calon SPM yang lain.

Cuma, yang akan menduduki SPM sampai 14 haribulan 12 sahaja yang tak like.

Sekarang, semua dah relaks. Buku-buku yang digunakan selama lima tahun ini semuanya sudah dimasukkan ke dalam plastik secara tidak kemas. Kan dah tak guna lagi kan ?

Sekarang ni pun sedang membaca novel yang selama tiga minggu masih lagi berplastik di luar. Nampak tak betapa aku tahan nafsu pembacaan aku ? Novel yang urban sesuai dengan peredaran hidup aku yang meningkat dunia dewasa.

Dah, sekarang tengah buat larian berganti-ganti antara komputer dan TV.

Seronok, hoi !

Sampai Disember.

Bulan terakhir bagi setiap tahun. Bulan yang sesuai untuk kita mengenang kembali perkara yang telah dilakukan selama sebelas bulan sebelumnya.

Dan juga, BULAN HARI JADI AKU !

17 tahun, sini aku datang ! ( baca : 17 years old, here I come ! )