Isnin, 9 Januari 2012

Luahan hati untuk gadis Korea. Ehem.

Dari jauh pandang.

Mata tak bertentang. Tapi hati tak tenang.

Tingkah laku bagaikan puteri kayangan turun entah dari mana. Awan yang kesembilan atau kesepuluh katanya. Nak digapai, maaf, pendek orangnya. Tapi awan yang dihuni itu tinggi.

Sangat tinggi.

Bagaikan pencuri. Mencuri hati, pandangan, dan rasa. Kata orang, hati dicuri pada pandang pertama. Yang kedua ketiga, organ dalaman entah mana pula akan dicuri. Kian luruh jiwa dan cair ego seorang lelaki. Tembok anti-jiwang kini roboh menghempas bumi. Berselerak hati, dipenuhi serpihan tembok ego sang lelaki. Dalam diri bergegar, luar nampak hanya normal seperti biasa. Biasalah, lelaki.

Langkah dah dimula. Satu persatu dititi. Hati semakin berdebar dan bergegar. Adrenalin memacu hingga mahu terkencing rasanya.

Tiba tiba dia dah berpunya.

PUFFFF !
....

Aku rasa apa aku tulis ni hanya mimpi di siang hari. Sebab, aku mana pernah rasa benda benda semua ni lagi.

Kena ambil kelas ' Bagaimana mahu menggoda wanita ' . Kes paling serius abad ini.