Sabtu, 9 April 2011

cerita yang tak boleh disiarkan.

Sekarang , berita hiburan.

Justin Bieber, maafkan saya, JustStink Barber, akan datang ke Malaysia untuk mengadakan konsert jelajahnya .

Konsert yang dianjurkan oleh But-1-Tune Talk, syarikat penyedia pra-tak-payah-bayar , dengan kerjasama syarikat televisyen terkenal , 79 TV, akan diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil Parking Luar, Kuala Lumpur pada 30 Mac 2011.

Kedatangan Barber ke Malaysia dikatakan bukan berseorangan. Dia dikatakan akan ditemani oleh teman 
wanita baruya, Salona Ganaz, pelakon baru yang kurang bernasib baik.

Namun begitu, Juststink dikatakan terpaksa menunda konsertnya kerana dikatakan bergaduh dengan Salona. JustStink telah dipukul secara ganas oleh Salona dan terpaksa menerima 80 jahitan insang pari di seluruh badan termasuk di kawasan yang tidak patut isebutkan. Hal ini dikatakan berpunca daripada tindakan Juststink yang tidak mahu membelikan tas tangan baru berjenama Jimi Haaccchhooommm kepada Salona.
Tetapi menurut jurucakap Juststink dan penganjur, konsert jelajah ini terpaksa ditunda kerana kekurangan tenaga kerja dan cuaca yang tidak menentu di Malaysia. Ini menimbulkan pelbagai persoalan kepada semua peminat JUSTSTINK BARBER, adakah penganjur tidak mampu mengadakan konsert sebesar ini ?

Disebabkan hal ini, ramai peminat Juststink Barber mengadakan mogok lapar di hadapan bangunan penganjur bagi menggesa konsert itu diadakan secara segera.

Sekian sahaja berita hiburan kali ini, kembali ke Seri Pentas Kedua.

Silakan .