- kadangkala, bilangan pengunjung atau dalam bahsa Internetnya, trafik akan melebihi had yang telah ditetapkan oleh pelayan. mungkin disebabkan entry yang menarik perhatian, atau anda artis, atau anda meletakkan gambar perempuan yang memakai singlet semata mata. Auumm. apabila pelayan tidak lagi mampu menampung jumlah pengunjung, atau bahsa internetnya, trafik, server akan down atau bahasa melayunya,errr. maka terkeluarlah perkataan seperti Oooooppsss ! Google Chrome could not find ....... .
2. Follower dapat dikira dengan jari
- manusia hanya mempunyai 20 jari. 1o jari di tangan dan 10 jari di kaki. anda terlebih ? jika terdapat 21 pengikut, kemungkinan anda terpaksa menggunakan jari orang sebelah adan sekitarnya adalah amat tinggi. sekaligus, mungkin menyebabkan anda menerima 5 jari berbekas di pipi. bayangkan anda mempunyai 222 atau 100++ pengikut ajaran sesat anda. cekira berapa banyak bekas 5 jari berada di pipi.
3. tidak perlu membaca komen yang terlalu banyak
- jika anda telah mengepost atau dalam bahsa melayunya, mengirimkan, content atau bahsa melayunya, isi, yang amat menarik seperti luahan hati terendam, kejadian memalukan di dalam tandas sekolah, gambar mulut kembung muncung, atau cukup hanya sekadar meletak gambar tangan berbentuk L di dahi. atau muka lelaki yang anda minat atau baru kenal. ini akan menyebabkan ramai penggemar belog akan berpusu pusu menghantar komen terhadap belog anda. tidak pedulilah samada komen yang lucah tau tidak, komen tetap hanya sebuah komen.tetapi yang pastinya, komen yang terlalu banyak akan mengambil mas ayang terlalu lama untuk dibaca serta anda perlu membalas kembali kritikan berasa dan tidak berasa itu. semuanya mengambil masa yang lama.
4. tidak perlu menjaga hati semua orang
- sebagai penulis belog, kita mempunyai jiwa dan semangat penulisan yang begitu tinggi di dalam diri. kadangkala, penulisan terbatas kerana terpaksa memuaskan hati terlalu ramai manusia yang mengikuti perkembang semasa belog.tetapi, jika anda seperti saya, mempunyai pengikut 10 orang ke bawah, segala kutukan, perlian serta carutan dapat dihamburkan ke peenulisan anda kerana bukan semua membacanya. sekaligus, hati anda akan lega kerana dapat meluahkan segala perasaan terendam di dalam hati tanpa mengguris hati sesiapapun. seperti yang dilakukan belogger belogger wanita.
5. tidak perlu mendenar kritikan dari orang lain
- ini adalah kontra kepada salah satu sebab yang berada dia atas. jika anda mengepost atau mengirimkan isi yang amat dinyampahai dan dibenci manusia zamna sekarang, bersedialah unutk menerima kritikan tidak berasas agama dan pedas lemak berkrim.
tiada guna mempunya follower 10 orang atau 68 atau lebih, jika counter belog anda tidak lagi mencapai 1048 dan semakin meningkat. ( untuk lebih memahami, sila lihat sebelah ke kanan belog ini dan gelungsur ke bawah )