Jumaat, 22 April 2011

Sumpahan Kabus Di The Hills : BAB 1

PUCUK MUDA DI DEPAN MATANYA.

Azreen, seorang pelajar perubatan, termenung sendiri di " bilik termenung ", memikirkan keputusan peperiksaan akhir tahun universitinya. keputusannya itu akan membawa pelbagai jawapan kepada arah hidupnya selepas alam akil baligh ataupun mumaiyiz, samada ke lorong lorong belakang rumah, ataupun memmilik rumah besar yang mempunyi lorong di belakang.
Dia merupakan antara puluhan pelajar di London yang diberi biasiswa oleh pihak kerajaan untuk melanjutkan pelajaran di universiti luar negara.

Ketika dia sedang enak termenung, dia dikejutkan dengan jeritan Julian yang memanggilnya dari tingkat 189. Dia berkejar mendapatkan Julian kerana memikirkan Julian menghadapi sakit tengkuk.

Alangkah sakitnya hati campur gembira apabila melihat rupanya Julian hanya memanggilnya untuk bersarapan bersama. Dengan hati yang geram campur sedih itu, dia menerima pelawaan itu dengan hati yang sedang sedang ikhlas walaupun dia telah memakan 5 pek mi segera perisa tomyam campur kari campur ayam. Iyalah , berada jauh dari kampung halaman tanpa duit kocek yang mencukupi, mi segera menjadi santapan.

Tiba tiba, cecite cecite, seorang lagi kawannya, Julion, memanggilnya. Kali ini, ingin sahaja Azren mempelangkung kepala kawannya itu kerana memikirkan Julion juga ingin mengajaknya bersarapan.

“ Perut aku kenyang la woi ! “

“ Siapa kata nak belanja kau ? “

Tersipu sipu malu si Azreen dengan jawapan Julion itu. Julian pula sudah lama tergelak bergolek golek sehingga tidak jadi mengajak Azreen bersarapan kerana mengalami kekejangan otot perut.

“ Apa kehenye ? “

“ Ni ha, telegram untuk kau , aku dah baca tau “

Sebaik menyerahkan telegram itu, Julion mengambil langkah seribu kerana muka Azreen sudah berubah warna. Merah jambu ke hijau Hulk.

Azreen membuka telegram itu. Dia terkejut.

_______________

“ Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, buka baju “

Girangnya hati si Rahayu pada hari ini memandangkan tahun ini semester terakhir baginya berada di universiti itu.

Selain itu, dia telah berjanji dengan teman tapi mesranya, Azrul untuk berdating sambil belajar di perpustakaan meja paling belakang. Untuk mengulangkaji anatomi badan manusia


memandangkan mereka berdua pelajar perubatan.

Tiba di perpustakaan, mereka tanpa membuang masa terus mengecop meja belakang.

Sedang mereka membuka

buku, tetiba, cecite cecite, Rahayu menjerit. Azrul terkejut kerana mereka belum melakukan apa apa lagi




ulangkaji.

Rahayu pengsan.

..................................

Faridah sedang memandu kereta BMQnya dari pusat kebajikan di Bukit Fraser.

Sebagai suka-paksa-relawan, dia banyak menyumbang tenaga, membuang masa kepada amalan kebajikan kerana merasakan dia lebih mendapat ketenangan dengan melayani kerenah kanak kanak yang comel serta boleh dicubit pipi pipi tembam mereka . “ Eeeeeeee, geramnya aku “. Sering sahaja perkataan ini keluar tatkala Faridah berjumpa mereka yang comel ini.

Namun begitu, pada awalnya, kedatangan Faridah ke bidang suka-paksa-relawan kebajikan ini, dia hanya mahu melepaskan kegeramannya. Dek ditinggalkan kekasih lama.

Pelbagai deraan serta perkara yang tidak boleh disebutkan, telah dilalui oleh setipa kanak kanak yang ditemui oleh Faridah.

Tetapi, ia cerita lama.


Fridah sedang memandu kereta BMQnya dari pusat kebajikan di Bukuit Fraser.

Kedatangan dia ke sini kerana membawa penghuni rumah kebajikannnya bercuti. Dia memandu keluar dari pusat peranginandingin itu kerana ingin mencari mi segera tomyam campur kari campur ayam.

Tiba tiba, cecite cecite, sedang dia enak mendengar lagu Bonanother dari SuperPower Senior, dia dikejutkan dengan kehadiran si Iqbal, KANAK KANAK berumur 15 tahun yang mempunyai muka seiras Siwan Super Power Senior.

Dek kerana kehensemmannya itu, Faridah terpesona dan hilang kawalan.

“ Ahhhhhhhhhhh !!! “

Stereng yang dikawal dengan sempurna pada awal perjalanan kini semakin mengganas sehingga membuatkan Faridah panik.

BMQ itu pula semakin ke tepi bukit.

Semakin hampir, hampir, hampir ... Akhirnya, dia terjerumus ke dala