tak namapak cubaan tu ?
Isnin, 30 Mei 2011
Ahad, 29 Mei 2011
BAJU HITAM
Baju hitam bagaikan kegelapan malam
Kau mengejar manusia di dalam gelita
Berlagak bagai dunia kau yang punya
Sedang manusia terus menghina
Jangan kau terleka
Terus terleka
Dengan mainan dunia
Yang mempermainkanmu
Mimik muka berkerut menahan perit
Derita dunia memainkan peranannya
Terus terusan menyakitinya
Hingga hilang tangisan duka
...
Dalam dunia. manusia memakai baju mengikut jiwa dan rasa tersendiri. Rasa yang mereka rasakan sesuai dengan jiwa dan mengikut arus semasa dunia. Dengan memakai baju yang dekat dengan jiwa, mereka merasa bagai dunia ini, mereka yang punya tanpa menyedari, rasa di dalam mereka itu sendiri merupakan salah satu permainan manusia.
Kita dipermainkan. Kita terleka.
Dan, kita juga yang akan terseksa dan menangis bila tiba masa.
Sabtu, 28 Mei 2011
ujianuntukmengujikadarpemahanpelajardenganmemaksamerekasoalandalamsatumasayangditetapkan atau lebih dikenali sebagai, PEPERIKSAAN.
panjang bukan tajuk ?
peperiksaan.
mungkin ayat yang paling digeruni oleh para pelajar.
tidak kira, anda pelajar universiti, tadika, menengah, rendah, hatta anda tak sekolah pun, pasti perkataan ini menimbulkan sedikit rasa gerun yang telah dicetuskan oleh 'nervous system' anda yang mengstim-mulasikan 'endocrine system' anda yang akan mengeluarkan hormon yang pula akan mengstim-mulasikan tisu sasaran anda untuk menyuruh otak anda berasa gerun dengan perkataan di atas itu tadi.
oh maafkan saya, terbebicara mengenai biologi pula.
dan maafkan saya, jika penjelasa saya salah. sebab saya jawab faeces dalam bioloji. sengaja typo.
muhasabah diri sekejap. kerana menjawab faeces dalam bioloji. eh typo lagi.
seperti yang dibicarakan, perkataan ini memang menakutkan orang ramai.
tetapi yang paling menakutkan,
apabila kita baca punya banyak, masa menghadap kertas, kita buntu untuk menjawab.
macam aku/saya.
aminuddinfaecesbukitsafaza'ba.
dah pendek pula penutupnya ?
Jumaat, 27 Mei 2011
tulisan rawak. mungkin, taip-an rawak.
Sebab apa taip-an rawak ?
kerana menggunakan aIPhone.
bukan nak berlagak, tapi kenyataan.
dan taip-an ini bukan dilakukan oleh aku/saya.
ia telah dilakukan oleh dua musuh dalam kain pelikat, Wan serta Arip. ( bukan nama sebenar, ok tipu )
jadi ?
mari kita baca.
adam haziq gila talak sebab dia tak suka makan belacan yang dibuat oleh orang gaji jiran beliau yang didapati telah membunuh sebentuk cincin kesayangan AMINUDDIN yang telah menghasilkan FAECES berdarah di BUKIT SAFA malahan telah menimbulkan skandal yang telah menggugat kedudukan isteri jiran beliau.
terima kasih kepada mereka.
Khamis, 26 Mei 2011
ok, tukar lagi.
seteleh memikirkan perkara ini secara mendalam, akhirnya, aku mengambil langkah plastik, eh, drastik untuk menukar lagi jenis tulisan.
bukan apa, untuk memahamkan lagi para pengunjung ke belog yang tak seberapa ini.
jadi ?
" BUKU LETAK BAWAH ! " MINGGU KETIGA/TERAKHIR
Fizik : matapelajaran sains yang mungkin boleh lulus. keberangkalian itu tinggi.
PJ : atau nama barunya, biologi bahasa melayu. dan ye, entah apa pasal terselit matapelajaran dunia ketiga dekat sini. kemahiran menjawab berpandu telah diaplikasikan oleh hampir semua pelajar. bagus.
Biologi 3 : tak ada bab 4 juga ?
Fizik 3 : kemaen menjawab. bahagia menunggu masa merdeka.
Kimia 3 : dah tak fikir apa dah. tunggu masa nak jerit merdeka. habis kertas ni, ramai ramai terjun dari tingkat 2 sebab terlalu gembira. ok aku tipu.
demikian sudah, habis akhirnya penyeksaan daripada pihak sekolah.
jadi, aku nak start baca untuk percubaan pula.
nyeaaahhhhhhhhhhh.
Jumaat, 20 Mei 2011
BERJALAN BERLARI
Aku berjalan
Di bawah bulan purnama
Yang memancar, cahaya.
Aku berjalan
Mencari ketenangan
Di dalam hidup, penuh dugaan.
Dan terus
Ku, berlari
Mencari
Erti hidup ini.
Dan, terus
Ku, berlari
Mencari erti dunia/cinta ini.
Berlalu pergi
Menanti pagi
Mentari pagi
Pasti ku temui
...
Bila tiba rasa kesunyian, dia berlari, mencari teman dan juga erti hidup dalam dunia.
Berlari dan berjalan sehingga timbulnya mentari di pagi hari.
kenapa KPOP menjadi epidemik masa kini.
Saya, sebagai salah seorang peminat genre muzik ini, akan mengupas sedikit sebanyak sekurang selebih perkara yang membuatkan KPOP, menjadi salah satu epidemik dan mendapat tempat di peta muzik dunia ( bombastik sungguh ayat ).
Tetapi, rentak muzik 'dance' tetap dikekalkan di dalam lagu mereka ini.
Seperti, Bonamana, Gee, Hoot, Try, I'll Be Back, Black and White dan macam macam lagi.
Dengan penggunaan tajuk tajuk lagu di atas, peminta luar Korea akan memahami lagu tersebut. Tak banyak, sedikit pun jadi.
1. lagu yang mempunyai rentak muzik 'dance' serta 'catchy phrase' atau bahasa melayunya, frasa tertarik.
tidak dapat dinafikan, kebanyakan lagu lagu yang dibawa oleh kumpulanlelaki dan kumpulanperempuan ini mempunyai rentak yang rancak. hal ini kerana, kebanyakan kumpulanlelaki dan kumpulanwanita ini mempunyai kelebihan untuk menari.
Tetapi, bayangkan kalau anda mendengar lagu Sedetik Lebih tapi menari tarian, Bonamana.
mungkin agak pelik. jadi, jika sebuah lagu itu mempunyai emosi sedih, gerak tarinya akan mempunyai unsur emosi sedih.
Tetapi, rentak muzik 'dance' tetap dikekalkan di dalam lagu mereka ini.
2. tajuk lagu yang menarik perhatian serta lirik mesra lidah.
kebaanyakan lagua KPOP hanya mempunyai satu perkataan yang dijadikan tajuk lagu mereka. dan kebanyakan berbahsa Inggeris.
Seperti, Bonamana, Gee, Hoot, Try, I'll Be Back, Black and White dan macam macam lagi.
tak tahu lagu lagu di atas ? sila Youtube. jangan melencong.
Dengan penggunaan tajuk tajuk lagu di atas, peminta luar Korea akan memahami lagu tersebut. Tak banyak, sedikit pun jadi.
Selain itu, lirik lirik yang dinyanyikan pula begitu mesra lidah. anda hanya perlu dengar 2 atau 3 kali lagu tersebut dan SHAZAMMM ! anda akan dapat mengikuti lirik lirik lagu tersebut. namun dinasihatkan, supaya tidak mencari lirik lagu tersebut. kerana mungkin anda tak akan tahu mana lirik yang anda nyanyikan. tak percaya ? cuba teka, di manakah perkataan ' eodiseo channi ' dan bagaimana mahu menyebutnya ?
lirik tersebut terdapat pada lagu No Other - Super Junior.
3. wajah kacak serta mukabayi ( babyface ) serta peha, err, muka menawan.
ya ! ini mungkin sebab palin utama masyarakat sedunia telah memandang KPOP salah satuduatiga epidemik muzik masa kini. berbekalkan nasi goreng, err, wajah kacak serta mukapeha menawan, sudah tentu mereka menjadi idaman ramai.
termasuk saya. oh, taeyeon !
namun, terdapat ura ura serta kura kura yang mengatakan, mereka ini telah melakukan pembedahan plastik bagi mencantikkan wajah mereka. yang terbukti melakukan pembedahan plastik adalah kwanghee dari kumpulan ZE:A ( ze titik bertindih ya ).
seperti yang diceritakan oleh penyembah ( presenter ) konferensi JSL C tak lama sebelum ini. dah lama sebenarnya. dan diceritakan kembali oleh budakjslsekolahberkaitan.
sampai di sini sahaja kupasan serta kipasan kali ini, jumpa lagi.
anniyeong.
hari cuti baca buku.
setelah berhempaspulas, kedebakkedebuk, sakit kepala nak toleh kiri kanan cari jawapan ( bukan mencari barangkali, mungkin bertanya ), berlatih menghaluskan suara untuk mendapatkan jawapan yang tepat serta kemahiran ' menjawab berpandu ' yang sering sahaja diperkemaskan hari ke hari, akhirnya tiba masa merehatkan minda.
anda tahu ?
hari Jumaat pada minggu peperiksaan merupakan hari yang paling ditunggu oleh ramai pelajar.
iyalah, setelah 5 hari berhempas pulas, menahan nafsu makan, minum dan yangtakperludisebut , akhirnya mereka dapat merehatkan minda. buku yang selalu ditatap pada hari hari sebelumnya, tidak dipandang langsung pada hari ini.
sebaliknya, masa yang terluang itu diisi dengan menonton televisyen, menonton youtube, menonton , err, bermain badminton, membuka eFBee da macam macam lagi.
tetapi,
minggu depan ada lagi periksa.
maksudnya, kena baca buku lagi.
kena pecah kepala lagi.
kena berlatih haluskan suara lagi.
kena toleh kiri kanan lagi.
hesh.
faecesaminuddinbukitsafa sungguh.
" BUKU LETAK BAWAH ! " MINGGU KEDUA
kimia :
"weih, nombor 1 apa ? " , 5 minit kemudian, " 20 - 40 apa ?! ( separa menjerit kegelisahan ) " .
" semua apa weih ! "
matematik tambahan :
What the Fooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo. 6 markah.
biologi :
kenapa tak ada bab reproduction ? penat hafal. kalau suruh lukis, dah tentu boleh jawab. faeces betul.
konklusi : pastikan kawan sebelah anda baca tajuk yang anda tak baca.
Selasa, 17 Mei 2011
Punggung wayang. eh, panggung.
pernah ke panggung wayang ?
pernah ?
tengok wayang ke ' buat wayang ' ?
tak pernah ?
kenapa ?
sebab kedai cd cetak rompak dekat depan rumah.
sebab sebab panggung wayang best.
ahh, malas dah nak buat senaraiatas lagi.
kauorang pun mesti muak kan ?
remaja kini, kadar panggung wayang semakin meningkat. hal ini amat menyenangkan ramai remaja kerana dapat menjadikan tempat ini sebagai tempat melepaskan tension di kepala setelah sekian lama hanya menghadap buku semata mata.
dan mungkin juga, melepaskan nafsu.
panggung wayang.
mungkin juga punggung wayang.
iyalah, mana tahu, ada teruna bertopeng lelaki budiman secara sengaja merubber.
tempat gelap.
tempat duduk lembut.
benda yang lembut.
dan penghawa dingin yang kuat.
anda tahu bukan apa yang terjadi ?
udara sejuk + hormon manusia = ..............
berbalik kepada punggung wayang.
eh, tertukar lagi.
ada cerita sebenarnya.
cerita bermula pada hari pekerja.
berirama.
aku di kl dan ke one utama.
untuk melihat wayang. cerita limitless.
tak tau ? google atau yahoo! search.
ceritanya bukan apsal cerita tu. pasal orang sebelah aku.
begini,
disebabkan gsc antara salah dua pemanggung yang terkenamuka di malaysia, aku agak teruja.
iyalah, muak hanya diahadapkan mbo semata mata.
dah beli tiket kedebakkedebikkedebuk, aku pun masuk.
tenang.
dan memandangkan aku terlewat melihat filem ini, punggungnya kecil. eh panggung.
jadi setelah menghempukkan diri di atas kerusi yang empuk itu, aku bersiap sedia untuk menonton.
tetapi kehadiran peremlaki sedikit mencacatkan perasaan teruja aku itu.
betul betul aku tersentak ketika dia menghennyakkan tubuhnya yang besar ke kerusi itu.
nasib tak melambung.
kesian kerusi itu.
nasib aku tak tengah minum.
kalau tak ?
aku duduk pun, lembut sahaja.
iyalah tempat gelap.
macam malam pertama.
semasa tayang, ada cerita lagi.
dia sibuk membetulkan tempat duduk.
kalau sekali dua tak apa, kalau dah berkali kali ?
tak tahu ke babak dalam bilik memerlukan konsentrasi yang tinggi untuk memahaminya ?
tak khusyuk kot ?
tak cukup dengan itu, dia sibuk berbual di telefon.
tau la ada BerakBeri.
aku ada Airfon pun tak macam tu.
dalam panggung pun nak bergosip ?
dan tak tau ke, sekarang babak bilik mandi ?
lagi la tak faham nanti.
hesh.
akhirnya, filem itu tammat.
nasib aku dapat memahami anatomi perem, filem tu.
kalau tak, aku paksa peremlaki tu berlakon babak tu balik.
EH JANGAN !
jadi filem horror nanti.
dan masa aku balik, ada ' couple ' naik lif dengan aku.
lif tutun bawah.
lif buka.
aku turun.
diaorang tak.
adakah meraka buat wayang dalam lif tu ?
peremlaki : tomboi
Sabtu, 14 Mei 2011
" BUKU LETAK BAWAH ! " MINGGU PERTAMA
Bahasa Melayu : OoooooooooooooooooEmmmmmmmmmmmmGeeeeeeeeeeeeeeeee !
Bahasa inggeris : OOOOOOOOOOEMMMMMMMMMMMMMMGEEEEEEEEEEEEEEE !
Agama : Ya Allah !
Sejarah : Aminuddin. Bukit Safa. errrrrrrrrrrrrr.
Math : Mungkin antara subjek paling ringan minggu ini.
Konklusi : kemahiran ' menjawab berpandu ' perlu diperkemaskan.
Jumaat, 6 Mei 2011
Kenapa Marikh kalah ?
pada haribulanyangakutakingat april 2011, sekolahberkaitan telah mengadakan kejohanan sukan tahunannnya. keadaannya amat meriah. pijak pijak kasut, dating budak junior, beli Meribraun, beli 100 plus mahal, beli air plastik murah serta macam macam lagi. oh ya, tidak lupa, bertangkap gambar bersama DSLR tercinta. nyeaaahhhhhhhhhhh.
keputusannya ?
Neptune tempat perta .
nyeahhhhhhhhhhh.
sebab sebab kenapa Marikh kalah ?
1. keadaan cuaca yang tidak menentu.
- cuaca dunia pada masa kini semakin tidak menentu. sekejap hujan, sekejap panas membahang. jadi, hal ini membuatkan ramai pelajar gusar untuk ke latihan rumah sukan, kerana bimbang akan cuaca tidak menentu. jadi jumlah markah yang dikutip oleh rumah Marikh juga berkurangan.
2.keadaan padang yang agak becak.
- pada minggu sukantara pula, hujan turun dengan lebatnya. membuatkan padang yang cantik itu, becak. jika padang basah, kecederaan boleh berlaku, tahu ? jadi, sekali lagi, pelajar bimbang akan perkara ini.
3. kerana atlit rumah Neptune main tipu.
- yaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !
4. kerana ADAM tak datang ?
- MUNGKIN ?
mungkin bagi anda, ini adalah sala satu alasan.
bagi menutup kekalahan.
jawapan saya, ya.
tapi, hei, kitaorang nombor dua.
walaupun aku datang. eh ?
dan ya, kiriman kali ini agak ketinggalan zaman.
Langgan:
Catatan (Atom)