Isnin, 24 Oktober 2011

Perang Jiwa.

Kebelakangan hari sebelum hari ini, perang yang telahpun tercetus sekian lama semakin parah. Perang itu semakin lama semakin memburuk dan menyesakkan jiwa ramai manusia. Jiwa yang sentiasa dalam kerisauan dalam menghadapi perkara yang mendatang. Walaupun perang itu cuba dipulihkan, tapi segala usaha yang dilakukan bagaikan tidak berhasil.

Perang itu semakin memburuk.

Perang di antara dua rasa dalam jiwa yang mahukan kejayaan dalam dunia dan juga rasa jiwa yang lain yang mahu kehendak nafsu diikuti namun mampu membuatkan seseorang itu kalah di medan perang sendiri. Medan perang yang bukan calang-calang medan untuk dihadapi. Persediaan jiwa dan mental perlu seiring dalam memastikan kemenangan yang mutlak di atas medan perang terhadap perkara nan satu ini. Dan, dua rasa ini mampu mengundang pelbagai rasa lain yang bercampur baur di dalam diri seorang manusia.

Jika kalah dalam perang yang ulung ini, jawapannya hanya satu.

Menyesal.