Sabtu, 31 Disember 2011

Terakhir.

Sebenarnya, memang tak ada idea pun nak tulis.

Saja, semata-mata sebab hari ini hari terakhir 2011.

Cukup, janganlah menangis sebab perlu ke sekolah Khamis ini. Dan ke PLKN.

Dan cukup, jika kena kerja di hari-hari cuti ini.

Dan juga, mulalah mengira ke bulan Mac.

Kita mungkin akan menangis lagi.

Khamis, 29 Disember 2011

Tiba-tiba...

Maaf, jika ada yang membaca ruangan maya terbiar ini. Maaf jika tiada apa-apa isi kandungan yang boleh dibaca untuk menggembirakn jiwa yang berduka lara dengan hidup yang sedang mengganggur.

Dan, maaf juga jika saya hanya syok sendiri.

Selama seminggu mendiamkan diri daripada menulis ke salah satu ruangan maya yang saya cipta dalam dunia maya ini, saya kini bersemangat kembali untuk menghantar kiriman-kiriman yang acapkali merepek bila dibaca. Tapi, kadang-kadang, MUNGKIN, kadang-kadang ada yang mengambilnya sebagai pengajaran dan bergelak ketawa di depan komputer masing-masing.

Seminggu di dalam hiatus, semuanya disebabkan chicken poks. Ya, saya tahu, sepatutnya penyakit ini patutnya telah dijangkiti sejak kecil lagi. Tapi apakan daya, kuasa Tuhan tidak boleh disangkal.

Katanya, penyakit ini telahpun saya jangkiti tetapi tidaklah secara sepenuhnya. Separuh sahaja yang menyerang. Ya, memang agak pelik. Jadi, memandangkan terdapat adik saya yang dijangkiti, saya akhirnya terjebak sama. Maknanya, separuh lagi virus yang menyerang ketika kecil dulu, menyerang ketika dewasa ini.

Katanya macam itu lah.

Kini, 2012 akan tiba dalam masa dua hari lagi. Ciken poks juga sudah reda keganasannya dalam menyerang antibidi diri.

Oleh itu, sampai sini sahajalah.

Selasa, 27 Disember 2011

It's my birthday, by the way.

Sampai sudah hari yang ditunggu-tunggu dari awal tahun.

Kini aku dah 17 tahun. Baru 17 tahun walaupun sudah mengambil SPM. Hebat tak hebat manusia yang lahir bulan Disember ini.

Jadi, disebabkan masih terdapat sisa ciken pox yang menyerang, nak sambut pun tak boleh lah.

Macam biasa, duduk depan komputer.

Ahad, 18 Disember 2011

Kembali dan Mengembali.

Tajuk macam syahdu habis, tapi isinya tidaklah sesyahdu seperti tajuk yang ditulis di atas.

Hari ni baru pulang bercuti daripada luar negara ( tiada niat mahu bongkak ) dan dalam negara. Seronok melihat negara orang dan jauh daripada hiruk-pikuk dunia. Cewah, mentang-mentang baru lepas SPM, terus fikir kehidupan dunia.

Tapi, bila dah kembali semula ke katil bujang yang bertompok ini, sedih pula fikir cuti dah habis.

Cuti yang dirangka sekian lama akhirnya ditemui juga dan akhirnya habis dalam beberapa lelapan mata.


Kira kiriman kali ini syahdu jugalah.

Ahad, 11 Disember 2011

Daripada Si Loner : Bagaimana mahu mencari temantapiringanringan .

Jangan baca senaraiatas ini.

Kerana semua ini hanyalah khayalan di langit semata mata. Bukan langit ketujuh mahupun kelapan. Hanya di langit semata mata.

Jika anda memberi perhatian ketika cikgu mengajar, sudah tentu anda tahu saya telah menggunakan hiperbola di dalam ayat di atas. Kalau saya salah, abaikan sahaja. Heh. Lama tak guna 'heh' . Jadi, mari baca. Eh, baru cakap jangan baca, bukan ?

1. Pastikan anda yakin bila berkata kata.
Semasa mahu memulakan perkenalan dengan si dia, pastikan kepetahan bercakap anda memang berada pada tahap yang amat memberangsangkan, bukan mengairahkan. Hal ini kerana, jika anda tergagap ketika mahu bercakap dengan si dia, sudah tentu ia akan mengambil masa yang lama untuk menghabiskan perbualan anda berdua. Dan si dia, pasti akan bosan dengan anda dan akan bertindak melarikan diri dengan helah yang luar biasa.

Jadi, pastikan anda ada membuat nota atau teks dan berlatih lah di depan cermin tandas anda. Ala, tempat yang anda selalu tangkap gambar sendiri itu ?

2. Ikut kata hati.
Jika anda terlalu teragak agak, si dia yang menjadi pujaan hati, akan menjadi pujaan orang lain pula. Kan dah tepuk dahi gigit jari. Lambat sangat. Oleh itu, lekaslah bertindak agar si dia tidak terlepas kepada mereka yang lebih bernafsu buas. Walaupun anda tidak kurang buasnya, tetapi mungkin anda lebih pandai dalam mengawalnya. Mungkin dengan cara yang tak boleh disebutkan.

3. Jangan terlalu ikut kata hati yang lain, yakni, nafsu.
Hawa nafsu akan sentiasa mengekori anda di mana sahaja. Kenapa dipanggil ' hawa nafsu ' ? Sebab kaum Hawa mempunyai banyak nafsu. Nafsu yang dipunyai oleh mereka sungguh tidak terkira. Nafsu makan, minum, beli blah, bendayangtidakbolehdisebutkan dan lain lain.Heh. Suka suka buat cerita sendiri.
Jadi, bukan apa, takut nanti keluar surat khabar, " bayi dijumpai di tandas sekolahberkaitan " . Anda faham faham bukan apa yang berlaku pada 9 bulan yang lepas ?

4. Pastikan anda berada di cermin sekurang kurangnya, 1 jam.
Manusia zaman sekarang, segelintirnya, masih lagi mementingkan rupa semata mata. Diulangi, segelintir, dengan gaya cikgu.

Oleh itu, seeloknya, digalakkan untuk berdandan secara melebih lebih di hadapan cermin. Betulkan mana yang tak betul, betulkan lagi yang dah betul sehingga jadi betul. Dan betulkan mana yang lagi betul kepada betul kuasa dua.
Alah, semuanya demi temantapiringanringan anda bukan ?

Saya dah lakukannya, hasilnya ?
Orang kata muka saya macam Justin Biber. Walaupun saya tak suka dia, tapi saya tersenyum mendengar perkara itu.

5. Jadi 'budak nakal' .
Terdapat kata kata mengatakan, perempuan baik suka lelaki nakal. Jadi, tidak salah untuk menjadi 'nakal' sekali sekala. Nakal di sini bukan bermaksud, panjat pagar sekolah.

Nakal di sana bermaksud, anda bergurau dengan gurauan yang mempunyai maksud tersirat, malutapimahu. Mungkin juga berbaur seksual.

6. Berdoa mendapat jodoh yang baik.
Susah susah sangat, mintak lah daripada yang di atas sana.

' Berikanlah aku Taeyeon atau IU atau Jiyeon sebagai teman ku, tak lupa juga Suzy '
Amin.

Senang bukan ? Niat ikhlas. Hih.

Namun, semua perkara di atas hanyalah, bak kata BEAST, " Fiction in Fiction in Fiction "

Perkara di atas hanyalah fiksyen kerana anda tahu sebabnya. Gelak lah puas puas. #dearfuturegfs

Intelektual. Akhir.

Peh, tak ada asap ataupun angin lintang, tiba-tiba dah 'akhir' dah. Walaupun tak ada orang baca pun. Kalau baca pun, muka mesti mencebik, fikir aku perasan sorang-sorang. Eh.

Sekarang, sedang sibuk mengemas demi mencari peluang untuk melegakan minda dan menjauhkan diri daripada urusan dunia yang sering kali membantutkan perasaan ingin berehat. Yea, akhirnya dapat membuang masa secara tidak sia-sia.

Jadi, minggu ini, jika ada yang baca, tak adalah kiriman yang menggelikan hati ataupun yang mampu membuatkan anda tersenyum sendirian di depan komputer. Tak apa, bersabarlah walaupun setiap hari anda menunggu kiriman daripada si penulis tak dianggap ini.

Kesimpulannya, hari ini tidaklah bosan seperti biasa.

Sabtu, 10 Disember 2011

Intelektual. Tiga.

Secara serta-merta, tajuk ' Intelektual ' ni dah jadi tajuk rasmi bagi meluahkan perasaan kebosanan yang melanda di dalam diri. Nanti kalau dah ada tajuk yang lebih menarik dan menghiburkan diri aku sendiri, tukarlah tajuk lain pula.

Jadi, kali ini, aku baru pulang dari mengharungi satu hari yang penuh dengan ilmu bagaimana mahu memandu. Durasi masa di dalam kelas yang lama iaitu selama 8 jam, membuatkan hari ini tidaklah bosan seperti selalu. Kurang sedikit kebosanannya. Walaupun dengan nguapan yang tidak terkira.

Walaupun dengan cikgu yang kelakar, rasa hendak menguap itu masih tidak dapat dibendung sepenuhnya. Apakan daya, otak dan badan tidak sehaluan dalam mengalirkan darah di dalam salurannya. Cewah, cuba mahu berbicara mengenai Biologi pula. Mentang-mentang Biologi 1 senang hari tu.

Lepas tu, ...



Sudah, kenapa dah jadi macam diari gegadis myspace ni ?

Jumaat, 9 Disember 2011

Permainan Lama Lama.

Aku rasa, congkak merupakan antara permainan yang paling praktikal dan paling best dimainkan.

Asalkan ada kayu, buat 7 lubang kiri kanan, dua lubang besar, cari ( 7 x 14 ) batu atau guli, dah boleh main ramai ramai. Eh dua orang je pun. Kalau ramai, main kalah mati. Siapa kalah tukar orang.

Sampikan, congkak pun dah jadi app dalam iPhone. Seronok gila.

Siapa yang cipta congkak ni memang genius dan patut diberikan pangkat Datuk oleh mana mana sultan yang ada dalam negara ni.

Takkan bagi Shah Rukh Khan je kot ?

Ini sebenarnya kiriman lama yang telah dipendam dan direndam sekian lama.

Intelektual. Dua.

Masih lagi bosan, menengang, eh mengenang cuti yang dah berlalu selama seminggu dengan hanya bertemankan komputer, Internet dan televisyen. Sesekali, novel juga menemani tapi disebabkan aku seorang yang gelojoh dalam membaca, novel setebal 320 muka surat habis dalam sekelip mata. Maksud aku, banyak kali juga mata aku dikelip dalam masa dua hari membaca novel urban serta indie tersebut. Jadi, sebenarnya, novel tersebut habis dibaca dalam masa dua hari.

Berlainan pula pabila cuba membaca novel Komsas yang dibekalkan kementerian sempena menyambut calon SPM 'batch' 2011, novel yang bermuka surat sebanyak 100 lebihkurang, sampai ke akhir tahun sudah, tak pernah sampai ke kulit belakang. Kisah benar. Kalau ada yang tersenyum membaca perenggan ini, bermaksud, dia juga melakaukan perkara yang serupa terhadap novel itu. Sebenarnya, kita semua sama.

Cuma, sekarang hanya menunggu masa untuk bercuti-cuti Malaysia yang akan tiba dalam masa dua hari lagi dan esok juga, mahu pergi belajar memandu. Destinasi percutian ? Biarlah rahsia.

Yahoo !

Oh ya, disebabkan aku bosan, tiap-tiap hari akan ada kiriman. Bergantung kepada... argh. Ada ke yang baca pun ?

Khamis, 8 Disember 2011

Intelektual.

Sebenarnya, aku tengah bosan. Bosan dalam mengharungi hari-hari tanpa kerja rumah, ataupun buku rujukan yang sebelum ini, memanggil-manggil dengan rayuan yang tidak boleh seorang lelaki elakkan. Mungkin daripada pandangan perempuan pula, buku rujukan itu memanggil seperti Jacob dalam siri filem Twilight ataupun yang terbaru Aaron Aziz dalam filem Ombak Rindu.

Namun bagi aku, buku-buku rujukan itu merayu bagaikan Taeyeon SNSD. Sudah tentu aku akan kalah dalam rayuan manjanya itu. Walau dengan ego aku yang tinggi sekalipun, dengan sekali panggil bersama suara manjanya, aku akan kalah.

Tetapi, SPM sudah habis. Buku-buku rujukan tersebut telahpun dibiarkan kembali berhabuk. Dibiarkan di sudut sepi tanpa aku sentuh walau sekalipun. Dibiarkan mereka tiga kali suci. Kertas-kertas yang dianggap penting sebelum ini pun sudah disusun rapi dan, dibuang. Secara rakus tanpa mengendahkan tangisan kesedihan yang terngiang di dalam telinga yang dicipta secara imaginasi.

Jadi, apa kena mengena tajuk di atas dengan isi kiriman kali ini?



Kan aku cakap aku bosan.

Rabu, 7 Disember 2011

Tak Pasti.

Menulis benda yang tak pasti.

Banyak banyak aku tulis ni, masih lagi sebelas orang yang mengikuti.

Tapi tak tahulah, ada yang mengikuti secara anonimus.

Bagi yang selalu dan sanggup baca demi memastikan hari anda ceria, terima kasih banyak.

Kalau perkara di atas tidak berlaku, jadi sekarang ni, aku masih lagi menulis untuk benda yang tak pasti.

Selasa, 6 Disember 2011

Kenapa SNSD/Girl's Generation diminati oleh saya.

Sebagai peminat tegar kumpulanwanita ini, saya di sini ingin berkongsi sedikit sebanyak, mengapa saya begitu meminati kumpulan ini.

Jika yang masih tidak faham, sila beranikan diri untuk mengeksplorasi belog ini.

Atau tidak pun, cukup hanya menekan ayat 'BAKAL BINI' di sebelah kanan belog ini.

Jadi, ayuh, mari kita baca sebab dan penyebab kumpulan ini menjadi pujaan saya.

1. Wanita kuasa 9
Anda cuba bayangkan, seorang wanita mempunyai nombor asas ( baca : base number ) 10, dan kuasakan kepada 9 ( mengikut kadar kecomelan muka ) dan darabkan pula kepada 9 wanita. Besar ke tidak kuasanya ? Besar bukan ? Jadi, jika anda mahukan lelaki meminati anda, sila cari 10 orang lagi rakanwanita anda yang mempunyai kuasa 9. Kalau berkuasa 9-lah.

2. Taeyeon
Ketua kumpulan kumpulanwanita ini. #dearfutregfS. Tinggi yang tidak seberapa, namun orang kata, yang kecil itu comel. Cewah. Dia juga merupakan vokalis utama kumpulanwanita ( baca: girl group ) ini. Jadi, bayangkan  kalau ada #dearfuturegfS macam dia ni telefon aku malam malam, sudah pasti tak tidur. Dengan suara semerdu mungkin, haih, memang tiap-tiap hari aku telefon.

3. Sunny
Merupakan pilihan kedua. Walaupun sebenarnya pilihan pertama sebelum Taeyeon. Kononnya, awal awal dulu masih mencari siapa #dearfuturegfS, eh ahli kumpulan pilihan hati. Dan sudah tentu, dia ini comel. Tinggi pun tidaklah seberapa, tapi macam biasa, tinggi tidak memainkan peranan bagi aku. Aku hanya melihat keihklasan hati seorang wanita.

4. Seohyun
Merupakan ahli termuda kumpulan ini. Bak kata orang lagi, yang muda itu manja. Dan saya juga suka wanita yang manja. Jadi, saya masih lagi tidak mempunyai masalah dengan kumpulan ini dan juga tidak mempunyai masalah untuk menyukai mereka dengan sepenuh hati jiwa raga. Perh. Oh ya, dia juga merupakan vokalis kumpulan ini.

5. Jessica
Mempunyai suara paling comel. Suara yang kecil tapi mampu menggapai not yang tinggi. Jadi, perlu diulang yang saya masih tidak kisah ? Tambahan pula, dia  fasih berbahasa Inggeris. Senang. Senang untuk apa ? Ha, itu kita tak tahu. Jangan fikir lain, senang untuk berkomunikasi sekiranya aku masih tiada masa untuk mengajar  Bahasa Melayu.

6. Tiffany
Vokalis juga. Fasih berbahasa Inggeris. Saya juga hampirfasih berbahasa Inggeris. Jadi, tidak akan mempunyai masalah dalam perhubungan nanti. TIADA MASALAH LANGSUNG.

7. Yuri
Kebanyakan wanita cemburu dengan dia ini. Hal ini kerana, dia mempunyai badan yang 'glamourous' kata orang. Masakan tidak, mereka ini bukannya dilatih sebulan dua. Kadang-kadang , ada yang mula menjadi pelatih sehingga 5-7 tahun sebelum keluar menjadi artis. Jadi, segala usaha yang dilakukan syarikat Korea akhirnya berbaloi. Kpop telah menjadi salah satu muzik yang mampu mearik perhatian dunia.

Nampak sangat tak idea nak huraikan pasal Yuri ni.

8. Sooyoung
Wanita paling tinggi dalam kumpulan ini. Kira dah setaraf ketinggian aku. Sesuai, bukan ?

9. Hyoyeon
Nak katakan tidak cantik, tidak boleh juga, semua gegadis dalam kumpulanwanita ini semuanya cantik-cantik belaka. Mungkin aku tidak tertarik agaknya.

10.Yoona
Antara ahli kumpulan paling popular dalam kumpulanwanita ini. Banyak berlakon dalam drama-drama Korea sebelum aku mengenali mereka. Kini, aku ingin mengenali mereka.

#dearfuturegfs


Gambar ? Cari sendiri.

Isnin, 5 Disember 2011

NOTA CINTA

Harum bau kau lalu
Bagai mimpi bertemu bidadari
Mimpi bertemu sang bulan
Hati terus terusan ditawan

Bagaikan mimpi indah bermula dengan sebuah nota cinta
Nota cinta dipenuhi kata indah yang terus berasmara di awan kasihnya
Bagaikan mimpi sang pujangga

Bermimpi di atas awan kasihnya
Kasih yang bermula
Hanya dengan sebuah nota cinta

...

Seorang wanita dengan haruman bau yang memikat kalbu, sudah tentu mampu membuatkan seorang lelaki itu terbayangkan bahawa bidadari telah berlalu untuk memikat hati sang pujanga. Terus termimpikan bulan indah yang menerangi di kala malam yang sunyi sepi. Hatinya telah ditawan dengan si rupawan.

Nota dengan kata-kata indah yang ingin sahaja aku hantar kepada gadis-gadis di bawah ini.

Kebarangkalian itu ada. Dan, ya, saat tengah menaip ni, aku bosan.

( VIDEOCURI ) Girls' Generation_The Boys_KBS MUSIC BANK_2011.12.02



Mengenangkan tak dapat bercuti di negara kelahiran mereka, rasa rindu hanya mampu diluahkan hanya dengan cara ini.

Haih.

Ahad, 4 Disember 2011

Aku Rasa ...

Masuk kali yang ni, kali ketiga dah aku guna tajuk 'Aku Rasa' ni. Kononnya sebagai antara himpunan siri-siri luahan hati terpendam aku yang bersarang di dalam jiwa nurani aku

Kononnyalah.

Jadi, setelah 4 hari selepas SPM. Kenapa macam tak ada benda yang berlaku ni ? Ingatkan lepas SPM aku mampu bersorak kegembiraan dan lari-lari keliling kawasan perumahan ni. Kononnya dah tak payah fikir belajar lagi dah.

Aku ingatkan, aku dah mampu untuk ke Korea, untuk berjumpa si kekasih hati, tapi apakan daya, rancangan percutian telah bertukar pada saat akhir, daripada ke Asia Timur kepada Asia Tenggara. Bukan jodoh agaknya untuk tahun ni.

Duduk rumah duduk terlentang tengok TV, duduk meniarap main komputer, berjalan hanya bila mahu turun tangga melihat televisyen dan berlari hanya ketika cerita yang ditunggu-tunggu telahpun mula disiarkan. Terpaksa berlari kerana tidak mahu ketinggalan walaupun sesaat cerita yang ditunggu sekian lama itu.

Nak main perkusi kegemaran aku, dram, takut pula makcik-pakcik kiri kanan depan belakang bawa pisau dengan parang hentak pintu rumah aku. Jadi, terpaksalah aku bermain secara akustik. Menghentak hanya bila perlu. Nasib baik kebelakangan ini hujan, bolehlah kuat sikit, sebab sudah tentu, hujan antara penebat bunyi terbaik dunia.

Sudahnya, aku hanya membaca novel yang disimpan selama tiga minggu itu. Disimpan selama tiga minggu, habis hanya mengambil masa dua hari. Uih, sungguh urban dan indie betul novel yang aku baca. Terkena kejutan budaya aku membaca novel sebegini, Tapi, tak apa, aku kan dah dewasa ?

Kesimpulannya, aku rasa aku bosan.

Sabtu, 3 Disember 2011

Kenapa kena baca buku di waktu akhir sebelum peperiksaan ?

Menjadi kebiasaan pelajar masa kini, apabila minggu depan merupakan minggu peperiksaan, mulalah sibuk mencari buku yang sudah berhabuk disimpan di ceruk entah mana dalam bilik penuh rahsia remaja itu. Baru mahu diselak satu persatu. Buku mahal maha beli tapi hanya dibaca beberapa kali sehingga mampu dihitung dengan jari kaki.

Ini semua merupakan pandangan skeptikal daripada orang dewasa kepada remajabelasantahun. Mereka tidak tahu, rahsia di sebalik kejadian ini.

Oleh itu, teruskan membaca dan anggukkan kepala jika anda setuju. Eh janganlah geleng, tak suruh pun,

1. Lebih senang masuk otak.
Membaca buku secara awal sebelum minggu peperiksaan, boleh menyebabkan apa yang dibaca lebih mudah terlupa. Kerana pelajar masa kini aktif. Aktif hampir dalam semua perkara, bahkan ketika tidur pun. Kaki bergerak hampir 360 darjah sampai masuk mulut teman tidur sebelah. Macam mana kahwin nanti ?

Aktiviti sihat atau tidak sihat yang dilakukan pelajar akan menyebabkan pelajar secara tidak sedar, terlupa apa yang telah dipelajari sebelum ini. Jadi, menyebabkan pelajar terpaksa membaca kembali. Kan dah jadi kerja dua kali ?

2. Jadual hidup yang ketat dan sendat.
Sebagai calon SPM, jadual samada di sekolah atau di rumah begitu ketat. Sekejap perlu baca buku, baca buku dan baca buku. Sesekali, diselangi membuat latihan. Kalau tidak pun, membeli buku latihan sampai dua tiga beg plastik untuk dibuat pabila menjelang hari peperiksaan kelak. Mana ada masa mahu tidur sekarang.

Semua itu membuang masa. Masa yang digunakan untuk tidur itu, mampu mengubah masa depan samada cerah bersinar bersama mentari atau mendung nak hujan ribut petir.

Pilihan yang sangat susah dan perlu dipastikan tepat.

Jadi, mana sempat nak baca buku untuk pepriksaan picisan. Tumpuan seratus sepuluh persen diberikan kepada SPM. Dibiarkan sahaja gagal periksa yang lain, andai dapat merubah keputusan peperiksaan SPM nanti.

3. Malas membaca sebelum minggu peperiksaan.
Kebelakangan ini, banyak aktiviti perlu diikuti. Secara sukarela ataupun paksarela. Kerja rumah yang dibekalkan oleh guruberkaitan juga semakin hari semakin meningkat. Menimbun tinggi macam bukit depam rumah aku. Ha, kena tipu depan rumah aku mana ada bukit. Dan jangan pula bayang bukit lain. Opss, terseksual pula.

Dengan bebanan kerja dan pelbagai aktiviti tidak sihat yang dilakukan, mana larat lagi nak baca buku. Kan cikgu cakap, jangan terlalu stress. Berehat dan jangan penatkan otak. Boleh pecah kepala jadi gila kalau terlalu banyak informasi yang disalurkan kepada otak. Rosak medulla oblangata dan cerebrum. Macam mana nak control voluntary dan involuntary action ?

Nampak tak aku bercakap tentanh Biologi? Nampak macam anak doktor bukan? Memang pun.

Tahukan, otak perlukan rehat daripada segala daripada pelbagai urusan dunia. Selepas puas berehat, sambunglah kembali perkara yang perlu dilakukan.

Tapi, sekarang jadi lain. Waktu rehat yang patutnya menjadi perehat minda, dah jadi macam waktu hibernasi beruang.

Sudahnya, dah dekat dengan minggu peperiksaan baru nak baca. Kelam kabut sampai tak sempat nak basuh lepas buang hajat.

Sampai macam tu sekali, tahu ?

4. Lebih banyak perkara yang lebih menarik minat.
Bayangkan, Taeyeon sebagai Internet, Sunny sebagai TV, dan semua ahli Girl's Generation/SNSD merupakan segala aktiviti yang tidak berkaitan dengan pelajaran lansung. Termasuk #dearfuturegfs .

Mana yang akan kau pilih ? Gadis gadis comel yang boleh dijadikan bini dan mampu memenuhi Dasar Kependudukan Negara atau bahan bahan pelajaran yang hanya kertas bertulis.

Tapi bayangkan juga, bahan bahan pelajaran itu merupakan salah satu #dearfuturegfs . Haih, dilemma.

Jumaat, 2 Disember 2011

CURIGA

Bising di mulut
Pekak di telinga
Mulut terkunci
Mata terbuka

Itulah dirinya
Bunyinya agak curiga
Tapi percayalah
Inilah hakikatnya

Hakikat tiada siapa yang tahu
Hujan berbicara dengannya
Hanya tuhan saja yang mengenalinya

....

Dalam sekumpulan manusia dalam dunia ni, pasti akan ada seorang yang akan dianggap pelik oleh orang sekelilingnya. Walaupun kelainan pada seseorang itu hanya sekecil zarah sekalipun, jika ada yang terlalu prihatin seperti kebanyakan manusia masakini, pasti dia akan dicemuh dah dibuli secara mental oleh mereka yang 'tidak lain ' itu.

Tapi, dia menerima hakikat dunia yang telah ditakdirkan Tuhan walaupun ramai yang curiga dengan dirinya. Walaupun dia kurang mengetahui atas sebab apa perasaan curiga itu bersarang dalam hati manusia. Hati manusia yang sentiasa dengki pada spesies sendiri.

Cuma, biarkan dia bersendirian dengan Tuhan yang lebih mengenalinya.

Selamat Tinggal.

Selamat tinggal, sebelas tahun yang penuh dengan ilmu.

Selamat tinggal, sebelas tahun yang penuh dengan cerita manis pahit masin masam kurang gula di waktu persekolahan.

Selamat tinggal, kerja rumah yang selalu menemani di waktu senggang.

Selamat tinggal, buku-buku rujukan ber-lamputinggi ( baca : highlight ) dan kurang dengan renyukan. 

Selamat tinggal, cikgu yang memenuhkan ilmu di dada. Serta bebelan manja.

Selamat tinggal rakan-rakan yang menceriakan.

Selamat tinggal.

Khamis, 1 Disember 2011

Merdeka ! Yang betul-betul punya.

30 November 2011, hari yang paling budak-budak SPM aliran Sains paling tunggu.

Hari yang menandakan kemerdekaan mutlak terhadap buku-buku yang setia memburu pada hari-hari persekolahan selama 5 tahun. Buku-buku yang terpaksa dipegang untuk menghadapi 21 set kertas selama tiga minggu.

Kalau diikutkan, tiga minggu bukanlah waktu yang panjang. Pejam, celik dah tiga minggu. Tapi dalam dunia SPM, 1 jam itu ibarat dua hari.

Kertas terakhir yang diambil semalam adalah Biologi 3. Kertas yang mahu sahaja calon-calon SPM aliran Sains Tulen tidak mahu ambil demi mahu menggapai kemerdekaan. Tapi, diambil juga kerana mahukan kejayaan di masa akan datang.

Apa, ingat nak cari kerja pakai kertas surat khabar lama ?

Semalam juga, Facebook dipenuhi dengan atas-tarikh ( baca : update ) status oleh pelajar-pelajar SPM aliran Sains Tulen berkenaan SPM yang sudah berakhir. Semuanya gembira meraikan kejayaan yang diperolehi. Semua status berkaitan SPM akan di'like' oleh calon SPM yang lain.

Cuma, yang akan menduduki SPM sampai 14 haribulan 12 sahaja yang tak like.

Sekarang, semua dah relaks. Buku-buku yang digunakan selama lima tahun ini semuanya sudah dimasukkan ke dalam plastik secara tidak kemas. Kan dah tak guna lagi kan ?

Sekarang ni pun sedang membaca novel yang selama tiga minggu masih lagi berplastik di luar. Nampak tak betapa aku tahan nafsu pembacaan aku ? Novel yang urban sesuai dengan peredaran hidup aku yang meningkat dunia dewasa.

Dah, sekarang tengah buat larian berganti-ganti antara komputer dan TV.

Seronok, hoi !

Sampai Disember.

Bulan terakhir bagi setiap tahun. Bulan yang sesuai untuk kita mengenang kembali perkara yang telah dilakukan selama sebelas bulan sebelumnya.

Dan juga, BULAN HARI JADI AKU !

17 tahun, sini aku datang ! ( baca : 17 years old, here I come ! )

Rabu, 30 November 2011

Sijil Pelajaran Malaysia.

Minggu Pertama yang penuh bahagia. 
BM : Sebagai bangsa Melayu sejati, soalan dapat dijawab tanpa menggaru walaupun kepentingan bahasa kebangsaan diragui.

BI : Sebagai rakyat dunia dalam era globalisasi, soalan yang diberikan juga dijawab tanpa runsing memikirkan tentang Madhuri.

Sejarah : Sebagai rakyat Malaysia dan rakyat dunia yang jiwanya penuh dengan sejarah, soalan yang diberikan dijawab tanpa ragu-ragu walaupun menggaru nak jawab soalan lagu kebangsaan. Eh.

Matematik : Sebagai manusia yang tak pernah dapat nombor 1 dalam kelas, soalan-soalan yang dijawab terasa senang walaupun jawapan yang salah hanya dikesan sesaat sebelum tamat masa menjawab.

Minggu Kedua yang penuh kejutan tidak dirancang.
Agama : Sebagai umat Islam yang sayang akan agamanya dan bercita-cita untuk meng-Islam-kan gegadis Korea ( baca : #dearfuturegfS ) , soalan yang diberikan dapat dijawab walaupun, kuda bukanlah haiwan ternakan.

Matematik Tambahan : Sebagai manusia yang tak pernah dapat A+++ dalam kertas ini, soalan yang diberkan dapat dijawab walaupun banyak kecuaian yang menggeramkan.

Fizik : Sebagai bakal juruterbang berjaya pada masa akan datang, soalan yang diberikan dapat dijawab walaupun tiada sinaran yang keluar daripada mata.

Minggu Ketiga yang menakutkan.
Kimia : Sebagai manusia yang memasak menggunakan kuali besi, soalan yang diberikan dapat dijawab walaupun, entahlah.

Biologi : Sebagai manusia yang mempunya ayah yang berkerja sebagai doktor, soalan yang diberikan dapat dijawan dengan semangat yang berkobar-kobar nak melepaskan diri daripada cengkaman seksaan dunia terulung walaupun, jawapan yang diberikan, hanya Tuhan dan penanda sahaja yang tahu.

Jumaat, 11 November 2011

Rabu, 9 November 2011

ALLEY

Walking in this alley
Alone with the rain
Try to forget our story

In this heavy rain
Walking slowly through this alley
Reminding our love story

I cry in pain
But will you do the same ?

Oh my love
Thanks for everything
Thanks for leaving me in pain
Thanks for leaving me in this alley

But never thank me, please
Because i will never forget you.
Our story in this alley.

....

Di satu lorong kecil, dia berjalan mengenang kisah lama. Kisah lama yang tidak kesampaian. Kisah lama yang memeritkan jiwa serta menyeksakan raga. Walaupun sedaya upaya akal cuba melupakan perkara yang hanya menjadi kenangan lamanya, kenangan itu setiap hari akan muncul dalam angannya di malam hari. Anganan malam yang acap kali berubah menjadi tangisan kerinduan.

Akhirnya, satu ucapan sahaja yang mampu menghilangkan segala rasa yang lama itu.

Terima Kasih.

Isnin, 7 November 2011

Dugaan Sebelum SPM.

Rasa yang kian menyeksa.

Terseksa batin zahir jiwa raga dalaman manusia bila diuji sebegitu rupa. Pedih, sakit, pelbagai rasa mula menghuni jiwa dan perasaan seseorang manusia. Manusia yang azalinya berkeperibadian mulia dan tenang akan berubah rupa dan adabnya.

Pipi bagaikan mahu ditumbuk sekuat hati. Biar hilang gigi. Asalkan hilang rasa pedih sengsara menahan seksa biologikal manusia. Sengsara tak tertahan, namun akal waras meyakinkan.


Jangan dibuat benda bodoh.


Perkara yang bukannya terlalu sakit, jangan disakitkan. Biarkan ia berlalu pergi sendiri, bersama masa yang laju berputar dikejar manusia.

Dikatakan manusia yang dahukunya berperibadi mulia dan tenang, kini berubah tiga enam kosong darjah.

Mengganas, menggigil kemarahan. Mahu sahaja dimaki semua orang sekelilingnya, tanpa tapisan dan kewarasan. Sekali lagi, sedaya upaya akal waras meyakinkan.

Ini semua hanya MATA IKAN sahaja, manusia.

Adui.

Sabtu, 5 November 2011

Selamat.

Selamat SPM.

Selamat Raya Korban.

Selamat membaca buku di depan lembu ?

Jumaat, 4 November 2011

Diari Orang Tak Ada Pengikut Di Blog

Wahai diari yang semakin hari semakin dibenci ini, dan bau kau pula semakin lama semakin menyengat baunya, hingga mampu membuatkan seseorang muntah secara sengaja di bulan puasa ini. Nak basuh, kau dah terlalu jijik, takut boleh rosak mesin basuh.

Wahai diari, kau tahukah, zaman modenisasi ini, semua orang mempunyai laman sosial masing masing. Dan laman so-sial yang menerajui pada masa kini adalah eFBee.

Namun, untuk meluahkan isi hati terendam di Facebook bukannya puas. Umpama makan berbuka tak ada air. Jadi, ramai menggunakan blog agar semua isi hati yang direndam dan terperam dapat diluahkan sepenuhnya agar hati merasa lebih lapang, kononnya.

Pelbagai kiriman telah dikirimkan demi memuaskan hati sendiri dan menyakitkan hati orang lain. Segala kemarahan yang tidak perlu ditunjukkan pun dipamerkan untuk tatapan umum. Segala benda mengenai irgan dalaman pun ditaip juga ke blog. Harap maklum, kadangkala bertaraf 18PG. Namun, blog aku tidaklah hanya bersandarkan kemarahan atau luahan hati semata mata, mungkin sebalinya, kerana kiriman di blog aku bersandarkan perlian dan merepa-kan semata mata.

Tapi, blog tanpa pengikut umpama berbuka tanpa air. Kering dan kelat. Umpama bercakap dengan komputer yang dah ditutup dan pengecasnya pula rosak. Kiriman yang sudah melebihi 100 itu bagaikan air yang diminum semasa berbuka. Banyak tapi tak ada rasa.

Namun, demi semangat penulisan yang tinggi di dalam diri, digagahkan jua menulis di blog bersama linangan air mata dan hingus di pipi mengenangkan masa depan blog yang tidak diketahui.
Masin.

Walaupun berdepan hinaan dan cercian daripada kawan kawan yang celak*, perkataan terpaksa ditapis bagi mengelakkan kurangnya pahala puasa, akan ku tempuhi juga segala dugaan itu demi memastikan nafsu penulisan dapat disalurkan ke tempat yang betul.

Nafsu yang lain di tempat yang lain.

Dah, nak iklankan blog dekat Facebook. Cakap dah tak ada dara. Eh.

Khamis, 3 November 2011

Hampir. #2

Debaran semakin terasa. Bahang semakin menghangat jiwa raga. Tidur semakin tidak lena. Mandi pula masih lagi wajib, eh basah. Tapi kalau bab makan, maaf, bab tu memang masih lagi sama. Eh, nak belajar mana boleh dengan keadaan lapar. Memandangkan orang kata badan aku terlalu kurus atau dengan kata lain, keding, sudah tentu lebih baik aku kekalkan sahaja cara pemakanan aku sekarang.

Jadi, pagi tadi, jadual SPM baru sahaja singgah di tangan aku. Dan secepat kelajauan cahaya, terus aku tinggilampukan ( baca : highlightkan ) semua matapelajaran yang akan aku hadapi dua minggu dari sekarang itu. Sekali pandang, memang nampak macam aku dah bersedia nak menghadapi SPM, tapi kalau dua kali pandang, memang sudah dapat diketahui, buku-buku rujukan di rumah masih lagi bersih.

Eh, mana ada bersih sesuci tiga kali, ada juga bahagian yang aku tinggilampukan juga. Demi masa depan yang cerah, tinggilampu yang diguna juga perlulah yang cerah juga. Tapi, itu cerita lain.

Oleh itu, alangkah bagusnya jika aku tandatangankeluar ( baca : sign out ) dari laman web ini dan terus membaca buku. Iyalah, masa sejam yang diperuntukkan sudah tidak diikut sekarang ini.

Okey, aku tandatangan keluar dahulu.

Nak buka Youtube pula.

Selasa, 1 November 2011

Apa Khabar November?

Pejam celik pejam celik separuh, pejam celik suku pejam celik separuh, dah masuk bulan November.

Macam biasa, bagi mereka yang terlalu khusyuk dengan buku, sekarang bulan 11 ok ?

Dalam banyak-banyak bulan tahun ini, bulan ni lah yang aku rasa bulan yang paling aku takut. Bukan apa, kalau SPM tu bulan 10, maka aku akan takut dengan bulan 10. Jika SPM berada pada bulan 12, maka aku akan takut pada bulan 12. Dan seterusnya, sila bayangkan dengan imiginasi anda. Jangan bayangkan imiginasi yang liar pula.

Kesimpulannya, aku takut dengan SPM. Takut sangat-sangat hoi. Ingat aku tak takut ke ? Walaupun wajah aku menunjukkan riak muka yang yakin dan ceria sepanjang masa, percayalah, aku hanya manusia biasa yang takut dengan masa depan.

Aku ada cita-cita.

Mengikut kalendar Masihi aku yang tergantung di almari ini, jika dihitung secara Add Math, hanya ada 2 minggu sahaja lagi sebelum aku berperang dengan kertasputihbertulis itu. 2 minggu yang semakin hari semakin singkat. Masa pula semakin lama semakin mencemburui aku yang terang-terangan menduakannya dengan buku-buku rujukan.

Jadi, aku nak pergi baca buku.

Isnin, 31 Oktober 2011

Kelas Menggoda Wanita.

Hidup sebagai loner bukanlah bahagia seperti yang disangkakan. Duduk kesepian tanpa teman mahu mengadu tak pun bermanja merupaka satu seksaan yang menyeksa jiwa raga zahir batin aidilfitri aidiladha. Henfon mahal pula sunyi tanpa ada mesejan mesejan yang penuh kata manja tak pun kata rimastis daripada yang tersayang.

Yang ada hanya iklan daripada telco. Itupun tak tahulah, yang hantar tu wanita ke ataupun komputer yang diprogram. Sebab dalam surat khabar, muka wanita yang menggoda dijadikan sandaran pelaris telco masing masing.

Cuma aku harap masa depan nanti, adalah orang yang buat kelas menggoda wanita khas buat lelaki yang tidak pandai bermain kata.

Aku harap sangat-sangat.

Sabtu, 29 Oktober 2011

( VIDEOCURI ) Girls' Generation _ The Boys _ Special Stage 2011.10.28 _ KBS MUSIC BANK

              

Dalam hidup, pasangan itu penting. Supaya ada tempat mahu mengadu, menangis ataupun menyanyi bersama.

Bersama hingga ke akhirnya.

#dearfuturegfS .

HEY KAU!

Dari otak kiri
Terbiasa dengan cerita propaganda
Dan otak kanan
Terbiasa dengan kisah muslihatnya

Seperti biasa
Aku dipinggirkan
Dan seperti biasa juga
Aku membiarkannya

Kau dan kau yang berada di situ
Apa lagi yang kau tunggu
Aku jauh menuju ke dunia baru

Kau dan kau yang di situ
Apa lagi yang kau tunggu
Duduk termanggu melihat aku yang dipinggirkan mu

Seperti biasa
Aku dah terbiasa
Kau yang terasa
Pedih bukan sakitnya ?
......

Kalau dibiarkan rasa sakit hati itu, mungkin akan meletup hati sampai terkeluar segala kata yang selalunya dipendam dari mula. Dipendam demi memastikan rasa kecewa itu sentiasa bersarang dan membengkak di dalam jiwa sensitif. Selain itu, demi memastikan dia masih tampak 'cool' dan hebat di mata orang ramai. Jika tidak, dia pasti akan mudah disangkakan sebagai seorang manusia yang tidak tahan cabaran.

Tapi, bila mereka merasa apa yang dia rasa, hanya satu ayat yang ingin dia ucapkan.

PADAN MUKA.

Jumaat, 28 Oktober 2011

DINIHARI

Jangan kau pergi
Tinggalkan dinihari dan
ku di sini
Wahai malam
Wahai kasih

Biarkan burung berbunyi
Kasihku masih lagi di hati
Tapi kau tetap pergi
Tinggalkan dinihari dan
Aku di sini

Kau kian jauh
Tinggalkan aku berdiri
Di awal dinihari
Menanti mentari di ufuk bumi.
...

Dinihari.

Permulaan baru bagi semua hidupan di atas dunia ciptaan Tuhan nan indah ini. Permulaan baru untuk sesuatu yang baru. Baru dan biarkan yang lama terus menjadi kenangan dan panduan. Panduan menghadapi cabaran hidup yang setiap hari berubah atau dalam erti kata lain, cabaran yang baru.

Kalau aku dibiarkan sendiri di sini, Matahari masih lagi akan menyinari Bumi. Menyinari aku, dia dan semua. Walaupun jauh dan terpisah, perasaan itu masih ada walaupun yang merasanya hanya satu.

Dia dilepaskan pergi.

Hampir. #1

Cikgu tengah berleter secara intekktual di hadapan. Hadapan seluruh kelas yang penuh dengan pelajar yang mindanya hanya separuh terisi dengan ilmu bagi menghadapi masa depan yang tidak tahu bagaimana bentuknya.

Masa depan yang mungkin,

Gelap mendung awan kelabu
atau
Cerah bersinar sang mentari di awan biru.

Minda yang separuh lagi terisi dengan anganan minda tentang temantapiringanringan, aktiviti rekreasitiadafaedah dan pelbagai hal lagi yang bukannya berkaitan dengan pelajaran.

Walaupun kadang kadang, sebahagian minda tu terisi dengan jadual pembelajaran bagi menghadapi peperiksaan spm yang mendatang. Tapi, sudah tentu, kadang kadang sahaja.

Cuma, takut kalau tak belajar, tak boleh jadi boss.

Rabu, 26 Oktober 2011

HOI. Lagi.

Dah masuk hari Rabu.

Kira dah hari ke 5 aku bercuti sempena Deepavali.

Hari-hari aku dipenuhi dengan buku. Al-maklumlah, calon SPM katakan. Lebih-lebih lagi, akulah orang pertama dalam senarai nama calon SPM sekolah aku. Apa, ingat tak bangga ke ?

Harap-harap juga aku adalah orang pertama yang naik pentas ambik slip SPM yang tertera 9A+.

Amin.

Diari Orang Tak Ada Diari.

Aku menangis pilu di bantal dengan muka ditekap sepenuhnya ke atas bantal.Sambil menggigit gigit bantal itu. Koyak.

Hfffffff. Ambil nafas.

Semua ini bukan apa, aku kehilangan diari yang amat ku cibai, eh, cintai itu. Banyak kenangan yang tidak akan ku lupakan bersama diari loji itu. Di situlah tempat luahan keji aku terhadapnya. Dia hanya berdiam diri sekalipun dihambur dengan pelbagai kata kesat yang tidak masuk akal dan tidak boleh dikirimkan ke dalam blog. Takut kehilangan pengikut yang 'ramai' .

Kini, dia telah pergi meninggalkan aku sendiri. Di manakan ku cari ganti diari loji yang satu itu ? One in a million katanya. Di manakah kan dapat ku jumpa kembali diari jijik itu ? Perlukah aku menyelam ke dasar lautan loji itu yang penuh dengan ketulan ketulan serta bau yang agak 'sedap'. Kalau tidak, masakan kawasan itu dipagar ? Sebab dipagar itu adalah kerana mahu menghalang manusia daripada menjadi liar dek bau harum itu.


Eh, aku tengah tulis dekat diari mana ni ?

Eh, Diari Jijik !

Eh, nak tulis diari orang tak ada diari lah.

Isnin, 24 Oktober 2011

Perang Jiwa.

Kebelakangan hari sebelum hari ini, perang yang telahpun tercetus sekian lama semakin parah. Perang itu semakin lama semakin memburuk dan menyesakkan jiwa ramai manusia. Jiwa yang sentiasa dalam kerisauan dalam menghadapi perkara yang mendatang. Walaupun perang itu cuba dipulihkan, tapi segala usaha yang dilakukan bagaikan tidak berhasil.

Perang itu semakin memburuk.

Perang di antara dua rasa dalam jiwa yang mahukan kejayaan dalam dunia dan juga rasa jiwa yang lain yang mahu kehendak nafsu diikuti namun mampu membuatkan seseorang itu kalah di medan perang sendiri. Medan perang yang bukan calang-calang medan untuk dihadapi. Persediaan jiwa dan mental perlu seiring dalam memastikan kemenangan yang mutlak di atas medan perang terhadap perkara nan satu ini. Dan, dua rasa ini mampu mengundang pelbagai rasa lain yang bercampur baur di dalam diri seorang manusia.

Jika kalah dalam perang yang ulung ini, jawapannya hanya satu.

Menyesal.

Ahad, 23 Oktober 2011

Obsesi.

Apa khabar ?

* bunyi cengkerik *

Obsesi merupakan satu fitrah manusia. Semua orang ada obsessi tersendiri. Obsesi pada macam macam. Macam macam yang memang macam macam. Lain orang lain obsesi. Lain obsesi lain orang. Nampak tak tak ada idea nak menaip ? Nampak bukan ? Tapi masih ada lagi ayat yang aku sambung walaupun tak ada idea nak tulis. Ha, ini juga boleh dikategorikan sebagai obsesi.

Eh, kalau yang perut ke depan tu bukan obsesi, itu obesiti.

Obsesi ada macam macam.

Obsesi pada kasut.

Obsesi pada baju.

Obsesi pada rupa diri. Dan rupa orang lain.

Obsesi pada persekitaran.

Obsesi pada keadaan dunia.

Obsesi pada gajet-gajet elektronik.

Obsesi pada katil.

Obsesi pada makanan.

Obsesi pada kasut.

Obsesi pada MukaBulu, eh, MukaBuku.
Kadang-kadang Twitter. Kadang-kadang Myspace. Myspace ?

Obsesi pada Youtube.

Obsesi pada Blog. Eh.

Obsesi pada ...


... gegadis Korea.
#dearfuturegfS

Jumaat, 21 Oktober 2011

Cuti demi SPM.

Hai.

Hari ni dah mula cuti seminggu.

Cuti seminggu yang akan dipastikan kepala disembamkan sepenuhnya ke atas buku-buku rujukan yang semakin lama semakin berhabuk.

Cuti seminggu ini juga akan dipastikan buku-buku rujukan tersebut akan dipenuhi dengan contengan yang bakal membuatkan aku nampak macam pandai.

Walaupun aku memang pandai.

Cuti seminggu ini juga, akan memastikan aku semakin kecut perut mengira hari menjelang SPM.

Khamis, 20 Oktober 2011

ASING .

Lalu kau berlalu
Di hadapan mata tajamku
Tanpa menoleh
Merenung aku yang di situ
Menunggu

Ku menanti kau setiap pagi
Setia di bangku ini
Menunggu pagi dan mentari
Tapi kau tak menoleh
Kerna ku tahu diriku yang asing

Ingin ku kejar
Tapi apakan daya
Hati masih lagi kan asing
Dengan rasa yang asing ini
Ku biarkan diriku terus menunggu di bangku
Yang asing

Berjalan. Separa perlahan.

Duduk di bangku kayu. Berkeriut bunyinya. Bangku yang sudah tua, bukan aku yang berat. Kalaupun berat, salahkan graviti dari perut bumi.

Duduk merenung dan mentafsir setiap tingkah laku manusia. Macam macam ragam, macam macam gaya dan macam macam jenis. Aku tak tahu, bagaimana pula mereka mentafsir aku. Biarkan aku yang merasa, akulah penganalisis manusia pertama dalam dunia.

Tiba tiba, kau lalu. Lalu tanpa sekalipun memandang wajah bahagia yang gembira melihat si dewi yang di depan mata. Berlalu pergi, bagai angin menghembus laju merentasi awan biru.

Dan masih lagi, seperti biasa, membiarkan aku yang asing.

Asing di bangku kayu ini. Setiap hari.

Rabu, 19 Oktober 2011

( VIDEOCURI ) Girls' Generation 소녀시대_THE BOYS_Music Video (KOR ver.)



Konfem, aku akan pergi Korea lepas SPM ni.

Tunggu aku wahai gegadis.

* melompat kegembiraan sambil menyanyi lagu di atas dengan suara wanita walaupun melodi masih lagi samar-samar *

Ahad, 16 Oktober 2011

Diari Orang Tak Raya.

Kembali lagi wahai diari aku mencurahkan segala isi hati dan dakwat pen yang entah ke berapa kali ditukar.

Kembali lagi aku dengan hati yang penuh kata kata maki dan caci. Bersedialah kau untuk menempuhi satu lagi luahan hati terendam manusia kali ini.

Bila sebulan berpuasa, kini tibalah hati untuk beraya. Hari yang kita boleh korek hidung pagi pagi. Menggerudi, kata sinonim untuk mengorek, hidung di waktu pagi adalah satu nikmat, lebih nikmat dari makan sarapan di Mekdi. Itu tipu, sedap sarapan Mekdi lagi sedap. Kita tukar, lagi nikmat daripada makan roti canai di kedai yang memang tak sedap.

Ha, baru kena.

Tapi, entah mengapa, aku tidak dapat beraya kali ini. Mereka kata sebab aku tak cukup puasa.

Mungkin juga sebab seksaan di dunia semakin tiba.

Mana mereka tahu ni ?

Ahh. Terlalu sedih untuk diceritakan.

Jumaat, 14 Oktober 2011

SPM.

Tengok jam, tengok kalendar.

Bulan Oktober dah ni. Atau bulan 10 bagi mereka yang terlalu asyik baca buku hingga lupa tarikh semasa. Sebulan lebih je ni. Tak nak kira, sebab takut. Biarkan perkataan sebulan lebih tu sahaja yang berlegar di minda. Kalau hitung satu satu hari, mesti menggigil satu badan. Mesti nak demam nanti. Tapi tak boleh minta MC.


MC tu perkara sensitif dalam kalangan rakan rakan sekelas aku. Tapi itu cerita lain.


Aku dah mula membuka ( baca : mencari ) buku buku rujukan yang dah berhabuk. Tersimpan cantik di rak rak yang dibina dalam bilik aku ni. Cantik lagi. Tanpa kesan renyuk yang ketara ataupun kesan 'highlight' berwarna warni. Bersih, cantik dan menarik. Kalau jual pun, kena harga tinggi dan tak munasabah. Pasti orang tak sangka buku itu telahpun aku beli sebelum dibeli oleh dia.

Selama ini, berat betul hati nak membuka buku tersebut. Kalau dibuka pun, terpaksa sebab periksa keesokan harinya. Lepas tu, lupa apa yang dibaca.

Tapi , ...

Alhamdulillah, subjek Biologi sudahpun dimulakan pembacaannya. Sekarang sudah masuk halaman tengah tengah buku itu.

Tapi yang pasti, dah tak bersih lagi.

Khamis, 13 Oktober 2011

Diam Tak Diam.

Sebagai penulis 'bukan-belog' ini, aku dah banyak kirim kiriman yang penuh makna secara dedikasi. Tanpa ada sedikit rasa mengeluh dalam hati hatta dalam organ organ yang lain sekalipun.

Ya, aku tahu aku tak popular.

Semua kiriman yang dikirim, dikirim dengan senang hati tanpa ada sedikit rasa sesalan yang mendalam. Jika ada pun, cuma sekelumit cuma. Itu pun setelah diperli oleh merekayangberkaitan.

Siapa merekayangberkaitan ?

Ha, siapa yang makan cili, terasalah pedasnya macam ayam pedas MekDi tu.

Pedas gila yang amat sampai meleleh hingus dan air mata jantan tapi sedap. Pernah rasa ? Tak ? Pergi rasa sekarang.

Kembali pada luahan hati aku kali ini.

Banyak yang anda tidak tahu. Dalam henfonmahal ini, terdapat beratus isi karangan yang menanti untuk dikirimkan ke dalam laman maya serba canggih ini. Dah banyak idea yang aku curahkan demi memenuhi kehendak nafsu yang mahukan idea pelik aku dikeluarkan dalam bentuk perkataan. Tapi, aku tak kirim dalam blog ni, sebab,

... takut tak ada orang baca.

Membazir lah kalau aku kirim tapi yang membaca hanya sekelumit cuma.




Daki kaki pun lagi banyak.

Rabu, 12 Oktober 2011

Isnin, 10 Oktober 2011

Kau la hoi.

Kau kerja dekat tempat yang memerlukan kau berbincang, bercakap dan berbual mengenai hal hal semasa dengan pelanggan, buatlah muka baik dan bercakap dengan nada paling sopan.

Lainlah kalau kau kerja dekat kawasan pembinaan, muka masam pun tak ada orang sibuk nak tulis dekat blog macam aku ni.

Jumaat, 7 Oktober 2011

Naik badan.

Sejak kebelakangan ini, makin ramai pula cakap aku makin kurus. Aku tak tahu nak terima ayat tu sebagai pujian atau ayat yang mempunyai makna tersirat. Perlu aku marah ke atau senyum nampak gigi ?

Aku ada cakap pasal aku gemuk dalam entri yang dikirim sebelum ini. Kalau rajin, sila cari.

Dulu, aku gemuk pun aku tak kisah. Makan burger sampai dua kali pun tak ada kisah. Makan nasi sampai lima pinggan pun, eh tak ada hal. Muat lagi perut ni. Makan tengah malam pula dah macam makan sarapan sebelum sarapan. Setiap kali makan pula, bagaikan sarapan, tengah hari dengan makan malam dicampur bersama. Get that joke ?

Orang orang yang kenal aku, mesti tahu yang aku memang suka makan. Mana mana perlu makan. Sampai la satu hari, orang kata aku makin kurus. Wah, mana tak kembang punggung. Orang yang selama ni mengenali aku dengan imej comel, tiba tiba berkata begitu.

Dipendekkan cerita, aku melakukan pelbagai cara agar nampak lebih kurus di mata masyarakat. Dan demi masa depan yang lebih terjamin. Dan hasilnya, badan dah macam ahli Super Junior. Tak pun, Aizat Amdan. Kadang kadang, orang cakap, bukan aku cakap, Justin Bieber.

Tapi sebab kurus sangat tanpa otot yang menonjol dan mampu menggugurkan iman wanita sekeliling, aku rasa aku macam tiang lampu.

Sebab tu la aku aku rasa nak naikkan berat badan aku. Biar nampak berisi sedikit.





Mungkin sekali pandang orang ingat otot, dua kali pandang baru tahu, lemak sahaja keliling pinggang.

Pak Cik Steve Jobs.

Terima kasih.

Untuk idea yang mengubah dunia.

Rabu, 5 Oktober 2011

Melankolik.

Kebelakangan hari ni, aku rasa macam hari hari aku berlalu secara melankolik. Perlahan dan penuh drama.

Kalau nak diikutkan dalam blog ni pun aku dah kurang kirim kiriman perli atau kirimam sukasukahati. Semua lebih menjurus kepada isi hati nurani gelojak asmara dalam jiwa. Puih, geli.

Aku banyak berfikir tentang apa yang yang berlaku dan apa yang aku lakukan. Aku banyak berfikir sejak mendapat kertas peperiksaan percubaan minggu lepas. Memikirkan masa depan, hal hal semasa, sikap rakan dan macam macam lagi. Betul betul aku terasa melankolik betul hidup aku.

Mana aku dapat perkataan melankolik tu, jangan tanya. Sebab perkataan tu datang secara tiba tiba bila berhadapan dengan keadaan hidup yang berlalu depan mata. Aku duduk diam diam pun aku boleh berfikir.

Melayang entah ke mana. Ke ruang dimensi ciptaan sendiri.

Perkataan tu betul betul melekat dalam kepala bila kertas periksa percubaan yang lepas ada depan mata. Kertas peperiksaan yang bertanda dengan markah yang lemah. Percubaan kot. Klon kertas pepriksaan besar yang aku nak hadapi tak lama lagi tu. Kalau setakat markah yang tak seberapa, mampukah aku nak cemerlang dengan bergaya nanti?


Bolehkah aku nak naik pentas bulan tiga 2012 nanti ?


Dalam dalam melankolik aku ni, aku terbac dalam surat khabar. Terpampang besar muka Anuar Zain. Dengan perkataan ' Melankolik Anuar Zain ' bersaiz besar juga terpampang sebesar besar tidak atas helaian akhbar tersebut.


Jadi, aku dengan Anuar Zain sama la eh ?

Wah ! ( baca : Tak ada tajuk yang sesuai! )

Hari hari buka komputer, hari hari 'counter' mengira.

Meningkat, melambak.

Tapi, mana pengikutnya ?

Selasa, 4 Oktober 2011

PMR.

Selamat berjaya pelajar Tingkatan Tiga seluruh Malaysia.

Moga apa yang dipelajari selama tiga tahun, dapat dicurahkan segala galanya di atas kertasputihbertulis itu.

Selamat Berjaya.

Ahad, 2 Oktober 2011

Kalau Kau Baca ...

Semalam, pergi rumah jiran yang dah pindah rumah.

Rumah terbuka.

Pada 1 Oktober.

Rumah Terbuka sempena Zulkaedah.

Sabtu, 1 Oktober 2011

Nafus.

Sebenarnya terbalik tajuk di atas ni. Bahagian 'u' dengan 's' , silalah betulkan dengan imaginasi sendiri.

Kebelakangan ini, kalau ada yang baca, iyalah, terpaksa cakap, walaupun memang tak ada orang yang buka blog ni pun, aku dah menjadi macam akuyangsebelum. Mengirim entri entah apa apa dan berturut turut setiap hari. Tapi, kali ini lebih melankolik dan penuh drama.

Pengikut-tak-setia yang dah melebihi sedekad ( baca : 10 orang ) ni pun bukan boleh percaya. Nampak macam blog aku dah maju dari segi pembacanya, tapi jangan terpedaya, semua tu pelajarsekolahberkaitanyangsamadenganaku. 

Mereka tak akan buka blog picisan aku ni semata mata mahu mengetahui apa yang aku tulis kali ini. Mereka tak akan tergesa gesa pulang ke rumah selepas waktu persekolahan, dan terus membuka komputer serta memasang Internet yang masih tidak disekat kelajuannya, semata mata nak login blogspot, melihat dashboard dan klik entri terbaru aku yang ada di situ. Terpampang kecil.

Kalau mereka klik pun, sudah tentu mereka tidak akan klik entri aku. Mereka ada banyak lagi blog yang mereka tekan butang biru itu. Blog yang pada mereka lebih menarik, dan kelakar.

Biarkan aku yang berusaha sedaya upaya mengembirakan mereka, duduk di sudut sepi tanpa bicara.

Tapi, nafsu menulis aku yang membuak takkan terhenti walaupun dipermainkan sebegitu rupa.


Walaupun dengan perlian rakan persekolahan.

Selamat Ber-Oktober.

Hari ni dah masuk 1 Oktober.


SPM bulan depan.


Aku tengah baca buku. Sambil komputer dan Internet di depan mata.


Sila percaya.

Jumaat, 30 September 2011

Dilemma.

Dari tadi aku dilemma. Satu dilemma yang panjang. Entah bila nak berakhir dilemma macam ni pun aku tak tahu. Sakit kepala aku fiikir. Mana satu nak dipilih, dan mana satu yang patut aku tak pilih. Satu keputusan yang susah untuk diputuskan.

Runsing kepala aku. Nak demam dah rasa. Tapi tak apa, MC kan ada. Ha, nampak, aku dah bagi bahan untuk malukan aku dekat sekolah ni. Apa lagi, sebelum aku doa kauorang bukan bukan untuk SPM ni, baik kutuk aku puas puas lepas tu jangan lupa minta maaf. Kalau tidak, kau tunggu lah saja bila ambil keputusan bulan tiga 2012 nanti.

U-turn balik pada tajuk di atas.

Aku masih dalam dilema lagi. Dilemma, dilemma, dilemma.






Dilemma nak pilih mana satu 'font' yang lebih berkenan di hati. Haish.

Khamis, 29 September 2011

RE-KIRIM : Diari Orang Gagal Ujian Pertengahan Tahun.

Wahai diari usang berbau loji yang amat ku benci ini, aku kini kembali untuk menghamburkan lagi kata kata kesat yang bermakna ke setiap helai helai tubuh kertas yang ada pada dirimu.
eh, dah wangi dah ? Laa, dah ada pewangi sendiri.

Ahhhhh, sewangi mana pun engkau, kau tetap busuk. Hmmmmppppphhhh.


Wangi.


Senjakalakalakalakala yang lalu, aku telah melaksanakan hukuman wajib yang dikenankan kepada semua pelajar oleh pihak sekolah, iaitu peperiksaan. Sebagai manusia yang biasa seperti yang diceritakan pada diari yang lalu, aku hanya menempuhi itu semua dengan senyuman di mulut tetapi bersama air mata di pipi. Serta hingus di mulut.

Masin.

Dan tidak kurang juga, kentut yang berterusan. Yang baunya, sukar untuk didefinasikan. Sungguh sukar.

Hal ini bukan apa, dek kerana masa yang emencemburui aku dan buku yang telah menjadi temantapiringanringan, aku sering menjadi buntu dan sering kelam kabut mencari pemadam ketika menghadap kertas putih bertulis itu. Dan segala benda yang dipelajari bagaikan hilang ditelan cikgu ' saya nampak apa awak buat '.

Semua itu salah siapa ? Ha, itu kita tak tahu. Namun begitu, mungkin juga aku buat buat tak tahu.
Mungkin salah mereka atau salah aku.

Tetapi, nasib baik kemahiran menjawab berpandu dapat diaplikasikan dengan sempurna. Dan nasib baik juga, mereka ( baca : musuh dalam kain pelikat ) tidak memingirkan aku.

Dan kini, setelah dua minggu tidak menjenguk apatah lagi menyentuh buku yang tiga kali suci itu langsung, tiba masanya untuk menghadap kertas putih bertulis yang telah ditanda dengan pen warna darah keramat itu.

Dan hasilnya ?

Sukar digambarkan dengan kata kata walaupun mudah untuk mengecapi populariti dengan hanya menaip 'aku tiada teruna. Eh ?

Semakin hari semakin ...

Tolonglah sambung apa yang patut terhadap tajuk di atas.

Aku rasa diri aku ni semakin hari semakin melankolik. Hari hari aku dipenuhi drama realiti yang tak ada skrip untuk dipatuhi. Kejadia secara tiba tiba. Aku sebenarnya terkejut. Sebab aku baru tersedar, dunia ni pun indah khabar dari rupa.

Tahu bagaimana indah khabar dari rupa ?

Cuba buka TV, dan tunggu sampai keluar iklan makanan segera. Tunggu sampai juling mata. Sampai tak tidur. Sampai kau kena marah dengan mak kau sebab tak belajar. Biarkan sampai tahap macam itu sekali, asalkan iklan makanan segera tu dijumpai. 

Ingat, sampai jumpa.

Ok, dah tengok iklan makanan segera tu, carilah pula masa untuk menyinggah ke restoran makanan segera yang telah kau tonton temph hari. Dan pesan makanan yang juga diiklankan dalam TV.

Sekarang kau tengok, makanan yang kau pesan tadi, ada sama rupa macam dalam TV tak ?

Kalau ada, syabas. Restoran makanan segera berhampiran anda telah melakukan perkara yang patut dipuji dan diikuti. Menyediakan makanan dengan betul. Dan memberi layanan paling tip top tup. Hebat betul. Yang berlaku hanya satu dalam beribu restoran makanan segera dalam dunia.

Kalau tidak, syabas juga. Kerana anda baru sahaja dapat membandingkan makanan di dalam TV dan di dalam realiti. Tidak apa, semua orang juga mengalami kejadian yang serupa. Sekarang, makan makanan yang telah dipesan tadi. Jangan takut, rupa sahaja yang tidak indah, rasa masih sama. 

Cuma tak tahulah, peluh pembuat makanan tu menitik jatuh atas makanan tu. Ada rasa masin ke ?

Ha, itulah indah khabr dari rupa.

Jauh betul melencong daripada isi yang dah difikir dalam otak ni. Sebenarnya, aku nak tulis pasal aku yang dalam emosi melankolik penuh drama, tapi tak apalah.

Diari Orang Tak Baca Buku.

Wahai diari yang masih amat ku benci ini, tidak sah rasanya jika tidak menulis ke atas helaian kertas buku keji ini. Banyak cacian dan makian sentiasa menunggu masa untuk dihamburkan di atas setiap helaian kertas bersama rasa yang telah terendam lama di dalam hati. Jadi, sekali lagi, terimalah kata kata keji dariku ini.

Kini telah masuk minggu peperiksaan. Sudah tiada bra, eh pra percubaan lagi. Semuanya samada peperiksaan besar ataupun peperiksaan separuh besar iaitu percubaan. Oleh itu, pelajar pelajar seluruh negara sudah semestinya bertungkus lumus untuk membaca buku hingga lewat pagi semata mata untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dan boleh dibanggakan dewasa kelak.

Tak kan nak jadi doktor jika tajuk reproduksi pun tak lepas ? Bukan ke sudah tahu praktikalnya?
Tak kan pula nak jadi jurutera jika KLCC pun dikatakan KLIA ?
Tak kan nak jadi juruterbang jika kapal terbang disangkakan basikal ?

Namun, bagi aku, apalah minggu peperiksaan ini jika tidak dapat membaca buku.

Hal ini kerana, semua buku aku digit tikus. Sengaja mencari alasan.

Selasa, 27 September 2011

Tembak Peluru KOSONG.

Aku pasti, sesiapa yang 'pakar' dalam subjek Biologi, pasti akan memikirkan makna yang lain bagi tajuk di atas. Seperti salah seorang pengikut-tak-setia tegar blog ini. Eh?

Kalau anda mengatakan saya yang berfikiran bukan bukan, anda salah. Salah sama sekali. Salah dua kali juga, mungkin.


Tak tahukah anda, kertas satu Bio periksa percubaan yang lepas, saya salah 18 soalan?


Kali ini, aku tak ada idea apa yang perlu ditulis di dalam blog yang acapkali menyebabkan aku diperli secara terbuka samada di dalam kelas hatta di tepi jalan sekalipun. Mereka sanggup membuka tingkap kereta dan menjerit, " ADAM ! Blog kau tak best ! ".

Ok, ezejeret.

Mungkin mereka merasakan aku dan blog ini adalah salah satu topik yang mampu menjatuhkan moral dan sivik serta PJK aku secara tidak langsung. Bila moral dan sivik serta PJK aku jatuh, mereka akan ramai ramai ketawa.

Ada yang ketawa bagai dunia ini mereka yang punya, dan ada juga yang ketawa diam diam dalam hati. Ingat aku tak tahu ke ? Aku pakai mikroskop berkuasa tinggi tahap dewa punya, tahu ? Dekat rumah ni ada macam macam, stetoskop pun ada. Yang mamp mendengar denyutan jantung bakteria dalam hati anda lagi, tahu ? Nampak bukan ezejeretnya lagi ?

Aku yang lemah ini, dibiarkan di sudut sepi tanpa bicara yang keluar dari mulut. Menggenggam buku lima yang tidak kesampaian ke muka. Telinga yang dah panas, cepat cepat diredakan walaupun hati di dada, hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Sesekali, aku ketawa.

Ketawa untuk memujuk hati. Dan memuaskan hati.


Eh, kenapa aku buat entri luahan hati ni ? Macam gegadis myspace rasanya.


Alah, Semua ni pun macam peluru kosong

Tembak tapi kosong.





Tak ada rasa.

Sabtu, 24 September 2011

Perjalanan Selatan-Tengah-Atas Sikit-Utara-Selatan.

Seperti yang dikirim pada hari Khamis mingu lepas, bersamaan hari sebelum Hari Malaysia bersamaan dengan 15 September 2011, anda semua pasti sudah tahu apa yang akan diceritakan dalam kiriman kali ini.

* bunyi cengkerik lagi. Ayah cengkerik pun ada. Saja lettew nak sakitkan hati. *

Jadi di dalam kiriman ini, * cengkerik * saya dengan rasa masin dan masam ini, ingin berkongsi sedikit sebanyak dan sesuku perjalanan minggu lepas. Alah, bukan selalu saya nak berkongsi kehidupan saya yang penuh rahsia ini.

Ayuh, tekan perkataan kebiruan itu untuk meninjau kehidupan penuh rahsia dan misteri daripada jejaka panas ini.


Penantian Satu Seksaan. Tapi, Menghadap Pun Satu Seksaan.

Lagi 2 bulan menanti. Meniti hari demi hari. Menghitung detik waktu yang berlalu.

Menghitung hari ke salah satu hari penuh seksaan dunia ciptaan manusia.

Betul kata mereka, penantian itu satu seksaan yang memeritkan jiwa raga badan otak tangan kaki kuku dan daki di sebaliknya juga. Tapi, dalam kes ini, lagi menakutkan bila menghadapi seksaan yang ditunggu itu, terseksa jiwa raga batin zahir semua.

Eh, aku mana tempuh lagi pun hari itu, tak ada rasa seksa pun. Sempat bergelak ketawa bersama rakan bagaikan tiada apa.


Kira, aku tipu la ayat kedua terakhir itu.


Aku tahu, hari yang penuh seksaan itulah yang bakal menentukan pekerjaan aku di masa akan datang. Samada di awan biru, ataupun di kawasan pembinaan.

Semua orang mahukan yang terbaik bagi diri sendiri, dan mampu menjamin masa depan yang penuh cemerlang, gemilang dan terbilang kepada diri sendiri dan bakal-keluarga.

Iyalah, dah kahwin dengan IUTaeyeonJiyeonSuzyBoramUeeJiyoon nanti, takkan nak bagi makan pasir ?

Haish, SPM.

Jumaat, 23 September 2011

Hey ! ( baca : tak ada tajuk lain )

( kiriman yang terlewat , sengaja kirim )

... hari terakhir periksa, mata semakin hari semakin disengkang.

Kemungkinan seorang pelajar meletak anak mancis di celah mata adalah amat tinggi.

Yang disengkang itu bukan apa, kan kertaspenting terakhir, jadi mata disengkang melihat Internet melalui medium elektronik berkuasa tinggi. Walaupun kadar kelajuan pelan jalur lebar anda telah disekat.

Namun, berlainan bagi aku.

Tengah berada jauh di perantauan ini pun ( baca : Kedah ), buku yang satu itu tetap dibuka. Membaca tanpa menghirau keseronokan yang menggila di depan mata.

Tapi, apa yang anda tidak tahu, muka surat itu telah mencapai rekodnya tersendiri.



Muka surat paling lama tidak diselak.

Rabu, 21 September 2011

Seksaan dunia : Peperiksaan Percubaan SPM.

MINGGU KETIGA.

Fizik : Disebabkan kepenatan baru berpulang cuti tempoh hari sempena Hari Malaysia, tumpuan yang diberikan tidaklah seratus peratus. Soalan masih boleh dijawab dengan garuan di kepala sampai luka. Adui.

Sivik : Nama nak dekat sama, tapi jawap boleh tutup mata. Tahukah anda, harus untuk berbincang ketika menjawab kertas ini ?

PJK : Siapa yang cipta kertas periksa ni ? Menyusahkan aku kena datang. Kalau tak dah boleh baring baring, tengok tengok, tidur tidur sambil 'belajar' dekat rumah. Dah la hampir menyerupai Biologi tapi dalam Bahasa Melayu.



Berakhirnya kertas PJK tadi tengah hari, berakhirlah sudah peperiksaan percubaan bagi pelajar Tingkatan Lima.

Namun, tiada jeritan kemerdekaan dilaungkan.

Sebab,



SPM sebulan lagi !

Selasa, 20 September 2011

Apa. Rasa. Bencinta?. Banyak. Kali. Di. Bangku. Persekolahan. ( edisi dua )

Hai kepada yang membaca.

* cengkerik *

Tajuk hari ini sengaja digubal sedimikan rupa dengan harapan si #dearfuturegf membacanya.

Eh tak. Sebenarnya dengan harapan agar ramai si dara yang membacanya tiba tiba terjatuh hati dan tangga dengan si teruna ini.


Eh, #dearfuturegs pun si dara juga.


Jadi rakan rakan taulan ( baca : pengikut tak setia ), saya sudah pasti dan yakin serta tanpa was was lagi, anda semua telah pernah mengalami kejadian serba pelik ini. Suka suka aku cakap kejadian pelik. Kejadian yang mengubah jadual harian anda, selera makan anda, selera mata anda, jadual pembuangan air besar anda dan yang kecil juga dan tidak penting juga, nafsu anda.

Eh betullah pelik, kejap gaduhtapisayang, kejap baikadamakna, kejap gaduhgunaparang, kejap baikada'makna', lepas tu putus.

Tak penat ke ? Lepas dengan si dia, ada yang mengganti, dan kejadian yang serupa berlaku lagi. Lepas tu ganti lagi, dan kejadian yang masih sama berlaku lagi. \

Lepas kecewa ( baca : frust ) tertonggeng, cari lagi. Lepas tu kecewa lagi. Cari lagi.

Aku tanya ini bukan apa, cuma ...




... apa rasa sebenarnya bencinta ni ? Sebab aku tak rasa lagi ni.

Ada rasa epal tak ? Aku suka epal.

Isnin, 19 September 2011

RE-KIRIM : ATAS ( baca : TOP ) 9 perkara yang dilarang di sekolah.

1. Memakai pakaian sukan di sekolah sehingga tamat persekolahan.
kenapa tak boleh ? bukankah dengan memakai baju sukan itu dapat melambangkan pelajar sekolah itu aktif dan cerdas. bukan hanya dapat belajar dengan baik, bahkan aktif di dalam kokurikulum. sudah tentulah orang luar akan memandang tinggi pelajar pelajar di sekolah berkaitan

2. Bercakap di tapak perhimpunan
Kata tapak perhimpunan, mestilah orang berhimpun. kalau dah berhimpun , tak kan nak diam. pernah nampak orang ramai ramai kumpul, tapi diam ? kecuali kawad. bercakap di tapak perhimpunan juga dapat mengeratkan silaturrahim antara manusia. betul tak ? dapat berinteraksi dengan rakan rakan sebaya, berbincang tentang kerja rumah ( yang tak siap ) serta membuatkan percambahan idea bercambah cambah.

3. Membawa telefon bimbit ke sekolah.
Kata zaman modenisasi ? salah satu kegunaan henfon adalah untuk menghubungkan yang jauh jadi dekat. so, dengan henfon, cikgu dapat menghubungi pelajar yang sering ponteng sekolah di samping pelajar dapat menelefon keluarga mereka untuk mengambil mereka dengan cepat sebelum disedari oleh pihak sekolah tanpa menggunakan telefon awam yang leceh kerana memerlukan dui syiling. kalau orang dah kaya, mana bawak duit syiling lagi dah ?

4. Rambut tidak boleh di'fashion'kan.
Kata jangan selekeh ? dengan meng'fashion'kan rambut, pelajar akan nampak lebih bergaya serta elit. oleh itu, orang luar akan memandang tinggi kepada sekolah yang berkaitan.

5. Kuku panjang
Tak tahu kah, akhir akhir ini, kejadian jenayah semakin lama semakin menjadi jadi. Sekarang, mana mana tempat pun dah tak selamat, bagai dikejar oleh anjing gila. Jadi, kuku yang panjang, sedikit sebanyak dapat menghalang mereka yang berniat jahat. Mereka datang dekat, cucuk mata mereka.

6. Dilarang baca buku di tapak perhimpunan.
wth ? kata sekolah ? kata periksa ? jangan buat periksa lain kali. dah periksa, kena la baca buku. kan kalau orang luar tengok, nampak budak budak sekolah berkaitan ulat buku, terpelajar.
tak ada la hanya menghadap cikguberkaitan yang tak habis " menasihati ". ini tidak, siap diugut rotan. BACA BUKU PUN KENA ROTAN ? lain kalau pelajarberkaitan bawa playboy pergi sekolah atau MANGGA. bukan setakat baca, pegang pun tak boleh. kan kalau baca lebih, markah dapat lepih, gred dapat naik, CIKGU pun dapat naik pentas ambil anugerah, KAN ? ye tak ?

7. Dilarang membuat FLASH MOB di sekolah.
ekhem. kita hanya nak meriahkan majlis kot ? tak boleh juga ? cikgu nak tengok persembahan yang bosan lagi mengantuk tu ke ? baru nak meriahkan sikit, tak boleh. kebaratan katanya. habis, kalau diselidik flash mob datangnya dari orang Timur, tak boleh juga cikguyangberkaitan ?

8.Rambut tidak boleh di'fashion'kan.
Kata jangan selekeh ? dengan meng'fashion'kan rambut, pelajar akan nampak lebih bergaya serta elit. oleh itu, orang luar akan memandang tinggi kepada sekolah yang berkaitan.

9. Datang lambat.
Ingat senang ke bangun pagi ?


nak yang ke-10 ? buat sendiri.

RE-KIRIM : seriously. tiba tiba ada idea !


ceritanya, aku nak cerita.

yes. di atas itu adalah aku.
kalau dipandang beribu kali, ada kehensemannya.

Ya, cuba pandang dua ribu kali.

Terima kasih banyak.

Terima kasih kepada yang tak membaca.

Dapat lah aku meluahkan isi hati terendam dan segala luahan isi perut mengenai kehidupan aku yang penuh depress ini serta nafsu buas aku yang meluap luap ke dalam blog ini.

Terima kasih juga kepada yang tak baca tapi memerli di dalam kelas. Apalah sangat isi kandungan dalam blog ini yang boleh dijadikan bahan. Terima kasihlah juga walaupun pemerlian anda itu, tidak dapat meningkatkan kadar pembaca.

Terima kasih banyak.

Khamis, 15 September 2011

Selamat Hari Malaysia, Malaysia !

( tajuk dah nampak best habis, tapi sayang, tak ada orang nak baca )

Entri ini adalah entri sehari sebelum Hari Malaysia. Alah, saja nak bagitahu, walaupun dah terang terang tertulis dekat atas tajuk entri ini, tarikh entri ini dikirim.

Esok dah Hari Malaysia. Hari bagi mengenang penubuhan Malaysia. Di mana Sabah dan Sarawak bergabung bersama Semenanjung Tanah Melayu. Eh, mesti anda dah tahu bukan?

Tak tahu ? Sejarah gagal masa SPM eh ?

Tapi di sebalik mengenang penubuhan Malaysia, Hari Malaysia juga merupakan cuti umum yang baru diumumkan oleh Perdana Menteri. Maksudnya, esok cuti.

Maksudnya juga, esok tak ada periksa !

Esok ada perarakan ke tidak ? Kalau ada, eloklah kalau geng geng BERSIH tu tolong datang kemas apa yang patut. Apalah sangat lepas porak perandakan negara, sekali sekala bersihkan sisa sisa patriotik rakyat lain.

Dan ( jika ada yang baca ) jika nampak, banyak kiriman dikirimkan hari. Sebab saya nak pergi bercuti mulai hari ini. Harap seronok lah membacanya.

* bunyi cengkerik. Kuat *

Ye, aku bercuti sambil membaca. Alah, Fizik sahaja yang menunggu hari Isnin ini.

Sambil menyelam minum air tapi ternampak budak kecil tengah kencing, muntah balik.

Kenapa aku mengirim hampir setiap hari.

Kerana pada hari sebelum bercuti tempoh hari, saya dimalukan di dalam kelas, kini saya ingin membuat senaraiatas mengenai kenapa saya mengirim hampir setiap hari.

Seronok gelakkan aku ?

1. Idea yang tidak mahu berhenti keluar.
Jika diikutkan, semua idea yang dah tertulis dekat blog ni semua merepek habis. Eh memang merepek, tapi menghiburkan. Mesti ada yang tersenyum tatkala membacanya.

Tak tersenyum pun, mesti ada yang tersengih sehingga keluarga anda menegur anda kenapa tersengih sengih.
Dan anda tersipu sipu malu di situ.

Dah la ramai orang datang beraya rumah masa itu.

2. Koneksi ( jangan baca lain ) internet yang menakjubkan.
Disebabkan penggunaan jalurlebar mampu membataskan hasrat seorang penulis berwibawa seperti saya untuk berkarya, kini koneksi internet saya berubah kepada talian. Lebih bagus dan tiada sekatan.

Cuma kini menunggu kehadiran Unifi di kawasan kawasan tempat tinggal. Bukan apa, nanti pasti akan lebih banyak kiriman kerana koneksi yang lebih pantas.

Ni mesti ada yang fikir lain.

3. Perangai manusia yang semakin membimbangkan.
Dek kerana perangai manusia semakin hari semakin berubah, maka dengan itu, idea lebih banyak bercambah.
Idea untuk memerli manusia.

Diari Orang Tak Dapat Duit Raya.

Raya sudah menjelma. Bulan yang membolehlan manusia menggosok gigi dan boleh menelan air tanpa perlu memikirkan waktu berbuka untuk berbuat demikian.

Tak lupa juga, mengerudi hidung sendiri dan orang lain.

Ramai orang gembira untuk menyambut raya. Pelbagai kelengkapan dah diborong dari kedai kedai yang berkaitan, demi memastikan suasana hari raya lebih terasa. Si ibu merasa riahnya, si bapa merasa bilnya.

Namun disebabkan terlalu banyak yang diborong, mereka terlupa untuk menyediakan duit raya untuk diberikan kepada mereka yang sanggup tawaf sekeliling kawasan perumahan dengan gigih.

Sudahnya, ada di antara mereka pulang dengan hampa serta tangan kosong. Cuma perut kenyang kerana makan kuih. Sia sia sahaja tawaf tujuh kali. Serta saie dari hujung taman ke taman sebelah.

Lagi teruk, ada yang tidak jemput langsung ke dalam rumah. Cuma kedengaran jeritan dari dalam yang tiba tiba senyap pabila terdengar panggilan dari luar rumah.

Haih, apa lah nasib.

Seksaan dunia : Peperiksaan Percubaan SPM.

MINGGU KEDUA.

Matematik : Berkira kira sambil berpinar biji mata. Berkira kira juga nak tengok rakan sebelah punya.
Eh tak.

Kimia : Bila campuran dah bercampur baur, sama juga yang berlaku pada otak. Dah tak tahu, mana satu yang biru dan merah jambu. Sampai berkarat otak.

Matematik Tambahan : Setelah menambah menolak mendarab membahagi mengdeferensiasi mengintegrasi dan macam macam lagi, jawapan yang dicari tetap seciput juga. Sehingga 10 muka surat jalan kerja.

Biologi : Nanti, kalau dah dapat keputusan, jangan terdetik pula di hati anda semua, " Kata anak doktor, tapi result meraban " .

Aku pun manusia.

Ahad, 11 September 2011

Sabtu, 10 September 2011

Cerita. Gunting. Rambut.

Panjang dah rambut ni, kusut rasa kepala. Tapi kalau potong, habislah gaya Kyuhyun aku. Kalau tak potong pula, kena potong gaya semberono daripada cikgudisiplinberkaitan.

Ahh, potong je la.

Kaki mula melangkah keluar dari rumah dengan semangat yang tinggi dan jitu. Begitu tekad dan nekad tindakan aku.

Jarak antara kedai gunting rambut dan rumah aku hanya dipisahkan oleh sebaris kedai, dan sebatang jalan besar. Dekat, sangat dekat. Cuma yang menjauhkan adalah keinginan aku sendiri. Namun demi tidak mahu dipotong gaya semborono oleh cikguberkaitan, digagahkan jua menempuh onak duri dan bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan dalam misi melintas laluan mudah tapi berhelah itu dengan selamat.

Nasib baik selamat.


Eh ? Tak banyak kereta pun ?


Sesudah selamat, kaki bergerak lagi untuk jarak yang paling dekat bagi menyelamatkan rambut dari dipotong gaya semberono. Selangkah demi selangkah diambil walaupun berat. Secara separa sedar, tiba tiba sudah sampai di depan pintu kedai itu. Dijenguk ke dalam kedai. Kosong, tiada orang yang tengah mendapatkan khidmat. Tapi, bukan abang yang selalu aku minta guntingkan, orang lain pula. Ya, yang gunting tu lelaki, kalau wanita, tak la berat kaki melangkah.

Gunting ke ? Dengan gaya kasar, bertanya.

Aah.

Orang lain, tak biasa. Tak apa la, cuba dulu.

Macam biasa, badan aku dibalut dengan kain kasar berwarna itu bagi mengelakkan rambut mengotori baju. Dan aku bersedia untuk membiarkan rambut aku digunting.

Namun begitu, keadaan semakin lama semakin berubah. Selalunya kalau aku bagitahu gaya yang dikehendaki kepada abang yang terdahulu, diikutkan sahaja. Tapi yang ini, macam celaka, menidakkan permintaan aku sebagai seorang pelanggan. Kalau pun tak faham, tanya lah baik baik.

Dengan gaya yang kasar, ada sahaja perkara yang membuatkan aku jelik dengan perangai dia. Namun terpaksa. Kalau tak dah lama aku balik.

Tiba tiba, setelah semua perbuatan dia yang menjelikkan itu, dia bertanya satu soalan berkaitan rambut.

Aku dengan hati yang sememangnya dah bengang, selamaba menjawab. Jawapan yang jika didengari, agak kedengaran menyindir tapi kena dengan soalan yang ditanya serta gaya celaka dia itu.

Dan si dia yang rasa diri terlalu cool itu, tersentak dengan jawapan yang diberikan. Aku tersenyum.


Tapi lagi celaka, dia tonjol kepala aku. Bab* ! Aku pelanggan dia.


Sudah, dia cakap aku kurang ajar. Siapa yang kurang dengan siapa ni ? Aku cakap dengan nada yang paling lembut tanpa ada unsur kasar macam yang kau guna la cibai. Siap sempat kau menasihati gaya gangster.

Aku nak melawan, tangan dia pegang pisau cukur pula. Nanti tak pasal rambut tak potong, berparut keluar kedai. Bukan aku takut, dia macam gangster kot !

Rambut dah dipotong. Kepala dah kena tonjol. Bayar dan blah.




Sambil berjalan pulang, mulut terkumat kamit menuturkan kata keji ceci maki.

( VIDEOCURI ) Cobus - 30 Seconds to Mars - Kings and Queens (Drum Cover)



Kalau lah dekat rumah aku dapat main macam Cobus ni, mesti dah lama aku kena pukul dengan jiran jiran sebelah yang datang ketuk ketuk rumah secara kasar dan tanpa berbincang pecah masuk rumah sambil bawa kayu hoki tak pun kayu golf yang jenis kasar dan tak pernah digunakan lagi pun.

Kenapa aku kirim kiriman ni ? Sengaja, kan semua pengikut-tak-berapa-setia wanita kecuali yang ke sepuluh tu.

Jumaat, 9 September 2011

Seksaan dunia : Peperiksaan Percubaan SPM.

MINGGU PERTAMA.

Bahasa Melayu : Lenguh tangan menulis tanpa henti selama 4 jam lebih, nasib tak kejang tangan. Kenapa tak diberikan iPad setiap seorang calon SPM ?

Bahasa Inggeris : Agak mengecewakan kerana terdapat esei yang tidak dapat dihabiskan. Masa yang terlalu singkat dan sendat, apa yang difikirkan oleh pengubal jadual ni ?

Agama : Soalan masih boleh dijawab tanpa ragu ragu dan menggaru kepala.

Sejarah : Seperti yang di kertas Agama, soalan yang diberikan masih boleh dijawab tanpa ragu ragu dan menggaru kepala. Tak garu kepala, garu telinga bagi mengurangkan kegelisahan di hati.


Dan ya, kemahiran menjawab berpandu diharamkan penggunaanya di dalam peperiksaan kali ini.

Buat masa ini lah.

Keajaiban dunia ke-lapan.

Kalau lah, bila aku tinggalkan Internet untuk sekian waktu, buka buka balik, tengok pengikut-tak-berapa-setia bertambah ribu ribu juta juta tak pun ribu ribu juta juta.


Mesti aku boleh lompat lompat berlagak macam dunia aku yang punya.
Mesti aku boleh berdiri atas gunung yang tinggi semata mata nak jerit, pengikut-tak-berapa-setia dah bertambah.

Mesti boleh diklasifikasikan sebagai keajaiban dunia ke-lapan.


Tapi, itu semua KALAU.

* bunyi cengkerik kembali kuat berbunyi *

Ahad, 4 September 2011


Sengaja. Selamat Hari Raya yang kali kedua aku ucapkan
Semoga A la hendaknya di trial minggu depan.


Eh ?


Tolong baca. Tolong ?

Apa khabar semua ?

* bunyi cengekerik yang kuat sehingga mampu menenggelamkan bunyi siren keretapi *

Seminggu sudah berlalu. Raya dah, merdeka pun dah.

Berapa banyak duit raya dapat ?
Adakah perut anda kembali seperti sediakala ? Saya masih okay. Saya tak lahap bulan bulan raya ni.

Muka yang kecil masa bulan puasa dulu, dah kembang balik, bukan ? Mesti akan menyebabkan ramai wanita menjadi paranoid.

Muka yang anda cat dengan warna bendera, dah cuci ? Tak hilang ? Mesti anda malu hari itu, kerana anda seorang sahaja yang bersemangat menyambutnya. Yang lain semua sibuk mencari duit raya, tahu ?

Gambar gambar raya dah aplod masuk Facebook ? Ramai orang like ? Ramai orang komen ? Saya tak aplod lagi.

Minggu depan dah kembali ke sekolah. Kalau mengikut masa saya menulis entri ini, esok sekolah. Tapi, bergantung kepada bila anda membacanya * bunyi cengkerik. lagi. * , anda boleh 'relate'kan dengan hari anda membacanya.

Tapi, yang paling penting, baca buku ?

Saya akan membacanya hari ini. Bersama semangat yang jitu.

Bai.

Jumaat, 2 September 2011

Aku Rasa ...

.. dah macam segmen baru pula.

Nampak bukan 'font' baru ini ? Tahu, memang tak ada orang pun yang nak baca.


Tapi, cukuplah sekadar untuk menenangkan mata aku.

Khamis, 1 September 2011

Lepas ini apa ?

Ahad, sibuk orang kemas rumah. Belakang rumah yang tak pernah disapu selama 11 bulan sebelum ini, tiba tiba terpaksa dibersihkan selepas terdengar jeritan ibu bapa anda yang sedang sibuk masak rendang dan menyulam ketupat dekat dapur. Sambil menyapu, mulut anda terkumat kamit dan juga mengurangkan pahala puasa anda. Sebab apa ?

Anda tahu sebabnya.

Isnin, pagi pagi sudah bangun ( baca: tanpa mandi ). Terus meminta diberikan duit raya. Amboi, anda wanita, tak cukup puasa mana boleh raya ? Bukan saya cakap, orang orang tua cakap. Tak cukup puasa, mana boleh dapat duit raya, bukan ? Tapi, setelah dipujuk oleh ibubapa andam yang berjanji akan memberinya selepas sembahyang raya, anda tersenyum gembira.

Dan selepas sembahyang raya, duit ibubapa anda habis dikebas anak sendiri.

Kini, dah masuk hari ketiga raya. Perut yang pada bulan puasa kempis semakin hari kian membesar. Keadaan perut anda kini menjadi seperti sediakala.

( Jika anda sudah membaca kiriman ini, ini adalah perenggan paru ) Hari Rabu, MERDEKA ! Tapi, semua lupa. Sibuk mencari duit raya di mana. Kemerdekaan negara dibiarkan sepi sebgitu sahaja. Ada yang sibuk mencari duit raya bagai nak gila, ada yang sibuk mekan secara lahap di rumah terbuka ( ada ke orang buat ? ) , dan ada yang sibuk baca buku. ( tipu )

Lepas ni apa ?

SELAMAT HARI TRIAL !

Selasa, 30 Ogos 2011

MERDEKARAYA !

Esok 31 Ogos.

Pakat pakai baju raya separuh, baju patriotik separuh. Kepala pakai songkok separuh, beret separuh.

Baru la MERDEKARAYA !

Kemaen.

Perkara dibuat sebelum hari raya.

Hari ni dah hari raya pertama. Kiriman ni patut kirim semalam.

Tapi, sah sah memang tak ada orang baca. Ada yang beraya, ada yang beraya dengan buku.


Jadi, biar aku yang kirim, pastu aku sendiri gelak membacanya.



1. Kemas rumah.
Raya semakin hari semakin dekat. Jadi, semua ahli keluarga akan dikerah tenaga hingga keringat terakhir untuk mengemas rumah. Tiada yang terkecuali, siapa yang tak buat kerja, memang duiy raya akan dapat separuh tak pun bekas merah di pipi serta kesan tarik di telinga. Pihak ibu sudah tentu mahu memastikan mereka mampu mengatasi jiran sebelah, tak pun jiran belakang rumah. Depan tak payah, sebab orang Cina.
Segala kelengkapan dibeli demi memastikan kehidupan sekeluarga di hari raya bertambah ceria. Pinggan mangkuk ditukar, karpet ditukar, langsir ditukar dan banyak lagi. Nasib baik ayah tak tukar ...

Emak tersenyum melihat keadaan rumah sambil anak anak dan ayah tertidur dekat belakang. Penat.

2. Muatturun lagu raya
Demi memastikan hari raya lebih terasa, walaupun tahu, peperiksaan percubaan bakal menanti di hujung hari, digagahkan jua mencari lagu lagu raya supaya tidak bosan tatkala di hari mulia itu nanti. Mengikut tema katanya. Lagu lagu itu juga boleh digunakan untuk dijadikan pembakar semangat demi memastikan mendapat keputusan cemerlang di peperiksaan percubaan nanti.

Eh, Kpop ada lagu raya ?

3. Balik kampung.
Selalunya, dua tiga empat hari sebelum raya, laluantinggi akan penuh dengan kenderaan orang Melayu yang berpusu pusu mahu pulang ke kampung halaman masing masing. Setelah 14 tahun tak balik, baru raya tahun ni dapat balik. Ok ezejeret.

Terdapat juga mereka yang balik pada malam raya, mengangankan keadaan jalan raya yang semestinya lengang. Tapi mereka tak tahu, terdapat beribu lagi manusia yang berfikiran sama dengan mereka. Jadinya, subuh raya batu sampai.

Aku tak payah tempuhi itu semua, sebab kalau aku pasang lagu raya dekat dalam kereta, lagu raya tak habis tapi dah sampai kampung.

Mekdi yang beli dekat drivethru tu pun baru secebis je makan.


4. Buat kuih raya.
Ada lagi je ? Sekarang zaman kuih tunjuk, tak pun, sekarang kita buat cookies.

5. Menghantar berbilion mesej hari raya.
Demi memastikan segala penghinaan terhadap rakan dapat dimaafkan secara segera, takut kawan doa benda tak baik masa SPM, mohon maaf dipinta secara tak ikhlas. Tapi, nak berdepan minta maaf, masing masing ada ego. Jadi, dengan pengunaan henpon hatta mahal atau tidak, segala pohonan maaf dapat disampaikan secara segera. Sekarang kan zaman modenisasi, henpon dah ganti batal peluk.

Cuma yang pasti, semua mesej itu dikitar semula dari tahun sebelumnya, cuma penghantar yang berlainan.




Raya raya ni, afdal baca buku ?


Isnin, 29 Ogos 2011

SELAMAT HARI [t]R[ial]AYA !

Di saat dan ketika ini, saya dengan menyusun tapak tangan, jari, serta jari kaki, memohon maaf daripada hujung rambut sampai hujung kaki.

Harap maklum, rambut pendek dan kuku kaki tak potong lagi.

Apakan daya, di bulan raya bulan mulia, terdapat juga mereka yang tidak bernasib baik. Terpaksa berhadapan dengan musuh utama mereka. Terpaksa membaca buku tatkala sedang makan ketupat dan rendang sampai habis kotor baju baru, terpaksa baca buku ketika makan kuih raya sampai habis kotor lantai baru mop sehari sebelum raya, semua itu terpaksa.

Terpaksa dek peperiksaan percubaan yang bakal menimpa. Ini semua kerja siapa ni ?

Oleh itu, di hari terakhir puasa ini, rajin rainlah tolong mak/ibu anda di rumah itu ( bagi perempuan ) .

Sekali lagi, saya minta maaf. Sebab mungkin ada yang terasa dengan ayat di atas.

Tapi, minggu depan, macam biasa ok ?

Sabtu, 27 Ogos 2011

Macam Macam.

Sekarang dah cuti, macam macam dah bermain dalam kepala.

Nak belajar, kononnya. Peperiksaan percubaan SPM semakin lama semakin menghampiri bak ular yang kelaparan tahap tinggi, menunggu mangsa yang buat endah tak endah, lalai.

Nak bantu mak ayah, katanya. Itu pasal hari Jumaat, terpaksa tidak menghadirkan diri ke sekolah. Padahal, pagi pagi dah buka Youtube. Facebook tak buka, sebab takut kantoi. Nanti kena malu dengan satu kelas lagi.

Nak kirim kiriman jiwang jiwang, nanti kena malu lagi depan kelas. Nak kirim hari hari, sama juga kesannya.

Nak menghadap komputer, cari bahan ulangkaji. Katanya, lagi.

Nak siapkan kerja rumah yang tak banyak, komputer lebih menarik perhatian. Memanggil manggil macam Taeyeon panggil. Kesian pula nak tinggalkan begitu sahaja. Sudahnya, dua hari, empat kali cas.


Jadi, tunggu je la Hari Raya.


Jumaat, 26 Ogos 2011

Diari Orang Tak Sahur.

Wahai diari, setelah sekian lama aku meminggirkan diri, kini aku kembali menulis ke atas setiap inci dan sentimeter helaian kertas mu ini. Walaupun aku tahu, menulis di atas tubuhmu ini mampu membuatkan seseorang itu boleh muntah secara sengaja, tidak apa, sanggup ku redahi segala onak liku ranjau duri demi memastikan nafsu, eh, perasaan dalaman aku disalurkan ke tempat yang betul.

Tapi, kalau muntah secara sengaja, batal puasa.

Menjelang bulan mulia ini, semua manusia seagama denganku telah berpuasa demi memenuhi rukun Islam. Yang ke berapa, err, kena kira pula. Namun begitu, untuk berpuasa, seseorang itu perlu bersahur supaya tidak penat atau letih atau penat untuk menjalankan tugas hakiki di siang hari nanti. Tetapi, aku secara tidak tersengaja tidak bersahur pagi tadi.

Bukannya sengaja. Hal ini semua kerana ketiadaan ayam yang perlu berkokok setiap pagi di hadapan rumahku. Mungkin telah dijadikan masak lemak untuk berbuka. Dan juga penggera henfon mahalku tidak berbunyi. Sia sia sahaja.

Tidak bersahur membuatkan aku letih dan tidak bermaya setiap detik lebih ketika menghadap tugas sebagai pelajar. Air paip di tandas dan air hujan kini dipandang umpama air bandung. Dan air bandung di kantin pula seakan memanggil dan mempelawa. Botol air rakan bukan seagama pula dipandang ibarat jag yang penuh dengan air soya campur cincau.

Ahh, dugaan.

Namun, aku tak akan mudah terpedaya dengan nafsu yang telah diturunkan ilmunya daripada tuannya yang telah diikat itu. Dan juga tuan tuan mereka yang terlepas.

Ahh, akan aku tahan nafsu, eh lapar dan dahaga hingga waktu berbuka nanti.

Mungkin lebih awal.



Rabu, 24 Ogos 2011

Seronok.

Banyak cara nak seronok dalam dunia ini. Samada dari segi baik atau tidak, terpulang kepada 'penyeronok' . 

Macam aku juga, aku seronok tulis blog ni. Banyak idea ( baca : idea merepek ) yang aku boleh sampaikan , yang sudah tentu, tak ada mesej langsung yang boleh diikuti demi memastikan masa depan anda terjamin. 

Tapi, aku seronok.

Kalau siapa yang baca. secara ikhlas atau paksaan atau sengaja baca untuk menyindir bila dapat bersua muka nanti, mesti pernah baca idea idea merepek ( baca : seksual ) aku yang kadang kadang aku sendiri rasa terlalu merepek. 

Tapi, aku seronok. Sampai aku rasa nak orang yang lain pun seronok baca blog aku.

Bila kita tulis, tapi orang tak banyak baca, tak seronok pula rasa dia. Jadi, aku iklankan dengan harapan, ramai yang seronok.


Tapi, jadi lain, diaorang seronok yang tak menyeronokkan aku.

Ahad, 21 Ogos 2011

aku perasan perasaan aku.

Sebenarnya, aku mengharapkan gegirl dekat kelas aku menggila nak tau pasal SUPER JUNIOR.

memandangkan aku adalah ahli Super Junior ke 11 1/4.

tetapi meleset.
mungkin sangkaan aku terselet.

atau

mungkin mereka tidak menjengah belog ini lagi ?

renung renungkan dan selamt ber ... al.